Dalam pengertian Barat moden khususnya kepada aliran yang berpegang kepada kaedah sains , ilmu merujuk kepada pengenalan atau persepsi jelas tentang fakta-fakta. Fakta-fakta merujuk pula kepada perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir, yakni yang bersifat empirikal. Perkara-perkara yang diluar pencapaian panca indera zahir tidak disebut fakta dan tidak dikira termasuk dalam ruanglingkup ilmu, ilmu laduni tidak diiktiraf sebagai ilmu dalam kacamata barat. Pendukung utama ini, iaitu fahaman empiricme diantaranya ialah David Hume, John Locke, Herbert Spencer dan lain-lain lagi.
Prof. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas mentakrifkan ilmu dengan mengenengahkan kembali takrif yang pernah dikemukakan oleh Fakhruddin Al-Razi (m.1209M): Merujuk kepada Allah sebagai sumber segala ilmu, ilmu adalah ketibaan makna ke dalam diri seseorang. Bila merujuk kepada diri sebagai penafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna sesuatu. Takrif tersebut dengan sendirinya menjelaskan bahawa ilmu tidak sama dengan fakta atau maklumat, walaupun, tentunya ilmu memerlukan maklumat. Ilmu memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya.
Para ilmuan islam mengkelasifikasi hiraki ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardhu ain dan kifayah. Kedua-duanya bersepadu dan tidak boleh dipisahkan, ilmu fardhu ain pada dasarnya merujuk kepada ilmu-ilmu asas yang wajib dipelajari oleh semua orang dengan tugas dan peranan sebagai hamba dan khalifah Allah, manakala ilmu fardhu kifayah pula merujuk kepada bidang-bidang ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib dituntut oleh yang sebahagian untuk mencukupi keperluan masyarakat.
(Rujukan Utama: Faham Ilmu Pertumbuhan dan Implikasi oleh Mohd. Idris Jauzi)

No comments:
Post a Comment