Sunday, September 19, 2010

Dialog Antara Kepala Burung Dengan Temenggong Tentang Kehijauan Alam

Kepala segala burung mengusulkan agar kehijauan alam dipelihara kepada Temenggong,
Temenggong berjanji usul itu akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Granite Segunung,
Tapi realitinya kata cicit Kepala Burung "Semua pokok hijau telah ditebang sehingga kami tidak ada tempat untuk singgah ketika terbang",
"Cakap tidak serupa bikin" kata anak Kepala Burung,

"Pokok dan kehijauan itu perlu dimusnahkan di atas nama PEMBANGUNAN" Jawab anak Temenggong,
"Kita perlu gabungkan unsur-unsur air,angin,api,tanah dan alam hijau dalam PEMBANGUNAN" Kata rakyat Negeri Granite Segunung,
"Kita perlu gabungkan unsur-unsur utara,selatan,timur dan barat dengan alam semulajadi dalam PEMBANGUNAN" Kata rakyat tua Negeri Granite Segunung,
"Kita perlu gabungkan unsur-unsur matahari,bumi,bulan dan bintang dengan alam semulajadi dalam PEMBANGUNAN" Kata rakyat muda Negeri Granite Segunung,

Sudah! cukup! balas Temenggung murka,
Negeri Granite Segunung ini milik siapa? soal banginda,
Ini negeri milik beta! katanya,
Ikut sahaja samada suka atau tidak suka!
Jangan banyak cerita,
Kata tidak perlu dikota,
Janji hanya dibibir sahaja,
Dialog ini berhenti disini sahaja.

Kejatuhan Melaka ke Tangan Portugis - Angkara Perempuan, Fitnah dan Kianat.

Melaka sangat terkenal pada penghujung abad ke 15, ia adalah negeri yang mempunyai nama besar, termansyur seanterio dunia. Selat Melaka dilayari oleh kapal-kapal dagang yang menghubungkan Cina dan India, pelabuhan Melaka adalah tempat persinggahan pedagang-pedagang tersebut. Pedagang Arab menamakan Melaka sebagai Malaqat, yang bermaksud tempat pertemuan segala pedagang. Melaka menjadi pusat perdagangan Nusantara dan hub import eksport pelbagai barangan yang datang dari timur dan barat.

Sultan yang memerintah Melaka pada masa itu ialah Sultan Mahmud Shah. Baginda mempunyai satu kelemahan utama iaitu perempuan, terkenal dengan wataknya yang suka kepada perempuan yang cantik dan seksi, sehinggakan para pembesar negara yang mempunyai maksud tertentu untuk berurusan dengan baginda menggunakan perempuan sebagai rasuah sex untuk melunakkan hati baginda ketika berurusan. Kadang-kadang baginda merayap-rayap keluar dimalam hari untuk melempias nafsunya sehingga baginda terlupa maruahnya sebagai Sultan.

Suatu ketika, baginda terdengar cerita tentang kecantikan seorang puteri di Gunung Ledang. Puteri itu bersemayam di puncak Gunung Ledang. Gunung Ledang terkenal dengan kesah mistik dikalangan rakyat negeri Melaka. Puteri Gunung Ledang ini sebenarnya bukan manusia biasa tetapi dia adalah orang bunian. Namun baginda Sultan tidak peduli dan mahu memiliki Puteri Gunung Ledang. Lantas diutuskannya Hang Tuah sebagai wakil beliau untuk menyampaikan hasrat baginda melamar puteri tersebut. Malangnya, syarat-syarat yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang untuk menerima lamaran Sultan tersebut amat berat sekali, iaitu (a) meminta hati tungau (b) meminta jabatan emas dan (c) semangkun darah baginda sultan.

Walaupun demikian watak Sultan Melaka pada ketika itu, kemansyuran Melaka masih utuh dan bertahan kerana Melaka mempunyai orang kedua iaitu Bendahara Sri Maharaja. Semua urusan eksekutif diuruskan oleh Bendahara Sri Maharaja, Melaka mempunyai Bendahara yang pintar dan pandai mengurus. Kemegahan negeri Melaka tetap dipelihara Bendahara, maruah Sultan tetap dijaga dan aib Sultan sentiasa ditutupnya demi taat setianya kepada Sultan, kerana kepintaran dan kepandaian Bendahara maka nama Bendahara Sri Maharaja terkenal diseluruh dunia dan Bendahara lebih popular daripada Sultan.

Pada tahun 1509, berlabuhlah armada portugis ke pelabuhan Melaka, kononnya mereka membawa perutusan persahabatan daripada Kerajaan Portugis tetapi sebenarnya tujuan mereka ialah menyelidiki kekuatan pertahanan Melaka. Rombongan armada Portugis ini bertemu dengan Bendahara Sri Maharaja, sebagai tanda penghargaan kesudian Bendahara menerima mereka, maka rombongan Portugis ini memberikan rantai emas yang panjangnya sampai ke pusat kepada Bendahara, ketua rombongan portugis ini mengkalungkan sendiri rantai emas ini pada leher bendahara. Setelah beberapa hari penyerahan kalong tersebut maka berangkatlah mereka meninggalkan pelabuhan Melaka. Rombongan Portugis tidak bertemu dengan Sultan selaku ketua negeri.

Berita ini akhirnya sampai kepada Sultan, didalam Istana Melaka pada ketika itu, ada pembesar negara lain yang iri hati dan dengki dengan Bendahara Sri Maharaja, insiden ini, digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk memburuk-burukan Bendahara Sri Maharaja dimata Sultan, isu yang dimainkan ialah Bendahara mahu berkomplot dengan Portugis untuk menjatuhkan Sultan Mahmud Shah, segala cerita direka-reka oleh mereka untuk meyakinkan Sultan supaya Sultan menghukum bunuh Bendahara Sri Maharaja kerana tidak taat dan tidak setia kepada Sultan. Tambahan, Sultan murka kepada Bendahara kerana tidak mengizinkan anaknya yang cantik dan manis iaitu Tun Fatimah berkahwin dengan Sultan sebab Tun Fatimah telah bertunang dengan Tun Ali.

Akhirnya, Sultan sebagai pemerintah tertinggi dan ketua negeri tanpa usul periksa lebih dalam membuat keputusan menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Sri Maharaja kerana beliau menderhakai Sultan dan ingin menjatuhkan Kerajaan Melaka. Bendahara dibunuh dirumahnya sendiri dengan keris Raja. Maka muramlah Kerajaan Melaka selepas itu, kerana orang yang jujur dan berhati mulia memelihara kemakmuran dan kemajuan negeri Melaka dibunuh oleh Raja. Akhirnya, Sultan dikelilingi oleh pembesar negara yang suka mengampu dan korupsi, tiada lagi pembesar negara yang jujur dan sanggup berkorban demi negeri Melaka. Yang tinggal hanya orang umpama buih-buih dilautan ketika ombak besar dan orang yang menyembah " Ampun Tuanku, segala titah tuanku, patik junjung". Berita kematian Bendahara Sri Maharaja tersebar ke seluruh dunia. Di Istana Melaka, berlaku perpecahan, dimana anakanda sulung Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Ahmad Shah lebih popular dan lebih aggresif berbanding ayahandanya.

Setahun kemudian selepas kematian Bendahara Sri Maharaja, iaitu pada 1511 datanglah armada portugis ke Pelabuhan Melaka untuk menyerang Melaka. Pada hari pertama Melaka bertahan dengan gagah berani dibawah pimpinan putera Sultan iaitu Sultan Ahmad Shah dibantu oleh Bendahara Tikam Batu yang telah tua dan pikun. Tetapi pada hari kedua pertahanan Melaka mula roboh kerana berlaku perpecahan dalam negeri. Bendahara Tikam Batu yang tua dan pikun itu, apabila melihat armada Portugis telah mendarat di pantai pelabuhan Melaka, beliau dengan sengaja, menghalau gajah-gajah yang telah bersiap sedia untuk melawan armada portugis tersebut. Tindakan beliau tidak dipersetujui oleh anak-anak buahnya, tetapi dengan marah beliau berkata "Biarkan Daku, Biarkan Daku hancur dengan negeri Malaka ini".Melaka diduduki musuh, Sultan Mahmod Shah lari ke Kopak dan akhirnya ke Kampar. Baginda Sultan Mahmud Shah telah melanggar adat melayu kerana menurut adat melayu Raja perlu mati jika negerinya kalah dalam peperangan. Maka akhirnya, Portugis berjaya menakluk Melaka.

