Thursday, October 31, 2013

Tamatnya Kuasa Melayu di Malaysia?



Saya dengar ada orang Melayu yang “meramalkan” bahawa pada abad ini kuasa Melayu di Malaysia akan tamat. Apabila kuasa Melayu tamat, sejarahnya juga akan tamat, segala yang ada pada orang Melayu, yang diwarisinya sejak zaman-berzaman, akan tamat. Ramalan karut? Mungkin ya, mungkin tidak. 

Cuba kita melihat perkembangan yang berlaku pada orang Melayu di negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan pada tahun 1957, selama lebih kurang satu abad, bermula dengan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, kuasa Melayu di Tanah Melayu (ini termasuk Singapura dan Pulau Pinang) diambil alih secara efektif oleh kuasa British. 

Sistem pentadbiran British menggantikan pemerintahan feudal dan aristokrasi tradisional Melayu. Undang-Undang Anglo-Saxon dan Common Law Inggeris, menggantikan Undang-undang Melaka dan Undang-undang Melayu yang diwarisi dari zaman kerajaan Melayu Melaka. Pendidikan tradisional Melayu digantikan dengan pendidikan Inggeris, berdasarkan sukatan pelajaran yang berkiblat kepada sejarah, budaya, pemikiran, dan tamadun Inggeris. 

Bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan utama, bahasa pentadbiran, bahasa mendapat pekerjaan yang mempunyai nilai ekonomi, profesional, dan sosial yang jauh lebih tinggi daripada jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris. Orang Melayu yang berpendidikan bahasa Melayu peringkat rendah sekolah Melayu pada zaman itu hanya layak diberikan pekerjaan sebagai “orang suruhan” atau orang yang hanya bergerak menurut arahan dan perintah ketuanya yang berpendidikan Inggeris. 

Orang Melayu yang berpendidikan Melayu sampai ke tahapnya yang tertinggi, iaitu kelulusan Darjah Enam sekolah rendah Melayu, berpeluang dipilih untuk menjadi guru sekolah Melayu. Kekayaan Tanah Melayu tidak dikuasai oleh orang Melayu tetapi oleh kapitalis British dan kaum pendatang. Orang Melayu tidak digalakkan oleh dasar British untuk menjadi pedagang dan peniaga, dan golongan usahawan (kapitalis). 

Mereka hendaklah kekal hidup di kampung Melayu sebagai petani, pesawah, dan pekebun kecil. Sistem pendidikan Melayu dikaitkan dengan dasar ekonomi pertanian Melayu, anak-anak Melayu perlu menjadi manusia yang lebih “literat” (yakni tahu membaca, menulis, membuat kira-kira campur, tolak, dan darab dalam bahasa Melayu) daripada ibu bapa mereka yang “buta huruf” (walaupun kita tahu bahawa orang yang “buta huruf” tidak bererti mereka buta hati, buta fikiran, dan buta akal). 

Pernah seorang pegawai kolonial Inggeris dari India datang ke Tanah Melayu dan memberitahu ahli-ahli Majlis Perundangan di Perak bahawa jika orang Melayu “terlalu terdidik” (over educated), kemungkinan mereka akan bangkit menentang pemerintahan British, seperti yang pernah berlaku di India, kata pegawai kolonial British itu. Kemiskinan orang Melayu di luar bandar hingga kini masih belum dapat diatasi sepenuhnya, berbanding dengan kaum lain, berpunca daripada dasar British yang menyekat orang Melayu untuk maju melalui perdagangan dan perniagaan. 

Dasar atau rancangan British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai “koloni” British terserlah apabila mereka cuba menghapuskan “kedaulatan” raja Melayu dan hak-hak Melayu di tanah airnya sendiri melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Nasib baik orang Melayu cepat menyedari akan muslihat rancangan ini, lalu dengan gerakan yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, semangat orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dapat dibangkitkan untuk menentang rancangan anti-Melayu itu. 

Dalam perjuangan ini, orang Melayu bertindak bersendirian, yakni mereka tidak mendapat sokongan daripada kaum lain, kerana kaum lain nampak bahawa rancangan Malayan Union menguntungkan mereka. Hal ini diakui oleh ahli sejarah Inggeris yang terkenal, iaitu Percival. Raja-raja Melayu (walaupun tidak semuanya) tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan orang Melayu, walaupun mereka tahu bahawa kedaulatan mereka akan hapus mereka akan dijadikan “rakyat” raja British dan mereka juga tentunya sedar bahawa nasib orang Melayu akan hancur jika gagasan Malayan Union dilaksanakan. 

Raja-raja Melayu terpaksa dirayu oleh Datuk Onn supaya menyokong perjuangan kebangsaan bangsa Melayu. Orang Melayu tentunya percaya bahawa perjuangan mereka berjaya kerana pihak British dikatakan telah mengalah, lalu bersetuju mengkaji semula rancangan mereka itu. Yang menggantikan Malayan Union ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya Agreement) pada tahun 1948. 

Tanah Melayu tetap diperintah secara langsung melalui institusi barunya, iaitu Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Pengerusi dalam Persidangan Raja-Raja Melayu. Itulah lebih kurang kisah sejarah Tanah Melayu dalam tempoh kira-kira satu abad British memerintah kita. Selepas kemerdekaan, orang Melayu dapat “bangkit semula”, menerajui pemerintahan tetapi melalui perkongsian kuasa antara kaum, mula-mula dalam bentuk kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC, kemudian pada tahun 1970-an, perikatan ini diperbesar menjadi Barisan Nasional. Bahasa Melayu diisytihar sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Sistem pendidikan British digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utamanya. 

Maka ribuan, malah ratusan ribu anak-anak Melayu, termasuk anak-anak dari kaum lain, mendapat peluang pendidikan hingga ke peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa ini. Walaupun dasar pendidikan baru ini pada mula tidak disukai oleh kaum lain namun sistem ini mencapai kemantapannya pada tahun 1980-an hingga ke tahun 1990-an. Pelajar kaum itu ternyata tidak menjadi mangsa kepada sistem itu, malah mereka dapat mengatasi pelajar Melayu, terutama dalam mata pelajaran Sains, walaupun bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Di peringkat pengajian tinggi awam, pelajar yang cemerlang, yang mendapat kelulusan kelas pertama dalam ijazah pertama dalam pelbagai bidang ilmu, kebanyakannya pelajar bukan Melayu. 

Jadi, selepas lebih 30 tahun sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan, kemajuan atau pencapaian orang Melayu dalam bidang pendidikan berbanding dengan kemajuan pelajar bukan Melayu menjadi “isu Melayu” yang tidak habis-habis dibincangkan oleh orang Melayu. Orang lain mungkin ada isunya juga tetapi tidak diheboh-hebohkan kerana barangkali mereka cuba mengatasinya melalui usaha sendiri secara senyap-senyap, sedangkan orang Melayu tidak habis-habis mencari kesalahan pada sistem itu (walaupun ini tidak bererti tidak ada kelemahan pada sistem itu) atau mendedahkan kelemahan diri sendiri tanpa melakukan tindakan usaha sendiri untuk mengatasinya. 

Dasar liberalisasi kerajaan terhadap pendidikan tinggi dan terhadap penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga telah menambahkan lagi kadar tidak seimbang antara orang Melayu dengan kaum lain dari segi perkongsian hasil kemajuan negara. Orang Melayu makin lama makin susah hendak mendapat pekerjaan, terutama dalam sektor swasta yang makin dikuasai oleh orang bukan Melayu, kerana syarat untuk mendapat pekerjaan dalam sektor itu sekarang ialah pengetahuan bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin. 

Maka pengangguran dalam kalangan siswazah Melayu kian meningkat. Yang paling dahsyat ialah permusuhan politik UMNO dan PAS sudah sampai ke tahap yang sangat membahayakan perpaduan Melayu. Para penyokong daripada kedua-dua parti Melayu-Islam ini tidak segan-silu memaki hamun, menjatuhkan maruah bangsa sendiri dengan mengutuk, menghina, dan membodoh-bodohkan orang Melayu. Segala pekung Melayu didedahkan, kebaikannya sudah tidak kelihatan lagi. Rakyat Melayu yang memerhatikan telatah Melayu ini makin lama makin “meluat”, akhirnya mereka tidak akan mempunyai apa-apa kesedaran politik dalam jiwa mereka, lalu berdiam diri dalam kepedihan menahan rasa. 

