Saturday, September 27, 2014

Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.  

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan  agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta  mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor  akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Friday, September 19, 2014

Penuntut UiTM maut dirempuh kereta


Shah Alam: Seorang penuntut perempuan berusia 20 tahun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di kampus berkenaan petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Fatin Farah Farradia Yusof dikatakan baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.
Difahamkan, mangsa adalah penuntut tahun dua Diploma Sains Sukan unversiti berkenaan.
Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pensyarah wanita.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.


Thursday, September 18, 2014

Pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara Mengenai Pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan Cadangan Mengadakan Rang Undang-Undang Harmoni

 Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara


1. Akta Hasutan 1948 tidak sepatutnya dimansuhkan. Memansuhkan Akta Hasutan tidak akan membantu untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan  ketenteraman negara. Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketegangan  hubungan antara kaum, menyebabkan permusuhan dan pergaduhan antara kaum, menggugat ketentraman negara malah perang saudara.

2. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 Perlmbagaan Persekutuan (agama Islam sebagai agama rasmi) ke dalam seksyen 3(1)(f). 

3. Elok juga Kerajaan memikirkan untuk memansuhkan kesalahan menghasut  terhadap Kerajaan. Kewujudan peruntukan itu tidak consistent dengan amalan  demokrasi. Malah untuk berkempen pilihan raya pun tidak boleh. Sebab itulah selama ini tidak ada sesiapa pun yang dituduh kerana kesalahan itu.  Jika demikian untuk apa kesalahan itu dikekalkan dalam undang-undang. Ia hanya memberi gambaran bahawa Kerajaan bersifat autokratik. 

4. Mengekalkan Akta Hasutan dengan menukar nama sahaja, misalnya kepada Akta Harmoni adalah tidak wajar. Hakim-Hakim muda, terutama sekali yang  dilantik daripada ahli-ahli Majlis Peguam dikhuatiri akan menjadikanya  sebagai helah apabila mentafsir peruntukan-peruntukan yang sedia ada itu,  untuk mengambil pendekatan baharu yang lebih liberal untuk membebaskan  tertuduh? 

Mereka akan menghujahkan bahawa Parlimen semestinya  mempunyai tujuan mengapa ia meminda tajuk itu, memberi tujuan yang  difikirkan oleh mereka sendiri dan memberi tafsiran yang memihak kepada tertuduh. Lagi pun, dari perspektif politik, saya percaya Kerajaan akan  dikecam kerana cuba mengkabui mata rakyat.

5. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya iaitu (Kementerian Dalam Negeri (KDN).

6. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) tidak septutnya  mengambil alih perkara yang terletak dalam bidangkuasa KDN dan Peguam  Negara. 

7. Prosedur biasa di mana kementerian berkenaan menentukan dasar dan gubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamat  dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

8. Ketepikan draf Rang Undang-Undang Harmoni (RUU Harmoni) yang digubal oleh Majlis Peguam itu. 

9. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, Sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa dan jangan kaitkan dengan  Akta Hasutan. Saya tidak fikir perpaduan boleh diwujudkan dengan kuatkuasa 

Tun Abdul Hamid Mohamad
14 Septemebr 2014
tunabdulhamid@gmail.com

Wednesday, September 17, 2014

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menyeru agar sayap Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat

Batu Pahat, 17 September 2014. Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menyeru agar sayap Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama PAS hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jamaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"Syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang dalam "suasana politik yang gawat" ketika ini.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.

