Saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri, disatu pihak, universiti perlu memenangi hati dan minda mahasiswa, di satu pihak lain, universiti perlu membentuk hati dan minda mahasiswa supaya menjadi orang yang kompeten dalam bidangnya dan berakhlak mulia. Jika kita ingin memenangi hati dan minda mahasiswa, kita hanya perlu menuruti setiap kehendak dan keperluan mahasiswa daripada perkara yang sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya, jika itu dapat kita laksanakan maka hati dan minda mahasiswa dapat kita menangi tetapi outputnya kita tidak membina dan membentuk hati dan minda mahasiswa yang berjati diri, kompeten dalam bidang yang mereka ceburi, bertaqwa, beriman dan berakhlak mulia. Demikian juga sebaliknya. Persoalannya, universiti perlu mengikut kehendak mahasiswa atau mahasiswa perlu mengikut kehendak universiti. Disini dilemma yang memerlukan hikmah untuk kita bertindak.
"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Friday, October 4, 2013
Thursday, October 3, 2013
Integriti Dalam Pengurusan Pelajar - Sdr. Mohd. Nizam Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia
Saya amat tertarik dengan cara penyampaian Sdr. Mohd. Nizam Mohd. Ali, Pengarah Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia semasa membantangkan kertas kerja ke-4 yang bertajuk Integriti dalam pengurusan Pelajar. Beliau memulakan ucapan beliau dengan membaca beberapa potong puisi terpilih karya Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang releven dengan tajuk kertas kerja yang dibentangkan oleh beliau.
Penyampaian beliau benar-benar menyentuh hati dan jiwa. Kata beliau ibu kepada integriti adalah berlaku jujur kepada diri sendiri dengan Illahi menjadi saksi. Integriti itu bermula pada diri sendiri. dan menjauhi sifat munafik, lain dikata, lain dihati dan lain perbuatannya. Diantara puisi yang dipetik dan dibacakan oleh beliau.
Penyampaian beliau benar-benar menyentuh hati dan jiwa. Kata beliau ibu kepada integriti adalah berlaku jujur kepada diri sendiri dengan Illahi menjadi saksi. Integriti itu bermula pada diri sendiri. dan menjauhi sifat munafik, lain dikata, lain dihati dan lain perbuatannya. Diantara puisi yang dipetik dan dibacakan oleh beliau.
Gagasan Agung
Oleh : Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
I
Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.
Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.
Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.
Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.
II
Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.
Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung
Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?
Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.
III
Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.
Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.
Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.
Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.
IV
Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.
Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.
Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.
Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.
Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.
Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!
Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.
Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.
Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.
V
Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.
Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang
Yang lurus , yang dibengkokkan
Oleh : Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud
Orang Inggeris berkata, jika kejahatan jelas kelihatan
Bukan bertopengkan kebajikan dan kebaikan
Bukan seperti musang berbulu ayam
Atau serigala berbulu anjing peliharaan
Hakikat itu dikenali depravity
Zahir mencermin batin, mudah dijauhi.
Tetapi, jika Tuhan dilupakan, digantikan insan dan patung
Dan syirik besar dianggap penyembahan terulung
Jika ilmuan bisu dayus dianggap sederhana dan santun
Hakikat keji ini disebut mereka corruption.
Inilah satu cabang nifaq, penyakit rohani
Berserban di kepala, iblis bertakhta di hati.
Mulut menyata bakti pada rakyat jelata, negara tercinta
Nikmat dikaut berjuta untuk sahabat, juak dan keluarga.
Bila ketua gagah berkuasa tangannya dikucup mesra
Akal mencipta fitnah, hati memendam nanah berbisa
Bila ketuanya alpa dan takhtanya mula bergoyang
Tersemburlah najis dari mulut penciumnya, petualang!
Petualang menjilat ludahnya sendiri, memeluk ketua baru
Lemparlah sisa tulang kepada anjing, pasti dikawalnya kamu
Tidak dikira tulang itu tulang saudaranya sendiri
Atau tulang gurunya yang dulu disayangi-geruni.
II
Apabila sesuatu yang lurus menjadi bengkok
Apabila yang berani menjadi dayus penakut
Apabila yang manis menjadi masam
Apabila yang putih menjadi hitam
Apabila yang jernih menjadi keruh
Apabila yang haram menjadi makruh
Dan yang dilarang menjadi yang disuruh:
Itulah fasad ciptaan insan kehilangan arah
Merosak langit dan bumi; semua terjarah.
Apabila zina menjadi hubungan kasih insan merdeka
Pencurian berjuta direstui Parlimen dan pemimpin negara:
Apabila pemberi wang menjadi raja penentu pendidikan
Ilmuan dinilai pada jumlah ringit penyelidikan
Pentadbir dinaik-pangkat kerana ketua dipertuhan;
Apabila rasuah seringgit dikeji-kecam semua
Berjuta hilang dari saku rakyat diperbiasa:
Itulah fasad membuah kezaliman dahsyat
Segala sesuatu disalah tempat,Fahisya dan mungkar diperadat.
Bila lampu dieni dimatikan mufti dan kaum Wahhabi
Yang gagal mengenali zaitun dalam lampu nan suci
Terbiasakan benzin berasap menghitam hati
Gelaplah umat meneroka malam, terjatuh ke longkang dalali.
Lampu pusaka Nabi, dinyalakan semula Imam al-Ghazali,
Digilap lagi cerminnya oleh Sheikhul Akbar,Jami dan Rumi.
Di Alam Melayu, lampu ini diarak Raniri:
Melayu, Jawa dan sebagainya giat mendalami
Arti agama meliputi segala syariat, akhlak, hakikat tinggi
Melawani kaum juhala, sufastaiyyah pelbagai segi
Berperisai akli, berpedang syar’i, bertombak siyasi.
Lampu inilah-wahai Mufti dan kaum Wahhabi semua
Menyuluh umat walau Sultan hilang kuasa, Portugis bertakhta
Belanda dan Inggeris begitu lama mengaut harta pusaka
Tidak seorangpun Melayu, Aceh atau Minang menjadi gila
Menolak aqidah Muhammad dan Memeluk Nasrani bersenjata
Lampu agung menyuluh umat beratus tahun lama
Walau Raja dan laksamana tumpas, saling sengketa
Namun umat masih gigih menyembah Tuhan nan Esa
Berimamkan Nabi dan pewarisnya berbilang bangsa,
Gagah menunggang ombak mencari ilmu di merata daerah-Melaka, Pasai, Kelantan, Haydramaut, Madinah, Kahirah
Bertahun mengembara, tanpa wang, berpenat lelah
Berjauhan saudara, ibu ayah, pantang mengalah.
Kini lampu-lampu agung dipadam, leluhur dikebumi dalam hati
Bolehkah lilin-lilin kerdil menerangi kelam sekularisasi?
Portugis lama menghilang dari Melaka dan jajahannya
Belanda dan Inggeris tidak lagi menguasai Selat dan Tenggara
Siam telah lama diam, mentari Jepun pudar sinar tenteranya-
Namun kedengaran khabar duka dari merata Kepulauan kita
Kaum remaja dan dewasa mudah meninggal ajaran Mustafa
Telah rela membutakan mata dengan salib Kristian
Dan berjalan bertongkat, dipimpin anjing peliharaan!
Kau, cendekiawan dan pemimpin pelbagai bidang
Luruskan semula yang dibengkokkan, jauhi petualang!