Disebabkan ketidakbijaksanaan, kelantangan, dan celupar mulut beberapa orang Melayu yang ghairah memburuk-burukkan pihak lawan daripada bangsa sendiri, akhirnya seluruh umat Melayu yang pada tahun 1946 bersatu untuk menentang kejahatan. Kali ini penjajah baru, musuh baru orang Melayu-Islam di Malaysia akan masuk di celah-celah perpecahan barisan Melayu itu, untuk meraih keuntungan politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Tetapi kita tidak nampak kerana kita sedang sibuk “berperang” antara sesama bangsa sendiri. Inilah puncanya Melayu mudah dijajah oleh kuasa asing. 

Melayu menggunakan tongkat kuasa untuk memukul bangsa sendiri. Sejarah ini sedang berulang. Abad ke-21 masih panjang. Kalau dalam tempoh 40 tahun, sejak kemerdekaan, bangsa Melayu boleh sampai ke tahap hendak jatuh semula setelah bangun kembali, maka kita boleh meramalkan apakah yang akan terjadi kepada bangsa ini jikalau perkembangan seperti ini berterusan sepanjang abad ini. Hari ini orang Melayu sudah mula dapat melihat tanda-tandanya. Mereka tidak nampak apakah orang Melayu, dalam masa yang singkat, dapat membetulkan keadaan dan gawat dirinya untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan Melayu tidak akan sampai ke tahap apabila segala-galanya tidak dapat dibetulkan lagi. Hanya menunggu saat kemuncak tamatnya kuasa Melayu itu di negara.

Adakah Masih Ada - A.Kadir Wahab

















ADAKAH MASIH ADA

Adakah masih ada masaku
dalam mengharungi alunan hidup ini
adakah masih ada usiaku
untuk terus menabur bunga budi
pada nusa dan bangsa

adakah masih ada malamku
bagi menyempurnakan kesyukuranku
adakah masih ada siangku
dalam menjalankan otot-otot tubuhku
adakah masih ada rezekiku
untuk menyambung tali penderitaan ini
dalam menyempurnakan cabaran
dan arus penghidupan
adakah masih ada.

Masjid Tanah, Melaka Mingguan Malaysia, 1 September 1991

Tuesday, October 29, 2013

Gurindam Bagaimana

BAGAIMANA

Bagaimana boleh kaya,
Apa dibuat jarang berjaya.

Bagaimana boleh maju,
Kalau usaha kurang laju.

Bagaimana boleh selamat,
Kalau cakap tidak cermat.

Bagaimana nak jadi penyair,
Kalau bahasa kurang mahir.

Bagaimana boleh sihat,
Jikalau tidak cukup rehat.

Bagaimana boleh untung,
Kalau modal tak masuk kantung.

Bagaimana nak melenggang,
Kalau hutang keliling pinggang.

Bagaimana hendak suka,
Kalau hati sudah luka.

Bagaimana boleh berkat,
halal haram tiada disekat.

Bagaimana tak terbengkalai,
Buat kerja selalu lalai.

Bagaimana jasa berbalas,
Jika hati tak pernah ikhlas.

Bagaimana jiwa nak tenang,
Dengan nafsu tak pernah menang.

Bagaimana hati nak senang,
Jikalau banyak fikir kenang.

Bagaimana hati tak mendidih,
Kalau mendengar perkataan pedih.

Bagaimana papa tak jadi,
Kalau sudah gila judi.

Bagaimana hati tak sayu,
Kalau dah mendengar pujuk rayu.

Bagaimana kerja tak gagal,
Sekejap buat sekejap tinggal.

Bagaimana orang nak sayang,
Budi tiada bahasa pun kurang.

Bagaimana pokok nak subur,
Jika baja tak pernah tabur.

Bagaimana nak tambah rezeki,
Kalau leka di kedai kopi.

Bagaimana Tuhan nak sayang,
Jika tak prrnah ke tikar sembahyang.

Iladam

Monday, October 28, 2013

Sejarah Ringkas Negeri Sarawak




Sejarah Sarawak sebelum era Brooke pada hakikatnya merupakan sejarah Brunei. Catatan-catatan awal mengenai Brunei dalam abad ke-16 menyebut tentang sebuah kerajaan yang kuat dan kaya meliputi kawasan Sarawak di barat hingga ke Manila di sebelah utara. Oleh yang demikian Sarawak adalah di bawah kuasa takluk kesultanan Brunei. 

Pada awal abad ke-16 Brunei merupakan sebuah kerajaan yang gagah dan kaya. Walau bagaimanapun tidak berapa lama selepas itu kekuasaannya mulai goncang dan kelemahan mulai dirasai lebih-lebih lagi dengan kedatangan pengaruh Belanda. Secara beransur-ansur beberapa jajahan sekitar mulai jatuh apabila pengaruh Belanda merebak ke selatan Borneo. Sebahagian daripada jajahan Utara pula telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. 

Pada awal abad ke-19 Jajahan Brunei menjadi bertambah kecil dan terhad kepada kawasan-kawasan di Sarawak, Brunei dan di sudut timur laut yang sekarang dikenali sebagai Sabah. Kedudukan kerajaan Brunei menjadi tidak stabil dan terancam. Kacau-bilau berlaku di darat dan lanun bermaharajalela di laut. Malah dalam beberapa kes Sultan Brunei juga terlibat dalam perbuatan melanun dan ibu negeri Brunei menjadi pusat pemasaran orang-orang tawanan yang dijadikan hamba abdi. Demikianlah keadaan negeri Brunei yang menjadi huru-hara dan seterusnya pembesar-pembesar jajahan bertindak sendirian. 

Menjelang abad ke-19, Brunei menjadi lemah akibat daripada pertelingkahan sesama sendiri. Keadaan ekonomi menjadi lebih runcing dan hasil pendapatan negara tidak sampai ke tangan Bendahari. Pembukaan Singapura dan perkembangannya sebagai pusat perniagaan penting di Asia Tenggara telah menjejaskan Kesultanan Brunei. Saudagar-saudagar enggan membayar cukai dan ramai juga di antara mereka yang memutuskan hubungan perdagangan dengan Brunei. 

Sebagai pilihan yang lain mereka telah mengalih haluan ke Singapura yang dapat memberi keuntungan yang lumayan. Justeru itu sultan dan pangeran-pangeran terpaksa berpuas hati dan menerima hasil-mahsul yang kian berkurangan. Cuma daerah-daerah yang di sekeliling ibukota sahajalah yang menanggung beban perbelanjaan sultan. 

Sejarah moden negeri Sarawak bermula dengan ketibaan James Brooke di Kuching dalam tahun 1839. Pada masa itu, bumi yang sekarang dikenali sebagai Sarawak masih berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Aktiviti melombong ‘antimony’ telah bermula kira-kira satu dekad terdahulu daripada tarikh kedatangan Brooke di kawasan pendalaman Kuching. 

Sebagai salah satu daerah Brunei, Sultan telah memberi hak istimewa kepada Pangeran Mahkota yang mentadbir daerah tersebut bagi mengawal dan mengendalikan perusahan melombong. Beliau mengambil kesempatan memaksa orang-orang ‘Dayak Darat’ dan Melayu bekerja di situ. Dengan tindak tanduk Pangeran Mahkota, pekerja-pekerja merasa yang mereka telah ditindas dengan bayaran gaji yang amat rendah dan tidak seimbang dengan kerja yang disuruh. Selain daripada itu juga beliau mengutip yang ufti daripada pekerja; menjalankan perniagaan paksaan dan monopoli semua barang keperluan termasuk makanan dengan harga yang tetap. Beliau juga menjalankan pentadbiran sewenang-wenang dan sesuka hatinya. Pangeran Mahkota bukan sahaja mengutip cukai dengan secara yang tidak adil bahkan juga merampas harta benda rakyat. 

