Friday, May 30, 2014

UiTM bantu sistem rangking dunia

Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya meyakinkan badan penilai Times Higher Education-QS World University Rankings untuk mengubah corak kriteria pemilihan kedudukan ranking universiti di seluruh dunia yang mana UiTM salah satunya tidak diadili secara saksama.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana dua badan penilai tersebut iaitu Times Higher Education menggunakan 13 kriteria manakala QS Ranking menggunakan penilaian berdasarkan 'perseption' yang mana melihat kepada populariti sesuatu universiti.

Menurutnya, badan penilai tersebut yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dunia mengakui telah membuat penilaian yang tidak adil ke atas UiTM dalam menentukan ranking universiti tersebut dengan meletakkan UiTM di bawah kategori sebaris dengan universiti tertua dunia.

“Pada forum di Miami di mana saya satu-satunya wakil Asia telah dijemput oleh badan penilai terbabit untuk membuat penjelasan mengapa perlu ada kategori universiti muda memandangkan UiTM sendiri tidak sepatutnya diletakkan pada kategori yang berlumba dengan universiti Oxford memandangkan UiTM baharu 15 tahun penubuhannya.

“Mereka menerima pandangan saya ini dengan baik yang mana saya telah mempersoalkan bahawa penilaian yang dibuat tidak adil untuk universiti baharu seperti UiTM dan kemungkinan tahun depan akan diperkenalkan kategori universiti muda dalam penilaian tempat universiti dunia," katanya ketika ditemui Helo Kampus di pejabatnya baru-baru ini.

Selain itu, katanya, badan tersebut juga mengakui terdapat kesilapan lain yang dibuat semasa penilaian ranking antaranya universiti hanya memulakan pengambilan peringkat ijazah pada tahun 2000 yang mana masih baharu berbanding universiti dunia lain selain membuat penilaian tidak menyeluruh berdasarkan maklumat laman web universiti tersebut.

“Pihak mereka menjemput UiTM untuk menerangkan mengenai perkara-perkara ini boleh dianggap satu pengiktirafan malah mereka menerima segala ketidakadilan yang dikemukakan terhadap UiTM. Saya terangkan kepada mereka bahawa penubuhan UiTM adalah untuk kepentingan orang-orang miskin, orang kurang upaya dan pelajar luar bandar, tidak semua universiti menawarkan perkara ini, sebaliknya lebih mementingkan pelajar terbaik daripada keluarga mewah sahaja.

“Apabila saya terangkan perkara ini kepada mereka, mereka mengakui modul UiTM adalah yang terbaik dan mereka mahu berkongsi pengalaman dan mempelajari sistem akademik yang kita amalkan ini. Dari aspek penilaian lain iaitu 25 markah bagi pengambilan pelajar asing, kita kekurangan dalam aspek itu namun jika mahu dibandingkan dengan nilai, mutu dan kualiti, UiTM ada kriteria tersebut.

“Satu perkara lagi yang menarik perhatian mereka apabila saya jelaskan bahawa lepasan pelajar UiTM tidak hanya mengharapkan kerja daripada kerajaan atau swasta kerana kita latih pelajar menjadi usahawan dan bidang keusahawanan ini satu keunikan UiTM berbanding universiti lain. Mereka bersetuju dengan pendirian kita bahawa untuk memastikan masa depan negara maju, kemenjadian pelajar menjadi usahawan adalah penting," jelasnya.

Kejayaan UiTM itu, kata Sahol Hamid, telah berjaya mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berkongsi pengalaman dan 'senjata' yang digunakan oleh UiTM sehingga berjaya menarik minat badan penilai antarabangsa terbabit mempelawa beliau menyertai forum perbincangan mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, Sahol Hamid menyelar mana-mana pihak yang mempersoalkan kedudukan ranking universiti itu tanpa mengetahui dengan lebih jelas mengenai kriteria dan maklumat berkaitan dengannya malah mengeluarkan tohmahan yang tidak berasas terhadap keupayaan universiti tersebut.

“Jangan salah faham ranking dan mahu menjatuhkan kewibawaan sesebuah universiti itu kerana hanya orang yang cetek pemikiran dan tidak faham ilmu sahaja boleh membuat tohmahan sedemikian, saya cadangkan eloklah individu berkenaan mendiamkan diri daripada membuat tuduhan melulu.

“Jika tiga universiti dunia mengiktiraf UiTM dan mengaku sendiri silap dalam meletakkan UiTM dalam kategori penilaian ranking, apa lagi yang perlu dibuktikan oleh pihak ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140526/ka_02/UiTM-bantu-sistem-rangking-dunia#ixzz33AK47zah
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, May 8, 2014

Monday, May 5, 2014

"Jangan Putus Harap Kerana Kita Tidak Tahu Hari Esok" - Zig Ziglar


Internet History - Massachusetts Institute of Technology (MIT) Contributions to the world.

