Tuesday, June 24, 2008

Program Pentauliahan Profesional (Industry Based Certification) Di UiTM Wajar Diteruskan atau Dihentikan Sahaja..?

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sanis Kuantitatif, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Program Pentauliahan Profesional baru-baru ini.

Program ini dikendalikan oleh Prestariang Sdn. Bhd. Ia mula diperkenalkan pada Semester Mei/Julai 2006. Majoriti maklumbalas yang diterima daripada bekas peserta(pelajar) 3P yang pernah mengikuti program ini berpendapat ia wajar diteruskan sebagai penambahan nilai kepada pelajar UiTM. Rata-rata pelajar yang pernah mengikuti 3P telah berkerja dan menjawat jawatan penting dalam industri ICT.

Walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan untuk memantapkan lagi 3P ini supaya ia selaras dengan kehendak dan keperluan industri. 3P menawarkan kursus seperti CCNA, MCAD, MCSE, MCSA, MOS, MCDST, Comtia A+, IWD, ACP, CCENT, BEC, ITIL dan lain-lain lagi kepada pelajar tahun akhir UiTM daripada 5 fakulti yang terlibat.

Saya terlibat secara terus dengan 3P sebagai penyelaras teknikal dan berkerja erat dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Diantara tugas saya ialah memastikan makmal komputer yang mencukupi dan memenuhi speksifikasi 3P bagi menampung 650 orang pelajar yang mengikuti program ini, menyediakan penginapan asrama dan pengangkutan kepada peserta sepanjang program ini berlangsung, memastikan semua keperluan teknikal seperti network, server dan internet berfungsi dengan baik.

25 comments:

Anonymous said...

yes..but studaents xfaham sepatah haram. juz remember an xm ques, we will pass.need some review

Anonymous said...

saya setuju dgn comment yg atas ni..mmg best belajar walaupon tak brapa faham..saya rasa kalau boleh..kursus ptt start dr basic n blaja step by step..baru student betul faham dan leh jwab xm dgn betul n bukan dgn cara hanya hafal jawapn..
btw..3p is a very interesting course to take..byk advantange yang leh dpt especially to IT students..kita boley belajar lebih dr yang ada dlm silibus..ini kerana dunia luar memerlukan pekerja atau fresh graduates yg punya kelebihan dan pengetahuan..so saya harap program 3p ini patut diteruskan tp dgn beberapa perubahan..semoga program 3p ini lebih berharga dan bermakna kpd pelajar di masa akan dtg...terima kasih...

Anonymous said...

Pada pendapat saya ia bergantung pada tenaga pengajar tu sendiri... dulu kitaorg belajar bukan setakat utk exam saje.. setiap topic kena betul2 mahir baru boleh ke topic seterusnya..

Waktu kursus tu kalo dipanjangkan lg lebih elok.. 2 @ 3 bulan.. baru la student ada masa nak belajar memahami dr menghafal.

Sijil 3P mmg amat berguna.. semasa saya interview sblm ni... sijil tu la sebagai tambahan kredit tuk saya. Alhamdulillah saya dpt keje dengan senang sebagai web programmer & flash design.

Ia patut diteruskan.

Anonymous said...

wajar diteruskan.adalah satu advantage kpd student IT yg mempunyai sijil utk mendapatkan pekerjaan terutama pd zaman skrg ni.

Ahmad Rais Johari said...

Terima kasih di atas komen dan pandangan semua 'Anonymous' sekelian. Semua bersetuju supaya 3p ini diteruskan cuma ia perlu penambahbaikan dari aspek kandungan dan jenis kursus profesional yang ditawarkan.

Kursus yang ditawarkan perlu releven dengan kehendak industri semasa.

Anonymous said...

ouch jgn buat sampai 2-3 bln plz, sbab dah mcm satu sem, tapi kalo buat sbagai satu silbus tambahan ok kut, baru lagi paham, sbab baru leh bagi assignment contohnye, and assignment takde contoh dlm buku plz, so student tau ape yg diorang belajar, and exam still hapal jawapan huhu baru rockz

Anonymous said...

Terlebih dahulu, terima kasih bebanyak kepada pihak pengurusan 3P kerana memberi peluang kepada pelajar pelajar uitm menambah ilmu dengan menyertai program sebegini.

Biarlah kita main hafal ujian tu semua, yang penting lepas dapat sijil...pepandai la tingkatkan diri untuk belajar lebih lagi supaya dapat paham teori yang telah di ajar. Nanti orang cakap ada sijil tapi tak tau apa apa, malu pulak kan.

