Thursday, October 30, 2008

Mahasiswa Non-Resident Kemalangan Dalam Kawasan UiTM, Shah Alam.

Saya menerima panggilan telefon daripada En. Zul memaklumkan bahawa seorang mahasiswa NR kemalangan jalanraya didalam kawasan UiTM berhampiran Bangunan Annex FTMSK, berhadapan Klinik Pergigian, Fakulti Pergigian sekitar jam 11.50 pm. Saya bergegas ke tempat kejadian dan sampai dilokasi kejadian 10 minit kemudian. Sebaik sahaja tiba disitu, ambulan UiTM telah sampai lebih awal dan mula bergerak ke Hospital Ampuan Rahimah Klang untuk membawa mangsa kemalangan tersebut.

Saya turut serta bersama En. Khairuddin, pemandu ambulan, menghantar mahasiswa terlibat ke hospital, mangsa mengalami luka-luka dan terdapat banyak perdarahan pada bahagian badan yang tergesel diatas permukaan jalan. Maklumbalas semasa berbual dengan mangsa dalam ambulan, beliau berasa sakit dibahagian belakang dan tangan. Dalam perjalanan ke hospital En. Khairuddin mengaktifkan siren dan kami bergerak selaju mungkin ke hospital kelang.

Sebaik sahaja tiba dikaunter kecemasan, saya terus membuat mendaftar dikaunter A. Mangsa terus dibawa ke zon kuning untuk menerima rawatan lanjut. Selepas melalui pemeriksaan doktor, mangsa dihantar ke unit radiologi untuk menjalani x-ray dibahagian dada dan tulang belakang. Saya sempat berbual dan berkenalan dengan doktor yang bertugas yang merawat mangsa. Hasil pemeriksaan filem x-ray tiada kecederaan serius yang melibatkan kepatahan atau kecederaan dalaman, mangsa hanya mengalami kecederaan fizikal sahaja. Seterusnya mangsa dibawa ke bilik prosedur untuk menjalani rawatan membersihkan dan membalut bahagian badan yang cedera dan luka. Sebaik sahaja selesai, mahasiswa tersebut dibenarkan pulang dan menerima rawatan susulan di Pusat Kesihatan UiTM kemudian. Semuanya selesai pada jam 2.30 pagi. Saya mengambil semua maklumat mahasiswa tersebut untuk tujuan rekod dan laporan saya kepada pihak HEP.

Nasihat saya kepada semua mahasiswa UiTM berhati-hatilah ketika memandu atau membonceng motosikal samada di dalam atau diluar UiTM. Tambahan pula, diwaktu peperiksaan akhir hampir menjelang. Jangan kerana kelalaian anda menyebabkan anda terpaksa extand satu semester.

Tuesday, October 28, 2008

Projek Pembinaan Klinik Pakar, Asrama Pelajar dan Dewan Serbaguna Fakulti Perubatan UiTM di Selayang

Asrama yang akan menempatkan mahasiswa Fakulti Perubatan UiTM

Dewan Serbaguna Fakulti Perubatan, UiTM, di Selayang.

Pemandangan Bangunan asrama dan Dewan Serbaguna

Padang Permainan untuk berekreasi

Asrama yang tersergam indah

Pada hari ini saya menghadiri mesyuarat penyerahan tapak kepada UiTM fasa 1 bagi projek pembinaan klinik pakar Fakulti Perubatan di selayang, mesyuarat tersebut bermula daripada pagi sehingga lewat tengahari.

Lokasi projek ini bersebelahan dengan hospital selayang, kira-kira 500 meter daripada pintu masuk utama hospital tersebut. Disinilah mahasiswa Fakulti Perubatan UiTM akan menginap dan menjalani latihan praktikal di Hospital Selayang selama mereka belajar di UiTM.

Saya kagum cara dekan fakulti perubatan, Prof. Dato' Dr. Khalid Yusof berfikir, beliau memahami keperluan fitrah kemanusiaan para pelajarnya, buat pertama kali dalam sejarah UiTM, terdapat asrama kelamin yang menempatkan mahasiswa yang telah berkahwin. Disini juga visiting professor akan menginap selama mereka berada di UiTM, disini juga terdapat rumah yang akan didiami oleh follow asrama dan pegawai penting. Seluruh asrama ini mempunyai wifi coverage untuk membolehkan semua penguni asrama akses kepada internet.

