"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Tuesday, February 26, 2019
Lawatan Muhibbah Rombongan Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia ke UiTM.
Tuesday, February 19, 2019
Ibnu Sina
Friday, February 15, 2019
Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dilantik Naib Canselor UiTM.
Shah Alam, Feb 14, 2019 -- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah mengumumkan pelantikan YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa 15 Februari 2019 hingga 14 Februari 2022.
Selain daripada kerjaya akademiknya yang cemerlang, Prof. Mohd Azraai juga merupakan ahli kepada beberapa badan profesional seperti Malaysian Society for Engineering Technology (MySET), International Water Association (IWA) United Kingdom, Environmental Management and Research Association of Malaysia (ENSEARCH), Environmental Professionals Register of Malaysia (EPRM), Registered Professional Engineer, Board of Engineers Malaysia (BEM), Registered ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) dan Harvard Business School Alumni Club of Malaysia, beliau juga merupakan Felo di Institution of Engineers Malaysia (IEM).
dan antarabangsa akan terus diperkasakan.
Tuesday, February 12, 2019
10 CIRI IKLAN FACEBOOK YANG BAIK oleh Norizan Sharif
Monday, February 11, 2019
Muhammad An-Nas Nu'manullah Cedera Terkena Kaca Sliding Door
Wednesday, January 30, 2019
Pemimpin Yang Baik oleh Tan Sri Nordin Kardi
Seorang pemimpin yang baik, terutamanya peringkat negara, memadai dengan mempunyai dua sifat:
#Pertama, tanggung jawab
#Ke-dua, etika
Tanggung jawab dapat dilihat apabila ditunaikan kewajipan bertulis atau tidak bertulis yang diketahui atau boleh diketahui pihak awam secara terbuka.
Etika meliputi kesempurnaan tanggungjawab itu ditunaikan yang sebahagian besarnya diketahui oleh pemimpin itu dan selebihnya diketahui oleh awam. Bukannya asal kerja tertunai. Kesempurnaan tanggungjawab itu menyebabkan kelihatan keindahan daripadanya, yang demikian itu dipanggil estetika atau kehalusan tinggi.
Tuesday, January 22, 2019
Najib perlu pilih bela Sondakh atau peneroka FELDA
Sunday, January 20, 2019
Isu Isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan Peguam Persendirian menari sepentas.
Isu Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Menteri Undang-Undang dan Peguam Persendirian menari sepentas.
1. Saya dimaklumkan insiden yang tular di atas berlaku di Kota Kinabalu Sabah di majlis makan malam Opening of Legal Year (OLY) peringkat Sabah dan Sarawak. Video-video yang dapat diakses oleh saya menunjukkan penjawat-penjawat awam di atas bersama beberapa orang lain lagi menari sepentas semasa majlis makan malam tersebut.
2. OLY di Sabah dan Sarawak telah diadakan sejak dari 2001 lagi. Di Peringkat Persekutuan OLY juga diadakan. Kebiasaannya pada malam hari disusuli dengan majlis makan malam dihadiri oleh dif-dif kenamaan. Saya difahamkan majlis makan malam tidak diadakan di peringkat Persekutuan pada tahun ini. Dalam majlis makan malam OLY Sabah dan Sarawak tersebut diadakan persembahan oleh pegawai dan peserta dari setiap bahagian yang hadir. Persembahan pula adalah pelbagai termasuk nyanyian dan tarian.
3. Adalah khilaf jika dikatakan disebabkan pertukaran Kerajaan Persekutuan acara ini diadakan kerana ia telah lama diadakan di Sabah dan Sarawak iaitu sejak 2001. Tuan rumah acara ini digilirkan mengikut rundingan bersama di Sabah dan Sarawak.
4. Dalam acara OLY 2019 ini setiap stesen mengadakan persembahan dan insiden yang berlaku adalah semasa persembahan tuan rumah. Majlis makan malam pula adalah norma lazim diadakan setiap tahun oleh badan kehakiman dan guaman sejak sekian lama.
5. Saya dimaklumkan beberapa dif kehormat termasuk Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dijemput ke pentas untuk menjayakan bersama persembahan tuan rumah namun dikatakan tidak semua yang berada di pentas dijemput oleh penganjur ke pentas.
6. Manakala yang di bawah pentas pula menari tarian tradisional yang dinamakan ‘manuk-manuk’ dimana tarian dilakukan dengan berbaris dan mengelilingi dewan.