(Diadaptasi daripada Dari Perbendaharaan Lama oleh Prof. Dr. HAMKA)

Saturday, September 18, 2010

Helah British Mengambil Singapura Dari Tangan Kesultanan Johor-Riau

Raffles berpendapat bahawa amat penting bagi British mengambil Pulau Singapura atau Pulau Karimun kerana kedudukannya yang sangat strategik disamping untuk menyaingi pengaruh Belanda yang semakin kuat di gugusan pulau-pulau melayu, tetapi akhirnya Raffles membuat keputusan untuk mengambil Pulau Singapura, maka bertolaklah Raffles dengan diiringi Mayor Farquhar ke Pulau Singapura daripada Pulau Pinang.

Pada tarikh 29 Januari 1819 mendaratlah Raffles ke Pulau Singapura. Temenggung Abdul Rahman memerintah Pulau Singapura diatas nama Sultan Johor-Riau-Lingga dan jajahan takluknya, aktiviti ekonomi utama rakyat singapura yang berjumlah lebih kurang 300 orang itu, hanya menangkap ikan dan memburu dihutan. Rumah yang paling cantik dan berupa macam rumah hanyalah rumah Temenggung Abdul Rahman, rumah-rumah lain hanyalah berdindingkan buluh dan beratapkan rumbia dan nipah. Kehidupan rakyat jelata hanyalah umpama 'kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang' Terdapat pukat-pukat dijemur dipersisiran pantai dan sampan-sampan nelayan.

Setibanya Raffles di Pulau Singapura, beliau bertemu dengan Temenggung Abdul Rahman. Raffles memujuk Temenggung untuk membenarkan Kompeni British mendirikan logi di Pulau Singapura, dengan pembinaan logi tersebut dijangkakan ia akan merancakkan aktiviti ekonomi di Pulau Singapura, tetapi, dengan syarat Temenggung Abdul Rahman perlu mengikat perjanjian dengan Kompeni Inggeris untuk tidak berkerjasama dan membenarkan kerajaan selain daripada Kompeni Inggeris bertapak di Pulau Singapura.

Raffles dengan bijaksana bertanya kepada Temenggung Abdul Rahman, perjanjian ini perlu ditandatangi oleh Sultan, Siapa Sultan? Raffles tahu bahawa di Istana Riau pada ketika itu, berlaku perselisihan keluarga. Sultan Johor-Riau-Langga baru ditabalkan dengan persetujuan Belanda, yaitu, Sultan Abdul Rahman Muazam Syah(1818). Justeru, mana mungkin Sultan Abdul Rahman Muazam Shah bersetuju berkerjasama dengan Kompeni Inggeris kerana baginda telah mengikat perjanjian berkerjasama dengan Belanda. Sambil mereka-reka draf perjanjian yang bakal ditandatangani maka Raffles mengambil kesempatan terhadap perselisihan keluarga yang berlaku dalam Istana Riau.

Sepatutnya yang menjadi Sultan Johor-Riau-Langga ialah Tengku Long (Sulung) kerana baginda ialah putera yang tertua (sulung), tetapi kerana sebab-sebab tertentu maka dilantik Abdul Rahman sebagai Sultan yang bergelar Sultan Abdul Rahman Muazam Shah oleh Belanda. Tengku Long akhirnya merempat dan hidup seperti rakyat biasa, malahan Tengku Long tidak diberikan elaun sara hidup untuk meneruskan kehidupan. Raffles menghantar wakil beliau bertemu dengan Tengku Long untuk melantik baginda menjadi Sultan Pulau Singapura dan menjemput Tengku Long datang ke Pulau Singapura.

Pada tanggal 2 Februari 1819 maka sampailah Tengku Long ke Pulau Singapura. Baginda disambut dengan hormat penuh istiadat oleh Raffles dan Temenggung Abdul Rahman. Pada tanggal 6 Februari 1819 maka diadakan upacara istiadat melantik baginda sebagai Sultan Pulau Singapura dengan panggilan Sultan Hussain Shah. Sebaik sahaja selesai pertabalan tersebut maka dibuatlah perjanjian dengan Sultan Hussain Shah dengan Inggeris. Inggeris mengakui bahawa Sultan berhak dalam menghukum rakyatnya, bangsa melayu, tetapi kuasa untuk menjaga keamanan di Pulau Singapura diberikan kepada Inggeris sepenuhnya. Sebagai imbuhan, Sultan diberikan elaun sebanyak 5,000 Dollar Sepanyol setahun dan Temenggung diberikan elaun sebanyak 3,000 Dollar setahun. Dalam masa yang sama Sultan diberikan gaji sebanyak 1,500.00 Dollar sebulan dan Temenggung diberikan sebanyak 800.00 Dollar sebulan. Sejak daripada tarikh itu, maka terpecah dualah kerajaan melayu yang besar, sebahagian dibawah Belanda iaitu kepulauan Riau Lingga, kepulauan Karimon dan Singkep, manakala satu lagi dibawah Inggeris iaitu Pulau Singapura dan Johor.

Agenda Kompeni Inggeris tidak mati setakat itu, matlamat akhir mereka ialah menakluk sepenuhnya Pulau Singapura dan menjadikan Singapura sebagai milik mereka sepenuhnya. Maka ketika resident Inggeris bernama John Crawfurd memerintah(1824), diaturkannya satu rancangan, dimana gaji Sultan dan gaji Temenggung tidak dibayar oleh Crawfurd. Maka terpaksalah Sultan dan Temenggung berhutang untuk meneruskan kehidupan. Semakin lama semakin banyak hutang Sultan dan Temenggung. Bila Sultan dan Temenggong meminta gaji mereka, Crawfurd berkata tunggu bulan depan, bila sampai bulan yang dijanjikan, Crawfurd menagguhkan lagi pemberian gaji tersebut kepada bulan hadapan, demikianlah seterusnya.

Setelah Sultan dan Temenggung benar-benar terhimpit oleh hutang, akhirnya Crawfurd mengusulkan kehendaknya yang baru kepada Sultan dan Temenggong, berikut ialah kehendak baru Kompeni Inggeris:-

(a) Serahkan sepenuhnya Pulau Singapura dan Pulau-Pulau sekelilingnya kepada inggeris.
(b) Inggeris membayar gantirugi sekaligus sebanyak 33,200 Ringgit kepada Sultan dan 26,800 Ringgit kepada Temenggung.
(c) Selama masih hidup Sultan dibayar gaji sebanyak 1,300.00 sebulan dan Temenggung dibayar 700.00 Ringgit sebulan.
(d) Kalau Sultan dan Temenggung meninggalkan Pulau Singapura, masing-masing akan dibayar sebanyak 20,000.00 Dollar Sepanyol.

Disebabkan desakan kewangan dan himpitan hutang, maka, Sultan dan Temenggung tidak berfikir panjang lagi, mereka menerima tawaran yang diberikan oleh Crawfurd tanpa banyak soal. Akhirnya Sultan Husain Shah berpindah ke Melaka dan di Melakalah baginda meninggal manakala Temenggung Abdul Rahman terus menetap di Pulau Singapura sehingga beliau meninggal. Maka, sejak dari itu, lepaslah Singapura kepada Inggeris dan menjadi milik Inggeris sepenuhnya.

Pada hari ini, dari Tembok Johor kita boleh melihat bangunan pencakar langit berceracakkan di Pulau tersebut, pada malam hari, ia diterangi dengan lampu neon yang berwarna-warni, ia telah menjadi Pusat Perdagangan Asia Tenggara,berkumpul disana segala bangsa dari seluruh dunia. Anak melayu masih ada tetapi terpencil dikaki-kaki bukit, diperkampungan dan persisiran sungai. Semua jawatan penting negara disandang oleh orang bukan melayu dan orang melayu seperti melukut di tepi gantang.

(Diadaptasi daripada Dari Perbendaharaan Lama oleh Prof. Dr. HAMKA)

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT DI ALAM MELAYU HINGGA ABAD KE-17M oleh Dr. Ali Mohammad

Pendahuluan

Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha sudah bertapak kukuh dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Alam Melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama dan budaya ini begitu kuat dan sangat jelas mempengaruhi sistem politik, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Alam Melayu. Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme.