Oleh sebab itu dalam tahun 1836 rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum termasuk Melayu, Bidayuh dan Cina di bawah pimpinan Datu Patinggi Ali telah bangun memberontak dengan tujuan membebaskan Sarawak daripada belenggu kezaliman pembesar-pembesar Brunei. Sebenamya cara pemerintahan Pangeran Mahkota itu bukanlah dari restu Sultan Ali Umar Saifuddin H iaitu Sultan yang memerintah Brunei pada ketika itu. Setelah mendengar berita kekacauan yang berlaku di Sarawak, baginda Sultan menghantar ayah saudara baginda, Pangeran Muda Hashim (Pangeran Bendahara, Brunei) ke Sarawak untuk memadamkan huru-hara pemberontakan tersebut.

Beliau menjadi Bendahara atas nama sahaja setelah Raja Api dihukum bunuh kerana menjadikan Sultan Omar boneka padahal beliau (Raja Api) memegang teraju kuasa. Dengan sebab itu beliau (Pangeran Muda Hashim) perlu menunjukkan kebolehannya semasa dihantar ke Sarawak supaya dapat memulihkan kepercayaan Sultan. Pangeran Muda Hashim bagaimanapun telah gagal melaksanakan tugasnya dalam menghapuskan pemberontakan dan menghentikan kezaliman. 

Pangeran Mahkota di Kuching berdegil dan terus menganiaya rakyat tanpa memperdulikan perintah Sultan melalui Pangeran Muda Hashim Kekacauan dan huru-hara berterusan. Oleh kerana malu dan tidak mahu dianggap dirinya lemah, Pangeran Muda Hashim meminta pertolongan James Brooke yang kebetulan pada ketika itu berada di Sarawak; Beliau menawarkan daerah Siniawan dan Sarawak termasuk pemerintahannya sekali bersama- sama dengan perniagaan dan gelaran Raja jika ia bersetuju. 

Pada mulanya Brooke tidak berminat dan meneruskan perniagaannya ke Singapura dan lain-lain tempat. Brooke kembali semula ke Kuching dalam tahun 1840 dan mendapati keadaan di situ tidak berubah. Seterusnya beliau membuat keputusan untuk membantu Pangeran Muda Hashim. Setelah beberapa lama berperang akhirnya James Brooke telah berjaya menghapuskan pemberontakan dan mententeramkan keadaan. Sebagai membalas jasa dan seperti yang telah dijanjikan, beliau telah dilantik secara rasmi sebagai pemerintah di Sarawak bergelar “Raja Sarawak”. Tetapi perlantikan ini telah ditangguh oleh kerana Pangeran Mahkota masih membuat kekacauan dan enggan menerima keputusan Sultan. Perlantikan akhirnya dilakukan pada tarikh 24hb September 1941 setelah Pangeran Mahkota dihalau keluar. Bersama-sama dengan pengisytiharan tersebut beliau telah diberi sekeping jajahan seluas lebih kurang 3,000 batu persegi iaitu anggaran seluas Bahagian Pertama seperti yang ada sekarang. 

Kawasan ini meliputi sempadan di sebelah timur dan Tanjung Datu sampai ke Kuala Sungei Samarahan di sebelah barat termasuk Sungei dan Batang Kayan ke selatan pula ialah sejauh 60 batu dan pantai hingga ke sempadan dengan Kalimantan di bawah perintahan Belanda. Mengikut perjanjian di antara Brunei dengan Brooke, beliau (Brooke) akan memerintah Sarawak bagi pihak Sultan dan membayar baginda sejumlah $2,500 setahun. Pemberian ini kemudiannya telah disahkan oleh Sultan Omar Ali dalam tahun 1842. Pemerintahan Brooke, selain daripada motif perdagangan, beliau juga dikatakan mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang telah dicerminkan melalui dasar-dasarnya terhadap anak negeri. Beliau bertujuan untuk mempertingkatkan taraf hidup orang-orang Dayak dengan memperkembangkan sumber-sumber yang ada di negeri Sarawak. 

Beliau membentuk sebuah kerajaan yang sederhana tetapi berkesan yang boleh membuka perdagangan di kalangan suku kaum Bumiputera. Selanjutnya beliau bertujuan membebaskan mereka daripada belenggu kezaliman golongan bangsawan dan dengan itu berharap akan menambahkan nama baiknya lebih daripada menambahkan kekayaannya. Hubungan baik dengan pembesar-pembesar dikekalkan. Untuk mencapai cita-citanya, Brooke telah menggunakan pembesar-pembesar Melayu dengan memberi jawatan-jawatan penting walaupun pada hakikatnya beliau mempunyai kata putus. 

Dasar ini dilaksanakan dengan motif mendapatkan sokongan daripada pembesar-pembesar Melayu tempatan. Golongan pembesar-pembesar Melayu dikekalkan menjawat jawatan lama dalam sistem pentadbiran Brunei seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Imam dan Datu Temenggung. Walaupun jawatan-jawatan lama itu masih ada tetapi peranan mereka telah berubah dan sehubungan itu sistem sosial dan politik tradisional bumiputera Sarawak juga turut berubah. Sepanjang pemerintahannya, James Brooke telah menghabiskan masa dengan menghapuskan lanun dan menstabilkan keadaan negeri Sarawak. Dalam pada itu jajahan Sarawak telah diluaskan sebanyak kira-kira 200 batu lagi ke kawasan timur dengan mengambil beberapa jajahan Brunei dalam tahun 1853 dan 1861. Untuk ini Sultan mendapat ganjaran sebanyak $6,000 setahun. Pengeluaran jajahan dalam tahun 1853 meliputi kawasan Batang Rejang hingga Ke Sungei Balingian iaitu Bahagian Kedua dan Bahagian Ketiga. 

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Sarawak sebagai negara bebas dalam tahun 1854 manakala Britian telah menghantar seorang konsul dalam tahun 1864. James meninggal dunia dalam tahun 1868 di England dan tempatnya telah digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke sebagai “Raja Putih” Kedua. Dalam masa pemerintahan Raja yang kedua ini dua jajahan lagi telah ditambah untuk ditadbirkan olehnya. Dalam tahun 1881 jajahan dari Kendurung hingga Baram iaitu Bahagian Keempat, telah diambil oleh Charles dengan bayaran tambahan kepada sultan sebanyak $3,000 dan kepada Temenggung sebanyak $2000 setahun. Dalam tahun 1905 jajahan Lawas dan Limbang iaitu Bahagian Kelima telah ditambah kepada pentadbiran Sarawak dan dengan penyerahan itu negeri Sarawak telah memperolehi sempadan seperti yang ada pada hari ini. Sementara itu Sarawak telah memperolehi perlindungan Inggeris dalam tahun 1888 sebagai lanjutan kepada pengiktirafan yang telah diberikannya. Pada umumnya Charles memerintah mengikut dasar yang telah diasaskan oleh bapa saudaranya. 

Dasar perikemanusiaan diteruskan dan kerjasama pembesar tempatan tetap dikekalkan. Beliau memerintah dalam satu jangka masa yang agak lama iaitu dari tahun 1917 sehingga tahun 1912, Charles memerintah melalui kuasa mutlak tanpa disekat. Beliau mentadbir dengan cara mengeluarkan arahan atau perintah. Walaupun terdapat dua majlis, iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri, kuasa sebenarnya adalah di dalam tangan Raja. Peranan Majlis Tertinggi ialah untuk memberi nasihat kepada Raja mengenai undang-undang tradisi (customary laws), manakala Majlis Negeri pula berfungsi sebagai satu perhimpunan antara pemimpin-pemimpin Bumiputera dengan pegawai-pegawai Eropah; pemimpin-pemimpin rakyat ini datang hanya untuk menunjukkan taat setia kepada Raja. Mulai tahun 1912 beberapa perubahan perlembagaan mula diperkenalkan oleh Charles. 

Beliau menubuhkan Majlis Penasihat Negeri Sarawak di London untuk menasihati dan menyelia perkara-perkara berkaitan dengan kewangan. Dalam tahun 1915 beliau menubuhkan pula Jawatankuasa Pentadbiran yang diberi kuasa untuk menguruskan semua perkara mengenai pentadbiran negeri Sarawak. Jawatankuasa ini dianggotai oleh tiga orang Residen iaitu Ketua pentadbir di Bahagian 1, 3 dan 4 dan lima orang ahli biasa yang juga terdiri daripada orang-orang Inggeris. Charles telah meninggal dunia dalam tahun 1917 dan digantikan oleh anaknya Vyner sebagai “Raja Putih” Ketiga. 