7. Pada pandangan saya tidak menjadi kesalahan bagi pihak penganjur menganjurkan OLY 2019 dengan persembahan dari setiap bahagian bagi memeriahkan makan malam tersebut. Hal yang demikian adalah lazim dilakukan khususnya di Sabah dan Sarawak. Apatah lagi hanya yang dijemput sahaja yang hadir ke majlis berkenaan.
8. Bagi saya isunya bukanlah majlis makan malam dan persembahan yang diadakan itu tetapi persoalan mengapa individu-individu tertinggi badan kehakiman turut serta menari dan kelihatan bermesra dengan cabang kerajaan yang lain serta peguam persendirian yang seolah-olah memberi isyarat keakraban hubungan mereka sehingga mungkin boleh menjejaskan keadilan.
9. Saya mendesak Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Peguam Negara menjelaskan kenapa mereka naik ke pentas dalam majlis rasmi seperti ini menari bersama sedangkan di pentas tersebut terdapat Menteri Persekutuan, Peguam Negara, peguam-peguam persendirian yang akan menimbulkan tohmah kepada institusi yang sedang mereka ketuai. Walaupun mereka dijemput ke pentas, bagi memelihara kesucian institusi yang mereka ketuai, sewajarnya mereka menolak jemputan tersebut kerana menimbulkan fitnah.
10. Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan.
11. Oleh itu jika kelihatan Hakim-Hakim sangat mesra menari bersama peguam di pentas yang sama ia akan menimbulkan syak wasangka di kalangan orang awam.
12. Untuk penjelasan saya lampirkan di bawah ini sebahagian daripada Kod Etika Hakim 2009
Kewajipan mematuhi Kod
4. (1) Seseorang hakim hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini.
(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan yang ditetapkan dalam Kod ini boleh menyebabkan seseorang hakim dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Kod ini.
Mendukung integriti dan kebebasan badan kehakiman
5. Seseorang hakim hendaklah menjalankan fungsi kehakiman dengan bebas berdasarkan penilaian tentang fakta dan mengikut pemahamannya tentang undang-undang, bebas daripada apa-apa pengaruh luar, dorongan, tekanan, ancaman atau gangguan, secara langsung atau tidak langsung daripada mana-mana pihak atau bagi apa-apa sebab.
Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman
6. (1) Seseorang hakim hendaklah pada setiap masa, berkelakuan mengikut cara yang menggalakkan integriti dan kesaksamaan badan kehakiman.
(2) Seseorang hakim tidak boleh :-
(a) membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya
Dalam melaksanakan tugas-tugas kehakiman dengan adil dan cekap
7 (8) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan mengikut cara yang tidak wajar sebagai seorang hakim atau yang boleh membawa atau dikira akan membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.
Dalam bab mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktivitu luar kehakiman
8. (1) Seseorang hakim hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti luar kehakimannya tidak: –
(a) menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim;
(2) Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesional perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah
(7) Seseorang hakim tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh membawa nama buruk kepada jawatannya sebagai seorang hakim.
13. Adalah sangat jelas ketiga-tiga cabang iaitu Kehakiman (Ketua Hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan beberapa hakim lain) Executive (Menteri Undang-Undang) dan Legislatif (Peguam Negara yang menggubal undang-undang) ditambah pula dengan beberapa Peguam Persendirian menari dengan gembira berkongsi satu pentas bersama menimbulkan pelbagai tohmahan kepada pihak kehakiman. Persoalan juga timbul adakah insiden ini memberi isyarat prinsip pengasingan kuasa yang sekian lama diamalkan sudah pudar atau tidak lagi dipentingkan.
14. Walaupun pelanggaran etika seorang hakim mesti diadukan kepada Ketua Hakim pelanggaran etika Ketua Hakim mestilah diadukan kepadas Yang Di Pertuan Agong kerana Yang Di Pertuan Agong melantik Ketua Hakim.
15. Saya juga sedar terdapat beberapa kalangan daripada peguam dan badan eksekutif yang mempertahankan insiden tersebut dengan pelbagai alasan termasuk menjadi norma lazim para peguam dan hakim mengadakan majlis makan malam dan berdansa, tidak menimbulkan sebarang wasangka serta tiada perlanggaran etika. Jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini ialah dengan merujuk kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
16. Oleh yang demikian aduan perlulah dibuat kepada Perdana Menteri agar membuat representasi kepada Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan terhadap Ketua Hakim dan kepada Ketua Hakim bagi Hakim-Hakim Yang lain mengikut etika berkenaan jika Perdana Menteri berfikir hakim-hakim tersebut wajar dipecat, sekiranya tidak tindakan lain menurut undang-undang perlu diambil. Walau bagaimanapun ketua hakim tidak boleh menghakimi aduan tersebut kerana beliau bersama-sama di dalam majlis berkenaan.