Sejarah awal kedatangan Islam ke Alam Melayu merupakan isu yang terus diperdebatkan dalam kajian sejarah Asia Tenggara. Ini berpunca daripada ahli sejarah, khususnya yang mengkaji tentang sejarah kedatangan Islam masih kekurangan bukti berhubung dengan isu tersebut. Hal ini menimbulkan pelbagai pandangan mengenai masa, tempat dan arah tuju Islam di rantau ini. Mengenai arah kedatangan Islam, terdapat sekurang-kurangnya tiga pendapat utama iaitu; Islam datang daripada Arab, China dan India.

Namun demikian, secara umumnya kedatangan atau pertapakan Islam dan perkembangannya di Kepulauan Melayu berlaku pada abad ke 12 M atau ke 13 M. Ia tersebar di Sumatera diikuti oleh Melaka pada ke-15 M dan kemudiannya oleh Pulau Jawa. Pada permulaan abad ke 16 M, Islam merupakan agama yang kukuh dianuti oleh penduduk di Pulau Maluku, selepas itu berlaku pula pengislaman di Borneo dan Filipina.

Kedatangan Islam Dan Perkembangannya

Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Berdasarkan tulisan-tulisan para sarjana, antara faktor utama ialah peranan para pedagang dalam penyebaran Islam di laluan-laluan dan kawasan-kawasan perdagangan, penyebaran dilakukan oleh pendakwah agama khususnya ahli sufi, faktor persaingan kuasa Islam tempatan dengan mereka yang belum Islam sehingga menimbulkan kesedaran politik dalam penyebaran Islam, faktor yang dimainkan oleh istana raja-raja Melayu dalam pelbagai aspek, faktor kelebihan Islam itu sendiri sebagai satu agama dan faktor penentangan terhadap kuasa-kuasa Eropah Kristian seperti Portugis dan Sepanyol yang membawa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ini dengan pesatnya.

Menurut Dr Siddiq Fadil perkembangan dan kemantapan Islam di rantau ini tidak dihasilkan hanya dengan usaha sambil lewa para pedagang dan tidak juga semata-mata kerana sikap pak turut orang-orang Melayu, tetapi berkat usaha gigih dan bijaksana para da'ie yang komited dari kalangan para pedagang, mubaligh, ulama, kaum sufi raja dan bala tentera. Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan Islam telah membawa banyak perubahan dan kesan kepada corak pemikiran dan sosio-budaya masyarakat Melayu. Agama Islam telah membawa ajaran dan tamadun yang lebih tinggi dan lengkap, lebih rasional dan logik serta lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu.

Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah, masyarakat di Alam Melayu dengan sendiri menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman Animisme. Akhirnya Tamadun Islam sedikit demi sedikit telah berjaya melunturkan kegemilangan tamadun Hindu sebelumnya di Alam Melayu. Artikel ini antara lain akan membincangkan beberapa aspek pembaharuan dan perubahan yang dibawa oleh Islam, seperti dari segi sosial, budaya dan pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun tamadun dan pengaruh Hindu tidak dapat dilunturkan sepenuhnya berikutan dari pertapakan dan perkembangan Islam, namun secara umumnya boleh dikatakan bahawa sebahagian besar Tamadun Islam berjaya mengatasi tamadun Hindu, malah dapat mengubah cara hidup mereka bersesuaian dengan ajaran Islam yang maha suci.

Perkara utama yang perlu ditegaskan tentang impak daripada kedatangan Islam ke Alam Melayu ini ialah tentang peranannya dalam konteks pensejarahan dan ketamadunan masyarakat di Alam Melayu. Ia menampilkan suatu hakikat bahawa Islam telah berjaya membawa era baru di rantau ini dan meninggalkan era lama yang wujud sebelumnya.

Pengaruh Akidah Dan Pemikiran.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mempengaruhi banyak aspek sebagaimana yang dinyatakan di atas; bahawa ia "mencetuskan suatu zaman baru". Pengaruh yang dibawa oleh Islam merupakan suatu kesan menyeluruh berasaskan paradigma tauhid. Impak tauhid tersebut menyebabkan kesan yang berlaku itu merangkumi "rupa dan jiwa" masyarakat di Alam Melayu ini. Pengaruh tersebut bukan hanya melibatkan pertukaran watak luaran tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran Islam yang tulen. Ledakan tauhid ini telah mencetuskan zaman baru dan meninggalkan zaman kehidupan pengaruh Buddha dengan metodologinya, dengan alam khayalannya, penyembahan berhalanya dan dengan kepentingan kepada keseniannya. Tauhid itu juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak yang bernilai tasawwuf, juga mencetus perubahan-perubahan lain seperti dalam bidang sosial, politik, perundangan, keilmuan, kesusasteraan atau persuratan dan sebagainya.

Islam telah membawa perubahan yang besar dan ketara dalam merubah kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat Alam Melayu. Islam telah membawa unsur-unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya mempercayai Tuhan iaitu Allah yang Maha Esa. Secara logiknya dunia ini tidak boleh dipimpin dan diperintah oleh banyak tuhan kerana jika demikian, sudah pastilah dunia ini menjadi huru-hara dan kelam-kabut lantaran akan berlaku percanggahan pendapat dan perintah di kalangan tuhan yang banyak itu. Oleh yang demikian, memang logik dan benarlah bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa. Pandangan serta falsafah pemikiran masyarakat Alam Melayu juga turut berubah setelah mereka menerima ajaran Islam. Sebagai contoh, Islam menyuruh umatnya supaya berusaha bersungguhsungguh mencari rezeki yang halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang. Jika gagal sekalipun, Islam menyuruh umatnya agar tabah dan sabar serta menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah S.W.T. dan redha dengan ketentuanNya, bukannya berputus asa dan membunuh diri.

Pembaharuan Dalam Aspek Sosial

Berikutan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu, ciri-ciri sosial Islam juga telah bertapak secara beransur-ansur yang akhirnya berjaya mengambil tempat ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat ketika itu. Antara ciri-ciri sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam antara semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat kedudukan sistem kasta dan perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan mereka. Dengan terhapusnya sistem kasta yang dipengaruhi oleh budaya dan tamadun Hindu itu, Islam telah menggantikannya dengan memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam, malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain. Konsep kasta ini secara khususnya terbahagi kepada empat golongan iaitu Brahmin, Ksatria, Vaisya dan Sudra.

Namun demikian, secara umumnya ia terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan bangsawan atau pemerintah (raja) dan golongan rakyat jelata (biasa) yang menjadi hamba kepada golongan pemerintah atau bangsawan tersebut. Rakyat biasa bukan sahaja menjadi hamba dalam aspek pemerintahan dan politik, malah juga dalam semua aspek seperti nikah-kahwin.

Setelah kedatangan Islam ke rantau ini, konsep kasta dilihat tidak lagi releven kerana Islam menegaskan bahawa manusia berasal dari Adam dan Hawa. Kedudukan dan taraf manusia dinilai berdasarkan iman dan taqwanya, bukan pada pangkat dan darjat kebangsawanan seperti yang diamalkan oleh tamadun Hindu melalui sistem kasta tersebut.

Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara aman dan harmoni serta mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa tanggungjawab serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau akhlak yang mulia amat ditekankan oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan semangat kerjasama dan perpaduan dengan menganggap bahawa seluruh umat Islam adalah satu anggota. Akibat daripada semangat tersebut, muncullah konsepsi bahawa seluruh umat Islam di dunia ini adalah bersaudara. Dengan cara itu terbentuklah masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai hubungan yang erat, walaupun masyarakat tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Secara tidak langsung, apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali persaudaraannya, tentunya negara mereka menjadi kuat dan stabil serta dapat mempertahankan diri daripada gangguan dan ancaman anasir-anasir luar.

Bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum dan peraturan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Ajaran agama Islam telah mengatur sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu, akan terbentuklah nilai akhlak yang mulia dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan kumpulan masyarakatnya. Komunikasi antara kelompok manusia akan dapat berjalan dengan sempurna, terjalin menerusi sifat hormat menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Selain daripada itu, institusi-institusi baru kemasyarakatan juga turut muncul seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan peranan utama dalam hubungan sosial harian. Tempat-tempat seperti ini bukan sahaja berguna sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat pertemuan sosial. Masjid umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan tempat bermesyuarat dan kelab untuk membincangkan pelbagai masalah dan urusan, sama ada dalam perkara agama atau bagi menyelesaikan hal-hal kemasyarakatan yang dihadapi.