(Sumber - Sdr Basri PenangTV)

Malaysia: UN rights office urges review of colonial-era Sedition Act


Rupert Colville, spokesman for the UN High Commissioner for Human Rights. UN Photo
16 September 2014 – The United Nations human rights office today urged Malaysian authorities to immediately stop investigations and prosecutions under a 1948 law that curbed free speech and freedom of expression in the South-east Asian nation.
“We are concerned about the recent increase in the use of the 1948 Sedition Act to arrest and prosecute people for their peaceful expression of opinion in Malaysia,” the spokesperson for the UN High Commissioner for Human Rights, Rupert Colville, said in Geneva.
Since the beginning of August, at least 19 people, including religious leaders, civil society actors, political opposition members and activists, a university professor and a journalist have been charged or placed under investigation for sedition, according to the Office of the High Commissioner (OHCHR).
Most recently, an investigation was opened against Edmund Bon, a human rights and constitutional lawyer, for comments in an article on the legal use of the word “Allah,” which were critical of current restrictions on members of the other religious groups using the term.
The UN right office said it was also concerned that the authorities in Malaysia are arbitrarily applying the Sedition Act to silence critical voices.
The Act is “overly broad and does not outline well-defined criteria for sedition,” Mr. Colville said speaking on behalf of the OHCHR.
“We call on the Government to quickly initiate a promised review of the Act and to repeal or amend it in line with its international human rights obligations.”

(Sources - http://www.un.org)

Hak dan Kuasa Sultan Selangor - Oleh Tun Maharezza




1.Undang-Undang tubuh negeri selangor perkara 51(1) 51(2) 5 (2)a 53(4) memperuntukan kuasa Sultan untuk melantik dan memperkenankan Menteri Besar.

2.Sultan tidak berkuasa memilih calon Menteri Besar kerana kuasa Sultan hanya untuk melantik Menteri Besar.

3.Kuasa memilih calon Menteri Besar adalah didalam kuasa ADUN-ADUN Selangor.

ADUN-ADUN Selangor berkuasa memilih 1 orang daripada kalangan mereka sebagai calon MB. Pun begitu , pilihan calon MB oleh ADUN-ADUN Selangor tidak bersifat mutlak dan ianya boleh ditolak Sultan walaupun orang itu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

4.Selain kuasa melantik MB yang dibawah kuasa Sultan , Sultan juga berhak untuk perkenan ataupun tidak perkenankan calon MB pilihan majoriti ADUN.

Kuasa perkenan dan kuasa melantik adalah kuasa mutlak Sultan yang tidak boleh dicabar oleh apa jua perundangan.

5.Walaupun sultan tidak berkuasa memilih calon MB , dan walaupun adun berkuasa memilih calon MB, namun Sultan berhak untuk tidak perkenan pilihan adun tersebut dan sultan berhak utk tdk melantik calon pilihan adun tersebut.

Adun adun tidka boleh memaksa sultan perkenan dan melantik calon pilihan mereka.

6.Sultan boleh menggunakan hak perkenan baginda untuk menolak calon pilihan adun adun tersebut untuk dilantik MB.

Kuasa pilihan adun adun tidak ditolak dan tidak dicabar oleh sultan , adun adun masih boleh memilih calon MB daripada kalangan majority mereka.

Sultan berhak tidak perkenankan calon tersebut , dan sultan harus maklumkan secara rasmi kepada adun adun majority dalam dun negeri bahawa beliau tidak perkenankan calon pilihan mereka dan ianya harus dipilih calon lain daripada kalangan majoriti adun adun tersebut.

7. Adun adun tidak perlu mencabar baginda sultan jika adun adun tersebut menghormati perlembagaan negara yang ditunjangi oleh sistem raja berperlembagaan.

Daulat Tuanku

Oleh

TMX

Tunmahani II

Sunday, September 14, 2014

IMG_4168.JPG

SAYA HANYA MENURUT PERINTAH – DR NA’IMAH

PETALING JAYA: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak akur dengan keputusan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dr Na’imah berkata, sebagai penjawat awam beliau menurut perintah dan menerima keputusan itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan tugas itu.
“Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan penggantungan tugas beliau sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.
Penggantungan tugas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Jumaat.
Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Muhyiddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
Kertas soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran.
Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.
Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu pada 30 September ini. – MSTAR ONLINE

Friday, September 12, 2014

Surat rahsia Tun Dr Mahathir akhirnya terbongkar !