17. Yang Di Pertuan Agong boleh menubuhkan suatu tribunal jika suatu representasi dibuat oleh Perdana Menteri bagi memecat Hakim yang melanggar etika atau suatu tindakan menurut undang-undang juga boleh diambil sekiranya pemecatan bukanlah suatu yang wajar akibat perlanggaran etika kehakiman atau tidak, insiden yang ditularkan ini, mengikut Perkara 125 tersebut.
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
9 Pembohongan Dalam Perniagaan oleh Roslan Ab Hamid
SEMBILAN PEMBOHONGAN DALAM BISNES.
PERTAMA : TAHU CARA BOLEH BUAT MESTI BOLEH BUAT.
(ITU BOHONG. IA TIDAK AKAN JADIKAN KITA BOLEH BUAT)
.
1. Tahun 1990-1991, panjat tangga lebih dari 20 buah bank. Pohon pinjaman. Semuanya tak dapat. Terlalu muda dan tiada pengalaman urus wang.
.
2. 1993 - jual bisnes dan sertai dua korporat. Masuk atas jemputan Chairman syarikat yang nampak potensi saya. Tapi diletakkan pada meja hujung jalan mahu ke restroom (kamar kecil). Tiap tiap hari kena belasah. "Apa salah aku?"
.
3. Gaji paling rendah di kalangan pengurus syarikat. Dalam masa 5 tahun, saya gandakan 10 kali pendapatan bawa pulang. Sepanjang 15 tahun berada dalam dunia korporat, sempat saya tulis sembilan (9) pembohongan yang halang kita maju dalam dunia bisnes.
.
4. Pertama: Jika saya tahu caranya, tentu saya boleh buat. Ini bohong. Jangan sekadar cari tahu, "how to do it". Cari tahu juga bagaimana untuk dorong diri - "want to succeed". Aku ingin sukses. Ingin yang tidak dapat ditahan dan sanggup rempuh gelombang.
.
5. Ingin yang bergelora bagiakan taufan gila. Membara . Menyala dan terus berkembang jadi satu kegilaan yang meluru capai tujuan. Level "want" ini ada dalam diri kita. Dalam kawalan kita. Bangunkan raksasa besar ini.
.
6. DI - Desire and attention - adalah perkara hidup. Ia boleh membesar apabila disirami dengan kata kata, gerak tindak dan posture pernafasan sang juara setiap hari.
.
7. 2E- Energy and Enthuasism yag kita pilih. Perkara luar OE - Outside Event tidak akan dapat mempengaruhi kita. Sejarah masa lalu juga tidak. Kita ada kuasa untuk memilih dan kita pilih untuk berjaya.
.
8. Adakah kita fikir kita layak. Kita berhak. Dunia dan seisinya akan berpihak pada kita. Inilah yang dipanggil Mighty Why. Saya tulis terang pada tahun 1992, saat turun dari PUNB dan mereka tidak luluskan permohonan saya, "without the desire, no system - no matter how brilliant - can work. Desire first".
.
9. Untuk sukses, kita tidak boleh bergerak solo. Kita harus bina tim. "Learning to want to have a Great Team". Demikian lah tulisan masa itu. Namun selagi saya bersatus "kayu" mana mungkin besi mahu merapati. Tugas pertama, jadi besi berani dulu. Magnet yang mampu tarik besi. Magnet tidak ada emosi sentap. Magnet tidak meratap.
.
10. Ada dua pilihan . Pertama , bina empayar rekaan. Ada ratusan staf yang entah apa apa. Otak kecil. Emosi sempit. Sentap memanjang. Pilihan kedua, bina pasukan hebat. Dapatkan keuntungan besar. Hanya perlu jumpa sekali sekala dengan tim otak Ferrari. Mereka tahu apa yang mereka mahu.
.
11. Dalam bisnes - "grow or go". Bisnes bukan bangunan mati yang tidak membesar. Bisnes adalah umpama tumbuhan yang akan tumbuh membesar apabila ada matahari, air dan baja yang sesuai. Bisnes perlu pada penjagaan dari ahli dalam bidang. Setiap hari adalah satu permulaan semula.