Pembaharuan Dalam Aspek Politik

Sesungguhnya kebajikan rakyat hanya dapat disempurnakan dengan wujudnya pemerintah. Peranan tersebut adalah sukar dilaksanakan secara individu, kewujudan pemerintahan adalah cara terbaik untuk menyempurnakan kebajikan rakyat. Ia meliputi pengurusan dan pentadbiran yang cekap serta memerlukan kepada pemerintah sebagai penyelaras kuasa. Tolong menolong, bekerjasama dan bersatu padu adalah unsur-unsur yang perlu dan penting supaya kebajikan rakyat dapat dipenuhi. Unsur-unsur ini selamanya tidak akan mencapai tahap kecemerlangan tanpa wujudnya pemerintah yang adil.

Bertolak dari unsur di atas, Islam yang tiba di Alam Melayu juga tidak mengabaikan aspek politik dan pentadbiran demi untuk menjaga maslahat rakyat keseluruhannya. Islam telah mengambil alih tempat yang paling penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dan politik di rantau ini. Kebudayaan di Alam Melayu selepas menerima Islam menjadi sebahagian dari kebudayaan Dunia Islam yang lebih luas. Semua perkembangan yang wujud di lain-lain tempat turut dirasai dan mempengaruhi penduduk-penduduk Islam di rantau ini.

Oleh kerana ajaran Islam berbeza dengan pegangan asal orang Melayu sebelumnya, maka seluruh aspek pegangan yang diamalkan terpaksa berubah. Demikianlah juga halnya dalam aspek politik orang Melayu. Perubahan ketara yang telah dibawa oleh Islam ke Alam Melayu yang telah menerima ajarannya ialah unsur-unsur politik Islam yang berbentuk sejagat, saksama, adil, mengenal hak dan bertanggungjawab telah mempengaruhi masyarakatnya. Salah satu aspek utama perubahan dalam bidang politik dan pentadbiran ialah Islam berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang bertakhta di kebanyakan negeri di rantau ini ketika itu. Rata-rata struktur politik pemerintahan Islam di Alam Melayu menggembelingkan tenaga seluruh rakyat bagi memperjuang dan mempertahankan ajaran Islam, negara dan umatnya. Selain daripada itu, antara watak yang berjaya dibentuk oleh Islam terhadap sultan-sultan juga ialah mendorong mereka supaya meminati ilmu dan mendekati para ulama, hingga istana-istana menjadi pusat pengajian Islam yang utama. Ini berlaku kepada sultan-sultan yang terkenal seperti Sultan Malik al-Zahir (Samudera-Pasai), Sultan Mansur Shah (Melaka) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Acheh).Ramai juga sultan-sultan Melayu yang terpengaruh dan menerima ilmu atau amalan tasawwuf seperti Sultan Muhammad Yusuf al-Khalidi (Riau) dan Sultan Iskandar Muda (Acheh) serta lain-lain lagi.

Sikap para sultan Acheh yang begitu mengambil berat terhadap agama dan ilmu pengetahuan telah menjadikannya sebagai pusat pengajian Islam yang unggul di rantau ini pada waktu itu dan menjadi tumpuan para ulama dan mubaligh.Untuk itu kerajaan Acheh telah mendirikan pusat-pusat pendidikan rakyat yang ditempatkan di masjid-masjid di seluruh negeri, malah pusat pengajian yang lebih tinggi juga telah didirikan dan mereka yang berminat menyambung pelajaran seterusnya akan pergi ke Mekah,India atau Mesir.

Konsep dan sistem pemerintahan pada zaman pengaruh Hindu-Buddha telah bertukar kepada konsep dan sistem sultan dalam Islam walaupun tidak secara total. Sultan sebagai ketua negara yang menjalankan undang-undang keadilan, menjaga dan melindungi hak-hak serta kepentingan rakyat. Sultan juga menjadi ketua agama dan adat yang bertanggungjawab menjaga keutuhan agama dan keharmonian adat. Sultan tidak dianggap sebagai manusia paling suci seperti kepercayaan zaman Hindu-Buddha sebelumnya. Namun begitu, sewaktu kedatangan Islam masyarakat menganggap sultan adalah manusia yang mulia, para sultan dianggap mempunyai daulat (kekuasaan halus) yang hanya dimiliki oleh raja dan tidak boleh diganggu-gugat.

Konsep daulat berkembang apabila sultan dikaitkan dengan pelbagai mitos tentang asal-usul, jurai keturunan dan salasilah serta kebolehan fizikal dan kerohanian luar biasa. Daulat juga dihubungkan dengan tuah yang dimiliki oleh sultan tersebut, iaitu apabila keadaan negeri aman dan makmur, perdagangan berkembang pesat, tanaman hidup subur, ternakan membiak dan rakyat bertambah ramai, maka sultan tersebut dianggap bertuah dan berdaulat. Dengan itu, rakyat mestilah menjalankan titah perintah sultan dan sesiapa yang menentang dianggap menderhaka. Ini bermakna kedatangan Islam berjaya mengubah watak dan sifat raja atau sultan kepada sifat yang lebih positif. Aspirasi Islam menjelma melalui nama-nama sultan dan negara, dahulunya bercirikan Hindu mula ditukar kepada Islam.

Kitab Tajus-Salatin (1603 M) karya Bukhari al-Jauhari merupakan satu penulisan mengenai bidang politik atau ketatanegaraan Alam Melayu. Beliau dianggap pelopor dalam bidang ini yang telah mempengaruhi karya-karya berikutnya, Bustanus-Salatin (1638M) oleh Nuruddin Al-Raniri dan Sulalatus-Salatin (1612 M) oleh Tun Seri Lanang. Dengan itu jelas sekali memperlihatkan pengaruh Islam di dalam pemikiran politik rantau ini setelah kedatangan Islam. Pengarangnya telah mengulas sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang penguasa atau pemerintah seperti sifat amanah, adil, terbuka, sama rata, beriman dan budiman, lemah lembut, tidak melanggar hukum Allah dan syari‛ah, mengasihi para ilmuwan dan menerima nasihat mereka, mengambil berat keadaan rakyat serta lain-lain.

Pengaruh Undang-undang Islam

Salah satu aspek perubahan penting yang telah dicetuskan oleh Islam di rantau ini ialah bidang perundangan. Di Melaka contohnya, terdapat dua teks penting undang-undang yang ternyata sekali banyak terpengaruh dengan ajaran Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Penampilan kedua-dua teks undang-undang ini dapat mempamerkan dengan jelas bahawa peraturan Islam pernah diamalkan di rantau ini, bukan sahaja sebagai undang-undang diri tetapi juga sebagai undang-undang jenayah, mu'amalah, kekeluargaan, keterangan dan acara dan sebagainya berpandukan undang-undang Islam.

Perihal pengamalan Islam sebagai undang-undang di Alam Melayu umumnya dan di Tanah Melayu khususnya, telahpun dibuat dalam suatu keputusan dalam mahkamah Inggeris yang mengatakan bahawa sememangnya Undang-undang Islam itu adalah undang-undang asal negeri ini.Prof. Ahmad Ibrahim juga menyatakan hal yang sama iaitu "Sebelum kedatangan penjajah Inggeris undang-undang Islam sudah dilaksanakan di Malaysia, dan hakim-hakim British mengakui bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negeri ini".

Jika dikaji mengenai Kanun Melaka, ternyata bahawa Islam telah berjaya mempengaruhi sistem perundangan di Melaka. Mukaddimah undang-undang tersebut dimulai dengan konsep keislaman, kemudian ditakrif kedudukan jawatan Sultan Mahmud dan raja-raja Melaka sebagai Khalifah al-Mukminin. Terdapat satu fasal undang-undang tersebut berhubung dengan menteri-menteri, pegawai istana dan pasukan tentera supaya mereka hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah di dalam al-Qur’an dan menjalankan suruhanNya untuk membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Apa yang diperkatakan oleh undang-undang Kanun Melaka itu memang bertepatan dengan laporan Sejarah Melayu (Sulalat al- Salatin), iaitu tentang wasiat Sultan Mansur Shah kepada puteranya Sultan 'Alauddin Ri'ayat Shah dengan sebuah hadith Nabi yang bermaksud bahawa; "Setiap orang adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab di atas pimpinannya……."(Daripada Ibn ‛Umar-Hadith disepakati). Ia menuntut agar rakyat taat setia kepada pemerintahnya dan pemerintah pula bertanggungjawab ke atas rakyat pimpinannya. Sultan 'Alauddin dikatakan pernah meniru jejak langkah Khalifah ‛Umar Ibn al-Khattab yang menyamar diri di waktu malam untuk menyiasat kesusahan rakyatnya. Sultan 'Alauddin berbuat demikian kerana ingin menghapuskan perompak-perompak yang bermaharajalela di Melaka ketika itu. Menurut Sejarah Melayu juga, tindakan Sultan 'Alauddin itu yang sanggup menumpaskan sendiri kegiatan-kegiatan mencuri pada zamannya telah berjaya mengamankan semula keadaan pelabuhan Melaka.