Mengikut pengalaman saya setelah 2 tahun bekerja, bila seseorang itu ada teori (tahu teori sikit sikit)...sekurang sekurangnya ia membantu kita mencari jawapan atau menyelesaikan sesuatu kerja/masalah.

Anonymous said...

3p program byk membantu student dapat keje.. dgn cert yg diorg ada.. diorg bley bersaing la sikit.. nk harap cgpa pn susah jugak.. thanks uitm sebab sponsor program ni.. nk ambik sendiri mahal. paling tidak pn nk harap kompeni hantar... tu pn susah gak...

sue said...

thanks to 3P, Microsoft, and UiTM for the certs. Masa belajar MCAD dulu .. suka.. theory and praktikal mmg ok.. the praktikal step one by one diorg ajar . Tapi, lagi bagus kalau diorg focus on praktical lebih dprd theory. Contoh, give the student case study or project, and ask them to done that. tpi tu lah kan, time constraint, tapi takpe bljr utk masa yg lama asalkan dpt pemahaman secara menyeluruh dan praktikal... hmmm ..soalan exam dia mmg agak susah ... mgkin sbb objective. but overall, agak setuju ngan komen2 kat atas2, amik yg mana ok, dan improve mana yg tak ok .. :)

Anonymous said...

3p tujuan dia mmg bgus
cuma pelksanaan dia kurng baik
sy amik mcse, 1st batch thn 2006

- student x pilih sdiri progrm yg dorng minat tp d'assign'kn by faculty
- masa yg pendek
- trainer mmg bgus2, tp ktorng blaja teori je. (blur. telan jela.. blk umah bru kunyah)
- pstu evry week xm, wat smpai 400 soalan, hafal!

skang ni,wlaupun ada mcse, x pakai pun, sbb sy x cri kje yg bkaitan ngan networking
coz kurng minat..

cmne pun, progrm ni msti dteruskn, dgn pelaksanaan lebih teratur..

Anonymous said...

emmm...aku dipaksa letak komen...ntah apa2 je...tp 3p aritu best la..aku dpt sijil leh la kate best kan...huhuhu

Anonymous said...

a lot of thanx to UiTM...
sy hargai sgt...bgus penganjuran 3P ni...
tapi...sy berpendapat, bykkan lagi untuk praktikal dan kalau boleh kurangkan teori...
majoriti students tak minat belajar teori...
panjang kan masa pembelajaran jugak...sbb sy hari tu ambil ccna hanya 14hari...sbnarnya xcukup masa yg diberi...banyak yg perlu belajar...apa2 pun, terima kasih sekali lagi kepada UiTM dan seluruh warga UiTM krn byk membantu... :)

Anonymous said...

Salam, 3p perlu diteruskan. Saya ambil MCAD dulu dan ilmu yg dipelajari masa MCAD aritu memang berguna masa saya kerja sekarang ni. Tak dinafikan, jawapan kebanyakan dihafal, tapi hands on & teori yg dipelajari banyak membantu. Tambahan pula, company saya kerja bagi elaun tambahan utk MCAD cert holder, :-)

Anonymous said...

salam...sebenarnye program ni bagus jugak tuk student..tp yg tak bestnye kene pakse amik program yg dh ditetapkan oleh fac..mmg takleh nk elak..wajib amik lak tu...

waktu tuk program ni pn tak cukup..pendek je..dh la byk bende nk kene igt..hmm..sy cadangkn kalau program ni nk diteruskan, seelok-eloknye panjangkn mase tu..takde la student rase cm g program tu just attend n hafal jwpn tanpa memahami ape yg dipelajari...

Anonymous said...

Very good course. Thanx for skills been teached to me, make me easier to get job:) I suggest added more industry wanted syllybus like C, C sharp, JMP, SQL and others. Thanks.

Anonymous said...

salam pada tuan umah...
program 3p ni bagus utk knowledge cuma cara perlaksanaan dia mungkin perlu penambahbaikan... sbb ilmu yg kita belajar berguna utk time keje..
cuma technology kena seiring.. cthnya saya belajar guna .net 2003 tp market masa tuh dah .net 2005, even trainer tuh pn kata dah ketinggalan n bila ada error dia pn cam terkial2 gak la nak cari.. sbb time mengajar, nak cari error lagi..

tp ia patut diteruskan...

sekian...