Tinggalkan tulang, kau bukan bangsa binatang
Kau insan ciptaan gemilang, berfikirlah panjang!
Konferensi Kebangsaan Pengurusan Kolej Kediaman 2013 - Memenangi hati & Minda Pelajar
Tepat jam 12.30 tengahari tadi usailah sudah konferensi kebangsaaan di hatten Hotel, Melaka anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM. Lebih membanggakan ialah penglibatan peserta dari Indonesia yang turut serta dalam konferensi kali ini. Lebih 200 orang peserta daripada semua IPTA dan beberapa IPTS terlibat dalam konferensi ini. Sebanyak 8 kertas kerja dibentangkan sepanjang konferensi berlangsung daripada 1 sehingga 3 Oktober 2013. Konferensi ini dirasmikan oleh Pro Canselor UiTM Tan Sri Noraizah Abdul Hamid.
"Universiti masa kini mempunyai peranan yang besar dalam memberi sumbangan kepada pembangunan dan pembentukan modal insan. Pembangunan modal insan yang terancang menjadi teras dalam melahirkan generasi pewaris yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah, akhlak dan keterampilan diri" ujar Tan sri Noraizah Abdul hamid semasa merasmikan konferensi tersebut.
Tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur kerana berjaya dengan jayanya mengendalikan konferensi kali ini.
Wednesday, September 18, 2013
Amanah Pengetua Kolej Delima Dalam Program 'See You Tonight'
Bermula jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam tadi berlangsung program mega ke-2 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Delima yang bernama "see you tonight" yang mengumpulkan semua penghuni kolej delima 1, 2 dan 3 di Dewan Sri Budiman.
Pengetua Kolej Delima dan Teratai, saudara Zaharul Azwan Razak dalam ucapannya menyeru semua penghuni Kolej Delima supaya tidak menjadikan kolej sebagai hotel untuk tidur sahaja. Penghuni kolej delima perlu terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang oleh JPK Kolej. Kolej Delima yang bermottokan "melonjak potensi, mengilap kualiti' adalah kolej yang kedua terkecil dari segi bilangan pelajar di UiTM. Walaupun kecil tapi pencapaiannya adalah membanggakan apabila dipilih menjadi kolej ke-3 terbaik di UiTM Shah Alam dalam pertandingan anugerah kolej cemerlang 2012.
Thursday, August 22, 2013
Pengakuan Sdr Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT KUALA LUMPUR
That I, Mohd Rafizi bin Ramli, the defendant in this matter is satisfied with the explanation given by the plaintiff, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, that the plaintiff had not abused his powers in any matter whatsoever and had no role whatsoever in the decision of Boustead Holdings Berhad to enter into transactions to acquire Astacanggih Sdn Bhd’s shares and development lands from Awan Megah Sdn Bhd as stated in my article dated 29 December 2012. Therefore I, Mohd Rafizi bin Ramli, hereby unequivocally and unconditionally withdraw the wrongful statements in my article dated 29 December 2012 with reference to the plaintiff.
Tuesday, August 13, 2013
KENYATAAN MEDIA YABHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI MENGENAI BUKU "AWAKENING"
Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.
Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.
Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.
Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara yang dibuat pada tahun 2011 ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.
Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.
Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.
Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.
Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.
Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.
TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
12 Ogos, 2013
Thursday, July 25, 2013
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut
BESUT 24 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang dikuasai berterusan sejak 2004, setelah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.
Keputusan yang sekali lagi dibuat oleh pengundi di Kuala Besut, di kawasan majoriti Melayu itu memberikan makna yang sangat besar bagi BN untuk kembali menstabilkan pemerintahan negeri dengan kelebihan dua kerusi DUN (17:15).
Ini bermakna menutup peluang Pas yang mengharapkan pengundi di sini memenangkannya untuk mencipta sejarah menjadikan DUN tergantung apabila jumlah kerusi dapat disamakan melalui kempen 16:16 dan memaksa pilihan raya negeri diadakan.
Calon BN, seorang profesional muda, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,37, memperoleh 8,288 undi manakala pencabarnya, seorang kontraktor, Endot@ Azlan Yusof,48, atau lebih dikenali dengan Che Long memperoleh 5,696 undi yang menyaksi peningkatan majoriti daripada 2,343 kepada 2,592 manakala 125 undi rosak.
Apa yang lebih menarik BN memenangi di semua pusat daerah mengundi termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang tewas sebelum ini.
Dengan slogan Kuala Besut Bertambah Biru, BN mencatat sedikit pertambahan dari segi majoriti yang dikaitkan dengan penurunan peratus keluar mengundi daripada 87 peratus dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kepada 80 peratus.
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh, di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Majlis Daerah, Gong Gemuntong Jertih kira-kira pukul 10 malam ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK.
Yang turut sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil di samping Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof.
Sebanyak 16,534 pengundi termasuk 55 peratus daripadanya merupakan pengundi muda menunaikan tanggungjawab hari ini manakala Sabtu lalu, 1,148 orang terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri mereka telah mengundi.
Namun, setelah kesemua pusat pengundi ditutup pukul 5 petang menyaksikan 13,188 pengundi atau mencecah 80 peratus keluar mengundi seperti yang dijangkakan oleh SPR.
PRK diadakan berikutan kematian Dr. A Rahman Mokhtar yang mewakili BN pada 26 Jun lalu dan semasa PRU lalu, Allahyarham mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya 6,375 undi, 144 undi rosak.
Lapan pusat mengundi yang disediakan dan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian yang ditutup pada pukul 3 petang.
Melalui PRK ini juga, SPR memperkenalkan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal, tidak lagi calitan di kuku seperti dalam PRU lalu bagi mengelakkan kontroversi berpanjangan.
PRK pernah diadakan di Kuala Besut 34 tahun lalu, juga dalam bulan Ramadan dan dimenangi calon BN.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_01/Tambah-majoriti#ixzz2a4KhwoVw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Keputusan yang sekali lagi dibuat oleh pengundi di Kuala Besut, di kawasan majoriti Melayu itu memberikan makna yang sangat besar bagi BN untuk kembali menstabilkan pemerintahan negeri dengan kelebihan dua kerusi DUN (17:15).
Ini bermakna menutup peluang Pas yang mengharapkan pengundi di sini memenangkannya untuk mencipta sejarah menjadikan DUN tergantung apabila jumlah kerusi dapat disamakan melalui kempen 16:16 dan memaksa pilihan raya negeri diadakan.
Calon BN, seorang profesional muda, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,37, memperoleh 8,288 undi manakala pencabarnya, seorang kontraktor, Endot@ Azlan Yusof,48, atau lebih dikenali dengan Che Long memperoleh 5,696 undi yang menyaksi peningkatan majoriti daripada 2,343 kepada 2,592 manakala 125 undi rosak.
Apa yang lebih menarik BN memenangi di semua pusat daerah mengundi termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang tewas sebelum ini.
Dengan slogan Kuala Besut Bertambah Biru, BN mencatat sedikit pertambahan dari segi majoriti yang dikaitkan dengan penurunan peratus keluar mengundi daripada 87 peratus dalam pilihan raya umum (PRU) lalu kepada 80 peratus.
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh, di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Majlis Daerah, Gong Gemuntong Jertih kira-kira pukul 10 malam ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Timbalan Pengarah PRK.
Yang turut sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil di samping Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof.
