Saya membuat rondaan sambil memantau, memerhati gelagat mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM di seluruh kawasan seksyen 7, Shah Alam bermula daripada jam 10.30 malam sehingga 5.00 pagi. Saya masih tidak faham kenapa masih terdapat ramai mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM menghabiskan masa di kedai mamak sambil minum teh tarik sehingga lewat pagi, sedangkan musim peperiksaan semakin hampir. Lagi pun, perbuatan tersebut akan mendedahkan diri anda kepada jenayah seperti ragut, rompakan dan sebagainya.
Saya ingin menasihatkan semua mahasiswa samada NR atau bukan NR supaya menghargai masa, ia amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa diberikan secara percuma oleh Allah S.W.T kepada kita, pun demikian, kita akan dalam kerugian jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. MASA AMAT BERHARGA, JUSTERU ITU, HARGAI MASA.
Saya ingin menasihatkan semua mahasiswa samada NR atau bukan NR supaya menghargai masa, ia amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa diberikan secara percuma oleh Allah S.W.T kepada kita, pun demikian, kita akan dalam kerugian jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. MASA AMAT BERHARGA, JUSTERU ITU, HARGAI MASA.
5 comments:
hargai masa krn masa amat berharga..
penah leka, ttp dikejutkan oleh mereka yg amat mulia budi perkertinya.
kerana org yg leka tidak akan sedar & mengaku dirinya sudah terleka sehinggalah satu bala menimpa..
keinsafan dpt menjadi pengubatnya..insyallah..
Semua manusia membuat kesalahan, kita bukan Malaikat, Nabi atau Rasul yang maksum.Orang yang boleh mengakui kesalahannya dan berazam untuk membaiki kesalahan tersebut adalah orang yang berakhlak mulia. Jangan kita terjatuh dalam lubang yang sama dua kali, kita perlu belajar daripada kesilapan.
Teringat saya kepada surah Al-Asr peringatan Allah S.W.T terhadap masa
سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡر(٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
Semoga kita sama-sama menghargai masa dan tidak dalam kerugian sebagaimana dinyatakan Tuhan dalam surah tersebut.
Terima kasih kepada Hajar_syafiqah di atas komen yang saudari berikan. Semoga saudari akan berjaya didunia dan di akhirat.
semoga en ahmad rais jg dikurniakan keberkatan & kesenangan di dunia dan juga akhirat..Amin..
salam en.rais..
sy bersyukur sgt dpt tggl dikolej..
dan mugkin satu ari nnti..sy xde peluang lg tuk tggl dikolej..
kawasan sek7 shah alam tidak sepenuhnye diduduki oleh student uitm..jd mungkin mereka rase mereka tidak lagi terikat dgn ape rules..
sebagai contoh, sy pernah menumpang tido di rumah clasmate utk siapkan asgment.. tp kawasan rumah tu sgt xslesa..sy smpai dirumah dia lebih kurang pukul 11. di tangga utk naik kerumah ade sepsg couple yg sednag bermanje2..gelak2.. tanpa ade segan silu dgn penduduk laen. dan sy dapati couple tu tggl bersebelahan.. n diorg boleh masuk rumah antara lelaki n perempuan sesuka hati.. nk pnjam brg ke..nk mkn ke.. buat mcm rumah sendiri..
kali kedua sy menumpang.. dr pukul 9 mlm smpai 5 pg..diorg masih memekak, menjerit... sepatutnye diorg kena fhm.. diorg tggl dalam satu building..bile diorg menjerit2.. suara akan bergema n menambah bingit kan...sgt xslesa.. sy kesian dgn clasmates yg tggl disitu sbb mereka terpkse terima je.. xbole nk tegur..takut nk tegur..sy yg pg skali skala pun rase tension..apetah lg diorg yg tggl hari2..pd en.rais..ade xjln tuk selesaikan masalah ni??
Terima Kasih kepada shaheera...kerana maklumbalas saudari, itu la masalahnya dengan segelintir pelajar kita, susah juga untuk memantau semua 20,000 orang mahasiswa NR UiTM yang berada disekitar Lembah Kelang, terutamanya di Shah Alam. Kalau saya lihat dengan mata kepala saya sendiri,insident2 mcm tu, saya selalunya akan menasihat pelajar tersebut secara terus, face to face, supaya menjaga adap tatasusila orang melayu, bukan main ikut suka hati jer...
Saya selalu berdoa kepada Tuhan untuk membantu kami dalam menjalankan tugas sebagai 3PNR ni, sebb tanpa bantuan dan pertolongan tuhan sukar untuk saya menjalankan tugas, disamping tu, kami berkerjasama dengan wakil2 penduduk disemua taman, flat, apartment etc. di seluruh Shah Alam untuk sama2 memantau mahasiswa kita.
Shaheera boleh e-mail pada saya alamat lengkap lokasi yang shaheera maksudkan...nanti saya tinjau2..dari jauh. Kalau saya nampak situasi mcm tu..saya akan jumpa terus dengan pelajar berkenaan.
Post a Comment