Mari analisa surat Tun M ke atas Tunku.

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri.  Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

Perjanjian Air Antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat dimuktamadkan.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akhirnya memuktamadkan pelan penstrukturan semula air Selangor selepas proses tandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan di Putrajaya selesai hari ini.

Majlis itu berjalan lancar meskipun ada pihak yang meragui perjanjian tersebut kerana status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang kini berada di dalam proses transisi sekarang.

Majlis tersebut berlangsung di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dengan menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid sendiri menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) itu.

Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz memuat naik dua gambar di akaun Twitternya menunjukkan Khalid dan Maximus berjabat tangan.

“@Khalid_Ibrahim sealed the Master Agreement ceremony with the KeTTHA minister Datuk Dr Max Ongkili,” menurut tweetnya.

Friday, September 5, 2014

Pertuduhan terhadap Azmi Sharom sekat kebebasan akademik - Saifuddin

Pertuduhan terhadap Azmi Sharom sekat kebebasan akademik - Saifuddin
SAIFUDDIN: Kita perlu menegakkan kebebasan akademik untuk menggalakkan pensyarah universiti untuk menjadi intelektual awam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Caj hasutan terhadap profesor madya undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom menyekat kebebasan akademik, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

"Di mana-mana negara yang mengamal demokrasi, kebebasan akademik dianggap sebagai suci.

"Kita perlu menegakkan kebebasan akademik untuk menggalakkan pensyarah universiti untuk menjadi intelektual awam, yang tidak hanya bercakap dengan rakan sekerja, tetapi juga kepada orang ramai melalui media, persidangan, seminar atau penerbitan," katanya pada majlis di pelancaran kempen dan forum #mansuhaktahasutan dan di Majlis Peguam Malaysia malam tadi.

Pada hari Isnin, Azmi didakwa menghasut atas kenyataan beliau berkaitan dengan krisis perlembagaan Perak pada 2009 yang disiarkan dalam laman portal berita pada 14 Ogos yang didakwanya dibuat berdasarkan wacana akademik.

Saifuddin, pada forum itu, juga menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan secara tiba-tiba penganiayaan menggunakan Akta Hasutan 1948.

"Terdapat kebimbangan bahawa Akta berkenaan telah disalahgunakan untuk penganiayaan selektif.

"Daripada mempunyai perbualan di sfera awam yang lebih luas, kita mengalami perbualan di mana budaya yang takut berlanjutan," kata ahli Majlis Perundingan Perpaduan Negara itu.

"Apabila terdapat ketakutan - di mana ahli akademik tidak lagi bersuara dan tokoh-tokoh negara terus berdiam - saya bimbang jika tindakan keras dipergiatkan terhadap perbezaan pendapat, ia akan memberi ruang kepada mereka yang mungkin mahu 'menulis semula' perlembagaan melalui saluran pintu belakang, kerana tidak ada satu yang menghalang mereka.

"Walaupun saya tidak bermaksud tulisan perlembangan secara literal, ia mengenai mentafsiran peruntukan-peruntukan tertentu. Segelintir orang ramai memilih untuk berdiam kerana pada satu tahap, mereka takut. Dan secara tidak langsung anda boleh membuat ruang untuk orang ramai melakukan demikian," kata Saifuddin.

Kempen #mansuhaktahasutan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam Malaysia, merupakan inisiatif setahun bertujuan untuk menekan kerajaan persekutuan untuk memenuhi janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 11 Julai, 2012, telah berjanji untuk memansuhkan Akta itu dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

"Rakyat perlu menggalakkan dia untuk melakukannya. Tidak semua orang di sekeliling Najib mempunyai pemikiran yang sama dengan dia. Jika beliau mahu melakukannya, maka rakyat harus memberi sokongan kepada mereka," tambah Saifuddin.