Sebanyak 16,534 pengundi termasuk 55 peratus daripadanya merupakan pengundi muda menunaikan tanggungjawab hari ini manakala Sabtu lalu, 1,148 orang terdiri daripada anggota tentera udara dan isteri mereka telah mengundi.
Namun, setelah kesemua pusat pengundi ditutup pukul 5 petang menyaksikan 13,188 pengundi atau mencecah 80 peratus keluar mengundi seperti yang dijangkakan oleh SPR.
PRK diadakan berikutan kematian Dr. A Rahman Mokhtar yang mewakili BN pada 26 Jun lalu dan semasa PRU lalu, Allahyarham mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.
Allahyarham yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya 6,375 undi, 144 undi rosak.
Lapan pusat mengundi yang disediakan dan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian yang ditutup pada pukul 3 petang.
Melalui PRK ini juga, SPR memperkenalkan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal, tidak lagi calitan di kuku seperti dalam PRU lalu bagi mengelakkan kontroversi berpanjangan.
PRK pernah diadakan di Kuala Besut 34 tahun lalu, juga dalam bulan Ramadan dan dimenangi calon BN.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_01/Tambah-majoriti#ixzz2a4KhwoVw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nasihat Raja Ali Haji Kepada Para Pemimpin
Nasihat Raja Ali Haji (1808-1873)
Jika anakanda jadi menteri, orang berilmu anakanda hampiri
Lawan mesyuarat lawan berperi, supaya pekerjaan jadi ugahari
Hendaklah perkasa adabnya wazir, di dalam kitab sudah terukir
Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi gelincir
...
Jika anakku menjadi Qadi, hendaklah mengikut salaf yang madhi
Adil dan insaf di dalam ardi, Allah dan Rasul supaya radhi
Hendaklah mesyuarat dengan ulama’, supaya hukuman tiada cuma
Rasuah dan sorong jangan diterima, supaya tuan beroleh nama
Kitab al-Fiqih hadis dan tafsir, hendaklah telaah serta berfikir
Jauhkan tamak loba dan kikir, keraskan makruf jauhkan mungkir
....
Ayuhai segala raja menteri, serta pegawai kanan dan kiri
Hendaklah jaga ingatkan negeri, perompak penyamun kempak pencuri
Kehidupan rakyat janganlah lupa, fakir miskin hina dan papa
Janganlah sekali tuan nan alpa, akhirnya bala datang menerpa
Beberapa negeri terkena bala, sebab perbuatan kepala-kepala
Kerana perbuatan banyak yang cela, datanglah murka Allah Ta’ala
...
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan, khianat syaitan anakanda jagakan
Orang berakal anakanda hampirkan, orang yang jahat anakanda jauhkan
Setengah orang fikir keliru, tidak mengikut pengajaran guru
Tutur dan kata haru biru, kelakuan seperti hantu pemburu
Tingkah laku tiada kelulu, perkataan kasar keluar selalu
Tidak memikirkan aib dan malu, bencilah orang hilir dan hulu
Itulah orang akalnya kurang, menyangka dirinya pandai seorang
Takbur tidak membilang orang, ke sana ke mari pergi menggarang
Setengah yang kurang akal dan bahasa, tingkah dan laku bagai raksaksa
Syarak dan adat kurang periksa, seperti harimau mengejar rusa
Ke sana ke mari langgar dan rempuh, apa yang terkena habislah roboh
Sedikit marah hendak melupuh, inilah perbuatan sangat ceroboh
Anakanda jauhkan kelakuan ini, sebab kebencian Tuhan rahmati
Jika di bawa ke sana sini, tidaklah laku satu diwani
Jika memerintah lemah dan lembut, kepada tempat barang yang patut
Orang pun banyak suka mengikut, apa kehendak tidak tersangkut
Jika memerintah dengan cemeti, dengan perkataan pasti pasti
Sekalian orang bencilah hati, tiadalah suka berbuat bakti
Inilah nasihat ayahanda nan tuan, kepada anakanda muda bangsawan
Nafsu yang jahat hendaklah lawan, supaya anakanda jangan tertawan
Inilah akhir kalam tersurat, kepada medan ilmu mesyuarat
Amalkan dia janganlah berat, supaya tertolak segala mudarat.
Jika anakanda jadi menteri, orang berilmu anakanda hampiri
Lawan mesyuarat lawan berperi, supaya pekerjaan jadi ugahari
Hendaklah perkasa adabnya wazir, di dalam kitab sudah terukir
Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi gelincir
...
Jika anakku menjadi Qadi, hendaklah mengikut salaf yang madhi
Adil dan insaf di dalam ardi, Allah dan Rasul supaya radhi
Hendaklah mesyuarat dengan ulama’, supaya hukuman tiada cuma
Rasuah dan sorong jangan diterima, supaya tuan beroleh nama
Kitab al-Fiqih hadis dan tafsir, hendaklah telaah serta berfikir
Jauhkan tamak loba dan kikir, keraskan makruf jauhkan mungkir
....
Ayuhai segala raja menteri, serta pegawai kanan dan kiri
Hendaklah jaga ingatkan negeri, perompak penyamun kempak pencuri
Kehidupan rakyat janganlah lupa, fakir miskin hina dan papa
Janganlah sekali tuan nan alpa, akhirnya bala datang menerpa
Beberapa negeri terkena bala, sebab perbuatan kepala-kepala
Kerana perbuatan banyak yang cela, datanglah murka Allah Ta’ala
...
Nasihat ayahanda anakanda fikirkan, khianat syaitan anakanda jagakan
Orang berakal anakanda hampirkan, orang yang jahat anakanda jauhkan
Setengah orang fikir keliru, tidak mengikut pengajaran guru
Tutur dan kata haru biru, kelakuan seperti hantu pemburu
Tingkah laku tiada kelulu, perkataan kasar keluar selalu
Tidak memikirkan aib dan malu, bencilah orang hilir dan hulu
Itulah orang akalnya kurang, menyangka dirinya pandai seorang
Takbur tidak membilang orang, ke sana ke mari pergi menggarang
Setengah yang kurang akal dan bahasa, tingkah dan laku bagai raksaksa
Syarak dan adat kurang periksa, seperti harimau mengejar rusa
Ke sana ke mari langgar dan rempuh, apa yang terkena habislah roboh
Sedikit marah hendak melupuh, inilah perbuatan sangat ceroboh
Anakanda jauhkan kelakuan ini, sebab kebencian Tuhan rahmati
Jika di bawa ke sana sini, tidaklah laku satu diwani
Jika memerintah lemah dan lembut, kepada tempat barang yang patut
Orang pun banyak suka mengikut, apa kehendak tidak tersangkut
Jika memerintah dengan cemeti, dengan perkataan pasti pasti
Sekalian orang bencilah hati, tiadalah suka berbuat bakti
Inilah nasihat ayahanda nan tuan, kepada anakanda muda bangsawan
Nafsu yang jahat hendaklah lawan, supaya anakanda jangan tertawan
Inilah akhir kalam tersurat, kepada medan ilmu mesyuarat
Amalkan dia janganlah berat, supaya tertolak segala mudarat.