Undang-undang Pahang pula berkemungkinan merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah(1592-1614) sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi‛e. Menurur pendapat W. Linehan, selepas tahun 1450-M, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15M atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.

Islam juga memainkan peranan yang besar dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu. Dari beberapa fakta sejarah yang ditemui, dapatlah ditegaskan bahawa Terengganu juga merupakan antara negeri-negeri di Tanah Melayu yang telahpun menerima Islam selewat-lewatnya pada abad ke-13 M. Pada catatan Dr Farouq Hamadah (1988), di atas Batu Bersurat Terengganu, terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 M lagi. Oleh itu, ternyatalah bahawa undang-undang Islam telah terlaksana di negeri tersebut, malah terbukti betapa pentingnya peranan Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu.

Hal tersebut dapat dibuktikan melalui catatan Batu Bersurat mengenai hukum jenayah dan mu‛amalah Islam, seperti menerangkan kesalahan orang-orang yang mencuri, berzina dan perkara-perkara yang berhubung dengan hutang piutang. Dalam sistem pemerintahan Acheh pula, terdapat keterangan mengenai kedudukan Islam dalam pentadbiran negeri itu. Snouck Hurgrounge dalam tulisannya The Achinese mendakwa bahawa undang-undang Islam amat kuat dilaksanakan di Acheh berbanding dengan negeri-negeri lain di Alam Melayu. Jawatan pentadbir undang-undang tertinggi di bawah Kesultanan Acheh ialah Qadhi Malik al-‛Adil, manakala di setiap kampung terdapat ketuanya sendiri yang merupakan pemimpin masyarakatnya, sekaligus merupakan seorang imam yang bertanggungjawab bagi pentadbiran dalam urusan-urusan agama.

Kesedaran Tentang Ilmu Pengetahuan

Kedatangan Islam ke rantau ini telah banyak memberi kesedaran dalam aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan masyarakat Melayu. Islam telah melahirkan semangat keilmuan di kalangan penduduknya untuk mencari dan mempelajari ilmu pengetahuan. Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas bahawa; "Islam membawa semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata". Faktor asasi yang merupakan punca kesedaran atau punca revolusi kebudayaan ini ialah penjelasan rasional mengenai konsep perihal wujud yang dibawa untuk pertama kalinya oleh Islam.

Pandangan sarjana tersebut menunjukkan kesedaran yang dicetuskan oleh Islam meliputi juga bidang keilmuan. Hal berkenaan juga menggambarkan pola kesedaran dalam aspek-aspek yang bersifat keilmuan ini yang melibatkan golongan atasan dan istana malahan juga golongan bawahan dan rakyat jelata. Kedatangan Islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di Alam Melayu ke arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke sesuatu yang berbentuk realistik.

Semenjak penerimaan Islam, kegiatan agama, ilmu dan pendidikan Islam diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh para ulama dan pendakwah Islam.Seluruh masyarakatnya termasuk raja dan kerabatnya, pembesar serta rakyat jelata didedahkan dengan ilmu pengetahuan Islam. Maka secara langsung atau tidak langsung telah mengubah persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama, kebudayaan dan ilmu pengetahuan.

Mengikut pandangan sebahagian penulis tempatan, Alam Melayu mementingkan sesuatu yang menggunakan akal, pemahaman ilmu metafizika serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat. Alam Melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan, ramai tokoh-tokoh ilmuan yang lahir di rantau ini seperti Nuruddin al- Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hamzah al- Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain lagi. Institusi pondok tumbuh dengan pesatnya sebagai pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi institusi tumpuan masyarakat serta tempat mempertahankan tradisi suci yang diajar oleh Islam. Perkembangan ini telah membawa perubahan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat secara keseluruhannya.

Perkembangan sistem pendidikan di Alam Melayu telah membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan. Antara jenis ilmu yang sentiasa diambil berat ialah ilmu syar'iyyah atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama agama Islam iaitu usuluddin, fiqh dan tasawwuf.34 Kitab-kitab yang menjadi rujukan utamanya seperti al-Durr al-Manzum oleh al-Shirazi, Ihya' 'Ulum al- Din oleh Imam al-Ghazali dan Minhaj al-Talibin oleh Imam al- Nawawi. Pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam ini tersebar luas ke kawasan-kawasan sekitaran Alam Melayu seperti di Jawa, Banjar, Riau, Pattani, Terengganu, Kelantan dan lain-lain.

Perkembangan Bahasa Dan Penulisan

Kedatangan Islam ke Alam Melayu juga telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu dengan cara membentuk para penggunanya menuturkan perkara-perkara yang bersifat ilmiah, membicarakan persoalan metafizik, falsafah dan saintifik. Isu-isu sebegini sukar didapati sebelum kedatangan Islam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perantaraan dan bahasa ilmu di kawasan Alam Melayu sekitar abad ke-15 M hingga ke-17 M. Melaka contohnya sebagai sebuah pelabuhan antara bangsa ketika itu dikunjungi oleh para pedagang dan pendakwah dari pelbagai negara di dunia, bahasa Melayu diguna pakai dalam pertuturan oleh berbagai bangsa yang datang dan berurusan di pelabuhan tersebut. Malah bahasa ini dikatakan telah menjadi salah satu bahasa umat Islam yang tertinggi bilangan penggunanya. Ia menjadi bahasa rasmi kepada lebih daripada seratus juta umat manusia di Alam Melayu iaitu sebagai bahasa “lingua franca“ di rantau ini.

Suatu hal yang sangat penting diberi tumpuan ialah aspek tulisannya. Kedatangan Islam di rantau ini telah memperkenalkan tulisan jawi dalam bahasa Melayu, tulisan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan tulisan atau huruf Arab sebagai bahasa al-Qur’an dan huruf Parsi. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu bertulisan jawi tersebut maka bermulalah perkembangan sastera tulisan, sedangkan sebelumnya cuma terdapat sastera lisan sahaja. Dengan itu, fungsi penulisan dan kesusasteraan telah bertukar daripada konsep berhibur semata-mata kepada pendidikan keilmuan.

Apa yang jelas bahawa zaman kebangkitan kuasa Kesultanan Melayu Islam di Alam Melayu, isu-isu yang diberi tumpuan dalam penulisan Melayu berkisar dalam tiga tema utama. Pertama, karya yang bertemakan tasawwuf dan falsafah, seperti hasil karya Hamzah al-Fansuri. Kedua, karya kesusasteraan yang berbentuk keagamaan dan ketatanegaraan, seperti hasil karya Nuruddin al-Raniri, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Ketiga, kisah-kisah lagenda Islam seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan lain-lain. Tema-tema yang dikemukakan ini membezakan pendekatan sebelumnya yang membicarakan tentang dewa-dewa dari pengaruh Hindu-Buddha.

Malah ketokohan Hamzah al-Fansuri dalam bidang penulisan sangat ketara sehingga dapat mewarnai alam intelektual di rantau ini. Mungkin kerana sifat-sifat intelektualisme yang begitu menonjol dalam karya-karyanya itulah yang menyebabkan Prof. Syed Muhamad Naquib al-Attas meletakkannya sebagai “Bapa Sastera Melayu Moden” dan sekaligus sebagai pelopor syair Melayu. Berikutan itu, perkara yang paling penting di sini ialah mengenai bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa pengucapan intelektual, dengan abjad Arab (Jawi) sebagai media tulisannya. Hasil dari kegiatan intelektualisme inilah bermulanya detik pembangunan rasionalisme yang tidak pernah berlaku di manamanapun sebelumnya di Alam Melayu. Zaman ini juga telah membawa perubahan pada pandangan hidup dan dasar kebudayaannya serta mengubahnya dari dasar estetik kepada dasar saintifik.

Penutup

Kesimpulan dari paparan di atas, jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan yang besar dan meluas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan Islam di kalangan mereka secara berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan bermaruah.