Dalam fasa pertama ini, bangunan yang akan diserahkan kepada UiTM hanyalah asrama dan dewan serbaguna. Dijangkakan Fakulti Perubatan akan mula menggunakan keseluruhan bangunan ini selewat-lewatnya Januari 2010. Era baru Fakulti Perubatan UiTM telah bermula di Selayang.

Monday, October 27, 2008

Berperananlah Dalam Hidup - Mahasiswa Perlu Menjadi Agen Pembangunan Masyarakat

Sebagai mahasiswa anda mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan mempunyai kedudukan di alam ini kerana anda daripada kategori orang yang berilmu. Orang yang cerdik, orang yang pandai dan orang yang bijaksana, justeru itu, sewajarnya anda turut serta dan berperanan di dalam usaha memakmurkan bumi dan membangunkan kehidupan umat sesuai dengan ilmu yang anda miliki.

Jangan letakan diri saudara dan saudari ke lembah kehinaan dengan menjadi makhluk yang hidup sehariannya hanyalah berhibur, makan, minum dan tidur tanpa memberi manfaat kepada orang lain, malahan menyusahkan orang lain pula. Jauhkan diri anda daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti menghabiskan masa dipusat-pusat hiburan seperti disko, night club dan sebagainya, elakan juga diri saudara dan saudari daripada menghampiri najis dadah. Jauhkan diri anda daripada mengambil minuman keras.

Saya menyeru semua mahasiswa UiTM untuk sama-sama membina masa depan bangsa melayu yang lebih gemilang, bangsa kita sedang berhadapan dengan krisis identiti, masalah kepimpinan, ketidakstabilan politik dan ketidaktentuan masa depan. Jangan leka dan lena dibuai mimpi-mimpi indah semalam kerana hari esok masih belum menjamin kebahagiaan kita.

Saturday, October 25, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Kepada Semua Mahasiswa UiTM...!

Dua minggu lagi semua mahasiswa UiTM akan mula menghadapi peperiksaan akhir. Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk dalam kehidupan mahasiswa kerana pelbagai tugasan akhir, ujian (test), projek akhir dan sebagainya. Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua mahasiswa UiTM. Semoga kecemerlangan sentiasa bersama anda dan anda berjaya dengan jayanya menghadapi peperiksaan akhir kali ini.

Saya juga ingin menyarankan kepada semua mahasiswa/i untuk memohon ampun dan maaf kepada ayahanda dan bonda masing-masing, terhadap sebarang kesalahan dan dosa yang anda lakukan kepada mereka sebelum menghadapi peperiksaan akhir, ambillah peluang cuti peperiksaan untuk balik ke kampung dan bertemu dengan ayahanda dan bonda, mohon ampun dan maaf, cium tangan mereka, mohon mereka mendoakan kejayaan anda, dapatkan restu ayahanda dan bonda sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Insyaallah..berkat doa restu ayahanda dan bonda, anda akan berjaya menghadapi peperiksaan kali ini.

Thursday, October 23, 2008

Sang Serangga Si Semut - Mereka Bersatu Membina Kejayaan...!

Dihadapan rumah saya di kolej delima 3 terdapat 4 batang pokok rambutan, semua pokok rambutan ini akan berbuah bila sampai musimnya, apabila sampai musim berbuah, ia akan menjadi pusat perkumpulan monyet yang tidak diundang, tupai akan berkejar-kejaran mencari makanan diatas dahan dan rimbunan daun pokok rambutan tersebut. Sekarang semua pokok rambutan tersebut sudah mula berbunga dan ada beberapa dahan telah mula berputik dan berbuah, ada juga yang sudah mula masak dan berwarna kekuning-kuningan sebab rambutan tersebut dari jenis rambutan kuning bila masak.

Saya melihat deretan semut hitam yang melalui dahan pokok tersebut sehingga ke pangkal pokok rambutan dan deretan semut itu terus melalui laluan di atas tanah, saya menjejaki laluan deretan semut itu sehingga sampai ke sarangnya, setiap kali sang semut bertemu kawannya yang melalui laluan tersebut, mereka seolah-olah memberi salam, semacam ada komunikasi diantara mereka, didalam sarang terdapat semut yang lebih besar saiznya dan bersayap, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing, tiada rehat, mereka terus berkerja, ada yang mengangkut makanan, ada yang terus berjalan, ada yang mengigit makanan dan pelbagai aktiviti sang semut didalam sarangnya.