Beberapa perubahan penting dalam bidang ekonomi telah berlaku ke atas negeri Sarawak pada awal pemerintahan Vyner Brooke. Getah dan lada hitam dieksport secara besar-besaran. Pendapatan daripada hasil minyak di Miri semakin bertambah. Penubuhan komuniti Foochow di Sibu telah mengeluarkan hasil pertanian (terutamanya getah) yang lumayan, dan memberi harapan yang Sarawak akan mendapat pengeluaran makanan yang mencukupi. Kesemua ini telah menyebabkan pentadbirannya menjadi lebih kompleks. Pada penghujung pemerintahan Vyner iaitu dalam tahun 1940, beliau menghadapi beberapa masalah khususnya masalah kewangan dan juga masalah mendapatkan ganti Raja yang menyebabkan beliau ingin menyediakan Sarawak ke arah pemerintahan sendiri. 

Beliau lakukan ini  dengan harapan untuk memperoleh bayaran sebagai ganti rugi. Perlembagaan yang diperkenalkan pada tahun 1941 itu, akan menggantikan pemerintahan Raja dengan satu bentuk kerajaan atas asas yang lebih luas yang memudahkan perkembangan kerajaan demokratik secara beransur-ansur. Pendek kata, perlembagaan yang baru ini akan mengakhiri zaman pemerintahan kuasa mutlak dan menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada apa yang diperkenalkan sebagai ‘State Council’ atau Majlis Negeri. Walau bagaimanapun perlembagan yang baru mi tidak sempat dilaksanakan oleh kerana Jepun telah mendarat di Miripada 16 Disember 1941 dan terus menakluki seluruh negeri. 

Sebuah ‘Kerajaan Buangan” ditubuhkan di Australia di bawah Vyner Brooke sepanjang pendudukan Jepun di Sarawak hingga bulan Ogos 1945. Pada 11 September 1945 beberapa pasukan tentera Australia, Sekutu Britain dan Amerika Syarikat telah menyerang Kuching dan menerima penyerahan kalah daripada pegawai tertinggi tentera Jepun di Sarawak. Dan masa itu hingga tujuh bulan lamanya Sarawak telah diperintah oleh Pentadbbiran Tentera British (British Military Administration - B.M.A). 

Dalam bulan April 1946, Raja Vyner Brooke melalui wakilnya telah mula membincangkan cara-cara bagaimana Sarawak dapat diserahkan kepada kerajaan Great Britain yang boleh mentadbimya sebagai sebuah koloni British. Langkah ini diambil oleh kerana beliau sedar bahawa lebih banyak sumber-sumber kewangan serta kepakaran teknikal dan saintifik yang diperlukan bagi melakukan kerja-kerja pemulihan ke atas banyak kerosakan semasa pemerintah Jepun. Berikutan itu, Britain telah menghantar dua orang perwakilan untuk meninjau pendapat golongan Bumiputera Sarawak terhadap tindakan ini Mengikut laporan perwakilan, semua ahli Majlis Tertinggi telah bersetuju dengan penyerahan tersebut. Begitu juga pemimpin beberapa persatuan Cina yang utama telah menandatangani persetujuan mereka. 

Akan tetapi kumpulan yang keras membantah penyerahan tersebut ialah terdiri daripada Persatuan Melayu Kebangsaan (Malay National Union) yang mendakwa bahawa pendapat rakyat jelata tidak diperolehi sebelum keputusan ini dibuat. Mereka mendesak supaya  Perlembagaan Tahun 1941 dilaksanakan. Mesyuarat-mesyuarat dan perhimpunan raksasa telah diadakan membantah penyerahan tersebut. 

Guru-guru Melayu telah memulau sekolah-sekolah kerajaan dan seterusnya bersama kakitangan-kakitangan kerajaan meletakkan jawatan secara beramai-ramai. Bagaimanapun peristiwa pembunuhan wakil British iaitu Gabenor Duncan Stewart oleh Rosly bin Dhobie di Sibu pada awal bulan Disember 1949, telah menghancurkan Pergerakan Anti-Penyerahan (Anti-Cession Movement). Selepas peristiwa tersebut orang-orang Inggeris mengambil tindakan tegas terhadap persatuan ini dan terus mempercepatkan penyerahan. Semenjak itu Sarawak telah dijadikan sebuah koloni Inggeris yang sama taraf dengan koloni-koloni lain dalam Empayar British. Pentadbiran Sarawak diletakkan terus di bawah Menteri Tanah Jajahan British. Pada 16 September 1963, Sarawak bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan Malaysia.

Thursday, October 24, 2013

Asal Usul Kapitalisme

Kemelesetan besar, yang berlaku pada tahun 1929, telah mengubah sikap golongan pemodal terhadap masa depan sistem kapitalis itu sendiri, terutamanya terhadap peranan negara. Krisis ini juga telah memberi tamparan yang hebat terhadap golongan pemodal di Amerika Syarikat yang sebelumnya begitu yakin terhadap masa depan sistem pasaran bebas itu. 

Mereka amat terkejut dengan krisis yang berlaku pada tahun 1929-1932 itu, iaitu zaman timbulnya kesedaran umum dalam masyarakat Amerika Syarikat terhadap masalah sosial, yang mempersoalkan sistem kapitalis, seperti yang berlaku pernah di Eropah pada tahun 1865-1890 yang menjadi pencetus pergerakan pekerja sosialis. Para pemodal mempersoalkan sistem ini dengan berbagai-bagai cara. 

Ada yang cuba mengukuhkan kapitalisme melalui fasisme dan pemerintahan kuku besi. Di Amerika Syarikat dan Britain, campur tangan kerajaan bertambah atas nama tolak ansur sosial yang dinamakan New Deal dan fahaman Keynes yang dilaksanakan untuk mengatasi Kemelesetan Besar, 1929-1933. 

Dari segi pemikiran ekonomi juga, telah berlaku Revolusi Keynes, yang menganjurkan lebih banyak campur tangan kerajaan demi mengatasi masalah ekonomi kapitalis, terutamanya pengangguran.  Sistem fasis biasanya timbul daripada krisis sosial, ekonomi dan politik yang berkaitan dengan ketegangan dalam hubungan kelas yang melampau, akibat kemelesetan ekonomi dalam tempoh yang panjang. Di bawah keadaan tersebut perbincangan dan perundingan antara kelas pekerja dengan kelas pemodal tidak mungkin berjaya. Ini mengakibatkan kerajaan kapitalis tidak membenarkan gerakan kelas pekerja berkernbang dengan sewenang-wenangnya. 

Dalam sejarah kapitalisme, terdapat dua jenis krisis berkala, iaitu kitaran jangka pendek, yang berulang setiap lima tujuh atau sepuluh tahun, dan kitaran jangka panjang, sepanjang lebih kurang 50 tahun, yang mula dibincangkan oleh seorang ahli ekonomi Rusia bernama Kondratief. Kitaran jangka panjang meliputi tahap kadar pertumbuhan tinggi, yang biasanya diikuti dengan tahap kadar pertumbuhan rendah. Tempoh 1913-1940 merupakan tahap meleset kitaran jangka panjang apabila pengeluaran kapitalis telah rnerosot. Dalam kitaran jangka pendek antara tahun 1913-1920 dan 1920-1929, kemelesetan yang teruk telah berlaku. Kitaran jangka panjang yang bermula selepas Perang Dunia II yang masih berterusan ini telah membawa satu perkembangan baru dalam hubungan antara kapitalis dengan pekerja. 

Demi mengukuhkan sistem kapitalis itu sendiri, beberapa faedah dan jaminan telah diberi kepada kaum pekerja, terutamanya di Eropah Barat dan Amerika Utara. Dasar kapitalisme selepas perang adalah berdasarkan kerjasama antara gerakan buruh yang bersubahat dengan para kapitalis demi meningkatkan taraf hidup para pekerja. Walau bagaimanapun, masih terdapat tanda tanya dan keraguan terhadap masa depan sistem ini. Mekanisme ekonomi pasaran dengan sendirinya tidak dapat menjamin pengekalan sistem ini. 