History of the Internet Poster

"In the Beginning, ARPA created the ARPANET.And the ARPANET was without form and void.
And darkness was upon the deep.
And the spirit of ARPA moved upon the face of the network and ARPA said, 'Let there be a protocol,' and there was a protocol. And ARPA saw that it was good.
And ARPA said, 'Let there be more protocols,' and it was so. And ARPA saw that it was good.
And ARPA said, 'Let there be more networks,' and it was so."
-- Danny Cohen


This Internet Timeline begins in 1962, before the word ‘Internet’ is invented. The world’s 10,000 computers are primitive, although they cost hundreds of thousands of dollars. They have only a few thousand words of magnetic core memory, and programming them is far from easy.
Domestically, data communication over the phone lines is an AT&T monopoly. The ‘Picturephone’ of 1939, shown again at the New York World’s Fair in 1964, is still AT&T’s answer to the future of worldwide communications.
But the four-year old Advanced Research Projects Agency (ARPA) of the U.S. Department of Defense, a future-oriented funder of ‘high-risk, high-gain’ research, lays the groundwork for what becomes the ARPANET and, much later, the Internet.
By 1992, when this timeline ends,
  • the Internet has one million hosts
  • the ARPANET has ceased to exist
  • computers are nine orders of magnitude faster
  • network bandwidth is twenty million times greater.
 next decade
1962

TX-2 at MIT
TX-2 at MIT


SAGE consoles
SAGE consoles

At MIT, a wide variety of computer experiments are going on. Ivan Sutherland uses the TX-2 to write Sketchpad, the origin of graphical programs for computer-aided design.J.C.R. Licklider writes memos about his Intergalactic Network concept, where everyone on the globe is interconnected and can access programs and data at any site from anywhere. He is talking to his own ‘Intergalactic Network’ of researchers across the country. In October, ‘Lick’ becomes the first head of the computer research program at ARPA, which he calls the Information Processing Techniques Office (IPTO).
Leonard Kleinrock completes his doctoral dissertation at MIT on queuing theory in communication networks, and becomes an assistant professor at UCLA.
The SAGE (Semi Automatic Ground Environment), based on earlier work at MIT and IBM, is fully deployed as the North American early warning system. Operators of ‘weapons directing consoles’ use a light gun to identify moving objects that show up on their radar screens. SAGE sites are used to direct air defense. This project provides experience in the development of the SABRE air travel reservation system and later air traffic control systems.

1963

SYNCOM Satellite
SYNCOM Satellite in production


ASCII alphabet
Part of the ASCII alphabet

Licklider starts to talk with Larry Roberts of Lincoln Labs, director of the TX-2 project, Ivan Sutherland, a computer graphics expert whom he has hired to work at ARPA and Bob Taylor, who joins ARPA in 1965. Lick contracts with MIT, UCLA, and BBN to start work on his vision.Syncom, the first synchronous communication satellite, is launched. NASA’s satellite is assembled in the Hughes Aircraft Company’s facility in Culver City, California. Total payload is 55 pounds.
A joint industry-government committee develops ASCII (American Standard Code for Information Interchange), the first universal standard for computers. It permits machines from different manufacturers to exchange data. 128 unique 7-bit strings stand for either a letter of the English alphabet, one of the Arabic numerals, one of an assortment of punctuation marks and symbols, or a special function, such as the carriage return.

1964

Baran's Paper
Baran's paper on secure packet switched networks


IBM 360
IBM 360

Simultaneous work on secure packet switching networks is taking place at MIT, the RAND Corporation, and the National Physical Laboratory in Great Britain. Paul Baran, Donald Davies, Leonard Kleinrock, and others proceed in parallel research. Baran is one of the first to publish, On Data Communications Networks. Kleinrock’s thesis is also published as a seminal text on queuing theory.IBM’s new System 360 computers come onto the market and set the de facto worldwide standard of the 8-bit byte, making the 12-bit and 36-bit word machines almost instantly obsolete. The $5 billion investment by IBM into this family of six mutually compatible computers pays off, and within two years orders for the System 360 reach 1,000 per month.
On-line transaction processing debuts with IBM’s SABRE air travel reservation system for American Airlines. SABRE (Semi-Automatic Business Research Environment) links 2,000 terminals in sixty cities via telephone lines.
Licklider leaves ARPA to return to MIT, and Ivan Sutherland moves to IPTO. With IPTO funding, MIT’s Project MAC acquires a GE-635 computer and begins the development of the Multics timesharing operating system.

1965

DEC PDP-8
DEC PDP-8


JOSS Terminal
JOSS

DEC unveils the PDP-8, the first commercially successful minicomputer. Small enough to sit on a desktop, it sells for $18,000 — one-fifth the cost of a low-end IBM/360 mainframe. The combination of speed, size, and cost enables the establishment of the minicomputer in thousands of manufacturing plants, offices, and scientific laboratories.With ARPA funding, Larry Roberts and Thomas Marill create the first wide-area network connection. They connect the TX-2 at MIT to the Q-32 in Santa Monica via a dedicated telephone line with acoustic couplers. The system confirms the suspicions of the Intergalactic Network researchers that telephone lines work for data, but are inefficient, wasteful of bandwidth, and expensive. As Kleinrock predicts, packet switching offers the most promising model for communication between computers.
Late in the year, Ivan Sutherland hires Bob Taylor from NASA. Taylor pulls together the ideas about networking that are gaining momentum amongst IPTO’s computer-scientist contractors.
The ARPA-funded JOSS (Johnniac Open Shop System) at the RAND Corporation goes on line. The JOSS system permits online computational problem solving at a number of remote electric typewriter consoles. The standard IBM Model 868 electric typewriters are modified with a small box with indicator lights and activating switches. The user input appears in green, and JOSS responds with the output in black.

1966
Larry Roberts
Larry Roberts


Donald Davies
Donald Davies

Taylor succeeds Sutherland to become the third director of IPTO. In his own office, he has three different terminals, which he can connect by telephone to three different computer systems research sites around the nation. Why can’t they all talk together? His problem is a metaphor for that facing the ARPA computer research community.Taylor meets with Charles Herzfeld, the head of ARPA, to outline his issues. Twenty-minutes later he has a million dollars to spend on networking. The idea is to link all the IPTO contractors. After several months of discussion, Taylor persuades Larry Roberts to leave MIT to start the ARPA network program.
Simultaneously, the English inventor of packet switching, Donald Davies, is theorizing at the British National Physical Laboratory (NPL) about building a network of computers to test his packet switching concepts.
Honeywell introduces the DDP-516 minicomputer and demonstrates its ruggedness with a sledgehammer. This catches Roberts’ eye.
1967

Paul Baran
Paul Baran

Larry Roberts convenes a conference in Ann Arbor, Michigan, to bring the ARPA researchers together. At the conclusion, Wesley Clark suggests that the network be managed by interconnected ‘Interface Message Processors’ in front of the major computers. Called IMPs, they evolve into today’s routers.Roberts puts together his plan for the ARPANET. The separate strands of investigation begin to converge. Donald Davies, Paul Baran, and Larry Roberts become aware of each other’s work at an ACM conference where they all meet. From Davies, the word ‘packet’ is adopted and the proposed line speed in ARPANET is increased from 2.4 Kbps to 50 Kbps.
The acoustically coupled modem, invented in the early sixties, is vastly improved by John van Geen of the Stanford Research Institute (SRI). He introduces a receiver that can reliably detect bits of data amid the hiss heard over long-distance telephone connections.

1968

ILLIAC IV
ILLIAC IV

Roberts and the ARPA team refine the overall structure and specifications for the ARPANET. They issue an RFQ for the development of the IMPs.At Bolt, Beranek and Newman (BBN), Frank Heart leads a team to bid on the project. Bob Kahn plays a major role in shaping the overall BBN designs. BBN wins the project in December.
Roberts works with Howard Frank and his team at Network Analysis Corporation designing the network topology and economics. Kleinrock’s team prepares the network measurement system at UCLA, which is to become the site of the first node.
The ILLIAC IV, the largest supercomputer of its time, is being built at Burroughs under a NASA contract. More than 1,000 transistors are squeezed onto its RAM chip, manufactured by the Fairchild Semiconductor Corporation, yielding 10 times the speed at one-hundredth the size of equivalent core memory. ILLIAC-IV will be hooked to the ARPANET so that remote scientists can have access to its unique capabilities.

1969

2-node ARPANET diagram
Diagram of the first 2 nodes on the ARPANET


4-node ARPANET diagram
4-node ARPANET diagram


IMP logbook
A detail of the UCLA IMP log book, showing the successful connection to SRI

Frank Heart puts a team together to write the software that will run the IMPs and to specify changes in the Honeywell DDP- 516 they have chosen. The team includes Ben Barker, Bernie Cosell, Will Crowther, Bob Kahn, Severo Ornstein, and Dave Walden.Four sites are selected. At each, a team gets to work on producing the software to enable its computers and the IMP to communicate. At UCLA, the first site, Vint Cerf, Steve Crocker, and Jon Postel work with Kleinrock to get ready. On April 7, Crocker sends around a memo entitled ‘Request for Comments.’ This is the first of thousands of RFCs that document the design of the ARPANET and the Internet.
The team calls itself the Network Working Group (RFC 10), and comes to see its job as the development of a ‘protocol,’ the collection of programs that comes to be known as NCP (Network Control Protocol).
The second site is the Stanford Research Institute (SRI), where Doug Engelbart saw the ARPA experiment as an opportunity to explore wide-area distributed collaboration, using his NLS system, a prototype ‘digital library.’ SRI supported the Network Information Center, led by Elizabeth (Jake) Feinler and Don Nielson.
At the University of California, Santa Barbara (UCSB) Glen Culler and Burton Fried investigate methods for display of mathematical functions using storage displays to deal with the problem of screen refresh over the net. Their investigation of computer graphics supplies essential capabilities for the representation of scientific information.
After installation in September, handwritten logs from UCLA show the first host-to-host connection, from UCLA to SRI, is made on October 29, 1969. The first 'Log-In' crashes the SRI host, but the next attempt works!

 next decade


Thursday, March 27, 2014

Data Point: Tech’s Billion-Dollar Deal Club

The ink is barely dry on the FacebookFB -7.46%-WhatsApp headlines and the social network dropped another stunner of a deal: $2 billion for Oculus VR.
The deal for Oculus, which makes a virtual-reality headset called Oculus Rift, is just the latest 10-figure tie-up for the nation’s tech giants. Go back to 2006 and you can findGoogle'sGOOG -2.36% deal for YouTube, then a head-turning $1.6 billion.
In recent years, hefty deals are heating up, data compiled by Statista show. Facebookalready is shelling out $19 billion for the messaging app WhatsApp, while Google earlier this year dropped $3.2 billion for the smart-device gadget maker Nest.
– Brian R. Fitzgerald

Tuesday, March 25, 2014

Usul #MH370 di Parlimen

"Tuan Yang Dipertua, saya memohon mencadangkan satu usul seperti berikut :

"Bahawa dewan yang mulia ini menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa penumpang-penumpang dan anak-anak kapal pesawat ‪#‎MH370‬ Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

"Bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan, penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 tersebut.

"Bahawasanya dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) khususnya kepada negara-negara luar yang telah banyak memberi bantuan dalam operasi tersebut.
"Dan bahawasanya dewan yang mulia ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam operasi SAR ini."

"Tuan Yang Dipertua, saya percaya ahli-ahli Yang Berhormat telahpun mengikuti kenyataan-kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan sejak tragedi MH370 berlaku pada pagi 8 Mac.

"Kenyataan malam tadi (24 Mac) yang saya telah keluarkan dengan jelas menunjukkan bahawa kita telah pun memperoleh tanda-tanda berdasarkan pada analisis satelit yang boleh dikatakan konklusif bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Oleh itu apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ini ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370 supaya kita boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa kapal terbang tersebut telahpun hilang di selatan Lautan Hindi.

"Kerajaan sejak tragedi ini berlaku telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi-agensi yang terlibat.

"Di samping itu, kita telah berpegang kepada prinsip bahawa apa sahaja kenyatan yang kita buat semestinya disahkan terlebih dahulu sebelum ia dikeluarkan secara rasmi oleh pihak kerajaan."

"Kita tidak ada niat sama sekali untuk menghalang ataupun menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga-keluarga mangsa ataupun pengetahuan umum.

"Berkali-kali kita katakan bahawa insiden ataupun kes ini tidak pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah penerbangan.

"Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa langkah-langkah kita amatlah sesuai dan tepat yang telah kita lakukan. Kita telah juga mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara.

"Saya sendiri telah menelefon ramai pemimpin negara luar dan setiap yang saya hubungi telah menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya, dan mereka telahpun mengarahkan agensi-agensi mereka untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, maklumat satelit dan juga mengarahkan aset-aset mereka digunakan dalam operasi SAR mengikut kemampuan negara tersebut.

"Dengan ini, maka operasi SAR telah dilancarkan dan telahpun diubah kawasan cariannya mengikut maklumat terkini yang kita telah peroleh.

"Saya sedar bahawa bukan mudah bagi keluarga-keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menghadapi insiden ini dan kita sedar bahawa kita perlu memberi kepuasan kepada mereka dengan secepat mungkin.

"Oleh itu priority (keutamaan) kita setelah dapat sahkan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan selatan Lautan Hindi bahawa segala tumpuan sekarang ini diberikan pada kawasan tersebut.

"Pagi tadi sekali lagi saya telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot dan beliau menyatakan pada saya bahawa sokongan dan kerjasama bantuan Australia akan diberikan secara berterusan sehingga kita dapat mencari dan mengesan pesawat MH370.

"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut adalah amat sukar dan amat mencabar sekali, ini bererti bahawa kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370.

"Pada masa ini kita telah menerima pelbagai cadangan antaranya ialah untuk berkabung dengan menurunkan separuh tiang bendera kita dan sebagainya."

(Sumber - Sdr Ibdilillah Ishak)

Wednesday, March 12, 2014

Suara hati Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta an orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2vlds4D36
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, February 26, 2014

Mark Zuckerberg Says WhatsApp Worth More Than $19 Billion - Messaging Service Not Expected to Make Money for 'Years'

Facebook Chief Executive Officer Mark Zuckerberg said WhatsApp, which his social- media company agreed to buy last week, was "worth more than $19 billion."
Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg Guillaume Paumier
The mobile-messaging startup was "a great fit for us," Zuckerberg said at the Mobile World Congress in Barcelona on Monday. "Already almost half-a-billion people love using WhatsApp for messaging and it's the most engaging app we've ever seen exist on mobile by far."
The cash-and-stock acquisition would be the biggest by Facebook, the world's largest social network, and the most expensive for an Internet company in more than a decade. The deal gives WhatsApp roughly the same valuation asGap and more than half the market value of microblogging service Twitter.
Mr. Zuckerberg, who also bought photo-sharing service Instagram for about $700 million in 2012, has been adding applications such as messaging and news to court smartphone and tablet users.
The WhatsApp deal will help Facebook play a more important role in getting more people connected, Mr. Zuckerberg said.
Mountain View, California-based WhatsApp, which is popular in Europe, lets users send messages through its service on mobile devices based on different operating systems including Apple's iOS, Google's Android, Microsoft's Windows Phone and BlackBerry's software.
WhatsApp competitors
Unlike traditional text messages, which consumers pay for through their mobile-phone plans, WhatsApp is free for the first year, and costs 99 cents a year after that. It also competes with Tencent HoldingsWeChat in China, KakaoTalk in Korea and Line in Japan, as well as Facebook's own application, Facebook Messenger.
While Mr. Zuckerberg declined to comment when asked whether he would make a bid for Snapchat, he said that after a large deal such as WhatsApp, "you're probably done for a while."
While WhatsApp had low revenues, it would be worth more because of its strategic value, huge business potential to double its users and its fit with Facebook.
Mr. Zuckerberg also said he's seeking three to five phone companies as partners in an effort to connect billions of people to the Internet that don't yet have access.
Carriers joining the initiative would roll out networks and provide data service for free to people who can't afford it, he said. That would provide services including social networks, messaging, food and weather information that could eventually bring in revenue for carriers and Internet companies.
Internet partners
"I want to show that this model works, that's why we're looking for partners who are serious about this," he said. The undertaking will probably be loss-making for years. "If we do something that's good for the world, we'll eventually come up with a way to make money from it."
Last August, Facebook said it's forming Internet.org, a group with other technology companies to expand access to the Internet for the 5 billion people who have yet to get online. The group includes partnerships with mobile-device makers Samsung Electronics and Nokia Oyj, and chipmaker Qualcomm. The group, which follows Facebook's own efforts to expand Internet access in emerging markets, intends to develop projects and mobilize industry and governments to enable more people to move online.
Mr. Zuckerberg said concerns about data security and government intervention should not affect growth of the Internet.org initiative.
"The governments have a responsibility to protect folks and also to be transparent about what they are doing," he said. "I think they were way over the line in not being transparent enough."
-- Bloomberg News --

Monday, February 24, 2014

Sajak Dialog Nukilan Dr Kassim Ahmad


Dialog 


(kepada ibu)
I
Tenteramlah anak
walaupun kebanjiran sawah kita
hujan ini dari Tuhan
yang mencurah-curah rahmatnya

Ada siang masakan tiada terang
dengarlah
si katak sudah tiada memanggil lagi
besok hari panas
padi kita tiada lepas !

II

Tidurlah ibu
kita manusia kerdil
siang membanting tulang
malam menanggung bimbang
Ada besok maka pasti ada suria
aku akan pergi
dengan seribu jebat si anak tani
kian lama kita mati dalam setia
kali ini kita hidup dalam derhaka !


Kassim Ahmad
1958

Friday, February 21, 2014

WhatsApp: Facebook stock slides then recovers after news of $19bn deal


Facebook and Whatsapp
Facebook has purchased Whatsapp. Photograph: Gabriel Bouys/AFP/Getty Images
Facebook’s record-breaking $19bn purchase of the messaging service WhatsApp got a mixed reaction from investors on Thursday, as a sharp sell-off was followed by a rally in the social media company’s stock price.
Facebook’s shares fell as much as 3.4% in early trading after the announcement of its purchase of the fast-growing and popular but thus far unprofitable WhatsApp. The news reduced Facebook’s market cap by billions. But by the end of the trading day, the shares had bounced back, erasing the earlier losses.
Analysts said investors were rattled by the price – a record for an acquisition by Facebook – and the fact that the purchase was being made largely in shares, therefore diluting other shareholders. WhatsApp is receiving $4bn in cash, $12bn in Facebook shares and $3bn in restricted stock that its management will receive over the next four years.
The purchase comes as tech giants fight to secure a lead in mobile technology – the fastest-growing segment for customers and advertisers. WhatsApp was reportedly courted by Google last year, and Facebook made the purchase after failing to secure a $3bn deal with the popular messaging service Snapchat last year.
Peter Garnry, head of equity strategy at Saxo Bank, said: “Facebook’s technology deals are often not hinged on cash flows but more on controlling a competitor that could ultimately pose a great threat to Facebook’s dominance and market value.
“In essence, it’s a paranoid defence play in the spirit of Intel that pursued the same strategy back in the old days to fend off new competitors. But only the paranoid survive right? Investors are not entirely impressed by the acquisition.”
The deal is the largest ever made for a venture capital-backed startup, easily outstripping any tech startup purchase, including Microsoft’s $8.5bn acquisition of Skype and Google’s $3bn purchase of the ad firm DoubleClick and its $1.65bn YouTube deal. Before this, Facebook’s largest deal had been its $1bn purchase of the photo-sharing site Instagram.
In a note to clients, Brian Wieser, senior analyst at Pivotal Research, said: “While we see strategic merit, the acquisition is difficult to justify on metrics we use to value Facebook. A separate re-assessment of ad revenues for the core business was leading us to raise expectations, but dilution due to WhatsApp partially offsets these changes.”
Wieser reduced his rating on the company’s shares from buy to hold.
WhatsApp has 450 million users worldwide and is one of the most downloaded apps on several continents. The service allows people to send text and picture messages via the internet for free, avoiding texting charges. The service is free for the first year and then asks customers to pay 99¢ a year after that.
Weiser said that in order to justify the price Facebook paid, WhatsApp would need to generate around $1bn in annual cash flow by 2018.
“However, few data-points to support such an assumption were provided by the company, as evidently few are available,” he wrote.
“As management indicated, it expects WhatsApp to focus on product and users rather than monetization, anyways. Conceptually, we agree with this notion given the sudden scale that WhatsApp achieved. Still, investors in Facebook will want to justify the valuation of such a transaction.”
(Reference - http://www.theguardian.com/business/2014/feb/20/facebook-whatsapp-shares-stock-fall-acquisition-reaction?CMP=twt_gu)

Wednesday, February 12, 2014

Ibn ’Arabi: Riwayat Hidup dan Karya Beliau

Nama lengkap Ibn ’Arabi adalah Abu Bakr Muhammad ibn ’Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn ’Abdillah al-Ta’iy al-Hatimy, lebih dikenal dengan sebutan Ibn ’Arabi. Ada yang menyebut dengan namanya Abu Bakr Muhammad ibn ’Ali Muhy al-Din al-Hatimi al-Ta’iy al-Andalusi, dan oleh para pengikutnya digelari dengan panggilan al-Syaikh al-Akbar. 

Di Spanyol beliau juga dipanggil dengan Ibn Suraka, tetapi di Timur, biasanya, ia dipanggil tanpa sebutan (al) untuk membezakan beliau dengan al-Qadhi Abu Bakr Ibn al-’Arabi. Dilahirkan di Murcia, Spanyol, pada tarikh 17 Ramadhan 560 H bersamaan 28 Julai 1165 M, dari keluarga dermawan dan ahli zuhud yang saleh dan memiliki banyak karamah.

Ayahnya bernama ’Ali ibn Muhammad, seorang imam fiqh dan hadis, seorang tokoh zuhud dan ahli tasawwuf. Beliau adalah tokoh yang sangat terkenal dan berpengaruh dalam bidang politik. Beliau bersahabat akrab dengan para ahli falsafah. Beliau juga sebagai pegawai pemerintah di masa Muhammad ibn Mardanish, penguasa Murcia. 

Pada umur 8 tahun (568 H./1173 M.), ibn ’Arabi dihantar oleh ayahnya ke Sevilla untuk mengikuti pendidikan secara formal di bawah bimbingan guru-guru tradisional. Beliau belajar al-Qur’an dan tafsir dari Abu Bakr ibn Khalaf, belajar hadis daripada Ibn Sarih al-Ru’aini dan belajar fiqh di bawah bimbingan Abu al-Qasim al-Saraf dari Cordova. 

Muhammad Luthfi  Jum’ah menyebut sebanyak 17 orang sebagai guru Ibn’Arabi. Ada cerita lain bahwa Ibn ’Arabi tinggal di tanah kelahirannya, Murcia, selama 8 tahun. Selama itu ia belajar membaca kaedah-kaedah bahasa dan sastra serta mempelajari agama. 

Pada tahun 568 H., ia pergi ke Sevilla setelah orang-orang Muwahhidin menduduki Murcia.. Di Sevilla inilah ia menghabiskan masa kecil dan masa mudanya. Di sini ia mempelajari al-Qur’an, hadis dan fiqh di bawah bimbingan salah seorang murid Ibn Hazm al-Zahiry. 

Beliau berkahwin dengan Maryam binti ’Abdun ibn ’Abd al-Rahman al-Bazy. Pada awal kehidupannya, Ibn ’Arabi bekerja sebagai sekretari gubernur di sana. Ibn ’Arabi pernah mengikuti pelajaran hadis dari Abu al-Qasim al- Khozastani dan para ulama lain, dan khususnya mempelajari kitab Sahih Muslim kepada Syeikh Abu al-Hasan ibn Abi Nasr dalam bulan Syawwal 606 H. 

Konon beliau juga mendapat ijazah dari Abu Tahir al-Salafi. Pada usianya yang relatif muda, ia bertemu dengan dua orang wali wanita, yaitu Yasmin Mursianiyah dan Fatimah Qurtubiyah. Keduanya berpengaruh besar dalam pembentukan kepribadian dan kehidupan Ibn ’Arabi, khususnya Fatimah Qurtubiyah yang sudah lanjut usianya. Wanita ini berpengaruh dan berperanan sebagai pembimbing ruhani bagi Ibn ’Arabi selama dua tahun.

Ketika berusia 20 tahun, mulai nampaklah kecenderungan Ibn ’Arabi pada tasawwuf.  Sebagai pemuda yang cerdas dan memiliki pandangan spiritual yang dalam, Ibn ’Arabi pergi meninggalkan Sevilla untuk mengelilingi Andalusia, dari satu kota ke kota lainnya. Dia menemui orang-orang saleh dan salihah, yang dijumpainya selama perjalanannya. 

Pada salah satu perjalanannya, ketika muqim (singgah) di Cordova, Ibn ’Arabi bertemu dengan Ibn Rusyd, pengulas terbesar filsafat Aristoteles. Dalam  pertemuan itu terjadilah dialog antara keduanya, yang masing-masing memetik manfaat daripadanya. 

Setelah beralih ke dunia sufi, hampir seluruh sisa hidup Ibn ’Arabi dicurahkan untuk mempelajari dan mendalami tasawwuf. Dengan kesungguhan dan ketekunannya, maka dalam usia 30 tahun namanya sudah dikenal dikalangan ahli sufi dan juga di kalangan ulama-ulama fiqh di berbagai wilayah yang tersebar di seluruh Andalusia dn Maghrib. 

Seterusnya sekitar tahun 590 H atau tahun 1201, 1202 M. Ibn ’Arabi mengadakan perjalanan ke wilayah Timur hingga sampai di Mekkah tahun 600H., dan menetap di sana selama 12 hari untuk menunaikan ibadah haji. Pada saat itu ia menulis surat untuk sahabatnya, Muhammad ibn ’Abd al-’Aziz Abi Bakr al-Qusyairy al-Mehdawy dari Tunis, juga untuk sahabatnya yang lain Abi ’Abdillah ibn al-Murabith. 

Pada tahun 601 H. Ibn ’Arabi melanjutkan pengembaraannya ke Baghdad dan menetap di sana kurang lebih selama 7 tahun. Lalu ia kembali ke tanah suci Mekkah dan menetap di sana beberapa bulan lamanya. Kemudian pada akhir tahun berikutnya ia sampai di Asia Kecil. Di sini Ibn ’Arabi menerima hadiah sebuah rumah yang indah dari penguasa Nasrani. Namun rumah itu kemudian ia hadiahkan kepada seorang pengemis yang datang meminta-minta kepadanya. 

Seterusnya Ibn ’Arabi pergi ke Aleppo dan kemudian ke wilayah Damsyiq untuk menziarahi masjid Bait al-Maqdis. Pada masa inilah Ibn ’Arabi pulang pergi antara Syam dan Hijaz. Akhirnya pada tahun 620 H., ketika telah berusia sekitar 60 tahun, ia menetap di Damaskus. Di sini pulalah ia menghabiskan sisa hidupnya untuk mengarang serta menyusun karya-karyanya, terutama dalam bidang tasawwuf. 

Di akhir hayatnya, ia menyusun tafsir al-Qur’an dengan nama Tafsir al-Kabir, yang merupakan karya terakhirnya dan sekaligus merupakan satu-satunya karya yang tidak sempat ia siapkan, karena beliau meninggal di saat ia menulis ayat 65 surat al-Kahfi, yang terjemahannya : 

”Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami”. 

Di saat itu pulalah Ibn ’Arabi meletakkan penanya yang masih basah dan berhenti menulis untuk selamanya. Ibn ’Arabi wafat pada hari Jumaat tanggal 28 Rabi’ al-Awwal 638 H. bersamaan 16 Nopember 1240 M., di rumah salah seorang muridnya yang bernama al-Qadhi Muhy al-Din ibn al-Zakiy. Kemudian jenazahnya dimandikan oleh al-Jamal ibn ’Abd al-Khaliq, ’Imad al-Din ibn al- Nuhhas dan Muhy al-Din sendiri. Murid-muridnya ini pulalah yang membawa jenazah Ibn ’Arabi ke lereng gunung Qasiyun, di luar Damaskus, untuk
dimakamkan. 

Mengenai karya-karya Ibn ’Arabi, dapat dijelaskan sebagai berikut: ia adalah seorang penulis yang produktif dengan karyanya yang berjilid-jilid. Tingkat produktiviti, bakat dan imaginasinya sangat tinggi dan mengagumkan. 

Jumlah karyanya yang tersebar di dunia Islam tidak dapat dipastikan, namun diperkirakan sekitar 300 buah, 150 di antaranya telah disusun katalognya oleh Brockelman, yang sekarang tersebar di berbagai perpustakaan, baik di Timur maupun di Barat. 

Karya-karyanya tersebut mencakup bidang-bidang pengetahuan yang sangat luas, seperti ontologi, kosmologi, psikologi, tafsir al-Qur’an dan beberapa bidang lainnya. Karya-karyanya penuh dengan ungkapan simbolis dan esoteris, yang oleh sebagian penulis dipandang sebagai bukti bahwa karyanya itu merupakan ungkapan dari ilham samawi. 

Judul-judul karya Ibn ’Arabi tercantum dalam beberapa buku, antara lain: Three Muslim Sages,Tarikh Falasifat al-Islam fi al-Masyriq wa al-Maghrib, Dairat al-Ma’arif al-Islamiyah, Ibn ’Arabi: The Great Muslim Mystic and Thinker. 

Dua karya beliau yang monumental, yaitu al-Futuhat al-Makkiyyah fi Ma’rifat al-Asrar al-Mulukiyyah dan Fusus al-Hikam. Al-Fatuhat al-Makkiyyah fi Ma’rifat al-Asrar al-Mulukiyyah. Buku ini merupakan karya pokok Ibn ’Arabi dalam bidang tasawwuf, terdiri dari 4 juz (jilid), 6 fasal yang dibagi menjadi 560 bab.Bab 599 merupakan ringkasan dari keseluruhan isi buku. 

Penulisannya dimulai di Makkah tahun 594 H. atau 1201 M. dan berakhir pada tahun 629 H. atau 1231 M. Dicetak beberapa kali, yaitu tahun 1269, 1294 dan 1329 M. Ada yang menyebutkan bahwa buku tersebut dicetak pertama kali di Bulaq, Mesir, tahun 1274 M. Buku tersebut disusun secara sistematik, bab-babnya disajikan dalam bentuk yang diungkap dengan gaya bahasa yang simbolis dan fantastis. 

Karya ini dianggap sebagai sebuah ensiklopedia dunia mistik Islam. Lengkapannya ditulis atas petunjuk dan ilham Tuhan secara langsung. Ibn ’Arabi mengatakan: ”Ketahuilah, bahwa penulisan bab-bab al-Futuhat, bukanlah sebagai hasil pemilihan bebas menurut saya sendiri atau dimaksudkan sebagai perenungan. Sebenarnya Allah swt. mengimlakkan kepadaku apa yang kutulis dengan perantaraan malaikat wahyu”. 

Untuk memudahkan memahami isi kitab al-Futuhat al-Makkiyyah ini, Sayyed ’Abd al-Wahhab ibn Ahmad membuat ringkasannya dengan judul Lawami’ al-Anwar al-Qudsiyyah al-Muntaqat min al-Futuhat al-Makkiyyah. Selanjutnya, ringkasan ini diringkas lagi dengan judul al-Kibrit al-Ahmar min ’Ulum al-Syaikh al-Akbar. Fusus al-Hikam.

Menurut Brockelman, buku ini ditulis oleh Sadr al-Din tahun 630 H. Atau 1232 M., dan telah dikemaskini oleh Ibn ’Arabi. Buku ini berisi tentang ajaran 25 rasul mulai dari Adam sampai kepada Muhammad. Buku ini telah dicetak beberapa kali, di Kairo tahun 1252 , 1304, 1309 dan 1329 M., dan di Istambul tahun 1897 M. Menurut Moulvi S.A.Q. Husaini, kitab Fusus al-Hikam adalah salah satu karya Ibn ’Arabi yang agak pendek, tetapi banyak diperbincangkan di Dunia Arab, Persia dan Turki.

Dengan cukup tegas Abu al-’Ala ’Afifi menyatakan bahwa buku ini adalah karya Ibn ’Arabi yang paling tinggi nilainya dan kedalamannya, serta paling besar pengaruhnya bagi pembentukan aqidah sufiyah pada masanya dan masa-masa berikutnya. Pada tahun 1929 M. buku ini diringkas dan diterjemahkan oleh Sahib Khaja Khan dengan judul Wisdom of the Prophet. Pada tahun 1955 M. diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh Titus Burckhardt dengan judul La Sagesse des Prophetes dan juga diterjemahkan ke dalm bahasa Turki oleh Nuri Benc Osmani dengan judul Sarkislam Klasikeli, Istambul 1952 M

Tuesday, February 11, 2014

UiTM New Campus (PFI)

“Di atas tanah seluas 100 ekar ini yang akan menjadi 300 ekar pada 1969, MARA akan mencurahkan segala tenaga, fikiran dan kepercayaannya yang penuh bagi merangsang dan mendirikan satu masyarakat bumiputera yang berpelajaran, berilmu, berkemahiran dan berfikiran baru.

“(MARA) satu langkah tepat untuk membawa kemajuan kepada bumiputera kerana di sinilah punca segala usaha dan harapan kita bagi menambah tenaga manusia bumiputera yang terlatih dalam bidang sains dan teknologi serta profesion penting lain.’’


Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein,ketika meletak batu asas ITM pada 14 Oktober 1967.

Kerajaan sememangnya sentiasa prihatin dalam hal ini. Kerana itu kita melihat kerajaan melalui UiTM terus menyusun strategi agar kampus-kampus cawangan yang baharu dapat dibuka dengan seberapa banyak yang mungkin. Sehingga kini jumlah kampus UiTM secara keseluruhannya adalah sebanyak 35 buah merangkumi seluruh negeri. Namun untuk membina satu-satu kampus secara serentak dimerata-rata tempat memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak mungkin mampu ditanggung oleh kerajaan. Sesungguhnya kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendahului rakyat sentiasa berusaha bagi memastikan keperluan rakyat khususnya akses kepada pendidikan sentiasa diutamakan.

Oleh kerana itu melalui strategi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) projek pembinaan kampus-kampus cawangan baharu UiTM dapat dilaksanakan. Menjelang 2014 sebanyak enam kampus cawangan baharu akan disiapkan. Kampus-kampus tersebut adalah Kampus Puncak Alam Fasa 2, Kampus Samarahan 2 di Sarawak, Kampus Jasin di Melaka, Kampus Pasir Gudang di Johor, Kampus Seremban di Negeri Sembilan dan Kampus Tapah 2 di Perak. Manakala enam buah kampus cawangan lagi dijangka dapat digunakan menjelang 2015. Kampus-kampus tersebut adalah kampus Mukah di Sarawak, Kampus Dengkil di Selangor, Kampus Rembau di Negeri Sembilan, Kompleks Alam Bina dan Seni Reka di Puncak Alam, Selangor, Kampus Raub di Pahang dan Institut Latihan UiTM di Negeri Sembilan.