Keadaan tersebut berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik di kalangan individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan Islam telah membawa perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat Alam Melayu seperti akidah atau agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun, masih terdapat sebahagian bentuk budaya atau adat dari pengaruh Hindu sebelumnya diamalkan seperti adat bersanding dalam majlis perkahwinan dan lain-lain.

Monday, September 6, 2010

Tidak salah pelajar IPTA berpolitik

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, menegaskan beliau masih berpendirian bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu diberi kebenaran berpolitik, sama seperti rakan mereka di luar negara.

“Sekiranya pelajar kita di luar negara, termasuk di United Kingdom dan Amerika Syarikat, dibenarkan berpolitik dengan menyertai Kelab UMNO di sana, mengapa ada sekatan terhadap pelajar kita di sini?

“Saya tidak nampak sebarang masalah untuk membenar pelajar di negara ini menyertai politik, sebab ini akan menjadikan mereka lebih terbuka dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran setelah meninggalkan kampus nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO diminta mengulas isu terkini yang masih hangat mengenai keputusan kerajaan tidak membenarkan pelajar IPT di negara ini melibatkan diri dalam politik.

Saifuddin sebelum ini dalam satu kertas yang dibentangkan kepada MT UMNO mencadangkan kebenaran berpolitik kepada pelajar berikutan keputusan kerajaan membenar guru siswazah menyertai parti politik.

Walaupun keputusan telah dibuat oleh kerajaan mengenai larangan berpolitik ke atas pelajar, banyak pihak termasuk Pemuda BN bersetuju dengan cadangan Saifuddin. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri berkata beliau sentiasa bersikap terbuka untuk membincangkan perkara tersebut.

Beliau tidak mengharapkan kabinet merubah keputusan ini serta merta, tetapi mengharapkan perbincangan mengenai perkara ini diteruskan dengan ilmiah dan bijaksana.

Tanpa emosional beliau sedia menerima pandangan dari mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, asalkan pandangan itu mempunyai asas dan tidak dibuat hanya untuk tidak bersetuju.

Katanya, penglibatan pelajar dalam politik bukan perkara baru, dan beliau mempunyai contoh tokoh-tokoh terkenal negara yang memulakan kegiatan politik semasa menuntut.

“Perdana Menteri kedua kita, Tun Abdul Razak adalah pelajar cemerlang di bidang undang-undang ketika menuntut di London, dan beliau ketika belajar di sana telah menyertai parti Buruh UK.

“Seperti yang disebut dalam laman web Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun adalah seorang pemimpin Kesatuan Melayu UK, dan menubuhkan sebuah organisasi untuk pelajar Melayu membincangkan isu-isu politik negara,” katanya.

Syair Burung Unggas by Hamzah Fansuri,

Unggas itu yang amat burhana,
Daimnya nantiasa di dalam astana,
Tempatnya bermain di Bukit Tursina,
Majnun dan Laila adalah disana.

Unggas itu bukannya nuri,
Berbunyi ia syahdu kala hari,
Bermain tamasya pada segala negeri,
Demikianlah murad insan sirri.

Unggas itu bukannya balam,
Nantiasa berbunyi siang dan malam,
Tempatnya bermain pada segala alam,
Disanalah tamasya melihat ragam.

Unggas tahu berkata-kata,
Sarangnya di padang rata,
Tempat bermain pada segala anggota,
Ada yang bersalahan ada yang sekata.

Unggas itu terlalu indah,
Olehnya banyak ragam dan ulah,
Tempatnya bermain di dalam Ka’bah,
Pada Bukit Arafat kesudahan musyahadah.

Unggas itu bukannya meuraka,
Nantiasa bermain di dalam surga,
Kenyataan mukjizat tidur dan jaga,
Itulah wujud meliputi rangka.

Unggas itu terlalu pingai,
Nantiasa main dalam mahligai,
Rupanya elok sempurna bisai,
Menyamarkan diri pada sekalian sagai.

Unggas itu bukannya gagak,
Bunyinya terlalu sangat galak,
Tempatnya tamasya pada sekalian awak,
Itulah wujud menyatakan kehendak.

Unggas itu bukannya bayan,
Nantiasa berbunyi pada sekalian aiyan,
Tempatnya tamasya pada sekalian kawan,
Itulah wujud menyatakan kelakuan.

Unggas itu bukannya burung,
Nantiasa berbunyi di dalam tanglung,
Tempat tamasya pada sekalian lurung,
Itulah wujud menyatakan Tulung.

Unggas itu bukannya Baghdadi,
Nantiasa berbunyi di dalam jawadi,
Tempatnya tamasya pada sekalian fuadi,
Itulah wujud menyatakan ahli.

Unggas itu yang wiruh angkasamu,
Nantiasa asyik tiada kala jemu,
Menjadi dagang lagi ia jamu,
Ialah wujud menyatakan ilmu.

Thairul aryani unggas sulthani,
Bangsanya nurur-Rahmani,
Tasbihatal’lah subhani,
Gila dan mabuk akan Rabbani.

Unggas itu terlalu pingai,
Warnanya terlalu terlalu bisai,
Rumahnya tiada berbidai,
Dudujnya daim di balik tirai.

Putihnya terlalu suci,
Daulahnya itu bernama ruhi,
Milatnya terlalu sufi,
Mushafnya bersurat kufi.

Arasy Allah akan pangkalnya,
Janibul’lah akan tolannya,
Baitul’lah akan sangkarnya,
Menghadap Tuhan dengan sopannya.

Sufinya bukannya kain,
Fi Mekkah daim bermain,
Ilmunya lahir dan batin,
Menyembah Allah terlalu rajin.

Kitab Allah dipersandangkannya,
Ghaibul’lah akan pandangnya,
Alam Lahut akan kandangnya,
Pada ghairah Huwa tempat pandangnya.

Zikrul’lah kiri kanannya,
Fikrul’lah rupa bunyinya,
Syurbah tauhid akan minumnya,
Dalam bertemu dengan Tuhannya.

Sunday, September 5, 2010

Salam Ramadan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri - Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.

Kepada semua muslimin dan muslimat Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempena kehadiran shawal tidak berapa lama lagi saya pohon kemaafan daripada hujung rambut diumbun-umbun sehinggalah ke hujung jari kaki kepada pembaca sekalian jika terdapat tulisan didalam blog saya ini mengguris hati dan perasaan Tuan/Puan dan saudara/saudari sekelian. Kepada semua warga UiTM berhati-hati dijalan raya semasa balik kampung nanti. Semoga ramadan dan syawal tahun ini menjadi yang terbaik daripada ramadan dan syawal yang sebelumnya.

Ya Allah....Aku telah banyak berbuat dosa.

1.Dosaku semasa muda dan remaja.

2.Dosaku kepada Ayahanda dan bonda,aku banyak lalai,aku sering menyakiti mereka,menyusahkan dan membuat mereka menangis.

3.Aku pernah berdosa kepada isteriku dan kepada anakku.

4.Aku berdosa pernah lalai meninggalkan shalat yg lima waktu.

5.Aku berdosa ,karena kurang dalam bersyukur.

6.Aku berdosa pernah menyakiti dan mengecewakan orang lain.

7.Aku masih terlalu kedekut dalam bersedeqah.

8.Aku masih kurang khusyuk dalam beribadah.

9.Aku masih kurang ikhlas dalam beramal dan ucapanku belum bersih suci.

10.Aku belum mampu melunaskan hutang piutang puasaku...ya Allah...

11.Bahkan zakatku masih ada yg tertinggal dan terlupakan..

12.Hatiku masih ternoda & tindakanku masih ada yg menyimpang.

13.Masih ada iri & dengki di hatiku & masih terlalu terlena dgn pujian.

14.Masih ada kesombongan dalam hatiku.

15.Masih ada rasa putus asa dalam menerima takdir-Mu.

16.Masih terlalu cinta kepada dunia daripada cinta kepada-Mu.

Ya Allah..Ampunilah aku. Bersihkanlah segala kesalahanku. Terimalah shalatku, puasaku, ruku' dan sujudku, duduk dan rebahku, amal ibadahku dan sempurnakanlah apa yg aku lakukan selama shalat ya Allah. Aku memohon hanya kepada-Mu, aku datang hanya untuk-Mu.

