Monday, October 26, 2020

Portal Pengurusan dan Pengurusan e-Jurnal Smart Manufacturing Research Institute

 Alhamdulilah berkat kerjasama pasukan sekreteriat Journal of Applied Engineering Design and Simulation (JAEDS) portal JAEDS fasa pertama telah siap dibangunkan. Portal tersebut boleh diakses melalui url https://jaeds.uitm.edu.my

Saturday, October 10, 2020

Mengisi Masa Dengan Aktiviti Yang Bermanfaat

10 Oktober 2020 (10-10-2020) hari ke 4 melalui Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dibawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Saya memenuhi masa yang terluang dengan membangunkan portal pengurusan journal bertajuk Journal of Applied Engineering Design and Simulation untuk sebuah Pusat Kecemerlangan UiTM iaitu Smart Manufacturing and Research Institute. Portal ini dibangunkan menggunakan platform open sources. Server pembangunan sistem pengurusan journal ini dibina secara virtual di Data Center UiTM. Ia hanya boleh diakses melalui network dalam UiTM sahaja dan saya melakukan kerja-kerja installation dan configuration daripada rumah saya di Kolej Delima secara remote.

Paksa diri untuk faham dan tahu menggunakan CLI Operating System (OS) platform Linux (Ubuntu) dan menggunakan framework Laravel PHP version 7.4.11, web server Apache version Apache/2.4.41 (Ubuntu) dan Database server version 10.3.22-MariaDB-1ubuntu1. Perjalanan masih panjang untuk menyiapkan projek portal pengurusan jurnal ini. Seperkara yang diperakui ialah ia tidak semudah seperti yang disebut.




Friday, October 9, 2020

Penantian Suatu Penyiksaan

Pada 4 Oktober 2020, saya turut serta menghadiri program #MusaadahKhasSiswa di Kolej Seroja UiTM. Ia adalah program bantuan kewangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)  inisiatif  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada pelajar IPTA yang terkandas di asrama kerana Covid-19  susulan kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya pendaftaran secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini ditangguhkan. Sebanyak RM15,000 diserahkan kepada wakil-wakil Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Timbalan Naib Canselor (HEP) dan pengurusan tertinggi semua kolej kediaman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turun padang menyerahkan sendiri bantuan tersebut kepada mahasiswa.


Pada 5 Oktober 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu, semua yang hadir dimajlis penyerahan bantuan tersebut diarahkan supaya menjalani Swap Test Covid-19 dan kuarantin selama 14 hari dirumah masing-masing.