.
12. Kita mesti sentiasa belajar Jadi penekun yang sabar. "Nothing great was ever created without enthusiasm". Enthusiasm maksudnya adalah antusiasme, gairah, kegairahan, rasa antusias, semangat besar, gelora, kegembiraan yg besar. Setiap hari kita menunggu untuk bermula.
.
13. Enthusiasm datang dari perkataan "en thos" - perkataan Grek - "The God within. Which is the level you need to play at to win big".
.
14. Enthusiasm adalah "ownership of your life" Dengan izin Tuhan, saya lekatkan hari PUNB tolak permohonan saya itu dalam kepala. "Sesungguhnya aku boleh sukses biarpun hari ini ditolak dan dihumbang jauh" "Saat dilontar pedih, aku tidak sedih. Aku cuma tingkatkan suhu pembakar supaya semangat sentiasa mendidih"
.
15. Untuk ikuti tulisan 9 Pembohongan dalam bisnes ini - 8 yang lain subscribe telegram The Circle of Legends (DRAH).
Naratif Malaysia Baru
Menurut Muhaimin Sulam dalam artikelnya ini:
Keresahan terhadap masa depan orang Melayu dan Islam mula kedengaran dan semakin meluas.
Dalam era Malaysia Baru yang dikatakan berasaskan demokrasi, progresif, dan inklusif ini ia mempunyai tafsiran yang pelbagai.
Setiap kelompok cuba memaknakan istilah tersebut berdasarkan kecenderungan pegangan politik dan indentiti masing-masing.
Awalnya selepas PRU14, perubahan itu bersifat politik namun kini telah sifatnya berkembang menjadi lebih daripada sekadar perebutan kuasa.
[....]
Meskipun Mahathir mengetuai kerajaan dan ada parti serpihan Umno - iaitu Bersatu - situasi tersebut masih tidak cukup kuat untuk menggantikan ikon kuasa politik Melayu baru.
Amanah pula masih tercari-cari hala tuju dan identiti parti selepas PAS kian mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu dan Pantai Timur.
PKR pula sedang bergelut membina kekuatan sedangkan DAP menjadi parti yang mendapat banyak faedah jika mereka bertindak lebih matang dan wajar.
Friday, January 18, 2019
NOTA PAGI JUMAAT oleh Roslan Ab Hamid
.
1. Dalam hidup ada Life Success Triangle. Tiga sudut kesuksesan sejati.
.
2. Pertama, personal mastery. Mampu mengelola diri sendiri. Kedua, interpersonal mastery. Boleh membangun hubungan dengan orang lain.Ketiga, leadership mastery mampu memimpin secara efektif.
.
3. Di mana sahaja kita pergi bangunkan tiga keupayaan ini. InshaAllah akan terbentang jalan untuk sukses.
.
4. Apakah Happiness Equation . Ia adalah "want nothing + do anything = have everything". Tidak ghairah mahu memilki dan menjawat jawatan apa apa + lakukan yang terbaik dalam bidang kita = punyai apa yang kita impikan".
.
5. Semalam saya hadir dan tumpang dengar perbincangan agung antara Tuan Nik Hasyudeen dan Prof Dr Nor Azizi, Naib Canselor UMK. Mengutip apa yang terbaik dari mereka.
.
6. Satu kesimpulan yang saya dapat - bukan mudah untuk membentuk entrepreneur mindset. Minda keusahawanan. Ia tidak terbina di menara gading waima di Cambridge University. Ia tidak terbina di Istana Kuasa Putrajaya. Ia terbina di jalanan dan lorong lorong sepi keterdesakan kehidupan.
.
7. Sebab itu saya merayap antara Jakarta - Surabaya - Jogjakarta - Medan - Makassar. Berjalan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Menelusuri Kota Bangkok dan Manila.
.
8. Duduk menghadap Dato' Radzi di Jakarta, Dato Hussam di Shah Alam dan Puan Guru Ainon di Janda Baik. Belajar dan terus belajar.
.
9. Memdaftar belajar dengan Tuan Shahar Sahad di Sidang @ Subang serta sekali sekala mengopi dengan Tuan Haji Jerry di Shah Alam. Malah andai terdengar mana mana guru muda sekalipun, saya tidak kisah untuk duduk dan belajar mencatat nota. Belaja dan terus belajar.
.