Thursday, September 4, 2014

Mahkamah Tinggi Tolak Saman YBK Terhadap MB Selangor, Bekas Exco

SHAH ALAM, 4 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas exco kerajaan negeri Yaakob Sapari, yang didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu sidang media, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas mendapati pengataan Abdul Khalid dan Yaakob merupakan komen berpatutan atau adil yang dibuat berasaskan maklumat serta rekod atau dokumen rasmi kerajaan.

"Oleh itu, mahkamah berpendapat pembelaan defendan pertama bahawa beliau, selaku Menteri Besar Selangor, dan defendan kedua, selaku exco kerajaan negeri, mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang, sosial dan moral bagi memastikan tanah yang diberi milikan kepada YBK atau PYBK diurus dengan baik, adalah berasas dan dibuat bagi kepentingan awam," katanya.

Beliau berkata justeru, mahkamah mendapati Abdul Khalid dan Yaakob berjaya membuktikan, di atas beban imbangan kebarangkalian, bahawa kenyataan mereka dilindungi pembelaan komen berpatutan berdasarkan kepentingan masyarakat atau umum dan perlindungan bersyarat yang didasarkan kepada asas fakta.

Mahkamah turut memerintahkan YBK serta dua lagi plaintif, Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) dan Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom, masing-masing membayar RM30,000 kepada Abdul Khalid dan RM10,000 kepada Yaakob sebagai kos.

Dalam penghakiman setebal 98 muka surat, Yaacob menolak hujah ketiga-tiga plaintif yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican bahawa YBK, sebagai satu badan amanah, serta PYBK, sebagai sebuah entiti syarikat yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan negeri Selangor, tidak mempunyai sebarang tanggungan untuk melaporkan kepada kerajaan negeri atau untuk kerajaan Selangor mencampuri urusan YBK.

Beliau juga mendapati plaintif gagal membuktikan Abdul Khalid, yang diwakili peguam Edmund Bon, dan Yaakob, diwakili peguam Yusof Rahmat, berniat jahat ketika membuat pengataan yang didakwa memfitnah mereka.

Menyentuh tuntutan balas oleh Abdul Khalid untuk membatalkan saman itu, Yaacob berkata mahkamah mendapati terdapat klausa tindakan yang munasabah oleh plaintif dan perbicaraan penuh telah dijalankan.

"Di atas fakta tersebut, mahkamah ini berpendapat tindakan oleh plaintif di bawah guaman ini bukan dimulakan dengan motif jahat, atau bertujuan hanya untuk mengganggu defendan pertama," katanya.

Sehubungan itu, beliau menolak tuntutan balas Abdul Khalid dengan kos RM5,000 kepada setiap plaintif.

Penyataan tuntutan plaintif mendakwa Abdul Khalid, pada 24 Feb 2010, telah membuat satu kenyataan media bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' dan ia disiar oleh akhbar Suara Keadilan di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Plaintif juga mendakwa Yaakob kemudian membuat kenyataan menyifatkan tindakan Zainal Abidin menggadai tanah milik kerajaan negeri kepada bank bagi memenuhi keinginan peribadi beliau dan teman seangkatannya sebagai perbuatan khianat, ia juga dicetak serta diterbitkan akhbar sama di bawah tajuk 'Zainal Sakom Gadai Tanah YBK'.

Mereka juga mendakwa pada 5 April 2010, laman sesawang http://tvselangor.com menerbitkan satu artikel bertajuk 'Kemelut YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu' yang melaporkan kenyataan Abdul Khalid.

Plaintif berkata kesemua dakwaan adalah tidak berasas, tidak benar dan satu fitnah yang teruk serta merosakkan reputasi dan nama baik plaintif dalam kalangan masyarakat umum.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah serta injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah terhadap plaintif.

-- BERNAMA

Wednesday, September 3, 2014

KECEWA DENGAN TG HJ. HADI, FITNAH DAN ELAK TANGGUNGJAWAB - Che'guBard

Dipetik daripada status FB Che'guBard.