Friday, July 19, 2013
Alvivi Meringkuk Dalam Penjara Selepas Ikat Jamin Ditolak

Kuala Lumpur: Pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling yang didakwa dengan tiga tuduhan termasuk menerbit dan memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook terpaksa merengkok dalam penjara selepas permohonan dibebaskan dengan ikat jamin ditolak oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam. Berikutan keputusan itu, Jye Yee dan May Ling masing-masing dibawa ke Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang untuk ditahan sehingga kes dibicarakan. Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan bagi sebutan kes.
(Sumber - http://www.bharian.com.my)
Thursday, July 18, 2013
Sejarah Kejatuhan Palestin oleh Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
PENGENALAN
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah. pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab. Pada zaman Sultan Sulaiman al Qanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah diperbaiki. Palestin di bahagian selatan berada di bawah pentadbiran wilayah Sham dan berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara Palestin pula ditadbir oleh wilayah Lubnan yang berpusat di Akka. Palestin kelihatannya kekal di bawah Empayar Uthmaniyyah selama 4 abad. Pentadbiran Palestin di bawah kerajaan Uthmaniyyah berakhir sebaik sahaja Inggeris berjaya menjajah wilayah ini. Ketika ia berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, Baitulmaqdis dan Palestin merupakan wilayah terbuka yang boleh dilawati oleh golongan Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang dianggap suci oleh 3 agama samawi.
Golongan Kristian dan Yahudi bebas untuk melakukan ibadah termasuk ibadah utama mereka yang sering disebut sebagai ‘pilgrim’. Ia berbeza dengan Islam dimana ‘pilgrim’ bagi Muslim ialah ke Mekah bagi melakukan haji. Namun ada juga yang menggunakan perkataan ‘pilgrim’ untuk merujuk kepada umrah. Ini adalah masalah istilah yang digunakan oleh Eropah tetapi ingin diumumkan istilah itu kepada masyarakat Islam sehingga ada yang menulis bahawa ketika golongan Syiah menyambut Muharram dan kematian Saidina Husien, ia digambarkan sebagai ‘pilgrim’. Jika dilihat dalam hal ini, ‘pilgrim’ bagi Muslim seharusnya merujuk kepada ibadah haji di Mekah, bukan mana-mana sambutan juga perayaan ditempat lain.
Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan bagi Yahudi, Kristian dan Islam. Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu. Namun begitu, setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad ke-20, situasinya telah bertukar. Jika dahulu ia bersifat inklusif dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka terutama kepada umat Islam.
PERGERAKAN ZIONIS MELOBI MENDAPATKAN NEGARA
Golongan Yahudi sebenarnya banyak ditindas di Barat terutama di wilayah Eropah Timur. Bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai presiden yang pertama. Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Idea ini sebelumnya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau The State of Israel. Golongan Yahudi melakukan lobi terhadap kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan sokongan dan simpati. Beberapa strategi digunakan dengan mendekati pembuat dasar di Britain. Pemimpin zionis di Britain iaitu Wheizmann melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan simpati untuk menubuhkan negara Israel di Palestin.
Beberapa strategi yang digunakan telah menimbulkan simpati serta persetujuan House of Common di Britain. Rentetan dari itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada Nov 1917. Ia telah dibincangkan dengan mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang (War Cabinet) di London. Oleh sebab itu, ada dua
peristiwa besar yang selalu disebut berlaku pada tarikh tersebut iaitu persetujuan terhadap teks Deklarasi Balfour dan serangan tentera British bagi menawan Palestin. Penulis melihat bahawa kelemahan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang memerintah Palestin di antara tahun 1516-1917 turut memudahkan laluan untuk kejayaan projek Yahudi-Zionis di Palestin. Kuasa Barat mengambil peluang ini membahagi-bahagikan tanah Palestin sesama mereka. Sewaktu Persidangan London 1905-1907, idea pembentukan ‘Negara Kawalan’ (Buffer State) di kawasan Palestin telah ditimbulkan.
Para hadirin telah mencadangkan satu keputusan kepada pihak Perdana Menteri Britain Campbell Bannerman pada masa itu untuk membina institusi pemerintahan yang berbentuk kawalan manusia yang kuat di sebelah Timur Laut Mediteranean yang bermusuhan dengan orang Islam tetapi merupakan rakan Kuasa Eropah serta kuat bergantung kepada mereka. Mereka berpandangan bahawa orang yang terbaik untuk melaksanakan perancangan kolonial ini ialah orang-orang Yahudi sendiri. Motif utama perancangan Barat untuk membina idea Negara Kawalan (iaitu Palestin) di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika dan mungkin juga mereka ingin menjauhkan masyarakat Islam dengan Barat. Idea ini juga adalah usaha untuk mematahkan sebarang kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Dengan ini dunia Islam akan sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang panjang dan rumit. Rejim Zionis ini amat memerlukan sokongan kuasa Barat untuk menjamin survival mereka dan kuasa Barat juga memerlukan mereka untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka. Oleh itu salah satu strategi yang harus dilakukan adalah mereka perlu menjalinkan hubungan kerjasama tanpa putus-putus.
PALESTIN DI BAWAH MANDAT BRITISH: BERMULANYA KEJATUHAN RASMI ABAD KE 20.
Palestin secara rasmi jatuh ke tangan bukan Islam pada zaman moden ini apabila ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah tersebut. Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada bulan Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.
Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah. Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari 1918-1947. Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah menempatkan wakilnya di Palestin dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.
Shocking New Revelations by Edward Snowden
Just a few short days ago, it came out that Edward Snowden once again shocked the American people when he confirmed that the National Security Agency — our NSA — co-created the Stuxnet Virus with Israel to topple Iran’s nuclear program. Just a week before that, Snowden blew our minds with the additional admission that those free discount cards you get at stores aren’t just there to save you a little money, but they are actually being used to collect customer data and spy on you! Is nothing sacred?! While government crimes are widespread, systematic and seemingly continuous at this point…and the NSA and other agencies have clearly violated American citizens’ rights…it’s perhaps even more shameful that so many people are still oblivious to the enormity of this tyranny when it’s been all but rubbed in our faces – repeatedly. Also, if you’ve been paying attention for longer than five minutes, what did Snowden really tell you that didn’t already know?
Wednesday, July 17, 2013
Al-Sisi informed Israel of the coup three days prior

The Egyptian military (and opposition) were in contact with the Israeli government prior to the coup
Israeli military analyst Roni Daniel revealed on Sunday that the Egyptian General Abdul-Fattah al-Sisi informed Israel of his efforts to remove President Mohamed Morsi three days before the coup.
Speaking to the Israeli TV channel 2, Daniel said that Al-Sisi asked Israel to monitor the Palestinian Islamic movement Hamas, which rules the Gaza Strip.
He said Al-Sisi was afraid of Hamas, but his fear faded after the Israeli assurance that everything in Gaza has been under strict surveillance. Israel advised Al-Sisi to destroy the tunnels.
Daniel asserted that the military coup in Egypt is useful to Israel and it had been an "urgent demand" for Israeli and its security.
Military analysts did not hesitate to confirm news about contacts between Al-Sisi and Mohamed El-Baradei from the Egyptian side and government officials from the Israeli side.
He said that El-Baradei met Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu once before the coup and again after the coup. According to Daniel, Israel promised Al-Baradei to help lobby for Western recognition with the new government (after Morsi).
The Egyptian army started damaging tunnels to Gaza several days before the coup took place. The tunnels are the main lifeline for Gaza residents who have been living an Israeli, internationally backed siege since 2006.