10. Nota: The Circle of Legends yang kami tubuhkan untuk bina bahtera usahawan telah penuh dengan 70 orang usahawan Melayu. Tinggal lagi untuk cari 30 orang usahawan Cina dan India . Kita kan orang Malaysia. Siap secara bersama untuk rentas Asia Tenggara.
Majlis Pelancaran Pekaj Pelancongan Muslim - Jejak Cheng Ho
Laksamana Cheng Ho yang kita belajar di sekolah dulu hanya sedikit kisahnya. Ia tak menarik perhatian kerana itu kisah orang China. Begitulah tanggapan aku si budak sekolah.
Hanya setelah aku mendengar ceramah Ann Wan Seng pada tahun 2011, barulah hati ini tertarik untuk serius mengkaji lanjut.
Haji Muhammad Cheng Ho.
Itulah nama yang disebut beliau. Ditambah pula fakta bahawa CH bukannya Cina muallaf. Lantas AWS pun berseloroh dengan audien.
"Cina yang muallaf ke.. Melayu yang muallaf?"
Gurauan ini memecah keheningan majlis. Beliau mengaku tidak pernah ke China untuk menyemak fakta yang diperolehi daripada bacaan. Jadi, beliau menyarankan kami untuk menjejak sejarah CH di China.
Dari tahun ke tahun, ada sahaja fakta baharu dan menarik ditemukan. Aku sebenarnya diamanahkan menjejak Islam di China seawal tahun 2001 lagi. Tidak begitu fokus waktu itu.
Hanya selepas menetap setahun di Guangzhou pada 2008/2009 barulah minat bertambah. Lebih-lebih lagi setelah bertemu semula Prof Awang Sariyan Kembara Bahasa di Beijing yang giat menjejaki kehidupan orang Islam di beberapa provinsi di China. Ceramah AWS itu adalah rentetan daripada pemusafiran aku.
Pada tahun 2012, Abdul Hakim Shahbuddin Arina Abd Nor Sakinah Ya'cub Hdariyani Kampun ditugaskan menjejaki kampung kelahiran CH. Siapa sangka mereka ditemukan dengan waris CH generasi ke-18 dan ke-20. Syukur, alhamdulillah.
Sejak itu, aku pun sering diundang menyampaikan kuliah berkenaan Islam di China dan CH.
Pada satu sesi perkongsian dengan pelajar Malaysia lulusan Beijing, aku ditemukan pula dengan Faris Zhang. Lalu kami pinang dia untuk bersama lanjutkan kajian supaya dia boleh semak dengan sumber-sumber China.
Hubungan dengan generasi ke-20 terus dijaga sehinggalah pada tahun 2018, kami sekali lagi bertemu dengan mereka di Kunming. Kali ini khusus mencari bahan untuk menyiapkan buku 'Laksamana Zheng He: Teladan Merentasi Zaman'.
Sungguh. Pencarian maklumat dan ilmu ini tiada noktahnya. Ada sahaja bahan baharu yang kami perolehi.
Sewaktu Faris Zhang mengunjungi muzium CH di Melaka, aku perkenalkannya dengan Abang Mohd Halim Noordin. Dikenalkan pula dengan En. Nurman Mohd Baroldin. Bertambah-tambahlah maklumat baharu dari Melaka.
Terkini, Ahad ini aku diminta sampaikan kuliah berkenaan CH di Bandar Baru Bangi. Dalam majlis yang sama, kami akan lancarkan pakej melancong sambil menjejaki sejarah CH di Kunming.
Tujuan utamanya ialah untuk mengangkat CH sebagai ikon pemimpin milik umat sebagaimana Al-Fatih kini meniti di bibir masyarakat. Baca buku itu, kemudian kita jejak bersama. Alang-alang melancong, biar menguat jiwa.
Oh ya, buku itu masih dalam proses. Dah siap nanti, aku war-warkan. Tak lama lagi insyaAllah.
Berkelapangan Ahad ini, kita jumpa ya.
#rahmatanlilalamin
#zhenghe
#chengho
Thursday, January 17, 2019
Cabaran 10 Tahun tulisan Roslan Ab Hamid
#10YearsChallenge
.
2009 : Kalah pilihanraya. Orang Kadok tolak. saya tekad tiada ulangan lagi meminta undi. Hina jadi pengemis pada masyarakat yang mahu kita bela.
.