Kenyataan Umum
3 September 2014
KECEWA DENGAN TG HJ. HADI, FITNAH DAN ELAK TANGGUNGJAWAB
Pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas saya telah bertanding di DUN Sg. Acheh atas arahan parti yang saya anggotai. Ketika hari penamaan calon telah hampir, saya telah dimaklumkan dengan cakap-cakap perbagai pihak bahawa PAS juga akan meletakkan calon. Perbagai usaha saya lakukan yang mana akhirnya saya mendapat jaminan PAS tidak akan meletakkan calon maka saya sedia menghantar pencalonan.
Malangnya hari penamaan calon PAS tetap menghantar calon dengan watikah rasmi PAS. Ini amat mengecewakan. Malah peristiwa menghalang dengan kasar pada hari penamaan calon dikesali. Saya sendiri ada bertemu dengan Jentera PAS yang diketuai YDP PAS N.Tebal mereka berkeras bertanding kerana mereka mengatakan mereka telah lama bersabar dan mereka ada strategi dan cara untuk menang. Dalam pertemuan tersebut juga disebut mengenai kekasaran di hari penamaan calon.
Saya kemudian telah bertemu sendiri Datuk Seri Abd Hadi Awang, Presiden PAS mendapatkan kedudukan sebenar. Beliau sendiri bercakap dengan saya supaya teruskan kempen, PAS telah tarik diri dan pengumuman rasmi telah pun dibuat.
Di kawasan DUN Sg. Acheh ia tidak sebegitu malah kempen diteruskan dengan kasar. Bukan penyokong biasa tetapi YDP PAS N.Tebal sendiri telah ditahan oleh petugas PKR mencuri bahan kempen yang digantung oleh kami. Walaupun dibawa ke balai polis malam tersebut tetapi hanya direkod saya sendiri meminta jasa baik semua jangan dibuat laporan polis kerana menjaga air muka orang tua.
Calon PAS Dun Sg. Acheh sendiri turun berkempen dan dalam ceramahnya jelas ia menyebut ia diarahkan oleh Ketua Pemuda PAS (pada masa itu Nasaruddin Hasan) untuk balik ke Sg. Acheh dan berkempen. Malah sehingga hari pengundian PAS terus berkempen mengelirukan pengundi. Antara yang diedarkan dikawasan pengundi bukan Melayu ialah gambar Lim Guan Eng seolah bertanding dengan logo PAS.
Semua lebih parah apabila Presiden PAS sendiri memberikan ucapan PAS menghantar calon 3 penjuru kerana calon PR yang diletakkan terlibat menjual Pil Kuda, sokong komunis (mengangkat Lenin dll sebagai nabi) dan perbagai tuduhan lain. Hampir semua media melaporkan fitnah Hj Hadi dan menyiarkan nama saya bukan itu sahaja jentera dibawah turut memanjangkan fitnah tersebut, malah ia tidak terhenti dengan tamatnya PRU ke 13 sahaja
Ini menyemarakkan lagi taktik jahat dibawah termasuk fitnah. Calon PAS dan BN bergabung menyerang saya. Sudah tentu taktik nakal PAS ini sangat memberikan semula nafas kepada jentera BN tempatan yang seolah lumpuh awalnya.