Despite frenzied defamation campaigns against them by the Egyptian media and the Egyptian anti-Morsi elite, Hamas asserted its longstanding position towards what is happening in Egypt. They have said that they do not interfere with any of the state’s internal affairs.
(Sources - http://www.middleeastmonitor.com)
Entire government of Luxembourg resigns after spying and corruption scandal forces its prime minister to quit
The Luxembourg government today resigned, brought down by a spying and corruption scandal that shook the tiny country better known for wealthy bankers than political intrigue.
Jean-Claude Juncker, prime minister since 1995 and the European Union's longest serving government chief, tendered his resignation to Grand Duke Henri, the royal head of state who himself has been implicated in media reports of espionage.
The government was forced to resign after junior coalition partners withdrew their support in protest at Juncker's apparent failure to rein in a secret service spiralling out of control. Juncker has proposed holding a general election in October, seven months ahead of schedule.
Accused: Grand Duke Henri (left) was implicated in espionage reports that led to the downfall of Juncker (right)
The catalyst for the resignation was a parliamentary inquiry published last week that said Luxembourg's security agency illegally bugged politicians and members of the public, purchased cars for private use and took payments and favours in exchange for access to influential officials.
In a scene reminiscent of a spy novel, former security chief Marco Mille recorded a conversation with Juncker in 2008 using a microphone in his watch.
Mille told Juncker he had reliable reports that Grand Duke Henri was in constant contact with Britain's secret services, according to one newspaper. The Grand Duke's office has denied the allegation.
The government was already under pressure due to renewed interest in a mysterious series of sabotage bomb attacks in the 1980s, known as the Bommeleeer affair, whose targets included electricity pylons and an airport radar system as well as a newspaper office.
Two former members of a special police force went on trial for the attacks at the start of this year.
Last month, the government and Finance Minister Luc Frieden survived twin votes of no-confidence in parliament over accusations that the minister had put pressure on investigators to close their inquiry into the bombings.
Juncker, for almost two decades the personification of Luxembourg on the international stage, chairing "Eurogroup" meetings of euro zone finance ministers from 2005 to 2013, may well return to lead the Grand Duchy after the snap election.
He remains a popular figure and has no obvious successor in his centre-right CSV party, particularly as the former finance minister has been tarnished, according to Philippe Poirier, politics lecturer at the University of Luxembourg.
Frieden, once touted as a possible future prime minister, has also come under fire over the re-purchase of a stake in Cargolux from Qatar Airways in January and European Union pressure to end Luxembourg's system of bank secrecy.
"The CSV crown price for many years, Luc Frieden, is himself involved in the telephone tapping and Bommeleeer affairs," Poirier said.
"Jean Claude Juncker is the electoral locomotive of his party. It's not the CSV, it's the Juncker party."
(Reference - http://www.dailymail.co.uk)
Tuesday, July 16, 2013
Orang Dalam SPR Dedah Pembekal Rapat Dengan SPR
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13.
Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal.
Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan.
"Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikat
Intergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.
"Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik.
"Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini.
Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri.
"Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini.
"Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi.
"Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya.
Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal.
"Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya.
Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR.
Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya.
#OSS (Open Source Software) jimat perbelanjaan kerajaan RM370j
Putrajaya: Kerajaan berjaya menjimatkan RM370 juta sejak lapan tahun lalu berikutan pelaksanaan Program Perisian Sumber Terbuka (OSS) bagi mengurangkan kos pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Omar Kaseh, berkata OSS kini sudah dilaksanakan 921 agensi kerajaan atau mewakili 99.6 peratus daripada keseluruhan agensi awam di pelbagai peringkat sejak 2004.
“Ia digerakkan melalui pelancaran Pelan Induk OSS Sektor Awam dan penubuhan Pusat Kompetensi Sumber Terbuka (OSCC). Seramai 7,300 kakitangan awam dilatih OSCC dari peringkat asas hingga tertinggi.
“Selain itu, 96 kakitangan menerima pensijilan OSS dan 16 penyedia latihan yang sah dari universiti dilantik bagi memperluaskan latihan kepada pelajar serta kakitangan di universiti awam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, OSS penyumbang utama kepada bidang ICT negara melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), manakala 10 produk generik dibangunkan OSCC untuk diguna pakai 724 agensi secara percuma, antaranya MySpamGuard, MySuftGuard, MyNetWatch, MyWorkSpace, MyDesktopManager, MySurveillance, MyTaskManager, MyMesyuarat, MyBooking dan MyDocManager.
“Pembangunan produk ini bertujuan menangani pertindihan usaha, sekali gus menjimatkan kos pembangunan kerajaan dan meningkatkan kecekapan kakitangan ICT sektor awam dalam usaha memberi tumpuan kepada pembangunan aplikasi spesifik di agensi,” katanya.
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Omar Kaseh, berkata OSS kini sudah dilaksanakan 921 agensi kerajaan atau mewakili 99.6 peratus daripada keseluruhan agensi awam di pelbagai peringkat sejak 2004.
“Ia digerakkan melalui pelancaran Pelan Induk OSS Sektor Awam dan penubuhan Pusat Kompetensi Sumber Terbuka (OSCC). Seramai 7,300 kakitangan awam dilatih OSCC dari peringkat asas hingga tertinggi.
“Selain itu, 96 kakitangan menerima pensijilan OSS dan 16 penyedia latihan yang sah dari universiti dilantik bagi memperluaskan latihan kepada pelajar serta kakitangan di universiti awam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, OSS penyumbang utama kepada bidang ICT negara melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), manakala 10 produk generik dibangunkan OSCC untuk diguna pakai 724 agensi secara percuma, antaranya MySpamGuard, MySuftGuard, MyNetWatch, MyWorkSpace, MyDesktopManager, MySurveillance, MyTaskManager, MyMesyuarat, MyBooking dan MyDocManager.
“Pembangunan produk ini bertujuan menangani pertindihan usaha, sekali gus menjimatkan kos pembangunan kerajaan dan meningkatkan kecekapan kakitangan ICT sektor awam dalam usaha memberi tumpuan kepada pembangunan aplikasi spesifik di agensi,” katanya.
Monday, July 15, 2013
Islam Dalam Pembentukan Jati Diri Melayu
Sejarah menyatakan bahawa sebelum kedatangan penjajah Barat, masyarakat alam Melayu telah mempunyai tamadun dan intelektual yang tinggi dan cemerlang (Zainal 2005). Namun begitu, tahap kecemerlangan dan ketinggian ini sebelum kedatangan Islam tidak mempunyai asas perpaduan dan jati diri yang dapat membezakannya dengan rumpun bangsa yang lain. Kemudian, setelah kedatangan Islam ke rantau ini, rumpun Melayu telah menemui asas jati diri yang sebenar iaitu agama Islam yang kekal sehingga kini.
Malah, penetapan asas jati diri Islam ini telah diakui dalam kalangan akademia yang membahagikan ras bangsa masyarakat dunia kepada lima jenis; Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam), Mangolian (kulit kuning), Red Indian (kulit merah), dan Melayu Polynesia (kulit sawo matang). Dalam kerangka pembahagian ini, ras Melayu telah digunakan dengan merujuk kepada tiga elemen utama, iaitu pertama, beragama Islam, kedua, mendiami kawasan Nusantara, dan ketiganya, mengamalkan sosio-budaya dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya (Muhammad Yusoff 1992).