Saya serahkan semua pegangan dalam syarikat yang libatkan kerja kontrak dan projek dengan gomen pada partners. Tidak lagi daki dan panjat tangga Putrajaya. Selamat tinggal pejabat Pak Menteri.
.
Terjun medan terbuka. Hidup seadanya. Ditinggalkan sementara oleh teman dan sahabat. Lekeh kita apabila jauh dari Istana Kuasa. Namun tekad telah sepejal batu. Tidak undur setapak walaupun berseorangan berjalan sendiri beribu batu.
.
2019 : Rentas Nusantara. Bersiap mahu terbang ke 4 buah negara. Punya tim profesional yang mantap. Anak anak telah dewasa dan siap untuk sambung belajar peringkat sarjana dan profesional.
.
Pendedahan peringkat dunia. The Circle of Legends
.
2029: 1304 - Capaian jualan RM1 Bilion. 30 syarikat. 4 sektor bisnes. Proses exit dan serah tapak pada anak anak. Mula memasuki fasa terakhir dalam kehidupan. InshaAllah.
Wednesday, January 16, 2019
Bayar Hutang tulisan Norizan Sharif
BAYAR HUTANG
1. Berhenti berhutang. Terima hakikat anda berhutang.
2. Tulis semua hutang anda, dari yang kecil sampailah sebesar-besar hutang.
3. Pecahkan hutang-hutang tersebut kepada tiga kategori.
4. Kategori pertama, hutang yang kita boleh bayar sekaligus saja. Contoh hutang RM50 dengan kawan.
5. Kategori kedua, hutang yang kita mampu bayar beberapa kali, dalam jangka masa singkat. Contoh hutang RM200 dengan abang yang kita boleh bayar RM50 sebulan.
6. Kategori ketiga, hutang yang kita kena bayar untuk jangka masa panjang. Contoh, baki kereta RM50,000.
7. Selepas itu buatkan plan pembayaran.
8. Mulakan bayar hutang kategori pertama. Kita akan berasa seronok apabila sudah tidak ada hutang-hutang kecil.
9. Buat bajet untuk bayar hutang kategori kedua satu persatu. Anda mungkin tak mampu bayar semua sekaligus. Susun ikut prioriti.
10. Pastikan hutang kategori ketiga yang dibuat dengan institusi kewangan dibayar setiap bulan sebelum sampai tempoh. Usah membazir dengan bayar faedah atau denda lambat bayar.
11. Apabila kita berjaya selesaikan satu demi satu hutang, hidup kita akan lebih tenang dan seronok. Cubalah.
Kisah Jatuh Bangun Empayar Nouvelle Visage Yang Boleh Dijadikan Contoh Dalam Perniagaan tulisan Rosfazila Ramli
Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati.
Terkenal dengan tagline ‘Nampak Lawa’, puteri sulung Allahyarham Dato’ Sosilawati menjadi CEO dan menggalas tanggungjawab besar secara serta – merta pada usia 25 tahun.
Peristiwa yang meruntun jiwa itu berlaku ketika 10 hari lagi umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri 6 tahun lepas.
Begitu Banyak Tekanan Hebat Yang Beliau Hadapi Ketika Itu
● Kehilangan ibu yang menjadi tonggak kekuatan.
● Kekalutan operasi syarikat.
● Akaun syarikat ditutup dan dibekukan oleh pihak bank sebaik sahaja peristiwa itu tersebar.
● Duit syarikat tidak boleh dikeluarkan dan pening memikirkan bagaimana hendak membayar gaji pekerja lebih – lebih lagi nak dekat raya. Beliau akhirnya meminta semua adik beradik mengeluarkan simpanan masing – masing untuk membayar gaji pekerja.
● Hutang supplier tak boleh nak bayar.
● Bank menagih hutang sedangkan akaun dibekukan.
● Staff ramai yang ingin berhenti kerja sebab tidak percaya dengan kemampuan beliau yang sangat muda ketika itu untuk mengurus syarikat.
● Cuba untuk membuka akaun lain untuk syarikat tetapi direject oleh semua bank kecuali satu bank sahaja. Beliau masih setia dengan bank tersebut sebagai tanda terima kasih.
Walaupun Berat Masalah Yang Ditanggung, Beliau Tidak Mengaku Kalah
1) Meminta kakitangan lama dan berpengalaman agar stay bersamanya sekurang – kurangnya 6 bulan.