Di bulan Ramadhan yang Mulia ini dan diambang kehadiran shawal, kabulkanlah semua doa-doaku ya Allah.. Berilah aku kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat nanti, juga terhindar dari api neraka.Masukanlah aku kedalam surga-Mu ya Allah, bersama orang-orang yg berbuat kesejahteraan. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun dan Tuhan yg menguasai seluruh alam.

Aamin...ya Robbal 'alaamiin.

Konsep Iklan Aidilfitri 2010 TV3 Malaysia Bertentangan Dengan Falsafah Aidilfitri

Saya menonton iklan aidilfitri 2010 TV3 Malaysia semalam melalui post seorang rakan Facebook. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya selepas menonton iklan tersebut ialah kenapa konsep iklan ini pelik dan lain macam sangat.? apakah konsep aidilfitri yang hendak ditonjolkan?

Sekali pandang ia macam mahu menonjolkan konsep ala-ala 1Malaysia, iklan itu mengabungkan Islam, kristian, buddha dan hindu sebagai objek siaran melalui simbol-simbol tertentu. Mungkin TV3 ingin dan cuba menengahkan konsep 'satu Malaysia baru' melalui iklan tersebut. TETAPI pada pandangan saya, perkara yang perlu dan patutnya ditonjolkan ialah konsep aidilfitri yang menandakan hari kemenangan bagi umat islam setelah mengaut segala laba kebajikan disepanjang ramadan al mubarak.

Hari kita mencari persamaan dan bermaaf-maafan untuk mengukuhkan lagi ukuhuwah dan perpaduan. Saya berharap sesuatu dilakukan oleh TV3 terhadap iklan tersebut kerana ia boleh menghambarkan mode aidilfitri rakyat Malaysia selepas menonton iklan tersebut. Gantikan dengan iklan yang lebih sesuai dan selaras dengan budaya rakyat Malaysia, melayu dan Islam.


Wednesday, September 1, 2010

20 Usul oleh Imam Hassan Al-Banna - Titik Pertemuan Penyatuan Ummah

ASAS PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh, syumul sifatnya, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah cara hidup, ia adalah negara bagi pemerintah, rahmat bagi ummat dan rahmah bagi ummah. Ia adalah akhlak, amalan, kesejahteraan dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

ASAS KEDUA:

Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai. Segalanya bersalasilah.

ASAS KETIGA:

Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya, manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum dan nas syariat.

ASAS KEEMPAT

Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang perlu disekat, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w).

ASAS KELIMA:

Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat. Taabud (pengabdian) adalah menjadi asas kepada ibadat dengan tidak melihat kepada rahsia, hikmat dan tujuan ibadat tersebut.

ASAS KEENAM:

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

ASAS KETUJUH:

Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), sayugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau meyempurnakan ilmunya hingga mencapai peringkat nazar.

ASAS KELAPAN:

Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan) dalam masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

ASAS KESEMBILAN:

Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku dengan membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan jalan keluar.

ASAS KESEPULUH:

Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat.

Firman Allah:

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ آُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَ

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. (S 3:7)

ASAS KESEBELAS:

Semua bidaah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan, ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

ASAS KEDUABELAS:

Bidaah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

ASAS KETIGABELAS:

Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub (menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firmanNya:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَآَانُواْ يَتَّقُونَ

“Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63)

Keramat berlaku kepada mereka dengan syarat-syarat yang telah ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.

ASAS KEEMPATBELAS:

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dan Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara-perkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib dijauhi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca-punca kemungkaran.

ASAS KELIMABELAS:

Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah

ASAS KEENAMBELAS

Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah makna-makna lafazlafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz-lafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang berikan.

ASAS KETUJUHBELAS:

Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.

ASAS KELAPANBELAS:

Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.

ASAS KESEMBILANBELAS:

Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya.

ASAS KEDUAPULUH:

Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian Al-Quran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan Al-Quran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

(Sumber rujukan:Principles of Hassan al-Banna)

Monday, August 30, 2010

http://hariswanindra.blogspot.com - Sumber informasi agama maya

Blog ini bukanlah sangat sempurna, banyak penambahbaikan yang perlu dilaksanakan, justeru, dikesempatan ini kami mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang mungkin dirasakan, para pembaca digalakkan untuk memberikan koreksi, kritik, saran, dan hal-hal lain yang pada dasarnya menjadikan blog ini lebih baik dan lebih bermanfaat bagi kita semua.

(Sumber Rujukan : http://hariswanindra.blogspot.com/2010/04/tentang-blog-ini.html)

Wednesday, August 25, 2010

Jawatankuasa Telekomunikasi UiTM akan dimansuhkan - Pendaftar UiTM

Jawatankuasa Telekomunikasi UiTM yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal telefon yang dipengerusikan oleh Pendaftar UiTM akan dimansuhkan dan diserapkan dibawah tanggungjawab Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Fasiliti dan ICT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengguna dan Penilai Komputer, Prof. Dr. Ir. Abdul Rahman Omar.

Pendaftar UiTM berpendapat adalah wajar semua hal ehwal komunikasi diserapkan kepada Penolong Naib Canselor kerana UiTM dalam proses mengamalkan dan melaksanakan pengurusan komunikasi secara moden dimana voice, video dan data digabungkan dan dikawalselia oleh Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Fasiliti dan ICT).

Kemudahan seperti VoIP, tele-sidang dan unified communication akan digunapakai dalam sistem telekomunikasi UiTM pada tahun ini juga. Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Universiti yang akan bersidang dalam masa terdekat.

Tuesday, August 24, 2010

"Jangan Beritahu Keluarga Saya..Saya Takut Keluarga Risau Pasal Saya" - Mahasiswa NR UiTM Terlibat Dengan Kemalangan Jalanraya Di Seksyen 7

23 Ogos 2010 Seksyen 7, Shah Alam sekitar jam 9.30 malam berhampiran stesyen minyak Shell, seorang mahasiswa NR UiTM terlibat dengan kemalangan jalanraya apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar sebuah kereta yang sedang membuat pusingan U disitu. Mahasiswa tersebut dalam perjalanan balik ke rumah sewa beliau di Padang Jawa selepas menghadiri kuliah secara sukarela untuk menambahbaik penguasaan bahasa inggeris di UiTM. Mahasiswa tersebut mengalami kecederaan yang serius dibahagian peha dan siku. Seorang orang awam yang melalui kawasan kemalangan tersebut terpaksa menggunakan teksi untuk membawa mahasiswa tersebut ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC) bagi mendapatkan rawatan segera untuk menyelamatkan beliau kerana beliau mengalami perdarahan yang agak teruk. Di DEMC pihak pusat perubatan tersebut hanya bertindak menghentikan perdarahan dan memberikan drip untuk menenangkan mahasiswa terbabit.

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Misnun, Ahli Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Baiduri seksyen 7, sekitar jam 10.10 malam dan bergegas ke DEMC untuk melihat sendiri keadaan dan kecederaan yang dialami oleh mahasiswa tersebut. Setibanya saya di DEMC, mahasiswa tersebut berada dalam keadaan stabil. Saya bertemu doktor yang merawat mahasiswa tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau keadaan mahasiswa tersebut. Saya difahamkan oleh doktor bertugas tiada kepatahan berlaku dan hanya terdapat kecederaan yang melibat perdarahan yang serius dibahagian paha dan siku. Kos rawatan seterusnya jika ingin mendapatkan rawatan di situ dianggarkan RM 5,000.00, memandangkan kos tersebut terlalu tinggi, mahasiswa tersebut tidak mampu mendapatkan rawatan di situ. Saya mengambil inisiatif untuk menghantar mahasiswa terbabit ke Hospital Ampuan Rahiman Klang dengan ambulan UiTM. Saya bersama En. Misnun dan En. Ismail mengekori ambulan tersebut daripada belakang, sebelum bertolak ke Hospital Klang, mahasiswa daripada fakulti mekanikal itu sebab bertemu dengan rakan serumah beliau untuk membantu beliau menguruskan motosikal beliau yg terlibat dgn kemalangan itu.

Sunday, August 22, 2010

Ulamak Tempatan - Pak Kiyai Hj Kamaruddin

Latarbelakang

Nama asal beliau ialah Mat Sirat bin Hj Husin dan dilahirkan di Kampung Meru pada tahun 1926 dan meninggal pada tahun 2008. Beliau lebih dikenali dengan Kiyai Haji Kamarudin oleh penduduk kampung. Nama ini diberi setelah beliau balik dari menunaikan ibadah haji, maka untuk mengambil berkat dari tanah suci Mekah nama asal beliau ditukar menjadi Haji Kamaruddin. Pak kiyai mempunyai dua orang isteri yang pertama bernama Amnah binti Haji Omar yang dikurniakan 2 orang anak dan isteri kedua bernama Siti Aisyah binti Haji Ahmad dan dikurniakan 7 orang anak.