Punca utama yang menyebabkan masyarakat Melayu memilih Islam sebagai asas jati diri kemelayuan telah dilihat oleh kebanyakan sarjana moden antara lainnya adalah kerana kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam itu sendiri yang boleh dijelaskan dengan beberapa penerangan (Rahimin Affandi 2005:
20-21):
1. Ajaran Islam amat bersesuaian dengan psikologi dan mentaliti masyarakat Melayu yang mengamalkan cara hidup yang lemah lembut dan bersifat universal (menghormati keharmonian alam).
2. Sifat ajaran Islam yang mudah difahami, rasional dan sesuai dengan fitrah manusiawi berbanding dengan agama lain.
3. Cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwah).
Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islamlah yang telah memperkenalkan dunia Melayu kepada budaya ilmu dan pemikiran rasional yang menolak fahaman tahyul dan mitos. Islam jugalah yang memperkenalkan dunia Melayu kepada dunia luar, baik Timur mahupun Barat, sehingga memungkinkan bangsa Melayu mengadun, menempa dan membina sebuah kesultanan yang cukup masyhur dalam sejarah. Islamlah juga yang telah menyempurnakan fahaman keperibadian sendiri, mengemaskinikan Faham Kebangsaan Melayu dan menjadi faktor pemersatu (the unifying force) orang-orang Melayu di rantau ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa faktor utama yang menyumbang kepada peneguhan jati diri dalam kalangan masyarakat Melayu adalah kerana sifat kesucian dan kesyumulan Islam itu sendiri yang penuh dengan pelbagai sumber dan prinsip bagi menjana perkembangan hidup manusia ke arah yang lebih baik.
Agama Islam mempunyai ciri asas yang sangat unggul dan sangat istimewa. Keunggulan dan keistimewaan ciri tersebut, sebagaimana yang dinukil oleh Khurshid Ahmad (1981), merangkumi tujuh perkara iaitu:
ii. Kesejagatan dan kemanusiaan
iii. Mudah, rasional dan praktikal
iv. Perpaduan antara kebendaan dan kerohanian
v. Keseimbangan antara individu dan masyarakat
vi. Mengandungi unsur tetap dan berubah
vii. Ajaran yang terpelihara
Agama memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di dunia. Tanpa agama, seseorang individu tidak mempunyai hala tuju yang benar dan jelas dalam menikmati kehidupan (Abdul Ghafar & Zaleha 2008). Islam juga merupakan agama yang selari dengan fitrah kejadian manusia. Dalam konteks ini, pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat Melayu. Ini adalah kerana semangat perpaduan dalam kalangan umat Melayu bahawa kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, ummah dan ukhuwah bukan terhad kepada lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi (Rahimin Affandi 2000).
Ungkapan Kata Seorang Pemikir - Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
“Ciri-ciri kesan Islam pada sejarah sesuatu bangsa harus dicari bukan pada perkara-perkara atau sesuatu yang zahir mudah ternampak oleh mata kepala, akan tetapi lebih pada perkara-perkara yang terselip tersembunyi dari pandangan biasa, seperti pemikiran sesuatu bangsa yang biasa terkandung dalam bahasa.”
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas Quotes
“It is like the thirsty traveller who at first sincerely sought the water of knowledge, but who later, having found it plain perhaps, proceeded to temper his cup with the salt of doubt so that his thirst now becomes insatiable though he drinks incessantly, and that in thus drinking the water that cannot slake his thirst, he has forgotten the original and true purpose for which the water was sought.”
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam The Concept of Religion and the Foundation of Ethics And Morality
― Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam The Concept of Religion and the Foundation of Ethics And Morality
Malaysia Adalah Sebuah Negara Sekular Liberalisme
Definisi Sekularisme
1. Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat.
2. Satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan bermasyarakat.
3. Satu keadaan untuk menjadi sekular.
4. Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan dan agama.
5. Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan tanpa pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.
Menurut Syed Muhammad Naquid al attas,perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin, ‘saeculum’ yang memberi makna (merujuk) kepada masa dan tempat. Masa merujuk kepada masa (kehidupan) sekarang, manakala tempat merujuk kepada dunia atau duniawi (kehidupan nyata).
Istilah ‘sekularisme’ mula diperkenalkan oleh seorang penulis bernama George Holyoake pada tahun 1846 di United Kingdom. Dalam mencari definisi yang tepat tentang makna sebenar sekularisme, saya telah memilih untuk melihat pengertian yang diberikan oleh Barat sendiri tentang makna sekularisme. Untuk itu, saya telah merujuk kepada kamus ‘World English Dictionary’. Kamus tersebut telah mendefinisikan sekularisme kepada beberapa pengertian, iaitu:-
1. Satu falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat.
2. Satu pemikiran (sikap) yang berpegang bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan bermasyarakat.
3. Satu keadaan untuk menjadi sekular.
4. Sistem politik atau falsafah sosial yang menolak semua bentuk kepercayaan dan agama.
5. Berpendapat bahawa pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan tanpa pengenalan kepada elemen atau unsur keagamaan.
Oleh yang demikian, berdasarkan kepada pengertian di atas maka dapat disimpulkan bahawa Barat mendefinisikan sekularisme adalah satu pemisahan antara unsur-unsur agama dengan kehidupan, sama ada daripada segi masyarakat, politik, pendidikan dan lain-lain.
Menurut Syed Muhammad Naquid al attas,perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin, ‘saeculum’ yang memberi makna (merujuk) kepada masa dan tempat. Masa merujuk kepada masa (kehidupan) sekarang, manakala tempat merujuk kepada dunia atau duniawi (kehidupan nyata).
Dr. Ugi Suharto mengatakan di dalam penulisan beliau bahawa apabila istilah sekularisme di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, telah mendapat perhatian yang khusus daripada dua orang tokoh di dalam Islam iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas dan Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi. Di kalangan orang Arab sendiri ada yang menterjemahkan sekularisme sebagai 'ilmaniyyah, iaitu dari akar kata al-'ilm (ilmu) yang mendapat akhiran 'alif' dan 'nun' serta ‘ ya’ yang menunjukkan sifat kepada ilmu, seperti pada perkataan ruh yang menjadi ruhaniyyah atau rabb yang menjadi rabbaniyyah, maka 'ilm menjadi'ilmaniyyah. Sebagian yang lain menterjemahkannya sebagai 'almaniyyah yang berasal dari kata al-'alam (dunia), meskipun daripada akar kata ini lebih tepat menjadi kata'alamaniyyah, namun yang umum digunakan ialah istilah 'almaniyyah. Al Qaradawi lebih cenderung kepada 'ilmaniyyah, sedangkan al Attas lebih kepada 'almaniyyah. Perbezaan ini menunjukkan bahawa istilah sekularisme yang cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab memang tiada pegangannya di dalam Islam.