Oleh sebab mekanisme kapitalisme tidak dapat diharapkan, campur tangan kerajaan semakin perlu demi mengekalkan sistem tersebut. Campur tangan ini telah menghasilkan ekonomi campuran, yang sebenarnya masih terus bersifat kapitalis. Golongan pemodal sendiri tidak yakin lagi terhadap mekanisme sistem kapitalis. Campur tangan kerajaan dianggap perlu bagi menjamin keselamatan sistem kapitalis dalam jangka panjang dan merupakan ciri utama kapitalisme sebelum tahun 1980-an. 

Sebenarnya, pengalaman kapitalisme di Eropah Barat selepas Perang Dunia II mempunyai banyak persamaan dengan pengalaman  New Deal di bawah Roosevelt di Amerika Syarikat sejak zaman Kemelesetan Besar. Untuk memahami asal usul kapitalisme ini, kita perlu mengambil kira Perang Dingin, iaitu faktor kedua yang menjelaskan perkembangan campur tangan kerajaan dalam ekonomi selepas perang. Perang Dingin boleh dianggap sebagai akibat ancaman kuasa antikapitalis terhadap negara kapitalis. Satu lagi krisis ekonomi yang serius, seperti yang telah berlaku antara tahun 1929-1933, mungkin tidak dapat diatasi oleh kapitalisme. Bayangkan apa yang mungkin akan berlaku di Jerman jika terdapat lima juta orang penganggur di Jerman Barat, sedangkan terdapat kekurangan pekerja di Jerman Timur. Jelaslah bahawa campur tangan kerajaan dalam ekonomi  kapitalis bertujuan nengatasi masalah kitaran dan krisis yang boleh mengancam masa depan sisterm kapitalis sendiri.

Tuesday, October 22, 2013

Definisi Psikologi

Perkataan psikologi (Psychology) berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani atau mental dan - logos(-logi) yang bermakna kajian. Sebagai satu perkataan, ia membawa maksud kajian jiwa, mental atau rohani manusia. 

Daripada makna perkataan ini sahaja, beberapa definisi telah disarankan oleh pakar-pakar psikologi dan seluruh dunia. Mengikut pergerakan sejarah serta perkembangan psikologi, William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental (Bruno, 1984). Beliau menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria manusia. 

John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dan segi tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia. Daripada definisi tersebut, kita boleh membahagikan psikologi kepada beberapa bahagian. 

Pertama, psikologi sebagai satu kajian yang saintifik. Ini bermakna kajian-kajian yang dilakukan dalam disiplin psikologi menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan yang saintifik seperti kajilidikan, peninjauan, korelasi, pemerhatian, kes kajian dan lain-lain. Kesemua metodologi tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu dan menggunakan prosedur-prosedur yang spesifik. 

Kedua, psikologi mengkaji tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia ialah perbuatan yang boleh kita lihat. Dalam erti kata lain, semua tingkah laku mi di dalam bentuk lampau (overt behaviour) seperti berjalan, makan, memandu, menerajang, memukul dan lain-lain lagi. 

Ketiga, dan yang terakhir, pakar-pakar psikologi juga menjalankan kajian-kajian ke atas proses-proses mental manusia, yang lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung (covert behaviour). Ini merupakan sesuatu tingkah laku yang tidak dapat kita lihat seperti bayangan, perasaan, mimpi, fantasia, khayalan dan lain-lain. 

Secara keseluruhan, psikologi mengkaji semua jenis tingkah laku manusia. Kadangkala, kajian-kajian ke atas binatang juga dilakukan, seperti melihat kesan dadah ke atas tingkah laku seekor tikus. Kajian ini perlu kerana ia tidak boleh dilakukan ke atas manusia. Walau bagaimanapun, semua kajian tersebut mempunyai darjah signifikan yang tinggi ke atas penggunaannya untuk manusia sama ada secara langsung ataupun tidak. Tugas manusia pula ialah untuk memahami sedikit sebanyak tentang dirinya sendiri, mengetahui jenis-jenis proses dan perasaan-perasaan yang dialami serta menghayatinya dengan cara keseluruhan.

(Rujukan : PENGANTAR PSIKOLOGI: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia oleh Mahmood Nazar Mohamed, DBP, 1990)

Thursday, October 17, 2013

Syair Pesanan Ibu oleh Zurinah Hassan

Dengarlah anak ibu berpesan,
lengkapkan din dengan pclajaran,
hanyalah itu jadi bekalan,
untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,
seperti kebun berpagar duri,
seperti sinar intan baiduri,
itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
bagaikan permata amat berharga,
jangan jatuh ke lembah hina,
nanti menyesal tidak berguna.

kalau hidup terasa susah,
senang berhadapan dengan masalah,
hadapi dengan hati yang tabah,
jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
jangan mengambil jalan yang mudah,
jangan sekali mencuba dadah,
kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
perginya tidak akan berulang,
di hati tua sesal mendatang,
mengingatkan waktu yang telah hilang.

Orang tua sudah berpesan,
dunia bagai lautan dalam,
oleh kerana kurang pedoman,
ramailah insan yang telah karam.

Monday, October 14, 2013

Tentang Bank Dunia



Bank Dunia atau dahulunya dikenal sebagai Bank Antarabangsa bagi Penyusunan Semula dan Pembangunan ditubuhkan semasa persidangan di Bretton Woods di Amerika Syarikat pada tahun 1944. Pada awalnya penubuhan bank ini bertujuan membiayai pembinaan semula Eropah yang musnah selepas Perang Dunia Kedua, tetapi kemudiannya peranannya diluaskan bagi menyediakan bantuan kewangan dan teknik kepada negara-negara sedang membangun di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Sebahagian besar pinjaman daripada bank ini disediakan bagi membiayai projek-projek pembangunan seperti pembinaan untuk kemudahan pengangkutan termasuk jalan raya dan pelabuhan, loji hidroelektnik dan sistem tali air. 

Keahliannya terbuka kepada semua negara. Negara ahli ini akan menyumbangkan modal kepada Bank Dunia, dengan jumlah peruntukan berdasarkan pendapatan negara dan perdagangan antarabangsa. Di samping sumbangan modal ini, Bank Dunia juga mendapatkan sumber kewangannya dengan mengeluarkan bon-bon di pasaran modal antarabangsa seperti di pasaran London dan New York. Bank Dunia menyediakan pinjaman kepada kerajaan atau agensi-agensi kerajaan. 

Badan-badan swasta juga boleh meminjam tetapi mesti dijamin oleh kerajaan mereka. Sebelum pinjaman diluluskan satu pasukan yang mengandungi pakar-pakar dari segi teknik akan terlebih dahulu dihantar untuk menilai projek berkaitan dan mengkaji jenis pembiayaan yang pihak bank boleh sediakan. Projek yang diluluskan adalah yang berdaya maju dan produktif serta menyediakan pendapatan kepada negara. 

Pendapatan negara berkenaan mestilah mencukupi untuk membayar balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, kadangkala sehingga 30 tahun. Bank akan memanjangkan bantuan kewangannya sekiranya modal persendinian negara-negara ahli tidak mencukupi pada sesuatu jangka masa tertentu. Di samping pinjaman yang dikeluarkan, Bank Dunia juga menyediakan bantuan dan segi teknik dan khidmat nasihat terhadap keseluruhan rancangan pembangunan dan projek-projek pelaburan yang khusus. Ini termasuklah bantuan untuk menjalankan penyelidikan, latihan dan kajian-kajian yang berfaedah. 

Kewujudan Bank Dunia mi adalah didorong oleh perkembangan ekonomi dunia yang menyaksikan beberapa negara menghadapi masalah kewangan serta memerlukan bantuan dan segi teknik dan khidmat nasihat. Bantuan-bantuan yang disediakan secara amnya adalah untuk membantu negara-negara berkenaan serta memperbaiki taraf hidup masyarakat dunia keseluruhannya.

Wednesday, October 9, 2013

Kitab Durr al-Fara'id Karangan Ar-Raniri - Dosa-Dosa Besar Menurut Nuruddin Ar-Raniri

Durr al-Fara'id adalah karya terjemahan Nuruddin al-Raniri (m.1068 H/1658 M) terhadap buku Sharh al-UAqa'id al-Nasafiyyah karangan Sabd al-Din Masbud ibn bUmar al-Taftazani (m 791 H/1387 M). Dalam Durr al-Fara'id karangan al-Raniri ini, beliau memperincikan jenis dosa-dosa kecil dan besar. Tujuan beliau adalah jelas iaitu untuk mendidik masyarakat supaya mengambil berat akan hal-hal tersebut. 

Antara dosa-dosa yang disenaraikan oleh al-Raniri adalah:

(1). Menyekutukan Allah. 
(2). Membunuh manusia. 
(3). Menukas perempuan solehah dengan zina. 
(4). Berzina. 
(5). Lari dari perang sabilillah dengan kafir.
(6). Makan harta anak yatim 
(7). Durhaka kepada dua ibubapa yang Islam 
(8). Berpaling dari yang sebenarnya tatkala ihram haji 
(9). Makan riba ganda berganda 
(10). Mencuri 
(11). Minum arak, tuak atau apa saja yang memabukkan  
(12). Liwat . 
(13). Merampas harta orang. 
(14). Saksi dusta. 
(15). Berbuka puasa siang Ramadan tanpa darurat. 
(16). Memukul sesama Islam 
(17). Bersumpah palsu. 
(18). Memutuskan kasih sayang dengan keluarga. 
(19). Melebihkan dan mengurangkan dalam timbangan. 
(20). Mendahulukan atau mengemudiankan sembahyang daripada waktunya. 
(21). Mengada-adakan hadis Nabi saw dengan disengaja. 
(22). Memaki sahabat Nabi saw. 
(23). Menjual pegawai kepada raja yang zalim 
(24). Tidak mengeluarkan zakat. 
(25). Meninggalkan amar makruf dan nahi munkar. 
(26). Menanamkan (mengumpulkan) lelaki serta perempuan pada satu tempat. 
(27). Melupakan al-Quraan sesudah dipelajarinya.
(28). Membakar sekalian yang bernyawa ketika masih hidupnya. 
(29). Menahan diri daripada panggilan suami dengan tiada sesuatu sebab. 
(30). Menghina ilmu.
(31). Menghina ulama. 
(32). Makan babi. 
(33). Riya. 
(34). Ammarah. 
(35). Dendam. 
(36). Dengki.
(37).Takbur diertikan membesarkan diri, merendahkan orang. 
(38). Khuyalac, diertikan melenggang-lenggang dengan menilik-nilik dirinya. 
(39). Nifaq, diertikan mulut dengan hati bersalahan. 
(40). Mencari kecelaan orang. 
(41). Menggemari (berlebihan) pada yang seni-seni. 
(42). Tamak. 
(43). Takut menjadi papa. 
(44). Melihat pada orang kaya dengan membesarkannya kerana kayanya. 
(45). Menghina orang papa kerana papanya.
(46). Memperindahkan diri, memegahkan dunia, membesarkan diri dengan dunia, kasih akan puji. 
(47). Mencari aib orang, lupa akan aib diri. 
(48). Melupakan segala nikmat Allah. 
(49). Meninggalkan syukur. 
(50). Tidak redha akan qadak Allah. 
(51). Makan dan menipu orang. 
(52). Sangat kasih dan menghendaki dunia. 
(53). Jahat sangka kepada sesama Islam. 
(54). Redha akan kehidupan dunia. 
(55). Dilalaikan oleh pekerjaan dunia. 
(56). Melupakan Allah.
(57). Melupakan akhirat. 
(58). Membinasakan ilmu. 
(59). Meninggalkan amal ilmu. 
(60). Mensia-siakan hak ulama. 
(61). Meringan-ringankan ulama dan membaharukan suatu resam yang jahat, meninggalkan resam agama Islam. 
(62). Kasih kepada sekalian yang zalim dan yang fasiq. 
(63). Mensia-siakan nikmat orang yang berbuat baik. 
(64). Meninggalkan mengucap salawat kepada nabi saw tatkala mendengar orang menyebut nama beliau. 
(65). Membinasakan matawang perbelanjaan. 
(66). Makan atau minum pada bejana emas atau perak.
(67). Melupakan al-Qurcan atau satu ayat atau satu huruf daripadanya. 
(68). Buang air besar atau kecil pada jalan orang. 
(69). Tiada menyucikan kencing atau najis dari badan atau kainnya. 
(70). Membuka aurat. 
(71). Mandi telanjang
(72). Menjadi imam yang dibenci oleh makmum. 
(73). Memutuskan atau tiada membetulkan saf ketika sembahyang. 
(74). Mendahulukan imam ketika menjadi makmum dalam sembahyang. 
(75). Melihat ke langit ketika sembahyang. 
(76). Menjadi kubur sebagai masjid, tawaf pada kubur, memasang pelita pada kubur, menjadikan kubur seperti berhala, sembahyang menghadap kubur, menyembah kubur. 
(77). Berlayar atau pergi barang ke mana-mana seorang diri (bagi perempuan). 
(78). Kembali dari perjalanan kerana sebab tanda-tanda dari binatang (mempercayai mitos, khurafat). (79). Melangkah bahu orang dalam masjid pada jumaat. 
(80). Duduk sama tengah pada keliling manusia (?) 
(81). Perempuan memakai kain tipis, maka kelihatan tubuhnya. 
(82). Melebihkan panjang kain, sekalian pakaian dan tangan baju. 
(83). Berjalan menilik-nilik diri. 
(84). Mencelup rambut dan janggut dengan warna hitam tanpa sebab perang sabilillah. 
(85). Menampar-nampar pipi. 
(86). Melebihkan leher baju. 
(87). Duduk-duduk di atas kubur. 
(88). Perempuan menziarahi kubur. 
(89). Perempuan mengiringkan jenazah. 
(90). Melambat-lambatkan pengeluaran zakat ketika telah sampai wajibnya. 
(91). Menagih hutang dengan keras kepada orang yang berhutang, sedang ia mengetahui bahawa yang berhutang itu dalam keadaan muflis atau papa. 
(92). Membenarkan atau membuat tangkal lain daripada alQurcan, hadis dan doa. (93). Orang kaya meminta sedekah kerana tamak.
(94). Tiada mahu memberi air, sedang ia banyak mempunyainya. 
(95). Tiada memberi korban sedang ia berkemampuan. 
(96). Menjual kulit korban. 
(97). Membuat rumah lebih daripada keperluan, kerana takbur. 
(98). Melambatkan upah atau tiada memberi upah pada yang berhak sesudah dikerjakannya. 
(99). Melihat kepada perempuan yang helat dengan shahwat. 
(100). Mengumpat. 
(101). Diam dari mendengar orang mengumpat. 
(102). Bergurau-gurau berlebihan dan mengajuk-ngajuk Mukmin. 
(103). Makan dalam jamuan orang sampai kenyang dengan tiada diketahui dan rida yang menjamu. (104). Tiada memberikan hak isteri yang wajib baginya. 
(105). Perempuan keluar dari rumahnya dengan memakai bau-bauan dan perhiasan jika diizin oleh suaminya sekalipun. 
(106). Perempuan minta talak kepada suami. 
(107). Memaki orang mukmin. 
(108). Menyuruh orang merdeka berkhidmat kepadanya seperti dijadikan sahaya (hamba). 
(109). Menyuruh sahayanya diluar had kemampuannya. 
(110). Memukul orang Islam atau kafir yang jinak (zimmi) dengan tiada hukum syarak.
(111). Mencari-cari perbuatan orang yang berdosa, yang tiada kufur dalamnya, dan dituntutnya. Mencela orang yang teraniaya, sedang ia kuasa menolongnya.
(112). Menuntut supaya orang yang kena had atau diat yang ditentukan dalam syarak supaya dilepaskan
(113). Meninggalkan mengkhitan lelaki
(114). Melarangkan orang memberi salam.
(115). Tidak membuat pertahanan negeri dari serangan orang kafir.
(116). Kasih kepada orang yang berdiri kerana membesarkan dan memuliakannya. 
(117). Lari daripada wabak ketika musimnya. 
(118). Berbanyak sumpah, jika benar sekalipun. 
(119). Bersuluk yang di dalamnya ada kecelaan orang (yang dicela). 
(120). Meninggalkan taubat daripada dosa besar.