Pendidikan awal.

Pada peringkat awal pak kiyai bersekolah di Sekolah Rendah Sg. Binjai dan tamat belajar hingga darjah 5. Setelah itu, beliau belajar di sekolah Meru pekan di masjid Meru. Pada waktu itu masjid Meru merupakan masjid jamek yang menjadi pusat ibadah dan tarbiyah. Ramai di kalangan ulamak-ulamak tempatan yang membuka halaqah pengajian di sudut-sudut masjid menyampaikan ilmunya melalui sistem pengajian berkitab hingga khatam satu buku. Guru yang menyampaikan ilmunya adalah mereka yang diiktiraf ilmu agamanya oleh masyarakat kampung.

Kiyai Fakeh salah seorang guru yang mengajar pak kiyai kamaruddin di halakah masjid sebelum beliau menyambung pelajaran ke Indonesia. Pada tahun 40an sebelum penjajahan Jepun ke Tanah Melayu beliau berhijrah ke Indonesia belajar di pondok salaf di Kediri Jawa Timur. Pada peringkat awal pak kiyai pergi menuntut ilmu di pondok bersama abang beliau Haji Samsul Alam, Haji Salahuddin, abang kepada Imam Hambali dan anak buah beliau Haji Maksum. Seorang dari beliau, Haji Maksum setelah belajar di sana beliau terus menetap di Jawa Timur Indonesia. Selain di pondok kediri, pak kiyai juga belajar di pondok Tebu Ireng yang merupakan pondok salaf tertua di Indonesia dan pondok di Jombang.

Menurut Imam Hambali yang merupakan anak buah pak kiyai bahawa Kiyai Kamarudin juga pernah berguru kepada Kiyai Wahid seorang ulamak terkenal di Indonesia yang hampir menyamai taraf wali dan salah seorang perintis gerakan islam di Indonesia Nahdatul Ulama. Kiyai Wahid merupakan bapa kepada bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid (Gusdur).

Menabur bakti

Pada tahun 1950, pak kiyai kembali ke Tanah Melayu. Setahun selepas itu, beliau mengajar di Sekolah Agama Meru Pekan sebagai guru agama kumpulan B. Ketika itu guru Sekolah Agama Meru Pekan dibahagi menjadi dua. Kumpulan A adalah yang berkelulusan sekolah Arab manakala kumpulan B dari kalangan guru agama biasa. Atas penguasaan ilmu agama yang luas pak kiyai diberi amanah menjadi guru agama kumpulan A, seterusnya menjadi guru besar di sekolah tersebut. Pak kiyai juga dipilih oleh JAIS sebagai tenaga pengajar kelas guru-guru agama dalam bidang tauhid di daerah Klang bagi mereka yang belum mendapatkan tauliah mengajar di sekolah agama. Setelah beliau bersara sebagai guru besar beliau dilantik oleh pejabat agama sebagai Imam juru nikah. Di samping itu, pak kiyai juga menjadikan rumahnya sebagai pondok pengajian yang dibuka kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu agama pada setiap pagi hari Rabu.

Murid beliau yang belajar terdiri dari pelbagai peringkat dari kalangan muda mudi hingga orang tua dari berbagai tempat seperti Kampung Delek, Jalan Kebun dan lain-lain tempat lagi. Jiwanya yang lembut dan sifatnya yang tidak pernah marah amat disayangi dan disegani oleh murid-murid beliau. Selain itu, pak kiyai juga mengajar di surau-surau di kampung Meru, Shah Alam hingga ke kawasan Subang Jaya. Penghormatan yang tinggi diberikan oleh masyarakat Meru sebagai seorang alim ulamak tempatan apabila pak kiyai diminta halaqah mengajian di masjid Meru seterusnya beliau dilantik menjadi imam, khotib dan penasihat agama di masjid jamek As-Syarif Meru. Pak kiyai cukup mahir dan arif dalam mensyarah kitab Tafsir Jalalain, Fiqh Syafie Kifayatul Akhyar serta hafal dan menguasai Matan Alfiah (kitab tatabahasa arab yang memiliki seribu kaedah tatabahasa).

Menurut beberapa orang murid pak kiyai semasa beliau belajar di Indonesia beliau dikenali sebagai orang Singapura oleh guru dan kawan-kawan pak kiyai di pondok. Beliau sering menggantikan tempat mengajar gurunya ketika gurunya tidak dapat hadir dalam kelas pengajian talaqi semasa di pondok.

Keperibadiannya

Pak kiyai juga seorang yang istiqomah dalam menjalankan amalan sunah-sunah dan banyak menghabiskan masa tuanya dengan berzikir dan menyampaikan ilmunya pada masyarakat tempatan. Pak kiyai seorang yang berjiwa besar bergerak menyebarkan ajaran islam yang sebenar kepada masyarakat terutama penduduk kampung Meru. Beliau sentiasa bermuzakarah bersama teman-teman seperjuangannya seperti kiyai Munawwir, kiyai Kassim, kiyai Temyati, kiyai Darus dan imam Hambali dalam penyebaran dakwah terutama perkara-perkara adat yang banyak bertentangan dengan ajaran islam. Begitulah perjuangan seorang ulamak dalam menyebarkan ajaran islam. Setiap titisan keringan yang keluar dari tubuhnya hanya semata-mata untuk menjadikan penduduk Meru ini mengenal Allah dan RasulNya tanpa meminta habuan dunia dari mana-mana pihak. Perjuangan mereka adalah iklas, niat mereka adalah telus dan langkah mereka adalah mencari keredhoan Allah. Semoga Allah swt mencucuri rahmat perjuangan pak kiyai dan digolongkan diantara penghuni syurga Allah

Friday, August 20, 2010

Hamzah Fansuri: Pujangga Sufi Agung Melayu

Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat iaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi.

Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri. Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu.

Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya- karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin. Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.

Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan,awal abad ke-13. Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.

Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Pe r h i asan Sekalian Orang yang Mengesakan). Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.

Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh, pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.

Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama. Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang,besar Barat seperti St. Augustinom(354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton(1608-1674), Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya. Pengiktirafan tersebut Hamzah Fansuri diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu.

Tok Kenali - Tokoh Besar Ulama Kelantan Yang Dikenali Ramai

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al- Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyambung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.

Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah. Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.

Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan menatap kkitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.

Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani. Kepada Guru inilah Tuk Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Disamping itu, terdapat beberapa orang guru dari patani dan indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tuk kenali disamping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.

Dalam tahun 1904M, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Encik Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Hj. Ismail Patani. Garis-garis kasar lawatan ini adalah menunjukkan bahawa lawatan beliau ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Kahirah.

Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah. Murid-murid dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.

Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.

Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iaitu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab.

Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.

Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan suatu penyakit di kakinya. Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi;

“ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dengan dukacita. Innalillaahi wa
innaa ilaihi raaji’uun:.

“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala. Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamanya bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat. Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.

Peribadi dan Sifat-sifat Utama

Tuk kenali bukan hanya terkenal sebagai salah seorang ulamak besar sahaja, malah terkenal pula sebagai tokoh yang mempunyai sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara sifat-sifat utama yang berguna untuk menjadi teladan kepada masyarakat islam. Antara si fat-sifat tersebut ialah:

a) Sangat menghormati dan memuliai ibu

b) Pemurah, suka menderma terutamanya kepada fakir miskin dan anak-anak.

c) Seorang yang sabar, tidak lekas marah.

d) Suka berjalan kaki sahaja sebagai suatu langkah latihan melenyapkan perasaan sombong, bongkak dan megah.

e) mengamalkan hidup berdikari. Beliau membeli sendiri di pasar.

f) suka membaca dan menatap, baik buku-buku atau majalah-majalah di mana-mana sahaja beliau berada.

g) Suka beriktikaf di masjid, manakala tidur kerap berbantalkan lengan.

h) pakaian beliau amat sederhana.

Sebenarnya Tuk kenali ialah seorang “wali” atau seorang sufi disebabkan berlaku perkara luar biasa pada dirinya dan tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup yang berlebihan. Tambahan pula memandang makhluk-makhluk lain dengan pandangan yang penuh bertimbang rasa dan kasihan belas.