2) Pergi jumpa supplier dan berbincang. Alhamdulillah supplier semua percaya kepada syarikatnya disebabkan ibunya tidak pernah culas membayar hutang. Beliau diberikan kredit selama 6 bulan.
3) Berbincang dengan bank untuk mencari solusi terbaik untuk pembayaran hutang.
Akaun bank syarikat dibekukan selama 5 tahun. Tahun lepas (2015) baru kes pembekuan akaun bank selesai.
Ini bermakna, beliau sebenarnya memulakan bisnes secara ZERO! Cuma beliau bernasib baik jenama NV masih dikenali dan permintaan masih ada.
Mengapa Beliau Menaja Akademi Fantasia (AF)
● Syarikat NV telah berusia 22 tahun. Pelanggan NV kebanyakannya telah berusia 35 – 45 tahun.
● Beliau menaja AF dan melabur sebanyak 2.8 juta untuk mensasarkan golongan remaja supaya NV mampu kekal lagi 20 tahun.
Cerita Disebalik Tagline “Nampak Lawa”
Selepas sah untuk menaja AF, pihak astro mencadangkan NV membuat tagline seperti “Qu Puteh” atau “Terlajak Laris” tapi beliau kata, jika dia menjadi pengikut, selamanya beliau akan jadi orang dibelakang. Jadi beliau ingin mencari kelainan. Lagu berbentuk ‘jingle‘ menjadi pilihan.
Beliau mencari seorang penggubah lagu. Maka terhasillah lagu “Nampak Lawa”.
Masalahnya siapa pula akan menyanyikannya. Penggubah lagu mencadangkan seorang penyanyi. Kosnya adalah RM20K untuk hanya beberapa saat menyanyikan lagu tersebut.
Akhirnya beliau menyuruh komposer tersebut jadikan dia sampai boleh menyanyi dan dia tidak malu untuk menyanyi dan beraksi sebagai model jika itu boleh menjimatkan kos.
Pesanan Rita Bagaimana Untuk Terus Kekal Dan Relevan Dalam Industri
i) Sentiasa buat produk yang mengikut peredaran zaman. Sentiasa alert dengan perkembangan industri.
ii) Jangan invest pada benda yang salah. Kena tahu iklan di majalah untuk apa. Iklan di akhbar untuk apa. Iklan di radio pula untuk apa. Bukan semua iklan menghasilkan jualan yang banyak.
iii) Dahulu pada zaman ibu beliau marketing banyak di media cetak.
iv) Tetapi sejak 2 tahun lepas beliau fokus 80% pemasaran di media sosial. Kos lebih murah dan capaian lebih luas.
v) Sejak beliau memegang tampuk NV, keuntungan yang diperolehi 8x ganda lebih banyak berbanding pada zaman ibunya.
Tahniah Rita. Usahawan muda yang kental dan jelas misi dan visinya.
CARA MEREKA, CARA KITA oleh Norizan Sharif
1. Di Amerika Syarikat, warga Israel Gal Rozov membangunkan mesin melipat kain.
2010 - berhenti kerja sebagai software engineer
2012 - berpindah ke Silicon Valley
2012 - patenkan teknologi robotik
2016 - keluarkan prototype
2018 - pamerkan produk itu buat kali kedua di Consumer Electronic Show di Las Vegas
- perkenalkan kaedah KonMari
- buku diterjemahkan ke 42 bahasa, 11 juta naskah dijual
- Netflix melancarkan siri "Tidying Up with Marie Kondo"
- berpindah ke Los Angeles
3. Di Malaysia, kita selesaikan kesemua "masalah" itu dengan cara mudah. Kita ambil pembantu rumah. Kita lagi inovatif!
-
Daripada 126 buah negara, Malaysia berada pada kedudukan 35 dalam Global Innovation Index.
Monday, January 14, 2019
Muhammed dilantik Penasihat Ekonomi PM Oleh Suhaila Shahrul Annuar
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhammed adalah pakar ekonomi berpengalaman lebih 20 tahun dalam sektor ekonomi dan kewangan serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Penganalisis Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).
Di samping itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).
Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) serta Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP).
Muhammed juga adalah Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia dan memegang ijazah kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris, (SciencesPo Paris), Perancis.
Beliau juga memegang ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Southern California, Los Angeles.