Apa pun keputusanya saya mengaggap ia sebagai perancangan Allah yang penuh hikmah dan saya ambil pengajaranya. Cuma dari segi fitnah ke atas diri saya yang terpalit keluarga saya mohon bersihkan. Saya telah usaha menghantar beberapa surat sejak dari selesai dari PRU 13. Saya juga telah berpesan dengan beberapa individu yang saya rasa mampu menyampaikan pesan kepada Hj Hadi, namun semuanya tak mendapat respon. Saya cuma mahu Hj. Hadi membersihkan nama saya atau mendedahkan mana dan siapa sumber maklumat sehingga beliau mengeluarkan ayat fitnah tersebut.
Saya juga telah menulis kenyataan terbuka yang saya hantar ke semua saluran elektronik berkaitan Hj. Hadi seperti twitter, email dan sebagainya termasuk bukan sahaja beliau secara peribadi tetapi PAS pusat sendiri. .
Namun eidulFitri yang lepas saya pulang ke kampung (Sg. Acheh) nampaknya fitnah tidak terhenti, kesian dengan saudara mara dan teman - teman saya terpaksa tanpa henti cuba menerangkan apa terjadi. Saya tidak punya banyak pilihan saya telah bertemu peguam Tentuan Vasudevan A & Co. untuk mengarahkan satu surat tuntutan undang - undang dikeluarkan. Maka satu surat bertarikh 6 Ogos 2014 telah dikeluarkan. Dihantar melalui pos dan hantaran tangan.
Surat hantaran tangan ke Pej. Presiden PAS di Pejabat Agong PAS telah diterima pada 8 Ogos 2014 iaitu hari Jumaat dimana Terengganu cuti dan Pusat Khidmat Parlimen Marang tutup. Namun sehari selepas surat itu sampai di Ibu Pejabat PAS saya dihubungi ramai wartawan. Saya pelik bagaimana wartawan boleh tahu tetapi sms wartawan TV3 jelas menyebut mendapat maklumat dari sumber PAS menyatakan saya hantar surat tuntutan undang - undang. Malah setelah diperiksa beberapa akaun FB penyokong tegar Hj. Hadi turut menyiarkan imej surat yang merupakan salinan kepada Hj Hadi. Ini tidak sepatutnya berlaku.
Bermula 11 Ogos 2014 usaha menyampaikan surat di Pusat Khidmat Parlimen Marang dilakukan. Malangnya petugas di pusat khidmat tersebut enggan menerima surat tersebut. Katanya dia tidak ada kuasa menerima surat. Lucu sekali, seolah ada arahan agar lari dari tanggungjawab. Apa yang perlu ditakutkan ?
Sangat kecewa dengan perkembangan ini. Hambur fitnah dan seolah lari dari tanggungjawab, saya cuma menuntut hak nama saya dibersihkan. Ada yang mencadangkan tulislah surat kepada Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi yang baru 'melantik' Hj Hadi dalam jawatan peringkat antarabangsa. Mungkin Sheikh Yusof boleh menasihatkan Hj. Hadi mengenai hukum fitnah dan meminta maaf. Namun saya rasanya ia agak keterlaluan tetapi tidak menolak kemungkinan itu.
Saya minta semua agar faham ini tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya terlibat, ini adalah urusan saya dan Hj. Hadi secara peribadi. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang - undang ini. Perlu ditegaskan ini bukan soal wang tetapi soal maruah. Malah saya telah memutuskan apa yang saya perolehi dari saman ini nanti sebahagian besar akan disumbangkan kepada Unit Amal satu badan sukarela dibawah PAS yang banyak menggerakkan kerja kebajikan dan seumpamanya sebagai menghormati sumbangan Unit Amal dalam perjuangan.