(Sumber : Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation Wan Mohd Nor Wan Daud & Khalif Muammar 119 27(2) (2009): 119-146 Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke-17 Masihi Berdasarkan Manuskrip Durr al-Fara'id Karangan Sheikh Nurudin al-Raniri)

Tuesday, October 8, 2013

KONGRES MELAYU YANG MENEBUS MARUAH MELAYU - Ucapan Dato Onn Jaafar Mac 1946

Ucapan Dato’ Onn Jaafar’ sebagai pengerusi persidangan kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 1-4 Mac 1946.


Yang amat mulia tengku-tengku, datuk-datuk,saudara-saudara lelaki dan perempuan sekalian. Sebelum saya ucapkan berkenaan dengan tujuan atas fasal yang pertama di dalam agenda mesyuarat ini, saya ucapkan terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kehormatan yang tinggi yang tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna bagi wakil-wakil umat Melayu dan segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini. Saya mencadangkan kongres ini, tetapi mereka yang menanggung keberatan, oleh itu saya ucapkan terima kasih. 

Kepercayaan tuan-tuan ialah satu benda yang tidak dapat saya Iafazkan dengan lidah. Perbuatan atas saya lafaz kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya persidangan, sebagaimana yang berkumpul di sini dan atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan, dan rundingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membinakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama diidamkan iaitu persatuan di antara kita sendiri.

Apakah maksud dan tujuan yang telah menghimpunkan kita beramai-ramai pada hari ini? Adapun maksud dan tujuan ini ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita ini hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang kepada kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian. Sebagaimana kita ini ada menaruh fikiran faham yang berlainan dan apa juga taraf dan kedudukan kita, adalah sama sahaja hakikat dan kehendak kita itu, iaitu kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendak tanahair dan bangsa kita ini terselamat dan kuat. Kedua-duanya itu hanyalah boleh terselamat jika kuat, dan hanyalah boleh kuat jika bersatu padu. Dan lagi kita berkehendak mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolakkan, selagi ada masanya, akan keaiban yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita ini disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh serta secukup kekuatan menurut kehendak zaman yang ada ini.

Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini, setelah ditimpa sesuatu peperangan yang tiada bandingannya di dalam tawarikh dunia, maka sekalian manusia di dalam segala negeri berharap akan dapat merasai sesuatu keadaan hidup yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.

Apakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau apakah kita berkehendak juga menyaingi mereka itu? Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang sebagaimana yang ada ini memilih yang mana kita berkehendak ini. Apakah kebahagiaan atau kecelakaan? Maka pilihan itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini. Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahagiaan dan daripada kesengsaraan. 

Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baru lepas ini maka bangsa-bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan satu ikhtiar bagi menyelamatkan dirinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain serta mengadakan satu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan. Maka daripada ikhtiar lahirlah UMNO ini. Orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan, kesemuanya dengan satu tujuan iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya. Maka hanya itu telah didirikan Persekutuan dan lain-lain itu telah membantutkan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu, maka daripada bersatu hati telah tersemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah belah. Perusahaan kita tiada menyamai dengan cita-cita dan tujuan-tujuan kita. 

Terbayanglah di sini bayangan berpecah belah dan kehampaan. Kedengaranlah kepada kita ejekan-ejekan dan celaan-celaan oleh tiada berhasil sebagaimana cita-cita kita ini. Kiranya telah ada berpecah belah itu maka hendaklah kita memperbetulkannya. Apakah kita berfikir perbuatan ini tidak terdapat kepada kita membuatnya? Sebagaimana juga bangsa-bangsa dunia telah berkumpul pada mengadakan satu ikhtiar bagi keselamatannya dan supaya mempertahankan serangan di atasnya dan supaya perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan padanya dan orang-orangnya boleh dapat diperbaiki. Maka demikianlah Persekutuan Melayu dan lain-lain itu hendaklah berkumpul supaya kesusahan-kesusahan orang-orangnya dapat diperbaiki dan diselamatkan. Adapun ikhtiar yang terbuka daripada umat Melayu itu ialah mengadakan persatuan di antara kesatuan-kesatuan iaitu berdiri serta berpegang teguh kepada kesatuan itu. Dari segala corak merupa Semenanjung Tanah Melayu  ini telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguhan semua ini akan beruji dan tatkala di dalam ujian ini maka tuan-tuan yang mewakili mereka itu hendaklah bersatu suara supaya semua ini akan dapat sahutannya. 

Di luar negara kita yang dulu senang dan makmur maka dunia ini adalah gelap gelita. Di dalam negara kita sendiri maka perkembangan sebuah negeri yang makmur dan senang - itu mengandungi penduduk yang tersenyum dan bersenang had telah dicemarkan oleh pergaduhan bangsa-bangsa serta perbuatan yang menyalahi di atas kita. Adalah terbayang suatu kebimbangan keadaan yang ada ini bukanlah sebagai yang patutnya. Akan tetapi janganiah hal-hal ini mendatangkan kecil hati kepada tuan-tuan pada han ini lebih danipada lain masa di dalam tawanikh dan kehidupan umat Melayu. Adalah dikehendaki kita bersabar dan bertenang fikiran supaya dapat kita menimbangkan secara yang benar akan olakan-olakan yang terbit daripada dunia ini. 

Pada hari ini lebih daripada lain-lain masa di dalam tawanikh bangsa kita, adalah dikehendaki kita berkuat hati supaya dapat kita hadapkan apa jua akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri. Marilah kita tunjukkan kepada dunia iaitu roh dan semangat datuk nenek kita ini masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan kamu masih boleh mengangkat kepala dan menatap dunia sebagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat. Marilah kita tunjukkan iaitu seberat-berat paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segar daripada dahulu. Marilah kita tunjukkan iaitu dengan pensatuan di antara kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subun, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. Marilah kita menegakkan akan diri kita, tidak kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang benar. 

Bersatulah sebagaimana kita belum pernah bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya berketununan datuk nenek kita yang menghadapi bahaya dan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan dan akan menjadi cita-cita kita ini. Hadapilah apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepenuh-penuh kepercayaan di atas keikhlasan niat-niat dan tujuan-tujuan kita itu. Insya-AlIah pada suatu hari kita akan hidup didalam cahaya sinaran kemerdekaan, sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. Saya telah mendengar iaitu persatuan diantara onang-orang Melayu akan menjadi berbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini  akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. 

Sebaliknya pula persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebih-lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan di dalam negeni kita, yang di dalamnya kita sentiasa telah memberi, akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadanan. Berlawan-lawan di dalam segala perkara kehidupan sememang telah ada dan masih akan ada lagi, akan tetapi berlawanan yang benar tidak patut dibimbangkan bahkan patut disambut. Sungguhpun pada masa setahun atau lebih yang baru  lepas ini telah berlaku beberapa kejadian di antara bangs-abangsa yang telah mencacatkan kehidupan benibu-nibu orang yang telah hidup dengan baik dan semenjak sebelum Semenanjung ini diperintah oleh suatu bangsa, akan tetapi tiada patut dibimbangkan bahawa kesatuan di antara onang Melayu itu akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian lagi. Sebelum saya tutupkan percakapan saya ml, maka saya hendak bercakap sedikit bagi maruah dan nama bangsa kita. Adapun tuan-tuan yang berhimpun di sini pada hari ini ialah wakil-wakil yang terpilih dan tiap-tiap sepatah perkataan dan tiap-tiap satu gerak-geri dan perbuatan tuan-tuan itu akan ditimbangkan dan diperhatikan. 

Yang demikian itu jemputlah menjalankan rundingan kita ini dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasnya hati dan jika sekiranya ada yang hendak mendatangkan teguran, maka biarlah teguran-teguran barang yang bernas dan memberi faedah. Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja iaitu adakah atau tidak hendak dijadikan UMO. Butir-butir pendirian dan penjalanan UMNO itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan. Saya hanya meminta supaya fikiran dan syor-syor yang berfaedah tatkala dibukakan peluang bagi merundingkan perkara-perkara ins. Demikianlah pencakapan saya, dengan mengulangi sekali lagi sepenuh-penuh tenima kasih daripada hati saya yang ikhlas.

Friday, October 4, 2013

Dilemma Diantara 'Memenangi Hati dan Minda Mahasiswa' dan "Membentuk Hati dan Minda Mahasiswa"

Saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri, disatu pihak, universiti perlu memenangi hati dan minda mahasiswa, di satu pihak lain, universiti perlu membentuk hati dan minda mahasiswa supaya menjadi orang yang kompeten dalam bidangnya dan berakhlak mulia. Jika kita ingin memenangi hati dan minda mahasiswa, kita hanya perlu menuruti setiap kehendak dan keperluan mahasiswa daripada perkara yang sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya, jika itu dapat kita laksanakan maka hati dan minda mahasiswa dapat kita menangi tetapi outputnya kita tidak membina dan membentuk hati dan minda mahasiswa yang berjati diri, kompeten dalam bidang yang mereka ceburi, bertaqwa, beriman dan berakhlak mulia. Demikian juga sebaliknya. Persoalannya, universiti perlu mengikut kehendak mahasiswa atau mahasiswa perlu mengikut kehendak universiti. Disini dilemma yang memerlukan hikmah untuk kita bertindak. 

Thursday, October 3, 2013

Integriti Dalam Pengurusan Pelajar - Sdr. Mohd. Nizam Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia

Saya amat tertarik dengan cara penyampaian Sdr. Mohd. Nizam Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia semasa membantangkan kertas kerja ke-4 yang bertajuk Integriti dalam pengurusan Pelajar. Beliau memulakan ucapan beliau dengan membaca beberapa potong puisi terpilih   karya Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang releven dengan tajuk kertas kerja yang dibentangkan oleh beliau.

Penyampaian beliau benar-benar menyentuh hati dan jiwa. Kata beliau ibu kepada integriti adalah berlaku jujur kepada diri sendiri dengan Illahi menjadi saksi. Integriti itu bermula pada diri sendiri. dan menjauhi sifat munafik, lain dikata, lain dihati dan lain perbuatannya. Diantara puisi yang dipetik dan dibacakan oleh beliau.


Gagasan Agung
Oleh : Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud

I

Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.
Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.
Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.
Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.

II

Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.
Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung
Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?
Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.

III

Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.
Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.
Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.
Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.

IV

Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.
Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.
Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.
Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.
Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.
Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!
Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.
Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.
Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.

V

Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.
Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang


Yang lurus , yang dibengkokkan
Oleh : Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud

Orang Inggeris berkata, jika kejahatan jelas kelihatan
Bukan bertopengkan kebajikan dan kebaikan
Bukan seperti musang berbulu ayam
Atau serigala berbulu anjing peliharaan
Hakikat itu dikenali depravity

Zahir mencermin batin, mudah dijauhi.
Tetapi, jika Tuhan dilupakan, digantikan insan dan patung
Dan syirik besar dianggap penyembahan terulung
Jika ilmuan bisu dayus dianggap sederhana dan santun
Hakikat keji ini disebut mereka corruption.

Inilah satu cabang nifaq, penyakit rohani
Berserban di kepala, iblis bertakhta di hati.
Mulut menyata bakti pada rakyat jelata, negara tercinta
Nikmat dikaut berjuta untuk sahabat, juak dan keluarga.

Bila ketua gagah berkuasa tangannya dikucup mesra
Akal mencipta fitnah, hati memendam nanah berbisa
Bila ketuanya alpa dan takhtanya mula bergoyang
Tersemburlah najis dari mulut penciumnya, petualang!

Petualang menjilat ludahnya sendiri, memeluk ketua baru
Lemparlah sisa tulang kepada anjing, pasti dikawalnya kamu
Tidak dikira tulang itu tulang saudaranya sendiri
Atau tulang gurunya yang dulu disayangi-geruni.

II

Apabila sesuatu yang lurus menjadi bengkok
Apabila yang berani menjadi dayus penakut
Apabila yang manis menjadi masam
Apabila yang putih menjadi hitam
Apabila yang jernih menjadi keruh
Apabila yang haram menjadi makruh
Dan yang dilarang menjadi yang disuruh:
Itulah fasad ciptaan insan kehilangan arah
Merosak langit dan bumi; semua terjarah.

Apabila zina menjadi hubungan kasih insan merdeka
Pencurian berjuta direstui Parlimen dan pemimpin negara:
Apabila pemberi wang menjadi raja penentu pendidikan
Ilmuan dinilai pada jumlah ringit penyelidikan

Pentadbir dinaik-pangkat kerana ketua dipertuhan;
Apabila rasuah seringgit dikeji-kecam semua
Berjuta hilang dari saku rakyat diperbiasa:
Itulah fasad membuah kezaliman dahsyat
Segala sesuatu disalah tempat,Fahisya dan mungkar diperadat.

Bila lampu dieni dimatikan mufti dan kaum Wahhabi
Yang gagal mengenali zaitun dalam lampu nan suci
Terbiasakan benzin berasap menghitam hati
Gelaplah umat meneroka malam, terjatuh ke longkang dalali.

Lampu pusaka Nabi, dinyalakan semula Imam al-Ghazali,
Digilap lagi cerminnya oleh Sheikhul Akbar,Jami dan Rumi.
Di Alam Melayu, lampu ini diarak Raniri:
Melayu, Jawa dan sebagainya giat mendalami
Arti agama meliputi segala syariat, akhlak, hakikat tinggi
Melawani kaum juhala, sufastaiyyah pelbagai segi
Berperisai akli, berpedang syar’i, bertombak siyasi.
Lampu inilah-wahai Mufti dan kaum Wahhabi semua
Menyuluh umat walau Sultan hilang kuasa, Portugis bertakhta
Belanda dan Inggeris begitu lama mengaut harta pusaka
Tidak seorangpun Melayu, Aceh atau Minang menjadi gila
Menolak aqidah Muhammad dan Memeluk Nasrani bersenjata

Lampu agung menyuluh umat beratus tahun lama
Walau Raja dan laksamana tumpas, saling sengketa
Namun umat masih gigih menyembah Tuhan nan Esa
Berimamkan Nabi dan pewarisnya berbilang bangsa,
Gagah menunggang ombak mencari ilmu di merata daerah-Melaka, Pasai, Kelantan, Haydramaut, Madinah, Kahirah
Bertahun mengembara, tanpa wang, berpenat lelah
Berjauhan saudara, ibu ayah, pantang mengalah.

Kini lampu-lampu agung dipadam, leluhur dikebumi dalam hati
Bolehkah lilin-lilin kerdil menerangi kelam sekularisasi?
Portugis lama menghilang dari Melaka dan jajahannya
Belanda dan Inggeris tidak lagi menguasai Selat dan Tenggara
Siam telah lama diam, mentari Jepun pudar sinar tenteranya-

Namun kedengaran khabar duka dari merata Kepulauan kita
Kaum remaja dan dewasa mudah meninggal ajaran Mustafa
Telah rela membutakan mata dengan salib Kristian
Dan berjalan bertongkat, dipimpin anjing peliharaan!

Kau, cendekiawan dan pemimpin pelbagai bidang
Luruskan semula yang dibengkokkan, jauhi petualang!
Tinggalkan tulang, kau bukan bangsa binatang
Kau insan ciptaan gemilang, berfikirlah panjang!

Konferensi Kebangsaan Pengurusan Kolej Kediaman 2013 - Memenangi hati & Minda Pelajar

Tepat jam 12.30 tengahari tadi usailah sudah konferensi kebangsaaan di hatten Hotel, Melaka anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM. Lebih membanggakan ialah penglibatan peserta dari Indonesia yang turut serta dalam konferensi kali ini. Lebih 200 orang peserta daripada semua IPTA dan beberapa IPTS terlibat dalam konferensi ini. Sebanyak 8 kertas kerja dibentangkan sepanjang konferensi berlangsung daripada 1 sehingga 3 Oktober 2013. Konferensi ini dirasmikan oleh Pro Canselor UiTM Tan Sri Noraizah Abdul Hamid.

"Universiti masa kini mempunyai peranan yang besar dalam memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembentukan modal insan. Pembangunan modal insan yang terancang menjadi teras dalam melahirkan generasi pewaris yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah, akhlak dan keterampilan diri" ujar Tan sri Noraizah Abdul hamid semasa merasmikan konferensi tersebut.

Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur kerana berjaya dengan jayanya mengendalikan konferensi kali ini.