Prof. Dr. Yusuf al Qaradawi di dalam kitabnya “ al islam wa al ‘ilmaniah wajhan li wajhin (1987)” telah menterjemahkan sekularisme sebagai ‘ilmaniyyah adalah bukan saja satu terjemahan yang tidak teliti (ghayru daqiqah), tetapi juga satu terjemahan yang tidak betul (ghayru sahihah), kerana perkataan sekularisme itu tiada kaitan langsung dengan lafazal-’ilm (ilmu). Mereka yang menterjemahkannya tidak memahami perkataan al-din danal-’ilm melainkan hanya dengan ide Barat Kristian, yang memang bagi orang Barat (al-insan al-gharbi) agama dan ilmu mereka itu adalah saling bertentangan. Beliau menyimpulkan bahawa menterjemahkan sekularisme dengan ‘ilmaniyyah dan mengaitkannya dengan ilmu adalah suatu usaha untuk menjadikannya satu makna dengan istilah ‘ilmiyyah kerana, menurut beliau, penipuan tersebut patut dinyatakan (dijelaskan). Beliau menambah lagi bahawa pengertian sekularisme itu sinonim dengan konsepalladiniyyah (tidak ada agama) atau al duniawiyah (dunia tiada hubungan dengan agama).
Kesimpulannya, sekularisme adalah satu konsep bahawa kerajaan atau entiti lain seperti sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya harus wujud secara berasingan dari agama.
Prinsip Asasi Sebuah Negara Islam.
Resolusi yang diputuskan oleh satu perjumpaan ulamak seluruh Pakistan yang melibatkan semua aliran pemikiran Islam pada 21-24 Jan 1951 di Karachi memutuskan diantara ciri-ciri sebuah negara Islam mempunyai ciri berikut :-
(a) Kedaulatan yang tertinggi di atas seluruh alam dan semua undang-undang berada di sisi Tuhan, iaitu Allah S.W.T , Tuhan sekelian alam sahaja.
(b) Undang-undang negara hendaklah berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Sebarang peraturan atau tatacara pentadbiran negara tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
(c) Negara tidak boleh diasaskan berdasarkan kepada konsep geografi, bangsa, warna kulit atau konsep-konsep kebendaan lain kecuali berdasarkan konsep Islam sebagai cara hidup.
(d) Menegakkan al ma'aruf (amalan kebaikan) dan menghapuskan serta membendung al mungkar (keburukan) sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Serta mengambil semua langkah perlu untuk menyegarkan kebaikan dan membenam keburukan dalam aspek kebudayaan, pendidikan dan ekonomi menurut Al Quran dan Sunnah.
(e) Memperteguhkan ikatan persaudaraan dikalangan semua umat Islam diperingkat lokal dan global.
(f) Bertanggungjawab terhadap semua keperluan asas rakyat seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan sebagainya tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dipenuhi.
(g) Setiap warganegara diberikan hak mereka sebagaimana termaktub dalam Al Quran dan Sunnah dalam aspek keselamatan jiwa dan harta benda, kesamarataan, kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan, kebebasan beribadat dan hak untuk mendapatkan manfaat semua perkhidmatan awam yang disediakan.
(h) Tidak seorang pun warganegara dijatuhi hukuman di atas sesuatu kesalahan tanpa dibenarkan membela diri mereka.
(i) Aliran-aliran pemikiran Islam yang diiktiraf dibenarkan untuk dikembangkan di dalam negara.
Ciri-Ciri Sistem Kenegaraan di Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam diperhimpunan agung Parti Gerakan Malaysia beberapa hari selepas peristiwa bangunan World Trade Centre di New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pengisytiharan tersebut dianggap berani kerana ia dibuat dalam suasana sentimen anti-Islam, khususnya di negara- negara Barat kian terasa akibat peristiwa tersebut.
Berdasarkan kepada kajian-kajian dan rujukan-rujukan yang telah dibuat serta fakta- fakta lain, saya berpendapat Malaysia masih lagi belum boleh disytiharkan sebagai sebuah Negara Islam kerana negara ini masih lagi tidak mempunyai ciri- ciri Negara Islam yang menepati takrifan syarak.
Untuk menyatakan sebuah negara itu Negara Islam, ia mestilah dibuat mengikut takrifan syarak. Sungguhpun Malaysia diisytiharkan sebuah Negara Islam oleh Tun Dr Mahatdhir, bekas Perdana Menteri Malaysia, ia boleh dipertikaikan kerana perisytiharan itu dibuat tanpa sebarang perubahan dalam perlembagaan, undang- undang, dan dasar-dasar kerajaan.
Dalam membincangkan topik Negara Islam, majoriti ulama berpandangan, jika sebuah Negara ingin diiktiraf sebagai Negara Islam, unsur utama yang perlu ada bagi Negara itu ialah al-Quran dan Sunah menjadi teras kepada perjalanan pentadbiran, perundangan dan perlembagaan negara tersebut.
Tetapi aspek ini tidak ada di Malaysia. Saya tidak menafikan Malaysia adalah negara orang Islam, tetapi ia tidak memenuhi takrifan sebuah Negara Islam. Terdapat pelbagai perbezaan pendapat dikalangan ulama’ mengenai konsep Negara Islam. Secara jelas, ulama mengklasifikasikan Negara sebagai Dar al- Islam, Dar al- Kufr, Dar al- ‘Ahd.
Contohnya Al- Kasani menyebut, “zahirnya Islam dan zahirnya kekufuran itu bermaksud zahirnya dan menonjolnya hukum, undang- undang dan peraturan kedua- duanya. Maka apabila zahir hukum dan undang- undang kufur sebuah negara, maka jadilah ia Dar al- Kufr dan betullah tersebut (al- idhafah). Dan begitulah juga akan jadi sebuah Negara Islam apabila zahir dan menonjolnya undang- undang Islam didalamnya tanpa syarat yang lain.”
Jadi undang- undang syariah yang menggambarkan penyerahan secara mutlak kepada Allah s.w.t. mesti menonjol dalam sebuah Negara Islam. Adakah diMalaysia kita lihat penyerahan secara mutlak ini?
Jika ada pihak yang menyatakan Malaysia Negara Islam mengakui negara ini sedang melalui proses penyempurnaan, dengan melakukan proses Islamisasi secara sedikit demi sedikit, maka tidak wajar negara ini disytiharkan sebagai Negara Islam sekarang. Ini kerana ia masih belum memenuhi sepenuhnya ciri- ciri sebuah Negara Islam.
Malah beberapa ulama’ yang mendukung dan mempertahankan Malaysia sebagai Negara Islam berdasarkan hujah, definisi dan ciri- ciri tertentu, secara jelas mengakui bahawa ia tidak sempurna dan hanya mempunyai sebahagian daripada ciri- ciri tersebut. Bagi sesetengah Umat Islam fundamental Islam dalam semua perkara amat diutamakan. Asas mendirikan sebuah Negara Islam ialah berteraskan al- Quran dan Sunah, tetapi perkara fundamental itu tiada dinegara ini. Ia tidak termaktub samaada dalam perlembagaan, atau dilaksanakan secara praktikal.
Jika pun tidak tertulis dalam perlembagaan bahawa pentadbiran dan undang- undang negara ini berteraskan dua sumber utama Islam itu, ia hendaklah menjadi asas dalam amalannya. Walaupun didalam Perlembagaan Persekutuan termaktub bahawa Islam adalah agama rasmi dan kebebasan menganuti serta mengamalkan agama dijamin.
Takrif Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia bersifat ceremonial sahaja, dan tidak membawa maksud Islam diamalkan dalam semua perkara, terutama undang-undang. Kita sudah merdeka lebih 55 tahun dan percubaan agar Akta Kesalahan Jenayah Syariah dipinda dengan memasukkan kesalahan- kesalahan yang jelas termaktub didalam Al-Quran dan Sunah masih lagi gagal.