Anonymous said...

pada pendapat saya,program ini patut diteruskan..tetapi tempoh pembelajaran yg terlalu singkat mendorong pelajar menghafal jawapan shj berbanding memahami apa yg dipelajari..bagi pelajar yg mempunyai asas dlm cert yg diambil mungkin tidak mempunyai masalah tetapi bg yg baru bermula mmg akan berdepan dgn masalah..tetapi tenaga pengajar pun perlu diambil kira..(TQ En.Latiff Esa)..Saya berpendapat program ini sgt patut diteruskan sementara masih belajar..bila dah bekerja kita terikat dgn masa..last but not least, pelajar perlu pilih cert yg bersesuaian dgn pengetahuan dan kemampuan..terima kasih..wassalam..

Anonymous said...

Salam..

program 3p nie bagus.. tp, xbape nak paham..bagusnye bila nak interview.. dn cari peluang pekerjaan.. xnafikan ramai budak2 selevel ngn saya cepat dpt keje d sebabkan adanya 3p.. dn ada penambahan elaun..

bila xm, just ingat keyword dn jawapan.. tp x paham.. mmg betul, tenaga pengajar pun main peranan penting.. kena ada lebih prktikal.. time saya, trainer die best.. die bg paham.. tp xleh nak ingat sangat, sbb banyak.. sape ambik MCAD, buku tebal gile, belajar just 1 week.. tp berguna sbnrnya..

pd saya elok d teruskan, tp dengan course mengikut apa kehendak industri, dn student boleh pilih apa yg dieorg minat bergantung pd cita2 masing2.. bkn di tentukan oleh lectr.. benda nie boleh dibawak bincang dengan KP masing2..

thanks uitm n prestaring.. :)

Ahmad Rais Johari said...

Terima Kasih semua di atas komen dan maklumbalas yang saudara dan saudari berikan. Saya akan membawa semua komen ini kepada pengetahuan Timbalan Naib Canselor (Akademik)untuk diperbahaskan dan diperhalusi supaya 3P akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik, cekap, tersusun dan lebih mantap.

Anonymous said...

pada pendapat saya,secara keseluruhannya program 3P memang bagus tuk pelajar2 di uitm dan setuju agar ia wajar diteruskan.course2 yg ditawarkan agak interesting dan mberi byk kebaikan kepada student di uitm.

melalui 3p program serba sedikit mberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia luar(alam pekerjaan). malah membolehkan pelajar uitm mempelajari sesuatu yg baru yg mungkin tiada dlm silibus uitm..

saya jugak sependapat dengan other comments," kursus perlu stat dr basic dan blaja step by step " untuk membolehkan student more understanding...

apa2 pn saya enjoy during klass but agak memenatkan gak sbb klass stat dr 9am to 5 pm.. heeee...mungkin jangka masa kursus bole dilanjutkan.. untuk mberi lebih pendedahan kepada student. by the way again i think 3p program harus di teruskan..

Ahmad Rais Johari said...

Saya telah difahamkan kementerian Pengajian Tinggi akan meneruskan lagi program ini, cuma saiz penglibatan pelajar UiTM akan dikurangkan kepada 300-400 orang.

3P kali ini memerlukan pengorbanan pelajar yang berminat menyertai untuk membayar :-

(a) Penginapan.(RM 3.00/hari)
(b) Pengangkutan.(RapidKL)
(c) Makanan dan minuman.(Cafeteria)

Anonymous said...

program ni bagus....pasal....cert 2 leh bantu graduate utk dpt keje..tp kurang effective sbb kursus die hanya utk pass exam,bukan utk gain knowledge...from my own experience, trainer kurang expert dlm course 2,tp die expert dlm exam 2....meaning,kalo tny soalan pasal course 2,kurang umph explanation die,tp kalo tny which 1 is the correct ans,dgn confident trainer leh jwb.tp,kalo tny sbb/logik/rasional ans 2,kekadang x leh jwb gak

Ahmad Rais Johari said...

Almost kebanyakan peserta 3P dah pun berkerja...alhamdulillah...program ini berjaya mengurangkan pengangguran dikalangan graduan ICT...

wniizzati said...

program 3p..
baru 2nd day hari ni..
stakat ni bru blaja skit2..
ada la yg faham, ada yg KO.. kwang3

just copy paste solution tutor .. hehe..

asp.net

wniizzati said...

alhamdulillah.. 3p ada di ums skrg ni..