(Sumber - Berita Harian)
kiriman nasihat dari Sarjan Hamdan oleh Tan Sri Nordin Kardi
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
_Usia kita seumpama ais.._
_Diguna atau tidak, akan tetap mencair.._
_Begitu juga dengan umur kita.._
_dimanafaatkan atau tidak.._
_umur kita akan tetap bertambah.._
_kesihatan kita akan tetap semakin melemah.._
_Apa yang harus selalu dilakukan adalah tersenyum dan berfikir positif.._
_Air yang mengalir tidak dapat menentang arus begitu juga dengan hidup kita.
_Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi.._
_kita akan menjadi tua sakit dan mati.._
_Jalanilah hidup ini dgn sabar dan santai.
_Jangan suka mahu menang sendiri.
_Jangan suka menyakiti sesama kita.
_Jangan suka mengeluh.
_Jangan suka mencela.
_Jangan suka berdusta.
_Jangan suka khianat.
_Jangan suka memfitnah.
_Jangan suka mencuri atau mengambil hak orang lain.
_Hiduplah dengan ceria
_Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan sahabat, teman dan saudara saudara kita dengan damai.
_Buang jauh jauh sifat ego kita.._
_bersahabatlah dengan apa adanya.
_bukan kerana ada apanya.
_Nikmati semua gurau tawa.
_Hargai semua perbezaan.
_Mempercayai kualiti sahabat sahabat dan saudara kita.
_Jaga perasaan masing masing, tutupi aib mereka dan jangan sekali kali berburuk sangka dalam fikiran kita terhadap mereka.
_Bantu ketika mereka terpesong.
_Sediakan bahu ketika dia menangis.
_Tepuk tangan ketika dia berjaya.
_Sebut namanya dalam doa kita.
_Bukan iri dengki ketika mereka dipuji orang.
_Bukan mencemoh saat tahu dia bersedih.
_Bukan memfitnah ketika dia lebih maju.
_Bukan tertawa saat dia menderita.
_Bersahabatlah dengan hati yang baik dan tulus.
_Ketika hati kita baik dan tulus, percayalah.
_Allah juga akan selalu bersama kita.
Ayuh terus dan kekalkan ukhwah sehingga Allah memanggil kita pulang kehadratNya.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
SIAPA SAYA oleh Roslan Ab Hamid
.
1. Antara diri "authentic self" dengan "social self", ikhtiarkan supaya tiada jarak yang lebar. Itu namanya jadi diri sendiri. Cuma jangan lah apabila dikatakan tiada jarak , jangan lah berkain pelikat dan tidak berbaju di khalayak ramai. Hidup harus terampil dengan adab dan akhlak.
.
2. Saya penuntut ilmu. Belajar apabila ada ruang masa. Tiada hari kosong tanpa belajar. Mengikuti rapat Robin Sharma, Jordan Belfort, Gene is Marketing dan ramai lagi secara online sekurang kurangnya 3 jam setiap hari. Konsisten. Beribu bayar mereka setiap bulan.
.
3. Dalam negara,setiap ada kesempatan saya hadir, duduk dan catat nota. Tahun 2019, rapati dan pelajari dari Tuan Sahar Sahad, Tuan Jerry Rizal dan Tuan Haji Md Taib Mat. Diperingkat antarabangsa, tahun ini InshaAllah ke Australia dan UK.
.
4. Untuk apa? Tentu bukan untuk jadi speaker atau trainer macam teman teman yang hebat. Saya hanya orang kecil yang boleh bersila depan guru. Anak kampong. Saya tidak mampu berdiri atas pentas dan jadi siginifikan dan berkata "akulah gurunya". Nombor saya dua. Bukan orang nombor satu.
.
5. Tiap hari menulis. Ada dalam FB. Ada dalam nota. Tidak kejar likes atau apa apa. Sekadar suka menulis. Jika ada kebaikan - kongsi lah. Iaadalah aliran ilmu bermanfaat apabila berada di alam akhirat.
.
6. Usaha terkini adalah menjadi "raksasa digital nusantara". Praktik apa yang dibaca. Buat apa yang dikata. Bantu perusahaan lepasi aras RM1 Bilion setahun. Berdiri atas bahu raksasa.
.
7. Hidup jadi sangat tenang. Tiada beban rasa hebat yang dipikul bawa. Tiada style "have have" yang perlu di tonjol pada social self. Sekadar anak kampung yang mahu kembara serata dunia dan berusaha memandaikan bangsa.
.
8. Tiada jiwa resah. Sekadar mahu hidup yang dipermudah sembah Allah dalam jiwa indah menunggu masa kembali ke alam kekal yang ditentukan sudah





