"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Thursday, August 28, 2008
Self Reflection - Journey of Knowledge Nusantara Bandung
Saya sempat bertemu sanak saudara saya dari keturunan HAJI RAIS di Indonesia semasa hari terakhir program journey of knowledge tersebut. Saudara saya, Nonki dan Haris menunggu di Hotel Setia Budi Bandung sejak jam 3.00 petang pada 25 Ogos 2008 (Isnin).
Kami (rombongan UiTM) sampai di Hotel Setia Budi Bandung selepas melawat Gunung Takuban Perahu, Jawa Barat pada jam 6.15 petang. Nonki dan Harris menunggu hampir 3 jam untuk merealisasikan suatu pertemuan. Saudara Nonki dan Haris turut serta semasa upacara makan malam penutup Journey of Knowledge Nusantara Bandung (JoKNB), selepas itu kami bersembang dan bercerita tentang pelbagai isu dan cerita berkaitan hal ehwal keluarga kami, peluang dan ruang perniagaan di sana, hal ehwal agama, soal politik dan bermacam lagi sehingga pagi. Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sebuah pertemuan yang menyenangkan. Sayangnya masa tu saya baru lagi balik daripada Surabaya, sehingga waktu yang terluang cuma malam tu je.
Otherwise, banyak hal yang bolih kita buat bersama.
Anyway, we both know, next time better!
Selamat keje Pak Su.
Terima Kasih diatas kesudian saudaraku Nonki untuk singgah ke blog ini. Semoga kita akan bertemu lagi dimasa akan datang. Perjuangan masih belum selesai.
Post a Comment