Saya mengakui terdapat banyak perkara yang boleh diijtihadkan, termasuk konsep Negara Islam dan undang-undang Islam, tetapi asas ijtihad tidak boleh lari daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan satu kaedah yang statik untuk berperang, begitu juga dengan pembentukan sebuah negara, tetapi ia tetap berasaskan al- Quran dan Sunah.
Dari segi infrastruktur, Malaysia patut dipuji sebagai sebuah negara yang mengamalkan Islam bersifat syiar. Tetapi Negara Islam bukan hanya berteraskan kepada syiar, ia mesti juga berteraskan syariah. Sekarang jika pun ada beberapa enakmen jenayah dan pentadbiran undang- undang syariah dinegeri- negeri ia masih tidak menepati takrifan syariah yang bermaksud keseluruhan sistem berteraskan al- Quran dan sunnah. Jadi kita boleh berbangga bahawa Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang maju, tetapi bukan sebagai sebuah Negara Islam.
Saya berpegang kepada apa yang disebut didalam Al- Quran dalam surah al- Baqarah: 208:
يأيها الذين ءامنواادخلوا فى السلم كآفة ولاتتبعوا خطوت الشيطن انه لكم عدو مبين
Maksudnya: “ Hai orang- orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah- langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
Kita boleh membentuk apa juga bentuk Negara Islam, tetapi intipatinya mestilah Al- Quran dan Sunnah menjadi teras dalam perjalanan pentadbiran dan undang- undang negara.” Misalnya Malaysia dikatakan sebuah Negara Islam tanpa asas pelaksanaan al-Quran dan Sunnah. Dalam soal undang-undang contohnya, terdapat banyak undang-undang Malaysia yang bertentangan dengan undang- undang Islam contohnya, qisas dan takzir dalam kes bunuh.
Sungguhpun didalam undang- undang Negara sekarang seseorang yang didapati bersalah membunuh boleh dijatuhi hukuman bunuh (yang menepati hukum bunuh didalam Islam), tetapi hak untuk membalas bunuh perlu diperincikan lagi agar menepati hukum Islam. Undang-undang substantif dan prosedur Islam perlu dilaksanakan secara bersama dan menyeluruh. Tetapi dinegara ini, ia tidak dirujuk, malah undang- undang Islam seperti undang-undang jenayah sering digambarkan negatif. Seperti yang kita sedia maklum juga, Perlembagaan Malaysia yang merupakan undang- undang tertinggi negara ini, bersumberkan undang- undang British, bukan ilmu perundangan Islam.
Sebagai contoh, takrifan Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan adalah berkaitan adat istiadat rasmi. Ia tidak memasukkan sumber perlembagaan sebagai merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan dan sumber ijmak dan ijtihad para ulama’. Ini bermaksud secara jelas peruntukan Islam sebagai agama rasmi itu tidak bermaksud Islam sebagai rujukan terhadap persoalan kenegaraan Malaysia. Artikel 121(a) pula dalah peruntukan bagi mengelakkan campur tangan Mahkamah Sivil yang mempunyai bidang kuasa lebih tinggi berbanding Mahkamah Syariah.
Kedudukan Institusi perundangan Islam diletak sebagai tertinggi dan mengatasi Mahkamah Sivil disebabkan bidang kuasa perundangan Islam tidak diperluaskan oleh badan eksekutif. Bidang kuasa Mahkamah Syariah juga adalah terhad kepada hal ehwal pentadbiran orang Islam dan kekeluargaan Islam. Malah tidak ada peruntukan undang- undang yang jelas membela akidah Islamiah dan mencegah mereka daripada berlaku murtad. Hukuman bagi kesalahan-kesalahan berkhalwat, bersekedudukan, minum arak dan mencuri juga tidak menepati panduan al- Quran dan as- sunnah.
Peristiwa hijrah Nabi s.a.w. adalah salah satu nas yang kukuh. Saya melihat penghijrahan Nabi s.a.w. dari Mekah ke Madinah adalah asas pembentukan Negara Islam. Sekian lama baginda di Mekah, tidak timbul masalah pembentukan Negara, kemudian baginda diarahkan untuk berhijrah ke Madinah. Jadi peristiwa hijrah ini adalah satu nas yang mewajibkan umat Islam membentuk sebuah Negara Islam, sebab jika Islam hanya satu agama yang mementingkan ibadah semata-mata, umat Islam tidak perlu berhijrah kerana ibadah di Masjidilharam berlipat ganda pahalanya. Hijrah ke Madinah adalah tapak, satu nas daripada sunnah Rasulullah s.a.w. bahawa Islam adalah kuasa yang memerintah, bukan diperintah.
Kita pasti inginkan sebuah Negara Islam moden, yang berteraskan al- Quran dan sunah yang mampu bersaing di dunia dari segi ekonomi, teknologi, ilmu dan sebagainya.
Kesimpulan.
Saya tidak nafikan Malaysia sebuah Negara yang hebat dalam menegakkan syiar Islam, seperti juga dinegara-negara Arab. Tetapi, akan nampak lebih ‘cantik’ lagi sekiranya Syariat Islam juga didukung dan diletakkan ditempat yang sewajarnya. Kita tidak perlu menunggu sehingga orang ramai faham undang-undang Islam untuk melaksanakannya, kerana majoriti rakyat sekarang pun tidak faham undang-undang sivil yang diamalkan. Malah undang- undang Islam pernah pun diamalkan di Tanah Melayu dahulu, di Perak, Pahang, dan Melaka sebelum digantikan dengan undang-undang Inggeris. Maka kita sepatutnya berusaha untuk mengamalkan semula undang- undang Islam. Hakikatnya pada pendapat saya negara kita masih lagi dalam kategori sebuah negara sekular.
Sunday, July 14, 2013
Ingat Hidup Berbilang Hari
Ingat hidup berbilang hari,
Pagi lahir petangnya mati,
Jagalah waktu selagi pagi,
Banyakkan tunjuk kuat memberi,
Lembutkan lidah keraskan hati,
Sebelum nafas engkau berhenti.
Ingat diri makhluk yang lemah,
Jangan sekali sombong dan pongah,
Berjalan jangan lapah melapah,
Berkata jangan sergah menyergah,
Memberi jangan bergah-bergah,
Berlayar tahu tempat singgah,
Berlabuh tahu tempat memunggah.
Ingat hidup mencari bekal,
Menurunkan pusaka pada yang tinggal,
Tahu ke mana hujung dan pangkal,
Tahu di mana harta berasal,
Tahu tua tidak menyesal,
Tahu muda belum berakal.
Pagi lahir petangnya mati,
Jagalah waktu selagi pagi,
Banyakkan tunjuk kuat memberi,
Lembutkan lidah keraskan hati,
Sebelum nafas engkau berhenti.
Ingat diri makhluk yang lemah,
Jangan sekali sombong dan pongah,
Berjalan jangan lapah melapah,
Berkata jangan sergah menyergah,
Memberi jangan bergah-bergah,
Berlayar tahu tempat singgah,
Berlabuh tahu tempat memunggah.
Ingat hidup mencari bekal,
Menurunkan pusaka pada yang tinggal,
Tahu ke mana hujung dan pangkal,
Tahu di mana harta berasal,
Tahu tua tidak menyesal,
Tahu muda belum berakal.
Subscribe to:
Posts (Atom)