Pengajaran terbesar yang saya dapat saksikan daripada kumpulan semut hitam ini ialah komitmen dan sikap sang semut dengan semut-semut yang lain. Semut sentiasa berusaha secara terus menerus untuk berjaya dan mendapatkan apa yang diinginkan, ia merangkak diatas dahan, kemudian terjatuh, namun ia tetap berusaha untuk bangun dan berusaha merangkak kembali di atas dahan tersebut, dan terus berjalan lagi tanpa mengenal lelah, jemu dan bosan. Apabila laluan tersebut terhalang, maka semut akan berusaha lalu ke kiri dan ke kanan, namun jika ia mendapat kesukaran, sang semut akan memanjat objek yang menghalang laluannya, mereka terus berusaha, sehingga akhirnya berjaya sampai ke sarangnya semula.

Teladan yang boleh diambil daripada peristiwa ini ialah ketabahan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal erti lelah dan bosan. Semut tidak menoleh ke belakang, sekali ia bergerak kehadapan, ia akan terus kehadapan sehingga matlamatnya tercapai.

Saya menyeru semua mahasiswa UiTM untuk mencontohi semut dalam perjalanan saudara dan saudari menuntut ilmu di UiTM. Kalian akan menjadi mahasiswa yang berjaya jika kalian mencontohi sifat dan perangai semut.

Wednesday, October 22, 2008

Pengalaman Adalah Guru Terbaik - Masa lalu mengajar kita erti kehidupan....


Saya menerima e-mail daripada seorang sahabat lama yang telah terpisah sejak tingkatan 5, beliau mengambil inisiatif mengumpul semula rakan-rakan zaman persekolahan dahulu. E-mail tersebut menjemput saya menyertai Edwardian 81-85 yahoo group. Rupanya sudah ramai sahabat-sahabat zaman persekolahan dulu telah dikumpul oleh beliau, melalui yahoo group kami bercerita perkembangan terbaru masing-masing. Zaman sudah berubah, semua sudah jadi ayah. Sekolah KE adalah sekolah lelaki sahaja kecuali tingkatan 6, ada lelaki dan perempuan.

Pada tahun 1975 sehingga 1980 saya bersekolah di Sekolah Rendah King Edward VII(satu), Taiping, Perak, seterusnya pada tahun 1981-1986 saya bersekolah di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, Perak. Pendek kata, saya adalah Edwardian sejati. Sekolah King Edward popular dengan sukan rugbi, pada tahun 1983, saya pernah mewakili pasukan ragbi sekolah untuk pasukan bawah 15 tahun. Musuh utama kami di Perak dalam pasukan ragbi pada masa itu ialah Anderson, STAR dan MCKK.

Saya belajar dalam aliran sains semasa di tingkatan 4 dan 5, diantara cikgu yang pernah mengajar saya yang masih saya ingat ialah cikgu Razak, beliau mengajar matapelajaran FIZIK. Cikgu Mat Zain, beliau mengajar matapelajaran KIMIA, Mr. Lee Yoke Beng, beliau mengajar BIOLOGI, Mr. Chia beliau mengajar MATEMATIK MODEN & MATEMATIK TAMBAHAN. Jasa mereka tidak akan saya lupakan. Ada lagi cikgu-cikgu lain tapi nama mereka sudah pudar dalam memori tapi rupa mereka saya masih segar dalam ingat lagi.

Masa lalu adalah guru yang terbaik, kerana ia merupakan suatu pengalaman yang dialami sendiri oleh kita yang pernah melaluinya, ia juga menjadi penyumbang satu nilai pengajaran, walaubagaimanapun ia hanya bermanfaat kepada mereka yang menggunakan akal dan mahu berfikir terhadap sebarang pengalaman yang kita lalui. Justeru itu, kita seharusnya menggunakan masa sekarang dengan berpandukan pengajaran masa lalu untuk lebih berjaya melalui esok yang masih ada.

Monday, October 20, 2008

Program Pentauliahan Profesional(3P) - Persijilan Berasaskan Indusri IT

Pagi tadi jam 10.45 pagi, saya mewakili P.M. Dr. Mat Ikram Yusof, Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) bermesyuarat bersama Jawatankuasa Perlaksana 3P di Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Mesyuarat tersebut berakhir sekitar jam 12.00 pm. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPT. Alhamdulillah kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan lagi 3P sehingga 2009, malahan ia akan dikembangkan lagi dibeberapa universiti tempatan yang lain dan disemua politeknik di seluruh negara.

Sunday, October 19, 2008

Majlis Penghargaan Kolej Delima - Sederhana Tapi Meriah

"Meja VIP - En. Ariffin Yusof, P.M Zaiton, Pn. Mazura Anuar dan Saudari Nur Haidar"

"Ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Kolej Delima"

"AJK Blok Delima 3 - Meraikan Penganugerahan Blok Terbaik"

" P.M Zaiton - Pemberian Cenderahati kepada saya"

Pada 18 Okt. 2008, bermula pada jam 8.30 pm sehingga 10.30 pm, kolej delima menganjurkan Majlis Penghargaan Kolej Delima bertempat di Dewan Serbaguna Delima dengan bertemakan Hari Raya. Majlis tersebut dirasmikan oleh Puan Mazura Anuar mamtan pengetua kolej delima. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah Program saudari Majdiah Nazurah Muzaffar Shah kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya, saya difahamkan semua persiapan bermula daripada menyusunatur meja makan, penyediaan back drop, pembikinan stage, penyediaan makanan dan minuman dan lain-lain lagi dilakukan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Delima.

TAHNIAH DAN SYABAS.....kepada semua JPK Delima yang terlibat secara langsung mengendalikan majlis tersebut.

Saturday, October 18, 2008

Majlis Rumah Separa Terbuka Sempena Menyambut Kehadiran Syawal - Pegawai Pembangunan Pelajar dan Keluarga Delima 3

Sebahagian mahasiswa FPPP yang hadir

" Tengah mengambil makanan..."

Tuan Presiden dalam senyuman.....

Prof. Madya Zaiton Endut, Pengetua Kolej Delima antara tetamu yang hadir.

Puan Wan Noraini dan keluarga antara tetamu yang turut serta

Sebahagian mahasiswi - anak murid isteri saya

Merenung kehadapan...

Pada 17 hb. Oktober 2008 bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam, saya dan keluarga mengadakan majlis rumah separa terbuka sempena kedatangan syawal. Majlis tersebut dilaksanakan secara sederhana tetapi meriah. Saya menasihat setiap mahasiswa yang bersalaman dengan saya dengan nasihat...." belajar baik-baik...".

Friday, October 17, 2008

Filem Terbitan UiTM Yang Pertama - 'WAYANG'

Filem `WAYANG’ merupakan filem pertama keluaran UiTM/IRDC dengan kerjasama FINAS. Setelah dicalonkan dalam beberapa kategori di Festival Filem Malaysia ke 21 dan telah memenangi beberapa anugerah, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik mengambil satu langkah lagi ke hadapan iaitu akan mengadakan program promosi Filem ` Wayang’ yang pertama pada 17 Oktober 2008 (Jumaat) di Dewan Seri Budiman, 29 November 2008 di GSC One Utama, Bangsar , pada 3 November 2008 mengadakan tayangan perdana di Cathay Cineleisure Damansara dan 13 November 2008 mengadakan tayangan serentak 40 pawagam di seluruh Malaysia.

Bagi warga UiTM Shah Alam , tayangan filem ini akan dibuat pada 17 Oktober 2008 bertempat di Dewan Seri Budiman. Sebanyak 2 kali tayangan akan diadakan pada jam 4.30 petang dan 8.30 malam. Tiket-tiket filem berharga RM 6.00 seorang boleh dibeli di pintu masuk dewan bermula jam 3.00 petang dan jam 7.45 malam. Tiket-tiket juga sekarang giat dijual melalui pembantu-pembantu jualan tiket yang memakai `t-shirt' berwarna jingga(oren) di sekitar Kampus UiTM dan Shah Alam. Tempahan tiket juga boleh dibuat melalui talian ; En. Azhari 0123196486, En. Harith : 0122679859, En. Mohamad Hanafiah : 019-3377627 dan pejabat no: 03-79622410.

Bagi warga kampus yang lain, tayangan seluruh negara akan diadakan serentak 40 pawagam di seluruh Malaysia. Sila layari laman web UiTM dan lihat pada ruangan `Announcement' dan klik `filem pertama terbitan UiTM.

SELAMAT MENONTON. SOKONGLAH FILEM KITA !!!

Membantu Seorang Mahasiswa Yang Terdampar Kesakitan Diserang Migrain Kronik....

Baru sebentar tadi, sekitar jam 12.15 am, saya menerima panggilan telefon daripada Jawatankuasa Penduduk Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam bahawa terdapat seorang mahasiswa UiTM dalam keadaan yang lemah dan duduk tidak bermaya dibawah blok tersebut dalam keadaan kesakitan akibat diserang migrain kronik, saya dan En. Ariffin Md. Yusof bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mahasiswa tersebut, secara kebetulan, saya dan En. Ariffin Md. Yusof sedang membuat diskusi mengenai strategi untuk merapatkan perhubungan diantara mahasiswa NR dan Pegawai Pembangunan Pelajar NR di Khalifah seksyen 3, Shah Alam. Kami sampai ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Setelah sampai dilokasi yang dimaksudkan, mahasiswa tersebut, sudah mula beransur pulih setelah beliau memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ubat tersebut dibawa oleh rakan serumah beliau yang telah sampai lebih awal daripada kami dilokasi kejadian, difahamkan mahasiswa tersebut sering diserang migrain kronik dan beliau perlu memakan ubat yang diberikan oleh doktor untuk pulih seperti biasa semula, apabila mahasiswa tersebut sudah mula berupaya berdiri, boleh bertutur dan kembali normal saya mengambil maklumat mahasiswa tersebut dan maklumat rakan serumah beliau.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah sikap tolong menolong dan ukuhuwah yang ditunjukan oleh semua rakan serumah mahasiswa yang mengidap penyakit migrain tersebut, mereka seperti adik beradik, macam aur dengan tebing, jalinan ukuhuwah yang ditunjukan oleh mereka wajar dicontohi oleh semua mahasiswa UiTM.

Pada tengah hari semalam (16 Okt. 2008) selepas solat zohor saya bersama En. Ariffin dan Ustaz Johari pergi kerumah En. Fais di Klang untuk meraikan majlis usia 7 hari anak sulung beliau, pada majlis tersebut kami berselawat, membaca doa selamat dan bertahmit. Secara kebetulan, pada masa yang sama berlaku kematian berhampiran rumah En. Fais.

Wednesday, October 15, 2008

Program Pentauliahan Profesional (3P) Untuk Mahasiswa UiTM Dari FITQS, FIM dan FOMT

Program diatas atau lebih dikenali sebagai 3P akan berlangsung pada cuti semester ini, program profesional yang ditawarkan ialah Microsoft Certified Application Developer (MCAD), EC Council Network Security Administrator (ENSA), CompTIA A+ & Network +, CompTIA A+ & EC Council Project Management (EPM & A+), EC Council Project Management & ITIL (EPM& ITIL) dan IT Infrastructure Library (ITIL). Dianggarkan lebih 350 orang mahasiswa akan menyertai 3P kali ini.


Saya bertindak sebagai penyelaras bagi pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk berkerjasama dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Program ini akan dikendalikan oleh Prestariang Sistems Sdn. bhd. dengan usahasama Kementerian Pengajian Tinggi.

OK, now OpenOffice is definitely good enough..!

There is a reason that the OpenOffice.org 3.0 servers are struggling to keep up with demand. OO.org 3.0 really is a serious upgrade over version 2.4 and makes NeoOffice irrelevant for Mac OS X users (previously, OpenOffice only worked within X11; While NeoOffice did a great job porting OO.org to native OS X, OO.org 3.0 works out of the box in OS X as a native Aqua application).

Last week I asked if OpenOffice was good enough. The general consensus? OO.org is good enough to start a flame war, but we’re not really sure if it’s good enough to be a serious competitor to MS Office.

Now that OO.org 3.0 is out, I’m having a much tougher time seeing both sides of the issue here (I actually like Office 2007/2008, by the way; I think they’re slick, well-polished, and highly functional). I had never liked the OpenOffice equation editor; this version brings a very nice graphical and text-based hybrid editor to us math teachers. Mail merge was clunky in OO.org; this version brings a mail merge wizard and improved label templates. Outline numbering tended to be a bit kludgy for notetaking in OO; this version improves the stability and interface of outlining.

Annotations are now incredibly easy to add (Insert, Note) and Office 2007/2008 formats are supported across the board. While Microsoft has dumped VBA support in Office 2008, OO.org users can run Visual Basic scripting, as well as Python and Javascript.

I’m not actually bashing MS Office here. It’s a great suite and they still have something that OpenOffice lacks: Publisher. However, Publisher was lacking on the Mac platform anyway and *nix users haven’t had access to MS Office (including Publisher) without some serious Wine work. Speaking of Access, OpenOffice continues to bring a solid database offering to all platforms. Is it as powerful as Access? I don’t think so (let’s face it - Access 2007 rocks). However, Mac, *nix, and Windows users can all interchange databases and use OO.org Base as a front end to a variety of data sources (including MySQL).

OpenOffice.org is not a clone of Office 2007 (good call, Sun). It’s a full-featured suite that gives us everything we need from MS Office and the world of productivity software while keeping the bottom line quite a bit more reasonable (you don’t get any more reasonable than free).

Yes, OO.org has been good enough for a long time; the latest release should leave little doubt for any users who had been on the fence.

Christopher Dawson


Christopher Dawson is the technology director for the Athol-Royalston School District in northern Massachusetts. See his full profile and disclosure of his industry affiliations.

Tuesday, October 14, 2008

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Yang Budiman..!

Mahasiswa budiman ialah mahasiswa yang mempunyai budi pekerti yang mulia, bersifat sopan santun, sentiasa menghormati pensyarah, selalu menghargai rakan seperjuangan, sering membantu rakan yang kesusahan, suka menolong orang yang memerlukan, sentiasa berbaik sangka dengan semua rakan seperjuangan, pensyarah dan kakitangan universiti dan mempunyai hati yang bersih dan jernih. Mahasiswa yang budiman ialah mahasiswa yang selalu memberi manfaat kepada orang lain dan memberi faedah kepada universiti, ibubapa, keluarga dan persekitaran.

Jika sekarang anda telah mempunyai CGPA yang baik, sesungguhnya itu bukanlah hasil usaha anda seorang, ia juga adalah berkat hasil usaha pensyarah anda, guru-guru anda semasa bersekolah dulu, ayahanda, bonda, rakan-rakan seperjuangan anda di universiti dan persekitaran pembelajaran dan pengajaran di universiti dan pelbagai lagi faktor lain.

Justeru itu, kejayaan yang saudara kecapi pada hari ini adalah juga hasil daripada pengorbanan orang-orang yang berada disekeliling saudara, oleh yang demikian maka sewajarnyalah anda sentiasa membantu sesama insan dan menjadi mahasiswa yang budiman. Bantulah rakan-rakan anda yang CGPA nya lebih rendah daripada anda dalam pelajaran. Jadilah seperti semut yang saling bantu membantu untuk menjayakan kesinambungan sebuah kehidupan bangsanya.

Yakinlah, bahawa Allah S.W.T akan selalu menolong hambaNya sepanjang seorang hambaNya itu gemar menolong orang lain, sifat suka tolong menolong sesama insan akan menjadikan rezeki anda melimpah ruah, sebaik-baik pemberian adalah yang ditunaikan sebelum ada permintaan. Hari ini anda menolong orang lain, esok orang lain akan menolong anda. Ia akan menyemaikan tali persaudaraan dan membuahkan jalinan persahabatan. Kesimpulannya, jadilah mahasiswa yang BUDIMAN kerana disebalik sifat BUDIMAN tersebut tersembunyi rahmat Allah S.W.T yang infiniti.

Monday, October 13, 2008

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Yang Mencintai Ilmu Pengetahuan....!

Saudara dan saudari telah berada dilandasan yang betul bila saudara/i mengambil keputusan memohon untuk melanjutkan pelajaran di UiTM suatu masa dahulu, kini, saudara dan saudari telah pun bergelar mahasiswa atau mahasiswi UiTM. Kalian telah berada dalam kancah pergelutan menimba ilmu pengetahuan. Disini, di UiTM anda telah dan akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran, pengetahuan dan latihan disepanjang melalui tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam kursus yang anda ikuti. Semua bidang pengajian yang ditawarkan oleh UiTM melalui 24 buah fakultinya adalah fardhu kifayah. UiTM mengharapkan anda boleh dan berupaya menguasai bidang yang anda pelajari dan ceburi, seterusnya menjadi pemimpin yang menerajui bidang pengajian yang anda ikuti atau ceburi.

Objektif utama anda menjadi mahasiswa UiTM adalah untuk menuntut ilmu dan menjadi mahasiswa yang berjaya dalam bidang yang anda ikuti, justeru itu, tanamkanlah dalam diri anda sifat menyintai ilmu pengetahuan. UiTM mahu anda menjadi mahasiswa yang boleh BERFIKIR dan memahami sesuatu yang tersurat dan tersirat disebalik pemahaman sesuatu ilmu, UiTM mendidik anda supaya mampu menganalisa data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat dan betul, menilai fakta bagi memantapkan hujah dan menghuraikan formula menjadi persamaan-persamaan yang boleh dileraikan, menyepadukan teori dan praktikal menjadi modus operandi. UiTM mahu anda memahami bahawa rahsia disebalik penemuan sesuatu ilmu pengetahuan itu tersembunyi sifat Rahman dan Rahim Allah S.W.T. Justeru itu, jadilah mahasiswa yang menyintai ilmu pengetahuan.

Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM yang Berakhlak Mulia....!

Semua orang ingin bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia, seorang lelaki inginkan seorang wanita yang berakhlak mulia sebagai pasangan hidupnya, seorang mahasiswa atau mahasiswi inginkan pensyarah yang berakhlak mulia sebagai gurunya, seorang ayah inginkan anak yang berakhlak mulia, seorang ibu inginkan anak yang berakhlak mulia, begitulah seterusnya. Rahsia risalah kenabian adalah akhlak. Rasululah diutuskan dimukabumi ini adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak, justeru itu, kesempurnaan akhlak adalah asas kepada pembangunan insan dan modal insan.

Saya ingin menekankan persoalan mengenai akhlak pergaulan lelaki dan perempuan, lelaki dan perempuan dijadikan oleh Tuhan dengan sebaik-baik bentuk, kedua-duanya sama-sama manusia, namun terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa aspek. Contohnya dari segi fizikal, mental dan emosi. Lelaki lebih kuat, perempuan pula lebih lemah dan lembut. Kedua-duanya jika digabungkan boleh membina sinergi yang enigertik. Mereka saling lengkap melengkapi. Islam telah menetapkan salur galur dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, kita diajar untuk menjaga pandangan antara lelaki dan perempuan, kita juga diajar menjaga aurat dan tidak bersentuhan jika bukan muhrim. Inilah prinsip asas yang wajar dipegang dalam etika perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi. Jika prinsip ini tidak dipelihara dikuatiri kita boleh terjebak dalam lembah kemaksiatan yang akan merosakan generasi manusia seterusnya.

Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident saya selalu menerima aduan daripada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk tentang akhlak mahasiswi dan mahasiswa NR UiTM, ada yang memberikan persepsi yang positif dan ada yang sebaliknya. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya disekitar Shah Alam semasa menjalankan tugas sebagai PPPNR masih terdapat mahasiswa dan mahasiswi kita yang tidak menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dianjurkan oleh agama. Fenomena ini merisaukan saya kerana ia boleh menyebabkan masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas tanpa sempadan, kerosakan akhlak dan sebagainya berlaku.

Justeru itu, saya menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi NR dan bukan NR supaya menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan, jaga pandangan, jaga aurat dan jaga etika perhubungan sebagaimana yang dianjurkan agama.

Sunday, October 12, 2008

Pemantauan Mahasiswa NR di Seksyen 7, Shah Alam.

Saya membuat rondaan sambil memantau, memerhati gelagat mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM di seluruh kawasan seksyen 7, Shah Alam bermula daripada jam 10.30 malam sehingga 5.00 pagi. Saya masih tidak faham kenapa masih terdapat ramai mahasiswa dan mahasiswi NR UiTM menghabiskan masa di kedai mamak sambil minum teh tarik sehingga lewat pagi, sedangkan musim peperiksaan semakin hampir. Lagi pun, perbuatan tersebut akan mendedahkan diri anda kepada jenayah seperti ragut, rompakan dan sebagainya.

Saya ingin menasihatkan semua mahasiswa samada NR atau bukan NR supaya menghargai masa, ia amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa diberikan secara percuma oleh Allah S.W.T kepada kita, pun demikian, kita akan dalam kerugian jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. MASA AMAT BERHARGA, JUSTERU ITU, HARGAI MASA.

Saturday, October 11, 2008

PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008 - MERIAH...

"Pameran Trafik oleh Pasukan Polis Trafik Diraja Malaysia"


"Pameran Bergerak Jabatan Bomba Malaysia"


" Kuiz Lalulintas Oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya"


"Sukaneka menarik minat kanak-kanak menyertainya"


"Penyampaian hadiah oleh En. Ahmad Rais Johari kepada pemenang sukaneka diiringi oleh Cued"

Program di atas yang diadakan pada 11 Okt. 2008 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang berjaya mencapai objektifnya dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat setempat di seksyen 7, Shah Alam, malahan ia berjaya menarik minat penyertaan masyarakat india yang tinggal di blok berhampiran dengan tapak program melalui penglibatan mereka dalam semua aktiviti yang dilaksanakan seperti sukaneka, fear factor dan pelbagai lagi.

Walaubagaimanapun terdapat ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang supaya menarik minat lebih ramai mahasiswa NR dan masyarakat setempat menyertai program tersebut. Apa pun tahniah kepada semua AJK yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya walaupun hujan turun agak lebat disebelah petang.

Friday, October 10, 2008

Kesesakan Lalulintas Terburuk Di Dalam Kawasan UiTM

"Keadaan lalulintas menuju ke K. Perindu daripada K. Delima"

"Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 1"

"Pemandangan Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 2"

"Keadaan lalulintas di persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"


"Keadaan lalulintas di Persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"

Pada jam 6.00 petang hari ini saya bertolak dari Dataran Delima untuk mengambil anak saya di sekolah kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam yang akan balik dari sekolah pada jam 6.10 pm, secara kebetulan pada hari ini sekolah anak saya menganjurkan Majlis Hari Raya dimana semua murid sekolah perlu memakai baju melayu dan bersongkok.

Dari Dataran Delima, saya perhatikan kesesakan lalulintas berlaku pada kedua-dua arah daripada Kolej Delima ke Kolej Teratai dan daripada Kolej Delima ke Kolej Perindu, akibat kesesakan tersebut saya sampai ke sekolah anak saya pada jam 6.50 petang. Dalam keadaan biasa perjalanan dari Kolej Delima ke sekolah anak saya hanyalah 10-15 minit. Keadaan kesesakan mulai reda sekitar jam 7.10 petang.

Saya sebenarnya tidak pasti apakah punca utama penyumbang kepada masalah kesesakan hari ini, selalunya kesesakan tidak seteruk sebagaimana hari ini, tetapi, yang saya pasti terdapat kelemahan dalam kita menguruskan kecemasan di UiTM, proses kita bertindak untuk membantu kereta-kereta yang tersadai ditengah jalan akibat masalah overheated mengambil masa terlalu lama, kita perlu belajar daripada peristiwa ini untuk membuat penambahbaikan. UiTM perlu mempunyai formula untuk menangani krisis secara berkesan, terancang dan sistematik.

Majlis Hari Raya dan Perpisahan En. Burn, Penolong Pengurus Asrama, Unit Pengurusan Non-Resident

"En. Burn menerima cenderahati penghargaan daripada En. Amizar"

"En. Burn semasa memberikan ucapan semasa majlis Perpisahan"

Hari ini pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Unit Pengurusan NR, Kompleks Teratai diadakan majlis Hari Raya dan majlis perpisahan dimana En. Abu Bakar Mahmud Penolong Asrama NR atau lebih dikenali En. Burn akan berpindah ke Kolej Jati berkuatkuasa 15 Oktober 2008, walaubagimanapun beliau masih menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar NR. Pihak Unit Pengurusan NR mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Burn di atas sumbangan dan komitmen beliau semasa berkhidmat di Unit Pengurusan NR.