Tuesday, September 2, 2014

Pendapat Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman Bekas Pengarah Urusan MAS terhadap pelan 12 perkara yang ditetapkan Khazanah.


Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
ABDUL AZIZ: Berpendapat MAS tidak patut kurangkan tenaga pekerjanya, malah ia patut menambah pekerjanya.

KUALA LUMPUR: Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline System Bhd (MAS) dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?

Mengapa pihak berkenaan tidak pernah terfikir tentang Dasar Langit Terbuka (Open Skies Policy) yang akan dilaksanakan tahun depan dan pasti memerlukan lebih banyak kakitangan?

Apakah mereka tidak memberi perhatian atau sengaja tidak mahu faham MAS berhadapan kemungkinan menjadi syarikat penerbangan domestik sahaja jika pengurangan pekerja dilakukan?

Itu antara soalan yang dilempar bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman kepada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) ketika ditanya reaksinya terhadap penstrukturan berkenaan.

"Semua cadangan dibuat dalam pelan itu adalah baik pada umumnya tapi saya rasa ada perkara yang amat penting dan perlu diambil kira pihak yang menyusun semula penstrukturan itu.

"Satu perkara tertinggal di dalam rancangan itu, ia menetapkan pengurangan pekerja, bagaimana dia buat keputusan itu dan apa asasnya nak kecilkan syarikat," katanya ketika dihubungiAstro AWANIhari ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kandungan pelan 12 perkara yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan MAS yang diumum baru-baru ini.

Ketika mengulas mengenai Dasar Langit Terbuka, Abdul Aziz memberitahu, pengumuman angka pengurangan tenaga pekerja itu dilihat satu perkara ganjil yang tidak harus dilakukan pada peringkat awal penstrukturan.

"Bagaimana dia buat keputusan itu? Berapa banyak laluan dan juruterbang, anak kapal dan kakitangan yang terlibat?

"Saya rasa dia tidak boleh hendak buang pekerja bahkan perlu tambah pekerja.

"Dasar Langit Terbuka akan dimulakan enam bulan lagi, seharusnya mereka ada perancangan namun rasanya ia tidak disentuh dalam pelan itu," jelasnya.

Dasar Langit Terbuka ASEAN yang bakal dilaksanakan pada 2015 bertujuan meluaskan rangkaian perkhidmatan udara di antara Malaysia dan negara-negara asing.

Ini akan diadakan melalui perjanjian perkhidmatan udara dua hala (bilateral) yang akan membenarkan syarikat penerbangan Malaysia dan negara-negara asing mengadakan penerbangan tanpa sekatan dari segi kekerapan perkhidmatan, kapasiti penerbangan, jenis pesawat, laluan serta bilangan syarikat penerbangan yang dibenarkan di antara Malaysia dan negara tersebut.

Situasi ini mampu meningkatkan pertumbuhan sektor pengangkutan udara dan industri pelancongan negara, dan sekaligus meningkatkan akses rakyat Malaysia ke negara-negara lain dan sebaliknya.

Sementara itu, sebuah akhbar sebelum ini melaporkan kenyataan Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng yang menyifatkan langkah mengurangkan pekerja yang dilakukan MAS merupakan satu tindakan yang matang dan perlu dilakukan; sejajar dengan langkah pemulihan syarikat penerbangan nasional tersebut.

Ia turut dilihat satu perkara yang menyumbangkan kepada kos operasi dan melalui pengurangan tersebut, MAS juga dapat memikirkan untuk mengurangkan penerbangan ke laluan yang tidak menguntungkan.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang sebelum ini menduga langkah pembuangan kakitangan, tidak menjangkakan Khazanah akan melaksanakan pembuangan sehingga 6,000 orang sebagai satu daripada langkah pemulihan syarikat penerbangan itu.

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja. 


Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang - Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%). 

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur. 

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu. Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan. 

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka. Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu. 

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu 

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama  Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi. 

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981. Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini. 

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit. 

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting - Mahathir sewaktu sidang PBB 

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981. Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. 

Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya. 

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir. 2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. 

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti. Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan. Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. 

Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura. Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya. Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, 

Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel. Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB. Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. 

Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan. Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan.

Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia. Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981. 

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC. Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini. 

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin. Kerjasama Pelbagai Pihak Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka. 

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar. Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. 

Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat. Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan. 

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham. 

Mengapa Guthrie ? Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC. Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie. 

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil. Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan. Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid” Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia). 

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain. Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini. 

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB. Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang. 

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut. Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB. Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. 

Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan. Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk  M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981 Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar. Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. 

Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama. Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. 

Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan. Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH. 

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut. 

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih. Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. 

Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea. Hasil Besar dari Serangan Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat. Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan. 

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia. 

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia. Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid. Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.
2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.
3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.
4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Rujukan:
Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest?
The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000)
The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969.
PNB Wrest Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981 PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore.