Thursday, November 28, 2013

Sejarah Televisyen di Malaysia

Negara Malaysia ialah satu contoh yang jelas bagaimana sebuah tanah penjajahan melalui peringkat pembangunan, sosial dan ekonomi selepas mendapatkan kemerdekaan. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber daripada alam semula jadi dalam bentuk getah, bijih timah, teh dan kayu balak telah dimanfaatkan oleh industri Britain. 

Tetapi apabila angin kemerdekaan bertiup di Asia Tenggara, Britain terpaksa berundur. Walau bagaimanapun, sebelum itu pihak Britain memastikan bahawa kuasa pemerintah telah diberikan kepada satu golongan elit yang sanggup bersahabat dengan Britain supaya perhubungan ekonomi yang sedia ada itu tidak terjejas. Penyiaran (ketika itu hanya radio) ialah sebahagian daripada struktur kuasa yang dibina dan diwariskan kepada kerajaan baru Malaya. 

Tujuan perkhidmatan penyiaran ini ialah untuk menyebar dan memastikan rakyat memahami kuasa pemerintah. Dalam strukturnya sudah terdapat aliran yang menyebelahi pihak berkuasa. Ketika mencapai kemerdekaan, tiada sesiapa pun yang memikirkan bagaimana perkhidmatan ini yang pada ketika itu memberikan sokongan kepada penjajah, dapat diubahsuai untuk memberi sokongan kepada rakyat. 

Umpamanya adakah perkhidmatan ini patut ditukar fungsinya bagi dijadikan satu pertubuhan seperti British Broadcasting Corporation (BBC) di Britain iaitu fungsinya terpisah daripada kerajaan. Banyak institusi di Malaya ketika itu telah dibentukkan berdasarkan model-model institusi yang terdapat di Britain, (umpamanya Raja sebagai ketua negara dan Parlimen dengan dua dewan yang berasingan ditubuh mengikut model Westminster). 

Walau bagaimanapun dalam konteks penyiaran, contoh Britain ini tidak diikuti, malah contoh penjajah pula yang diterapkan. Sebenarnya Malaysia bukanlah negara tunggal yang berbuat demikian; India, Pakistan dan Sri Lanka yang merdeka daripada Britain terlebih dahulu daripada Malaysia masih tidak mengubahsuai bidang penyiaran masing-masing. 

Siaran televisyen telah diwujudkan oleh negara Malaysia yang merdeka pada tahun 1963 dan dinamakan Radio Malaysia. Kebebasan dan pemerintahan sendiri selama enam tahun sebelum itu tidak dapat memberikan keyakinan dan ilham untuk menubuhkan sebuah pertubuhan penyiaran yang lebih terbuka, bebas dan liberal. Apa yang membantu dan menyokong sikap kerajaan pada waktu tersebut adalah penentangan terhadap ancaman komunis yang bersenjata. 

Walaupun keganasan komunis sudah ditewaskan beberapa tahun terdahulu, namun ia belum lagi boleh dikatakan sudah dihapuskan. Televisyen telah berkembang pesat dengan meliputi semua kawasan bandar dan sedikit demi sedikit memasuki kawasan luar bandar. Kerajaan Malaysia cuba memastikan agar televisyen mampu dimiliki oleh semua golongan penduduk termasuk luar bandar supaya bilangan penonton dapat berkembang dengan cepat. 

Hasilnya, pada hari ini, ia menjadi saluran yang terpenting dan unggul di Malaysia dengan menghidangkan hiburan dan menyebarkan maklumat kepada 93% penduduk dewasa negara ini. Seperti juga di negara-negara lain. fenomena perkembangan televisyen di Malaysia adalah kompleks. Pada keseluruhannya, penubuhan dan perkembangan televisyen di Malaysia dipenuhi dengan implikasi politik,pemerintahan dan perkembangan sosial. 

Walaupun perkembangannya adalah sama seperti yang terdapat di negara-negara Dunia Ketiga yang lain, namun terdapat juga perkara-perkara unik dalam situasi Malaysia yang perlu diperhatikan. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. 

Etnik-etnik ini pula membentuk masyarakat mereka yang tersendiri dengan agama-agama seperti Islam, Buddhisme, Hinduisme dan Politeisme.Sebagai satu institusi sosial, televisyen tenpaksa digerakkan dalam suasana yang menakjubkan ini dengan memberi perkhidmatan kepada senua aspek tanpa menimbulkan sebarang kontroversi.Tekanan terhadapnya adalah banyak dan sebarang maklum balas perlu diperhatikan dengan teliti. 

Fenomena inilah yang telah mewujudkan cabaran-cabaran yang unik kepada pertubuhan televisyen tersebut. Tekanan yang bercorak dalaman terhadap Televisyen Malaysia adalah dalam bentuk permintaan untuk hiburan berciri Barat yang datang daripada penduduk bandar yang ingin memodenisasikan kehidupan mereka dengan ciri-ciri kebaratan; permintaan untuk bahan kebudayaan etnik yang datang daripada kaum etnik masing-masing; dan percanggahan permintaan-permintaan tersebut dengan tujuan kerajaan untuk mengintegrasikan etnik-etnik ini dengan melintasi garisan perkauman. 

Selain tekanan dalam negeri, tekanan juga datang daripada luan negara. Tekanan ini adalah berbentuk tekanan pasaran rancangan-rancangan televisyen antarabangsa dan tekanan negara-negana Barat yang menguasai dan membekalkan alat dan pengetahuan teknikal. Di samping itu pengimportan rancangan-rancangan daripada negara Barat juga mempunyai pelbagai tekanan terhadap kebudayaan, politik, agama dan ekonomi.

Monday, November 18, 2013

Tokoh-Tokoh Besar Dalam Bidang Fizik Gelombang

Al Haytham, Abu Ali Al-Hassan (965 - 1039).


Dilahirkan di Basrah dan bertugas sebahagian besarnya di Kaherah. Beliau merupakan ahli fizik dan matematik. Sumbangan penting beliau ialah dalam bidang optik berkenaan teori-teori pemantulan, pembiasan dan pemfokusan cahaya, aberasi sfera dan pembiasan cahaya oleh atmosfera. Beliau merupakan ahli sains yang pertama dapat memahami proses penglihatan, iaitu cahaya membawa makiumat dan objek ke mata, bukannya mata memancarkan cahaya sebagaimana yang dipercayai sebelum itu.

Fraunhofer, Joseph von, (1787-1826). Jerman.


Ahli fizik pertama menemui garis-garis penyerapan unsur di dalam spektrum cahaya matahari, yang dibeni nama garis-garis Fraunhofer. Beliau menggunakan parut belauan dengan meluas dalam kerja-kerja beliau.

Fresnel, Augustin-Jean, (1788-1827). Perancis.


Beliau menjalankan penyelidikan teori dan ujikaji dalam bidang optik bagi mengukuhkan teori gelombang cahaya, iaitu satu teori yang telah dikemukakan oleh Thomas Young. Beliau banyak melakukan ujikaji benkenaan interferens cahaya.


Fermat, Pierre de, (1601-1665). Perancis.


Seorang hakim yang menjadikan matematik sebagai kesukaannya. Sumbangan beliau dalam bidang matematik tiada tolok bandingnya pada zaman itu. Dalam bidang optik beliau merumuskan Prinsip Fermat, iaitu berkenaan dengan perambatan cahaya. Prinsip ini sangat penting dan merupakan asas kenja pembinaan sistem optik.

Hertz, Heinrich Rudolf, (1857-1894). Jerman.


Beliau telah berjaya menjana gelombang elektromagnet di dalam makmal dan mengukur panjang gelombang serta halaju gelombang itu. Beliau juga berjaya memancarkan dan menerima kembali gelombang elektromagnet. Beliau menunjukkan bahawa sifat-sifat rambatan, penyerapan, penyerakan dan halaju gelombang elektromagnet sama dengan sifat-sifat cahaya.

Hooke, Robert, (1635-1703). Inggeris.

Beliau seorang ahli fizik yang banyak memberikan sumbangan dalam berbagai-bagai bidang. Beliau menemui bintang kelima dalam konstelasi Orion; mengkaji dan melukis dengan terperinci struktur hablur salji. Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang yang memulakan teori gelombang cahaya.

Maxwell, James Clerk II, (1831-1879). Inggeris.

Beliau telah memberi sumbangan yang banyak dalam bidang fizik, iaitu mekanik,teoni kinetik gas, serta membuktikan cahaya merupakan gelombang elektromagnet.  Sumbangan beliau yang terbesar ialah dalam bidang teoni elektromagnet. Tulisan-tulisan beliau ialah, Theory of Heat dan Treatise on Electricity and Magnetism.

Newton, Sir Isaac, (1643-1727). Inggeris.

Beliau telah membeni sumbangan yang besar dalam beberapa bidang fizik, menemui hukum-hukum mekanik, hukum graviti dan komponen-komponen cahaya putih. Dalam matematik beliau telah menyumbangkan kalkulus pembeza.

Rayleigh, John William Strutt, Lord, (1842-1919). Inggeris.

Beliau telah memberi sumbangan asas dalam bidang bunyi dan optik. Beliau telah berjaya memisahkan argon dan dianugerahkan hadiah Nobel kerana kejayaan ini. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang intenferens dan spektnometri. 

Snell, Willebrord van Roijen, (1591-1626). Belanda.

Ahli astronomi dan matematik. Beliau telah menjumpai hukum pembiasan, yang menghubungkan pemesongan cahaya dengan sifat fizik medium yang dilalui oleh cahaya itu.

Young, Thomas, (1773-1829). Inggeris.

Beliau seorang tabib dan ahli fizik,dan juga ahli kaji Mesir purba. Beliau telah menemui pninsip-prinsip interferens cahaya, bagi mengukuhkan teori gelombang cahaya. Beliau juga memberikan sumbangan dalam pengukunan saiz molekul dan tegangan permukaan cecain. Beliau telah memperkenalkan konsep tenaga yang tepat dalam ilmu fizik.

Wednesday, November 13, 2013

Arca Helang Emas Pusaka Kerajaan Kedah Tua oleh Suhaimi Hj. Yusoff.

BTG (III): ARCA HELANG EMAS PUSAKA KERAJAAN KEDAH TUA

11 November 2013 at 11:11
Salam sejahtera ku ucapkan untuk seluruh pembaca serta generasi susur galur pemerintah agung Kerajaan Kedah Tua Merong Mahawangsa yang amat hebat lagi luas jajahan takluknya pada waktu dahulukala.                                                                                                                                    
“ Sekumpulan pencari harta karun dari Perak mendakwa memiliki arca helang emas   bersama ketulan zamrud berukuran 24 sentimeter seberat 6 kilogram, dipercayai  berusia lebih 500 tahun peninggalan Kerajaan Kedah Tua.”
                                                                                                                                
Arca Helang Emas Didedah                   
Petikan Akhbar Sinar Harian
Rabu 27 April 2011

Alkisah tersebutlah cherita lama itu yang dikarangkan samula dengan seadanya.

A.     Petikan Dari Akhbar Sinar Harian, Edisi Utara


Jitra - Sekumpulan pencari harta karun dari Perak membuat pendedahan menggemparkan berkenaan sebuah artifak arca helang emas bersama ketulan zamrud berukuran 24 sentimeter, dipercayai peninggalan Kerajaan Kedah Tua yang berusia lebih 500 tahun di sini baru-baru ini.  

Wakil kumpulan itu, Nordin Ahmad berkata, pihaknya menemui arca yang dikatakan pernah dimiliki Sultan Perak pertama, Almarhum Sultan Muzaffar Shah secara ‘ritual’ pada 2007 di lokasi Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak atau lebih dikenali dengan nama Tasik Pawar Janggi

Menurutnya, arca helang emas yang berukuran lebih kurang 35 sentimeter dan diperbuat daripada emas India seberat enam kilogram turut dikenali sebagai Ganggayu/Langkiu setelah merujuk kepada buku Cempaka Sari karangan Fauzi Basriyang diterbitkan oleh Yayasan Perak dan dipercayai ada kaitan dengan Kerajaan Kedah Tua.

Pihak kami membawa artifak ini ke pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebelum ini dan pernah berbincang dengan beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung urusan ‘penebusan’ artifak ini. Bagaimanapun, kami diberitahu kerajaan Negeri tiada peruntukan untuk ‘menebus’ atau membeli artifak itu, mungkin disebabkan tiada sebarang dokumen dan manuskrip asal yang menjadi bukti ia pernah dimiliki Almarhum Sultan Muzaffar Shah.

“Kami turut berbincang dengan pengurusan Galeri Sultan Azlan Shah dan Muzium Negeri Perak di Kuala Kangsar, namun turut gagal atas alasan sama,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Nordin berkata, pihaknya kini sedang mencari jalan untuk menyerahkan semula artifak itu kepada Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berdasarkan salasilah keturunan diraja yang dimiliki baginda sejak zaman pemerintahan Kerajaan Kedah Tua. 

Menurutnya, satu rujukan terperinci dengan beberapa pakar dalam pelbagai bidang berkaitan termasuk pakar sejarah di dalam dan luar negara, pengurusan beberapa muzium di negara ini, jurutera carigali, Jabatan Warisan Negara (JWN), pakar penilaian emas, Jabatan Geosains dan Mineral Ipoh, Teraju Istiadat Negeri Sembilan, pengurup wang, pengumpul barang-barang artifak dan antik dari Singapura, Jepun dan Taiwan dibuat bagi memastikan keaslian arca itu sahih dan mempunyai nilai sejarah.

Penilaian harganya subjektif dan tidak dapat dijangkakan memandangkan ianya dinilai dari pelbagai sudut iaitu jenis logam, nilai estetika dan usia artifak itu dihasilkan walaupun pernah mendapat tawaran sehingga RM20 juta daripada kerabat diraja Brunei yang gemarkan barangan purba.

Ada pakar sejarah mengatakan usianya lebih tua kerana ianya mungkin dihasilkan pada zaman Kerajaan Mesopotamia/Babylon II berdasarkan objek burung itu sendiri yang berkait dengan negara-negara sebelah Eropah Timur dan Asia Barat. 

“Manakala pendapat dari seorang pensyarah Fakulti Sejarah Melaka dan Portugis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Yahaya Bakar mengatakan ianya mungkin dihasilkan pada zaman pemerintahan Kerajaan Ryukyu (Jepun). Apa pun, kami minta Kerajaan Negeri Kedah mengambil perhatian terhadap niat memulangkan arca itu kepada pemilik asal iaitu waris kesultanan Melayu Kedah, Tuanku Abdul Halim,” katanya.

Nordin berkata, mulanya mereka bercadang menjual artifak ini kepada sesiapa yang berminat namun mengubah fikiran. “Bagi saya, lebih baik ianya disimpan di Kedah untuk rujukan dan pameran bagi generasi akan datang dan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat boleh berhubung terus melalui talian 013-4343xxx,” katanya.

B.     Dinamakan Arca Helang Emas Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak 1528-1549)   


1. Arca ini telah ditemui pada hari Selasa, 9 Oktober 2007 Masehi bersamaan 27 Ramadhan 1428 Hijrah pada jam 4.55 petang sebaik sahaja selesai azan solat Asar dikumandangkan.  Ditemui pada lokasi berhampiran Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak atau lebih dikenali dengan nama Tasik Pawar Janggi, ia merupakan tempat bersiram putera raja di dalam upacara istiadat mandi tabal untuk Raja-Raja Melayu yang bakal menaiki tahta Diraja Negeri Perak.  
                                                                              
2. Di awal penemuan, artifak ini bukanlah seperti keadaan masakini dan tidak diketahui langsung nama atau siapa pemilik asalnya. Setelah ‘dibersih dan dicuci’ mengikut kaedah-kaedah tertentu, barulah dipasangkan tapak bagi membolehkannya berdiri. Disebabkan tidak mengetahui cerita dan asal usul bagaimana artifak sebegini hebat boleh berada di situ maka pihak penemu telah menamakannya sebagai Arca Helang Emas Sultan Muzaffar Shah sebagai subjek pengenalan dan rujukan awalan.

C.     Sejarah Ringkas Kerajaan Tua di Perak berdasarkan buku Cempaka Sari

1. Pusat kerajaan yang paling awal diketahui terletak di kawasan yang meliputi Beruas dan Dinding pada hari ini yang diberi nama Kerajaan Gangga Negara (Rajah 5). Ianya diolah dalam pelbagai bentuk versi tradisi lisan tentang asal usulnya serta ada yang menyebut bahawa pengasas Kerajaan Gangga Negara adalah Raja Ganjil Sarjuna yang berasal dari Kedah. Berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, pakar sejarah telah merumuskan di abad ke-5 atau ke-6 Masehi telah wujud Kerajaan Gangga Negara ini yang berpusat di Beruas.  

2. Ada pendapat mengatakan Kerajaan Gangga Negara telah wujud tidak lewat dari abad ke-2 yang terletak di Manjung, daerah Dinding iaitu di selatan Gunung Bubu serta timur Bukit Segari di tepi tebing Sungai Dendang yang sering berubah-ubah berdasarkan penemuan barangan purba di Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. 
                                                                           
3. Menurut tradisi lisan, kemewahan Kerajaan Gangga Negara ini digambarkan dengan atap istana Raja pemerintah yang berjubin emas, dapurnya dihiasi dengan perak, dinding istana dipenuhi dengan batu permata serta dua buah perigi yang bersalut emas. Kerajaan yang berpusat di Beruas pada abad ke-8 itu merupakan sebuah kerajaan yang sudah pun kuat sehingga mampu menentang Kerajaan Sriwijaya pada tahun 850 Masehi iaitu di abad ke-9. 

4. Ada juga penulis yang menyatakan dalam era kehebatan inilah seorang Sayyid dari tanah Arab telah memperkenalkan agama Islam melalui perkahwinan dengan salah seorang puteri raja Kerajaan Gangga Negara. Kenyataan ini telah disangkal sepenuhnya oleh fakta sebilangan besar sejarawan dengan mengatakan bahawa Samudera, Pasai dan Perlak merupakan negeri-negeri di Sumatera Utara yang mula bertapaknya Islam di rantau nusantara ini pada kurun ke-13!         
                                                 
5. Dalam tahun 890 Masehi, seorang anak raja berketurunan dinasti Sailendra, Jawa bernama Bolaputra telah memerintah kawasan yang dipanggil Ganggayu atauKlang Kio. Ada juga yang mencatatnya sebagai Langgiu dan Gelanggayu iaitu sebuah kawasan di negeri Johor pada waktu ini.  
               
6. Setelah pemerintah Ganggayu ini menyerang dan mengalahkan Beruas, beliau telah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara. Kemudiannya, Raja Bolaputra berundur dan selepas itu kerajaan di Beruas ini menjadi aman damai lagi makmur sehingga kurun ke-11 sebelum diserang oleh Raja Chola Rajendran I (Raja Chola Deva I) atau Raja Suran seperti yang tercatat dalam buku sejarah Melayu, Sulalatus Salatin. Serangan itu telah memusnahkan sama sekali Gangga Negara di zaman pemerintahan Raja Gangga Shah Johan (1025 - 1028 Masehi).

7. Selepas kemusnahan itu, hanya tinggalan dua buah kerajaan Melayu yang wujud iaitu Kerajaan Beruas (berpusat di Kampung Kota sekarang) dan Kerajaan Manjung(berpusat di Kampung Segari). Beruas dikenali sebagai Zabaj oleh pedagang Arab atau Cho-Pu oleh orang-orang Cina. Pusat perdagangan pada zaman itu telah pun menghantar emas dan mineral bijih besi ke rantau Timur Tengah melalui kapal dari pelabuhan Kampung Dendang ini.

D.     Andaian Kemunculan Arca Helang Emas


1. Telah timbul pelbagai spekulasi bagaimana artifak Ganggayu atau Langkiu yang lebih dikenali sebagai ‘Ganggayu Langkiu’ yang sebegini hebat dapat dikaitkan dengan Kerajaan  Kesultanan Melayu Kedah Tua boleh berada di sekitar kawasan tasik yang misteri itu?  Terdapat pelbagai hipotesis oleh pihak penemu arca ini dan penulis* yang mengandaikan bahawa:   
    
i. Ianya dipamer indah di atas meja seorang pembesar negeri dahulukala yang besar kemungkinan terdiri samada dari seorang Sultan, Raja, Putera Raja atau Menteri. Tanpa disangka, berlaku satu peristiwa kacau bilau dan pergolakan dalaman istana pada zaman itu. Khazanah ini dengan segera dibawa keluar dan dilarikan oleh seorang perempuan dari dalam istana yang berkemungkinan seorang permaisuri, puteri raja atau isteri kepada seorang pembesar negeri waktu itu lalu beliau bertindak menanam khazanah ini di kawasan tersebut demi keselamatan dirinya.

ii. Besar kemungkinan ianya telah ditanam atau dicampakkan semasa berlaku kacau bilau atau perang di dalam negeri sehingga menyebabkan Sultan, Raja atau pembesar berkenaan dan seisi keluarga terpaksa melarikan diri. Baginda sempat menitahkan orang suruhan kepercayaannya untuk menyelamatkan diri dan segala harta benda bernilai termasuklah artifak ini terpaksa ditinggalkan di lokasi terbabit.

iii. Dihubungkaitkan dengan kedatangan Raja Perak yang berasal dari nasab keturunan Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir.

iv. Diandaikan semasa Negeri Kedah diserang oleh tentera Sukhothai dari Siam.

v. *Bertitik tolak dari campurtangan kerajaan Majapahit di Kedah yang menyebabkan generasi ke-6 susurgalur Merong Mahawangsa iaitu Raja Kedah VI (Raja Tengku Hisyam Badrol Halim) terpaksa melarikan diri bersama keluarga dan segala harta benda yang berharga lalu menanam sebahagian barangan berharga di kawasan tersebut dalam perjalanan berhijrah ke tanah Jawa pada tahun 1321 Masehi.

E.     Ulasan Daripada Pelbagai Pakar

1. Berkenaan batu hijau yang berukur lilit 24 sentimeter (sm) pada bahagian kaki artifak Ganggayu Langkiu, seorang ahli gemologis yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun bertugas di beberapa makmal di Amerika Syarikat membuat andaian yang ianya dikategorikan sebagai batu Zamrud, Zirkon, Chrysoprase, Langka Green Garut Top,Mulia Green Cats Eye (Chatoyanci), Quartz hijau, Tyrus Persia (Green Turquoise Persia). Ianya bukan batu Zamrud tiruan yang dikenali sebagai Jij atau mana-mana batu tiruan yang berukuran kecil. Menurutnya lagi, untuk mudah difahami dan dibuat perbandingan beliau menyarankan agar meneliti jenis emas yang terdapat di sekitarMasjidil Haram, Mekah. 

2. Daripada perspektif akademik oleh seorang Profesor Emeritus yang merupakan pakar rujuk sejarah dan arkeologi terkenal tanahair, beliau menyimpulkan yang artifak itu dikenali sebagai Vahana iaitu seolah-olah mitos kenderaan berupa burung helang yang seringkali digunapakai oleh Dewa Vishnu. Ia merupakan simbol keagamaan agama Hindu Bharaiva bagi penganut mazhab Vishnu pada kurun ke-12 dan 13 Masihi. Sewajarnya, arca tersebut mempunyai hubungkait yang amat kuat dengan unsur agama Hindu purba yang telah mengantikan amalan agama Buddha di tanah Semenanjung ini pada waktu itu.
                           
3. Dari aspek kerohanian, kaum India berugama Hindu dapat menghidu dan merasakan artifak ini mempunyai kelangsungan hubungannya dengan sesuatu yang gemilang pada zaman silam. Apa yang diketahui selepas setahun melakukan urusan tawar menawar dengan pihak pengurup wang dari Singapura, pihak penemu arca ini mendapati tujuan arca ini hendak dibeli adalah untuk ditempatkan di salah sebuah kuil terbesar di Madras, India dan akan disembah serta ditaburi dengan susu dalam setiap upacara keagamaan masyarakat India-Hindu di sana nanti. Pada mulanya, mereka ditawarkan dengan harga RM2,876,032 hingga ke RM3 juta dan kemudiannya mencecah menjadi RM5 juta. Akan tetapi yang menjadi kehairanan pihak penemu arca ini lagi apabila wakil India-Hindu dari pihak Singapore Money Changer sanggup menawarkan harga setinggi RM5 juta atas perspektif keagamaan dan kepercayaan mereka terhadap khazanah ini.  
                                                
4. Berdasarkan kepada pengalaman berurusan, pelbagai pihak seperti Habib Jewel di Kuala Lumpur dan Penangpihak Ipoh Goldsmith, penguji profesional bagi individu tertentu dan penguji dari Singapore Money Changer, telah bersepakat mengatakan yang arca itu memiliki jenis emas yang bukan seperti logam emas masakini! Apa yang lebih penting adalah objektif khazanah ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan zaman pemerintahan dan kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Islam Lama yang ada kesinambungannya dengan penyebaran syiar Islam. 

 5. Menurut seorang Profesor dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada hari Rabu 25 Julai 2012 yang lalu, peralatan yang terdapat di situ tidak dapat mengesan dari sudut pentarikhan relatif dan mutlak (Carbon Dating) arca tersebut. Apa yang boleh dikesan hanyalah kandungan jisim pelbagai logam seperti karbon, plumbum, magnesium, nikel dan pelbagai lagi. Alatan yang terdapat di situ hanyalah sesuai untuk menguji subjek yang bersaiz kecil sahaja seperti yang terdapat di Jabatan Geosains dan Mineral kerana peralatan yang terdapat di Makmal Negara tidaklah secanggih seperti yang terdapat di luar negara kerana kos alatannya adalah terlalu mahal.

F.     Spesifikasi Arca Helang Emas       
         
1. Sebelum dilakukan kerja-kerja penambahbaikan untuk persembahan Diraja, beratnya adalah 6 kg manakala tingginya dari hujung sayap burung ke bahagian bawah tapak adalah 35 sm. Dari sisi kiri ke kanan sayap, lebarnya adalah 22 sm dan memiliki panjang 19 sm dari bahagian paruh ke ekor burung.

2. Dari aspek kandungan bahan, bahagian luar arca diperbuat dari logam emas sadur lama Persia (Plated Gold) dan bahagian dalamnya pula dipercayai dari logam tembaga kuning dan bukannya logam besi mengikut kaedah yang telah ditunjukkan oleh pakar. Batu permata hijau berukuran lilit 24 sm adalah dipercayai dari pelbagai jenis batu permata samada permata Zamrud, permata Chrysoprase, permata Langka Green Tarut Top, batu permata Mulia Green Cats Eye (Chatoyanci ), permata Quartz Hijau atau permata Tyrus Persia (Green Turquoise Persia).

3. Kajian yang dilakukan telah mengenalpasti bahawa ianya bukan diperbuat dari batu permata tiruan atau batu sintetik yang dikenali dengan nama komersil 'JJ' oleh kebanyakan pakar. Batu permata putih kebiruan di bahagian bawah sayap burung berjumlah 351 butir yang dipercayai dari jenis batu permata Zirkon. Di bahagian mata burung terdapat 2 butir batu bermata merah yang dipercayai samada diperbuat dari jenis batu permata Zirkon atau batu permata delima Ruby.

G.     Sinopsis Artifak Ganggayu Langkiu


 1. Logam emas yang kelihatan pada artifak helang itu bukanlah dari jenis emas 916, emas 999, emas 875 atau emas India seperti yang terdapat pada hari ini. Ianya merupakan emas saduran yang diberi nama Persian Gold atau lebih meyerupai Plated Gold manakala kandungan di dalamnya berkemungkinan terdiri dari tembaga kuning sahaja. Sebenarnya, apa yang sangat berharga bagi artifak ini adalah dari sudut sejarahnya dan pembuatannya yang dikaitkan dengan zaman kegemilangan tamadun Melayu Islam Tua iaitu Kerajaan Kedah Zamin Turan.

2. Namun, ada pihak turut mendakwa batu-batu permata yang berjumlah 351 biji yang terpahat di bahagian bawah sayapnya, hanyalah batu Zirkon dan begitu juga dengan batu hijau yang sebesar ukuran bola tenis turut dikatakan dari jenis batu Zirkon juga. Seandainya ia adalah batu permata Zamrud yang asli, sudah pasti ianya amat bernilai kerana terdapat perbandingan batu permata Zamrud yang dimiliki oleh pihak lelongan Christie’s London dan Sotheby’s. Adalah dipercayai batu permata Zamrud (Colombia Emerade Stone) yang berukuran lilit 10 sm sahaja telah mencecah harga setinggi RM1.4 bilion di pasaran antarabangsa!

H.     Pelbagai Persoalan Yang Berkaitan


1. Kajian terperinci dengan biayaan dana yang mencukupi oleh individu yang berminat atau pengkaji daripada generasi susur galur Merong Mahawangsa yang hakiki adalah amat dialu-alukan demi untuk mencari suatu jawapan yang tepat dari sudut perkongsian ilmu. Di antara beberapa persoalan yang telah diajukan sebagai halwa minda adalah:

i. Apakah hubungkait kemunculan artifak ini pada 9 Oktober 2007 dengan pertabalan Sultan Kedah sebagai Yang DiPertuan Agung yang ke-14 buat kedua kalinya pada 13 Disember 2011 (14,13.12.11) yang belum pernah berlaku dalam sejarah Ketua Negara?

ii. Apakah impak terbesar yang bakal berlaku selepas ini terhadap seluruh umat Nusantara di tanah bertuah Suvarnabhumi (Tanah Semenanjung) dan Suvarnadvipa (Kepulauan Melayu) ini?

iii. Adakah ini merupakan tanda kemunculan simbolik kepada petanda untuk kebangkitan semula Semenanjung Emas (Golden Khersonese) ini ?                                              

Hatta, setiap jawapan membawa bersamanya soalan yang tidak dapat dielakkan; apakah hubungannya perkara ini dengan semua yang lain …..?

  
(Artikel Balancing The Geoid (BTG) nombor 14 bawah Kategori III Modal Insan dan Pencapaian Budaya:  Artifak Tamadun Silam)  
                                                                                                                                              
Nota: Artikel ini telah disedia, dikemaskini dan dinasihatkan untuk dimuat turun pada hari Isnin, 11 November '13 @11:11:30am

Sumber Rujukan: (i). Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak karya M.A.Fawzi Basri (ii). Temubual dengan seorang Profesor Emeritus yang merupakan pakar sejarah dan arkeologi dari salah sebuah universiti tempatan (iii). Temubual dengan pemegang amanah/penyimpan sementara artifak yang diberi mandat oleh pemilik sebenar  (iv). Akhbar Sinar Harian Edisi Utara.

Rajah 1: Pusaka Kedah Tua telah dijumpai.
Rajah 1: Pusaka Kedah Tua telah dijumpai.

R2: Arca helang emas didedahkan.
R2: Arca helang emas didedahkan.


R3: Imej satelit lokasi pesisiran pantai Negeri Perak.
R3: Imej satelit lokasi pesisiran pantai Negeri Perak.


R4: Lokasi jumpaan arca helang emas.
R4: Lokasi jumpaan arca helang emas


R5: Kedudukan kerajaan Manjung dan Beruas.
R5: Kedudukan kerajaan Manjung dan Beruas.



R6: Keputusan makmal untuk sampel spektrum 1.
R6: Keputusan makmal untuk sampel spektrum 1.


R7: Sampel spektrum 1.
R7: Sampel spektrum 1.

R8: Proses pengambilan sampel.
R8: Proses pengambilan sampel.


R9: Kebuk kuning berisi arca helang emas telah selamat tiba di Seremban pada hari  Khamis (8/11/12)@12.27pm
R9: Kebuk kuning berisi arca helang emas telah selamat tiba di Seremban pada hari Khamis (8/11/12)@12.27pm


R10: Kebuk mula dibuka @1.36pm
R10: Kebuk mula dibuka @1.36pm


R11: Arca helang emas dalam kotak kaca.
R11: Arca helang emas dalam kotak kaca.



R12: Deskripsi sejumlah batu permata pada badan arca helang emas.
R12: Deskripsi sejumlah batu permata pada badan arca helang emas



R13: Kenangan penulis sebagai penyelaras program pewartaan di belakang arca helang emas.
R13: Kenangan penulis sebagai penyelaras program pewartaan di belakang arca helang emas.




R14: Barisan individu yang terlibat: Penyelaras (paling kiri), penilai artifak dari sudut metafizik, pemerhati bebas warganegara Australia dan pemegang amanah/penyimpan sementara artifak yang diberi mandat oleh pemilik sebenar (paling kanan).
R14: Barisan individu yang terlibat: Penyelaras (paling kiri), penilai artifak dari sudut metafizik, pemerhati bebas warganegara Australia dan pemegang amanah/penyimpan sementara artifak yang diberi mandat oleh pemilik sebenar (paling kanan).

Saturday, November 9, 2013

Teori Kontroversi Terkini Berkaitan PERADABAN Melayu dan Islam oleh Suhaimi Hj Yusof

Teori Kontroversi Terkini Berkaitan PERADABAN Melayu dan Islam
pada 3hb Disember 2011 pukul 2.58 pagi
1. Karya agung terbaru Historical Fact and Fiction oleh tokoh intelektual negara,Profesor Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas sudah mencetuskan perdebatan yang agak luar biasa. Karya yang berkisar mengenai peradaban Melayu dan Islam itu telah menarik perhatian ramai pengkaji sejarah kerana dikatakan telah membuka dimensi baru dalam kaitan antara keduanya. Buku ini telah memberikan interpretasi dan tafsiran baru kepada sejarah Nusantara dan Alam Melayu. Isi kandungannya dipersembahkan dalam versi baru yang bertentangan dengan apa yang sudah terakam dalam sejarah negara ini yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ianya sama sekalimenangkis catatan sejarah mengenai asal usul Melayu dan Islam di rantau ini yang banyak ditulis oleh pelbagai pengkaji Barat.

2. Pertembungan intelektual antara pemikiran Dr. Syed Muhammad Naquib denganpengkaji sejarah Barat menerusi buku yang tersohor ini telah menjadi tarikan utama kepada pengkaji sejarah tanahair dan antarabangsa untuk menyelusuri sudut pandangan tokoh intelektual Islam ini yang menghabiskan masa puluhan tahun lamanya untuk berkongsi hasil kajian ini. Beliau juga menyentuh mengenai beberapa perkara yang menjadi intipati serta fokus utama yang dimuatkan dalam naskah tersebut. Antaranya adalah mengenai sejarah asal kemasukan Islam ke rantau Nusantara yang sebenarnya dibawa menerusi misi khas oleh beberapa pendakwah dari Tanah Arab.

3. Sekumpulan pendakwah tersebut pula mempunyai hubungan nasab keturunan yang bersalasilah dengan Nabi Muhammad s.a.w. Teori terkini ini telah bercanggahdengan apa yang dipersembahkan oleh fakta sejarah sebelum ini bahawa Islam dibawa masuk ke rantau ini oleh pedagang-pedagang dari India, China dan Parsi. Dalam mengukuhkan teorinya, beliau telah memberi penjelasan bagaimana orang Melayu mampu menguasai bahasa Arab dengan baik tanpa ada pengaruh pelat India atau Parsi. Turut disentuh dalam manuskripnya adalah mengenai proses pengislaman Parameswara yang sebenarnya berlaku sebelum kewujudan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Malah,Parameswara juga dipercayai berbangsa Melayu dengan nama Islamnya adalah Muhammad serta merupakan anak seorang Raja Palembang yang bernama Sang Aji.

4. Pendedahan mengenai asal usul Melaka seperti yang dipercayai sekian lamanya berasal dari pohon Melaka adalah tidak benar. Sebaliknya beliau menyatakan 'Melaka'merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Arab bermaksud 'pelabuhan'! Turut didedahkan menerusi buku ini adalah mengenai identiti Raja Muslim pertama kerajaan Samudera-Pasai serta asal usul perkataan Melayu dalam nama Sumatera. Selain itu, amalan mewariskan tahta dalam adat resam orang Melayu ketika zaman kegemilangan kerajaan Melayu dalam kurun ke-14 juga dinukilkan bersama.

5. Namun karya agung ini telah dengan sendirinya sudah mencetuskan impak yang cukup besar dalam bidang teori dan falsafah khususnya terhadap sejarah Melayu dan Islam di negara ini kerana banyak pihak yang sudah tersentak. Gesaan  supaya fakta sejarah mengenai Melayu dan Islam yang terkandung dalam buku teks sejarah aliran pendidikan negara dewasa ini dirombak dengan menjadikan karya tersohor Dr. Syed Muhammad Naquib itu sebagai bahan rujukan utama. Perlu juga diakui usaha terhebat itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana sejarah mengenai Melayu dan Islam tersebut tidak hanya tercatat di negara ini. Pengkaji Barat yang merupakan pemilik asal teori mengenai Melayu dan Islam yang digunapakai ketika ini juga sudah mempunyaidokumentasi mengikut acuan mereka sendiri.

6. Justeru, usaha mengubah fakta sejarah itu tidak mungkin boleh dilakukan tanpa adanya perdebatan mengenai teori beliau di kalangan pengkaji sejarah terlebih dahulu. Sebagai contoh, pelbagai teori yang diutarakan dalam buku ini telah dibicarakan dalam beberapa siri wacana oleh pelbagai ahli akademik di Indonesia. Malah, ada sebilangan ahli akademik tersebut mengangkat martabat beliau setanding dengan Malek Bennabi iaitu pengkaji sejarah dan pemikir terkemuka dari Algeria yang pernah mencabar teori keislaman Barat menerusi bukunya, Islam in Society and History. Selepas Indonesia, senaraian teori dalam naskah ini akan dibahaskan pula di Turki serta beberapa negara Islam lain.

7. Mengikut jangkaan, terjemahan karya agung ini dalam versi Melayu akan memberikan impak yang lebih besar sedikit masa nanti kerana nilai komersil yang disuntik menerusinya mampu diangkat sebagai bahan rujukan agung yang memungkinkan sejarah mengenai Melayu dan Islam didokumentasi semula dari perspektif pengkaji intelektual Muslim sendiri.


Artikel asal dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh Ahad, 20 November 2011 dan diolah semula untuk terbitan dalam ruang maya Balancing The Geoid (BTG).


(Artikel nombor 11 bawah Kategori IV Sosial dan Komuniti: Nusantara)

Karya agung untuk rujukan Nusantara Melayu.
Karya agung untuk rujukan Nusantara Melayu.

Filasuf dan intelektual Muslim ternama negara.
Filasuf dan intelektual Muslim ternama negara.

Thursday, November 7, 2013

Orang Melayu dan Tamadun Bangsanya





Dewasa ini pelbagai pihak ghairah mengadakan seminar dan persidangan tentang tamadun atau peradaban Melayu. Untuk apakah wacana itu jika orang Melayu tidak mengetahui maksud tamadun Melayu. Memahami tamadun sendiri bererti mengetahui pemikiran bangsa, nilai budaya bangsanya, kekuatan bangsanya, unsur yang membentuk “tradisi” bangsanya hingga terbentuk kesedaran tentang makna jati diri, atau identiti kumpulan sosiobudaya dan geopolitik “supraetnik” yang disebut “bangsa Melayu”. Mengetahui “tradisi” bangsa Melayu tidak bererti berbalik ke zaman lampau, mencari “benda” peninggalan nenek moyang bangsa Melayu. Benda lama yang dikatakan hanya sesuai dengan “dunia lama” bangsa Melayu, tidak sesuai dengan “dunia baru” orang Melayu hari ini.

Dunia tidak berubah. Yang berubah dan mengubah dunia ialah manusia. Manusia melakukan proses perubahan ini dari dalam dirinya, iaitu akal fikiran, kuasa renungan dan imaginasinya, “hati”nya. Dengan demikian manusia dapat mengubah keadaan hidupnya, mengubah nasibnya, menyelesaikan masalah ekonomi, sosial, politik, budaya, dan moralnya.

Inilah cara sesuatu peradaban itu dibentuk oleh manusia sepanjang hayat bangsa itu. Inilah tradisi manusia, tradisi bangsa, yang berubah-ubah, dari tahap yang “tidak maju” ke tahap yang “lebih maju”, dari zaman jahiliah ke zaman celik ilmu dan budaya Tradisi bukan “benda mati” atau benda statik, tetapi merupakan proses aktif dan dinamik yang dicipta, digerakkan, dan dihidupkan oleh akal dan imaginasi manusia.

Tradisi berperanan menyelesaikan masalah hidupnya dengan menggunakan sumber alam di sekeliling mereka bagi membentuk sistem ekonomi, politik, sosial, dan budaya yang “maju” dari zaman ke zaman. Sesuatu bangsa tidak pernah dalam sekelip mata menjadi kuasa ekonomi, kuasa ilmu, dan kuasa tentera melainkan bangsa itu mempunyai “acuan” yang dibentuk oleh tradisi bangsanya yang terdahulu. Demikianlah berkembangnya tradisi yang berlaku dalam sejarah peradaban Melayu sejak zaman mereka belum bertembung dengan tamadun luar dari India, Islam, dan Barat.

Tempohnya cukup panjang, dari kira-kira abad pertama tahun Masihi hinggalah ke tarikh kuasa penjajah Barat (Eropah) yang diwakili oleh bangsa Portugis, Belanda, dan Inggeris meninggalkan kawasan Alam Melayu pada tahun 1945 di Indonesia dan tahun 1957 di Tanah Melayu. Peristiwa ajaib yang berlaku sepanjang tempoh itu ialah orang Melayu tidak hilang di muka dunia, ditelan oleh kuasa tiga tamadun luar yang kuat itu, tetapi kekal hingga hari ini.

Hakikat inilah yang perlu diketahui, dipelajari, dihayati, dan dijadikan rujukan bangsa Melayu membentuk tradisi baru sebagai sambungan, tradisi bersama yang terbentuk sekian lama. Apakah dan siapakah yang bertanggungjawab membentuk dan mengekalkan tamadun ini sepanjang zaman itu? Yang menyebabkan tamadun Melayu bertahan ialah sifat “keterbukaan minda Melayu” menghadapi pengaruh dan cabaran dunia luarnya. Bagaimana kita tahu bahawa minda Melayu itu terbuka? 

Kita mengetahuinya melalui dua tanda. Pertama, melalui akal budi bangsa Melayu, dan kedua melalui peristiwa sejarah yang menggambarkan akal budi Melayu. Akal budi Melayu ialah falsafah hidup Melayu tentang alam sekitarnya untuk membentuk realiti sosial, budaya, moral, dan politiknya. Mereka melakukan perubahan di alamnya sendiri dan melalui interaksi dengan bangsa dan tamadun yang datang dari luar alamnya.

Sepanjang pertembungan orang Melayu dengan dunia luarnya, tidak pernah atau jarang-jarang berlaku peristiwa orang Melayu atau kerajaan Melayu menentang bangsa asing yang datang mengembangkan nilai tamadun mereka “secara aman”, atau menolak tamadun asing itu secara total. Orang Melayu baru terpaksa menentang kuasa asing dan menolak tamadun mereka apabila kuasa asing itu memusuhi, menyerang atau memaksa kehendak mereka terhadap orang Melayu.

Pada zaman kuasa Eropah berada di kawasan Melayu, berlaku beberapa banyak peristiwa orang Melayu (ini termasuk bangsa Melayu-Indonesia) menentang kuasa mereka, selalunya melalui perang mempertahankan hak dan tanah mereka. Contohnya, perang orang Melayu Melaka mempertahankan tanah air daripada serangan askar Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu tidak pernah memerangi orang luar yang cuba mengembangkan agama mereka di dunia Melayu pada zaman itu sejak abad ke-7.

Kerana inilah agama Hinduisme dapat diterima oleh beberapa golongan Melayu. Kemudiannya bangsa Melayu melakukan perubahan lagi, dengan menerima agama baru, iaitu Islam. Jadi, orang Melayu pada zaman itu tidak pernah bersifat fanatik, tidak pernah menjadi bangsa yang ekstrem – jauh sekali sebagai antikemajuan. Maka pada zaman pertemuan aman antara tamadun dari India dan kemudiannya dari dunia Islam itulah tamadun Melayu mencapai kemajuan yang tinggi.

Pada zaman itulah, orang Melayu menubuhkan kerajaannya, mula-mula kerajaan Melayu-Srivijaya beragama Hindu-Buddha (abad ke-7 hingga ke-13) dan kerajaan Melayu-Islam sejak abad ke-10, yang merebak ke seluruh rantau ini, dari sebelah barat Selat Melaka ke sebelah timur, meliputi kawasan di Pulau Jawa, di Makasar, di Ternate, dan di kawasan lain.

Tamadun inilah yang tidak dapat dimusnahkan oleh kuasa Eropah walaupun melalui kekerasan dan keganasan. Melaka boleh jadi dikalahkan oleh teknologi perang bangsa Portugis, tetapi tamadun Melayu tidak pecah, tidak musnah. Kerajaan Melayu-Islam yang lain berkembang di Johor; Aceh muncul sebagai pusat kerajaan Melayu-Islam yang gigih, juga sebagai pusat pertumbuhan kegiatan pemikiran dan penulisan Melayu-Islam yang luar biasa, menghasilkan beberapa banyak karya agung dalam bidang kesusasteraan, teologi tasawuf, metafizik, dan falsafah yang terkarang dalam bahasa Melayu.

Jadi, dua faktor lain yang memainkan peranan penting sebagai benteng kukuh tamadun Melayu ialah bahasa Melayu dan agama Islam. Inilah dua alat pembentuk tamadun Melayu yang cukup tahan, dan tidak mampu dihancurkan oleh kuasa Eropah.

Tetapi faktor yang lebih penting ialah sifat akal budi atau minda Melayu. Para pemikir Melayu, sasterawan dan seniman Melayu sejak zaman mereka belum mengenal tradisi tulisan yang mantap (seperti tulisan Jawi) bertanggungjawab membentuk akal budi Melayu, menghasilkan nilai fikiran, budi atau adab yang tinggi melalui karya mereka, seperti pantun, peribahasa, pepatah, cerita lipur lara, hikayat, dan karya bercorak ilmu, dengan menggunakan bahasa Melayu yang amat kreatif. Mereka berfikir secara analogis, melalui perumpamaan, melalui kiasan dan melalui lambang untuk menyatakan makna yang empirikal, realistik, pragmatik, dan abstrak, dengan menggunakan bahasa metaforik.

Kata Aristotle, lebih 2300 tahun dahulu, dalam karangannya Poetika, manusia yang mampu berfikir secara metaforik melalui bahasa metaforik dan simbolik, tentulah manusia yang geliga atau genius otak dan imaginasinya. Bangsa manakah yang mempunyai kebolehan mengungkapkan fikiran dan perasaannya secara spontan melalui pantun yang kompleks strukturnya, berangkap dan berirama, dalam bahasa yang padat, bernas dan tidak membazir?

Yang penting, bukan sama ada fikiran itu “saintifik” atau tidak, tetapi daya fikir dan daya kreatif seniman atau pemikir Melayu. Tentulah, manusia seperti itu berkemampuan, dari segi daya kognitifnya, untuk berfikir secara metamatikal, saintifik, dan logikal, kalau mereka mempelajari ilmu matematik dan sains dalam bahasanya sendiri.

Tetapi kebanyakan orang Melayu hari ini tidak mengetahui, tidak mempelajari, dan tidak memahami tamadun Melayu. Yang mereka nampak, melalui teropong orang lain atau melalui cara berfikir “kolonial” dan “pascakolonial” (tetapi mereka tidak menyedari hal ini) tentang kelemahan dan keburukan bangsa Melayu. Maka berlakulah krisis pemikiran, budaya, akal budi Melayu dalam kalangan orang Melayu hari ini: Barat pun tidak, timur pun tidak, Islamik pun tidak, Melayu pun tidak.

Nilai adab, nilai budi, makin lama makin luput daripada “minda” dan pekerti Melayu “moden” yang tidak maju itu, yakni maju dari segi pemikiran dan akal budi mereka sebagai bangsa Melayu yang mewarisi tamadun yang hebat itu. Kisah dan realiti tamadun atau tradisi Melayu ini sepatutnya didedahkan, dihebahkan dan diajarkan kepada semua golongan Melayu di negara ini, termasuk para pegawai Melayu, peniaga, usahawan, ahli korporat, kapitalis Melayu, ahli UMNO, PEMUDAnya, WANITAnya, dan komponen PUTERInya, dan ahli politik PAS, PKR bahkan para menteri Melayu.

Anak-anak muda Melayu yang dikatakan makin banyak yang menjadi mangsa perniagaan dadah di Malaysia, yang dikatakan suka melepak dan berfoya-foya, harus dipulihkan melalui didikan tamadun Melayu. Tamadun Melayu mesti dijadikan bahan pendidikan penting di sekolah dan di universiti. Jangan kita terlalu sibuk membicarakan tamadun atau peradaban Melayu di peringkat akademik dan dalam kalangan sarjana tamadun Melayu sahaja kalau mesejnya tidak sampai ke seluruh umat Melayu. Buku tentang tamadun Melayu perlu diterbitkan sebanyak mungkin.

Barulah segala wacana tentang peradaban Melayu ada hasil praktiknya, untuk mengubah minda atau fikiran Melayu daripada yang tidak beradab kepada “yang berbudi” atau beradab. Peradaban berdiri atas adab. Kemajuan dalam bidang apapun, terutama dalam bidang fizikal atau materialistik, pasti tidak akan tahan lama, jikalau kemajuan itu tidak disandarkan pada akal dan pemikiran yang beradab. Tradisi ini ada pada bangsa Cina, bangsa Jepun, dan bangsa-bangsa lain yang tidak melakukan keganasan di dunia ini, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat yang dipimpin oleh orang yang mewarisi sejarah keganasan sejak zaman nenek moyang mereka memusnahkan penduduk peribumi di situ.

Thursday, October 31, 2013

Tamatnya Kuasa Melayu di Malaysia?



Saya dengar ada orang Melayu yang “meramalkan” bahawa pada abad ini kuasa Melayu di Malaysia akan tamat. Apabila kuasa Melayu tamat, sejarahnya juga akan tamat, segala yang ada pada orang Melayu, yang diwarisinya sejak zaman-berzaman, akan tamat. Ramalan karut? Mungkin ya, mungkin tidak. 

Cuba kita melihat perkembangan yang berlaku pada orang Melayu di negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan. Sebelum kemerdekaan pada tahun 1957, selama lebih kurang satu abad, bermula dengan Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, kuasa Melayu di Tanah Melayu (ini termasuk Singapura dan Pulau Pinang) diambil alih secara efektif oleh kuasa British. 

Sistem pentadbiran British menggantikan pemerintahan feudal dan aristokrasi tradisional Melayu. Undang-Undang Anglo-Saxon dan Common Law Inggeris, menggantikan Undang-undang Melaka dan Undang-undang Melayu yang diwarisi dari zaman kerajaan Melayu Melaka. Pendidikan tradisional Melayu digantikan dengan pendidikan Inggeris, berdasarkan sukatan pelajaran yang berkiblat kepada sejarah, budaya, pemikiran, dan tamadun Inggeris. 

Bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan utama, bahasa pentadbiran, bahasa mendapat pekerjaan yang mempunyai nilai ekonomi, profesional, dan sosial yang jauh lebih tinggi daripada jenis pekerjaan yang tidak memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris. Orang Melayu yang berpendidikan bahasa Melayu peringkat rendah sekolah Melayu pada zaman itu hanya layak diberikan pekerjaan sebagai “orang suruhan” atau orang yang hanya bergerak menurut arahan dan perintah ketuanya yang berpendidikan Inggeris. 

Orang Melayu yang berpendidikan Melayu sampai ke tahapnya yang tertinggi, iaitu kelulusan Darjah Enam sekolah rendah Melayu, berpeluang dipilih untuk menjadi guru sekolah Melayu. Kekayaan Tanah Melayu tidak dikuasai oleh orang Melayu tetapi oleh kapitalis British dan kaum pendatang. Orang Melayu tidak digalakkan oleh dasar British untuk menjadi pedagang dan peniaga, dan golongan usahawan (kapitalis). 

Mereka hendaklah kekal hidup di kampung Melayu sebagai petani, pesawah, dan pekebun kecil. Sistem pendidikan Melayu dikaitkan dengan dasar ekonomi pertanian Melayu, anak-anak Melayu perlu menjadi manusia yang lebih “literat” (yakni tahu membaca, menulis, membuat kira-kira campur, tolak, dan darab dalam bahasa Melayu) daripada ibu bapa mereka yang “buta huruf” (walaupun kita tahu bahawa orang yang “buta huruf” tidak bererti mereka buta hati, buta fikiran, dan buta akal). 

Pernah seorang pegawai kolonial Inggeris dari India datang ke Tanah Melayu dan memberitahu ahli-ahli Majlis Perundangan di Perak bahawa jika orang Melayu “terlalu terdidik” (over educated), kemungkinan mereka akan bangkit menentang pemerintahan British, seperti yang pernah berlaku di India, kata pegawai kolonial British itu. Kemiskinan orang Melayu di luar bandar hingga kini masih belum dapat diatasi sepenuhnya, berbanding dengan kaum lain, berpunca daripada dasar British yang menyekat orang Melayu untuk maju melalui perdagangan dan perniagaan. 

Dasar atau rancangan British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai “koloni” British terserlah apabila mereka cuba menghapuskan “kedaulatan” raja Melayu dan hak-hak Melayu di tanah airnya sendiri melalui gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Nasib baik orang Melayu cepat menyedari akan muslihat rancangan ini, lalu dengan gerakan yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, semangat orang Melayu di seluruh Tanah Melayu dapat dibangkitkan untuk menentang rancangan anti-Melayu itu. 

Dalam perjuangan ini, orang Melayu bertindak bersendirian, yakni mereka tidak mendapat sokongan daripada kaum lain, kerana kaum lain nampak bahawa rancangan Malayan Union menguntungkan mereka. Hal ini diakui oleh ahli sejarah Inggeris yang terkenal, iaitu Percival. Raja-raja Melayu (walaupun tidak semuanya) tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan orang Melayu, walaupun mereka tahu bahawa kedaulatan mereka akan hapus mereka akan dijadikan “rakyat” raja British dan mereka juga tentunya sedar bahawa nasib orang Melayu akan hancur jika gagasan Malayan Union dilaksanakan. 

Raja-raja Melayu terpaksa dirayu oleh Datuk Onn supaya menyokong perjuangan kebangsaan bangsa Melayu. Orang Melayu tentunya percaya bahawa perjuangan mereka berjaya kerana pihak British dikatakan telah mengalah, lalu bersetuju mengkaji semula rancangan mereka itu. Yang menggantikan Malayan Union ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya Agreement) pada tahun 1948. 

Tanah Melayu tetap diperintah secara langsung melalui institusi barunya, iaitu Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Pengerusi dalam Persidangan Raja-Raja Melayu. Itulah lebih kurang kisah sejarah Tanah Melayu dalam tempoh kira-kira satu abad British memerintah kita. Selepas kemerdekaan, orang Melayu dapat “bangkit semula”, menerajui pemerintahan tetapi melalui perkongsian kuasa antara kaum, mula-mula dalam bentuk kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC, kemudian pada tahun 1970-an, perikatan ini diperbesar menjadi Barisan Nasional. Bahasa Melayu diisytihar sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Sistem pendidikan British digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan) sebagai bahasa pengantar utamanya. 

Maka ribuan, malah ratusan ribu anak-anak Melayu, termasuk anak-anak dari kaum lain, mendapat peluang pendidikan hingga ke peringkat menengah dan seterusnya ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa ini. Walaupun dasar pendidikan baru ini pada mula tidak disukai oleh kaum lain namun sistem ini mencapai kemantapannya pada tahun 1980-an hingga ke tahun 1990-an. Pelajar kaum itu ternyata tidak menjadi mangsa kepada sistem itu, malah mereka dapat mengatasi pelajar Melayu, terutama dalam mata pelajaran Sains, walaupun bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Di peringkat pengajian tinggi awam, pelajar yang cemerlang, yang mendapat kelulusan kelas pertama dalam ijazah pertama dalam pelbagai bidang ilmu, kebanyakannya pelajar bukan Melayu. 

Jadi, selepas lebih 30 tahun sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan, kemajuan atau pencapaian orang Melayu dalam bidang pendidikan berbanding dengan kemajuan pelajar bukan Melayu menjadi “isu Melayu” yang tidak habis-habis dibincangkan oleh orang Melayu. Orang lain mungkin ada isunya juga tetapi tidak diheboh-hebohkan kerana barangkali mereka cuba mengatasinya melalui usaha sendiri secara senyap-senyap, sedangkan orang Melayu tidak habis-habis mencari kesalahan pada sistem itu (walaupun ini tidak bererti tidak ada kelemahan pada sistem itu) atau mendedahkan kelemahan diri sendiri tanpa melakukan tindakan usaha sendiri untuk mengatasinya. 

Dasar liberalisasi kerajaan terhadap pendidikan tinggi dan terhadap penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga telah menambahkan lagi kadar tidak seimbang antara orang Melayu dengan kaum lain dari segi perkongsian hasil kemajuan negara. Orang Melayu makin lama makin susah hendak mendapat pekerjaan, terutama dalam sektor swasta yang makin dikuasai oleh orang bukan Melayu, kerana syarat untuk mendapat pekerjaan dalam sektor itu sekarang ialah pengetahuan bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin. 

Maka pengangguran dalam kalangan siswazah Melayu kian meningkat. Yang paling dahsyat ialah permusuhan politik UMNO dan PAS sudah sampai ke tahap yang sangat membahayakan perpaduan Melayu. Para penyokong daripada kedua-dua parti Melayu-Islam ini tidak segan-silu memaki hamun, menjatuhkan maruah bangsa sendiri dengan mengutuk, menghina, dan membodoh-bodohkan orang Melayu. Segala pekung Melayu didedahkan, kebaikannya sudah tidak kelihatan lagi. Rakyat Melayu yang memerhatikan telatah Melayu ini makin lama makin “meluat”, akhirnya mereka tidak akan mempunyai apa-apa kesedaran politik dalam jiwa mereka, lalu berdiam diri dalam kepedihan menahan rasa. 

Disebabkan ketidakbijaksanaan, kelantangan, dan celupar mulut beberapa orang Melayu yang ghairah memburuk-burukkan pihak lawan daripada bangsa sendiri, akhirnya seluruh umat Melayu yang pada tahun 1946 bersatu untuk menentang kejahatan. Kali ini penjajah baru, musuh baru orang Melayu-Islam di Malaysia akan masuk di celah-celah perpecahan barisan Melayu itu, untuk meraih keuntungan politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Tetapi kita tidak nampak kerana kita sedang sibuk “berperang” antara sesama bangsa sendiri. Inilah puncanya Melayu mudah dijajah oleh kuasa asing. 

Melayu menggunakan tongkat kuasa untuk memukul bangsa sendiri. Sejarah ini sedang berulang. Abad ke-21 masih panjang. Kalau dalam tempoh 40 tahun, sejak kemerdekaan, bangsa Melayu boleh sampai ke tahap hendak jatuh semula setelah bangun kembali, maka kita boleh meramalkan apakah yang akan terjadi kepada bangsa ini jikalau perkembangan seperti ini berterusan sepanjang abad ini. Hari ini orang Melayu sudah mula dapat melihat tanda-tandanya. Mereka tidak nampak apakah orang Melayu, dalam masa yang singkat, dapat membetulkan keadaan dan gawat dirinya untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan Melayu tidak akan sampai ke tahap apabila segala-galanya tidak dapat dibetulkan lagi. Hanya menunggu saat kemuncak tamatnya kuasa Melayu itu di negara.

Adakah Masih Ada - A.Kadir Wahab

















ADAKAH MASIH ADA

Adakah masih ada masaku
dalam mengharungi alunan hidup ini
adakah masih ada usiaku
untuk terus menabur bunga budi
pada nusa dan bangsa

adakah masih ada malamku
bagi menyempurnakan kesyukuranku
adakah masih ada siangku
dalam menjalankan otot-otot tubuhku
adakah masih ada rezekiku
untuk menyambung tali penderitaan ini
dalam menyempurnakan cabaran
dan arus penghidupan
adakah masih ada.

Masjid Tanah, Melaka Mingguan Malaysia, 1 September 1991

Tuesday, October 29, 2013

Gurindam Bagaimana

BAGAIMANA

Bagaimana boleh kaya,
Apa dibuat jarang berjaya.

Bagaimana boleh maju,
Kalau usaha kurang laju.

Bagaimana boleh selamat,
Kalau cakap tidak cermat.

Bagaimana nak jadi penyair,
Kalau bahasa kurang mahir.

Bagaimana boleh sihat,
Jikalau tidak cukup rehat.

Bagaimana boleh untung,
Kalau modal tak masuk kantung.

Bagaimana nak melenggang,
Kalau hutang keliling pinggang.

Bagaimana hendak suka,
Kalau hati sudah luka.

Bagaimana boleh berkat,
halal haram tiada disekat.

Bagaimana tak terbengkalai,
Buat kerja selalu lalai.

Bagaimana jasa berbalas,
Jika hati tak pernah ikhlas.

Bagaimana jiwa nak tenang,
Dengan nafsu tak pernah menang.

Bagaimana hati nak senang,
Jikalau banyak fikir kenang.

Bagaimana hati tak mendidih,
Kalau mendengar perkataan pedih.

Bagaimana papa tak jadi,
Kalau sudah gila judi.

Bagaimana hati tak sayu,
Kalau dah mendengar pujuk rayu.

Bagaimana kerja tak gagal,
Sekejap buat sekejap tinggal.

Bagaimana orang nak sayang,
Budi tiada bahasa pun kurang.

Bagaimana pokok nak subur,
Jika baja tak pernah tabur.

Bagaimana nak tambah rezeki,
Kalau leka di kedai kopi.

Bagaimana Tuhan nak sayang,
Jika tak prrnah ke tikar sembahyang.

Iladam

Monday, October 28, 2013

Sejarah Ringkas Negeri Sarawak




Sejarah Sarawak sebelum era Brooke pada hakikatnya merupakan sejarah Brunei. Catatan-catatan awal mengenai Brunei dalam abad ke-16 menyebut tentang sebuah kerajaan yang kuat dan kaya meliputi kawasan Sarawak di barat hingga ke Manila di sebelah utara. Oleh yang demikian Sarawak adalah di bawah kuasa takluk kesultanan Brunei. 

Pada awal abad ke-16 Brunei merupakan sebuah kerajaan yang gagah dan kaya. Walau bagaimanapun tidak berapa lama selepas itu kekuasaannya mulai goncang dan kelemahan mulai dirasai lebih-lebih lagi dengan kedatangan pengaruh Belanda. Secara beransur-ansur beberapa jajahan sekitar mulai jatuh apabila pengaruh Belanda merebak ke selatan Borneo. Sebahagian daripada jajahan Utara pula telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. 

Pada awal abad ke-19 Jajahan Brunei menjadi bertambah kecil dan terhad kepada kawasan-kawasan di Sarawak, Brunei dan di sudut timur laut yang sekarang dikenali sebagai Sabah. Kedudukan kerajaan Brunei menjadi tidak stabil dan terancam. Kacau-bilau berlaku di darat dan lanun bermaharajalela di laut. Malah dalam beberapa kes Sultan Brunei juga terlibat dalam perbuatan melanun dan ibu negeri Brunei menjadi pusat pemasaran orang-orang tawanan yang dijadikan hamba abdi. Demikianlah keadaan negeri Brunei yang menjadi huru-hara dan seterusnya pembesar-pembesar jajahan bertindak sendirian. 

Menjelang abad ke-19, Brunei menjadi lemah akibat daripada pertelingkahan sesama sendiri. Keadaan ekonomi menjadi lebih runcing dan hasil pendapatan negara tidak sampai ke tangan Bendahari. Pembukaan Singapura dan perkembangannya sebagai pusat perniagaan penting di Asia Tenggara telah menjejaskan Kesultanan Brunei. Saudagar-saudagar enggan membayar cukai dan ramai juga di antara mereka yang memutuskan hubungan perdagangan dengan Brunei. 

Sebagai pilihan yang lain mereka telah mengalih haluan ke Singapura yang dapat memberi keuntungan yang lumayan. Justeru itu sultan dan pangeran-pangeran terpaksa berpuas hati dan menerima hasil-mahsul yang kian berkurangan. Cuma daerah-daerah yang di sekeliling ibukota sahajalah yang menanggung beban perbelanjaan sultan. 

Sejarah moden negeri Sarawak bermula dengan ketibaan James Brooke di Kuching dalam tahun 1839. Pada masa itu, bumi yang sekarang dikenali sebagai Sarawak masih berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei. Aktiviti melombong ‘antimony’ telah bermula kira-kira satu dekad terdahulu daripada tarikh kedatangan Brooke di kawasan pendalaman Kuching. 

Sebagai salah satu daerah Brunei, Sultan telah memberi hak istimewa kepada Pangeran Mahkota yang mentadbir daerah tersebut bagi mengawal dan mengendalikan perusahan melombong. Beliau mengambil kesempatan memaksa orang-orang ‘Dayak Darat’ dan Melayu bekerja di situ. Dengan tindak tanduk Pangeran Mahkota, pekerja-pekerja merasa yang mereka telah ditindas dengan bayaran gaji yang amat rendah dan tidak seimbang dengan kerja yang disuruh. Selain daripada itu juga beliau mengutip yang ufti daripada pekerja; menjalankan perniagaan paksaan dan monopoli semua barang keperluan termasuk makanan dengan harga yang tetap. Beliau juga menjalankan pentadbiran sewenang-wenang dan sesuka hatinya. Pangeran Mahkota bukan sahaja mengutip cukai dengan secara yang tidak adil bahkan juga merampas harta benda rakyat. 

Oleh sebab itu dalam tahun 1836 rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum termasuk Melayu, Bidayuh dan Cina di bawah pimpinan Datu Patinggi Ali telah bangun memberontak dengan tujuan membebaskan Sarawak daripada belenggu kezaliman pembesar-pembesar Brunei. Sebenamya cara pemerintahan Pangeran Mahkota itu bukanlah dari restu Sultan Ali Umar Saifuddin H iaitu Sultan yang memerintah Brunei pada ketika itu. Setelah mendengar berita kekacauan yang berlaku di Sarawak, baginda Sultan menghantar ayah saudara baginda, Pangeran Muda Hashim (Pangeran Bendahara, Brunei) ke Sarawak untuk memadamkan huru-hara pemberontakan tersebut.

Beliau menjadi Bendahara atas nama sahaja setelah Raja Api dihukum bunuh kerana menjadikan Sultan Omar boneka padahal beliau (Raja Api) memegang teraju kuasa. Dengan sebab itu beliau (Pangeran Muda Hashim) perlu menunjukkan kebolehannya semasa dihantar ke Sarawak supaya dapat memulihkan kepercayaan Sultan. Pangeran Muda Hashim bagaimanapun telah gagal melaksanakan tugasnya dalam menghapuskan pemberontakan dan menghentikan kezaliman. 

Pangeran Mahkota di Kuching berdegil dan terus menganiaya rakyat tanpa memperdulikan perintah Sultan melalui Pangeran Muda Hashim Kekacauan dan huru-hara berterusan. Oleh kerana malu dan tidak mahu dianggap dirinya lemah, Pangeran Muda Hashim meminta pertolongan James Brooke yang kebetulan pada ketika itu berada di Sarawak; Beliau menawarkan daerah Siniawan dan Sarawak termasuk pemerintahannya sekali bersama- sama dengan perniagaan dan gelaran Raja jika ia bersetuju. 

Pada mulanya Brooke tidak berminat dan meneruskan perniagaannya ke Singapura dan lain-lain tempat. Brooke kembali semula ke Kuching dalam tahun 1840 dan mendapati keadaan di situ tidak berubah. Seterusnya beliau membuat keputusan untuk membantu Pangeran Muda Hashim. Setelah beberapa lama berperang akhirnya James Brooke telah berjaya menghapuskan pemberontakan dan mententeramkan keadaan. Sebagai membalas jasa dan seperti yang telah dijanjikan, beliau telah dilantik secara rasmi sebagai pemerintah di Sarawak bergelar “Raja Sarawak”. Tetapi perlantikan ini telah ditangguh oleh kerana Pangeran Mahkota masih membuat kekacauan dan enggan menerima keputusan Sultan. Perlantikan akhirnya dilakukan pada tarikh 24hb September 1941 setelah Pangeran Mahkota dihalau keluar. Bersama-sama dengan pengisytiharan tersebut beliau telah diberi sekeping jajahan seluas lebih kurang 3,000 batu persegi iaitu anggaran seluas Bahagian Pertama seperti yang ada sekarang. 

Kawasan ini meliputi sempadan di sebelah timur dan Tanjung Datu sampai ke Kuala Sungei Samarahan di sebelah barat termasuk Sungei dan Batang Kayan ke selatan pula ialah sejauh 60 batu dan pantai hingga ke sempadan dengan Kalimantan di bawah perintahan Belanda. Mengikut perjanjian di antara Brunei dengan Brooke, beliau (Brooke) akan memerintah Sarawak bagi pihak Sultan dan membayar baginda sejumlah $2,500 setahun. Pemberian ini kemudiannya telah disahkan oleh Sultan Omar Ali dalam tahun 1842. Pemerintahan Brooke, selain daripada motif perdagangan, beliau juga dikatakan mempunyai ciri-ciri kemanusiaan yang telah dicerminkan melalui dasar-dasarnya terhadap anak negeri. Beliau bertujuan untuk mempertingkatkan taraf hidup orang-orang Dayak dengan memperkembangkan sumber-sumber yang ada di negeri Sarawak. 

Beliau membentuk sebuah kerajaan yang sederhana tetapi berkesan yang boleh membuka perdagangan di kalangan suku kaum Bumiputera. Selanjutnya beliau bertujuan membebaskan mereka daripada belenggu kezaliman golongan bangsawan dan dengan itu berharap akan menambahkan nama baiknya lebih daripada menambahkan kekayaannya. Hubungan baik dengan pembesar-pembesar dikekalkan. Untuk mencapai cita-citanya, Brooke telah menggunakan pembesar-pembesar Melayu dengan memberi jawatan-jawatan penting walaupun pada hakikatnya beliau mempunyai kata putus. 

Dasar ini dilaksanakan dengan motif mendapatkan sokongan daripada pembesar-pembesar Melayu tempatan. Golongan pembesar-pembesar Melayu dikekalkan menjawat jawatan lama dalam sistem pentadbiran Brunei seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Imam dan Datu Temenggung. Walaupun jawatan-jawatan lama itu masih ada tetapi peranan mereka telah berubah dan sehubungan itu sistem sosial dan politik tradisional bumiputera Sarawak juga turut berubah. Sepanjang pemerintahannya, James Brooke telah menghabiskan masa dengan menghapuskan lanun dan menstabilkan keadaan negeri Sarawak. Dalam pada itu jajahan Sarawak telah diluaskan sebanyak kira-kira 200 batu lagi ke kawasan timur dengan mengambil beberapa jajahan Brunei dalam tahun 1853 dan 1861. Untuk ini Sultan mendapat ganjaran sebanyak $6,000 setahun. Pengeluaran jajahan dalam tahun 1853 meliputi kawasan Batang Rejang hingga Ke Sungei Balingian iaitu Bahagian Kedua dan Bahagian Ketiga. 

Amerika Syarikat telah mengiktiraf Sarawak sebagai negara bebas dalam tahun 1854 manakala Britian telah menghantar seorang konsul dalam tahun 1864. James meninggal dunia dalam tahun 1868 di England dan tempatnya telah digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke sebagai “Raja Putih” Kedua. Dalam masa pemerintahan Raja yang kedua ini dua jajahan lagi telah ditambah untuk ditadbirkan olehnya. Dalam tahun 1881 jajahan dari Kendurung hingga Baram iaitu Bahagian Keempat, telah diambil oleh Charles dengan bayaran tambahan kepada sultan sebanyak $3,000 dan kepada Temenggung sebanyak $2000 setahun. Dalam tahun 1905 jajahan Lawas dan Limbang iaitu Bahagian Kelima telah ditambah kepada pentadbiran Sarawak dan dengan penyerahan itu negeri Sarawak telah memperolehi sempadan seperti yang ada pada hari ini. Sementara itu Sarawak telah memperolehi perlindungan Inggeris dalam tahun 1888 sebagai lanjutan kepada pengiktirafan yang telah diberikannya. Pada umumnya Charles memerintah mengikut dasar yang telah diasaskan oleh bapa saudaranya. 

Dasar perikemanusiaan diteruskan dan kerjasama pembesar tempatan tetap dikekalkan. Beliau memerintah dalam satu jangka masa yang agak lama iaitu dari tahun 1917 sehingga tahun 1912, Charles memerintah melalui kuasa mutlak tanpa disekat. Beliau mentadbir dengan cara mengeluarkan arahan atau perintah. Walaupun terdapat dua majlis, iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri, kuasa sebenarnya adalah di dalam tangan Raja. Peranan Majlis Tertinggi ialah untuk memberi nasihat kepada Raja mengenai undang-undang tradisi (customary laws), manakala Majlis Negeri pula berfungsi sebagai satu perhimpunan antara pemimpin-pemimpin Bumiputera dengan pegawai-pegawai Eropah; pemimpin-pemimpin rakyat ini datang hanya untuk menunjukkan taat setia kepada Raja. Mulai tahun 1912 beberapa perubahan perlembagaan mula diperkenalkan oleh Charles. 

Beliau menubuhkan Majlis Penasihat Negeri Sarawak di London untuk menasihati dan menyelia perkara-perkara berkaitan dengan kewangan. Dalam tahun 1915 beliau menubuhkan pula Jawatankuasa Pentadbiran yang diberi kuasa untuk menguruskan semua perkara mengenai pentadbiran negeri Sarawak. Jawatankuasa ini dianggotai oleh tiga orang Residen iaitu Ketua pentadbir di Bahagian 1, 3 dan 4 dan lima orang ahli biasa yang juga terdiri daripada orang-orang Inggeris. Charles telah meninggal dunia dalam tahun 1917 dan digantikan oleh anaknya Vyner sebagai “Raja Putih” Ketiga. 

Beberapa perubahan penting dalam bidang ekonomi telah berlaku ke atas negeri Sarawak pada awal pemerintahan Vyner Brooke. Getah dan lada hitam dieksport secara besar-besaran. Pendapatan daripada hasil minyak di Miri semakin bertambah. Penubuhan komuniti Foochow di Sibu telah mengeluarkan hasil pertanian (terutamanya getah) yang lumayan, dan memberi harapan yang Sarawak akan mendapat pengeluaran makanan yang mencukupi. Kesemua ini telah menyebabkan pentadbirannya menjadi lebih kompleks. Pada penghujung pemerintahan Vyner iaitu dalam tahun 1940, beliau menghadapi beberapa masalah khususnya masalah kewangan dan juga masalah mendapatkan ganti Raja yang menyebabkan beliau ingin menyediakan Sarawak ke arah pemerintahan sendiri. 

Beliau lakukan ini  dengan harapan untuk memperoleh bayaran sebagai ganti rugi. Perlembagaan yang diperkenalkan pada tahun 1941 itu, akan menggantikan pemerintahan Raja dengan satu bentuk kerajaan atas asas yang lebih luas yang memudahkan perkembangan kerajaan demokratik secara beransur-ansur. Pendek kata, perlembagaan yang baru ini akan mengakhiri zaman pemerintahan kuasa mutlak dan menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada apa yang diperkenalkan sebagai ‘State Council’ atau Majlis Negeri. Walau bagaimanapun perlembagan yang baru mi tidak sempat dilaksanakan oleh kerana Jepun telah mendarat di Miripada 16 Disember 1941 dan terus menakluki seluruh negeri. 

Sebuah ‘Kerajaan Buangan” ditubuhkan di Australia di bawah Vyner Brooke sepanjang pendudukan Jepun di Sarawak hingga bulan Ogos 1945. Pada 11 September 1945 beberapa pasukan tentera Australia, Sekutu Britain dan Amerika Syarikat telah menyerang Kuching dan menerima penyerahan kalah daripada pegawai tertinggi tentera Jepun di Sarawak. Dan masa itu hingga tujuh bulan lamanya Sarawak telah diperintah oleh Pentadbbiran Tentera British (British Military Administration - B.M.A). 

Dalam bulan April 1946, Raja Vyner Brooke melalui wakilnya telah mula membincangkan cara-cara bagaimana Sarawak dapat diserahkan kepada kerajaan Great Britain yang boleh mentadbimya sebagai sebuah koloni British. Langkah ini diambil oleh kerana beliau sedar bahawa lebih banyak sumber-sumber kewangan serta kepakaran teknikal dan saintifik yang diperlukan bagi melakukan kerja-kerja pemulihan ke atas banyak kerosakan semasa pemerintah Jepun. Berikutan itu, Britain telah menghantar dua orang perwakilan untuk meninjau pendapat golongan Bumiputera Sarawak terhadap tindakan ini Mengikut laporan perwakilan, semua ahli Majlis Tertinggi telah bersetuju dengan penyerahan tersebut. Begitu juga pemimpin beberapa persatuan Cina yang utama telah menandatangani persetujuan mereka. 

Akan tetapi kumpulan yang keras membantah penyerahan tersebut ialah terdiri daripada Persatuan Melayu Kebangsaan (Malay National Union) yang mendakwa bahawa pendapat rakyat jelata tidak diperolehi sebelum keputusan ini dibuat. Mereka mendesak supaya  Perlembagaan Tahun 1941 dilaksanakan. Mesyuarat-mesyuarat dan perhimpunan raksasa telah diadakan membantah penyerahan tersebut. 

Guru-guru Melayu telah memulau sekolah-sekolah kerajaan dan seterusnya bersama kakitangan-kakitangan kerajaan meletakkan jawatan secara beramai-ramai. Bagaimanapun peristiwa pembunuhan wakil British iaitu Gabenor Duncan Stewart oleh Rosly bin Dhobie di Sibu pada awal bulan Disember 1949, telah menghancurkan Pergerakan Anti-Penyerahan (Anti-Cession Movement). Selepas peristiwa tersebut orang-orang Inggeris mengambil tindakan tegas terhadap persatuan ini dan terus mempercepatkan penyerahan. Semenjak itu Sarawak telah dijadikan sebuah koloni Inggeris yang sama taraf dengan koloni-koloni lain dalam Empayar British. Pentadbiran Sarawak diletakkan terus di bawah Menteri Tanah Jajahan British. Pada 16 September 1963, Sarawak bersama-sama dengan Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah bersetuju menubuhkan Malaysia.