"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Monday, October 13, 2008
Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM Yang Mencintai Ilmu Pengetahuan....!
Jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi UiTM yang Berakhlak Mulia....!
Saya ingin menekankan persoalan mengenai akhlak pergaulan lelaki dan perempuan, lelaki dan perempuan dijadikan oleh Tuhan dengan sebaik-baik bentuk, kedua-duanya sama-sama manusia, namun terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam beberapa aspek. Contohnya dari segi fizikal, mental dan emosi. Lelaki lebih kuat, perempuan pula lebih lemah dan lembut. Kedua-duanya jika digabungkan boleh membina sinergi yang enigertik. Mereka saling lengkap melengkapi. Islam telah menetapkan salur galur dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, kita diajar untuk menjaga pandangan antara lelaki dan perempuan, kita juga diajar menjaga aurat dan tidak bersentuhan jika bukan muhrim. Inilah prinsip asas yang wajar dipegang dalam etika perhubungan antara mahasiswa dan mahasiswi. Jika prinsip ini tidak dipelihara dikuatiri kita boleh terjebak dalam lembah kemaksiatan yang akan merosakan generasi manusia seterusnya.
Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident saya selalu menerima aduan daripada Jawatankuasa Perwakilan Penduduk tentang akhlak mahasiswi dan mahasiswa NR UiTM, ada yang memberikan persepsi yang positif dan ada yang sebaliknya. Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya disekitar Shah Alam semasa menjalankan tugas sebagai PPPNR masih terdapat mahasiswa dan mahasiswi kita yang tidak menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan sebagaimana yang dianjurkan oleh agama. Fenomena ini merisaukan saya kerana ia boleh menyebabkan masalah sosial yang lain seperti pergaulan bebas tanpa sempadan, kerosakan akhlak dan sebagainya berlaku.
Justeru itu, saya menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi NR dan bukan NR supaya menjaga adab dalam perhubungan lelaki dan perempuan, jaga pandangan, jaga aurat dan jaga etika perhubungan sebagaimana yang dianjurkan agama.
Sunday, October 12, 2008
Pemantauan Mahasiswa NR di Seksyen 7, Shah Alam.
Saya ingin menasihatkan semua mahasiswa samada NR atau bukan NR supaya menghargai masa, ia amat berharga dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Masa diberikan secara percuma oleh Allah S.W.T kepada kita, pun demikian, kita akan dalam kerugian jika tidak menggunakan masa dengan sebaiknya kerana masa yang berlalu hanya akan menjadi sejarah dan kenangan dalam hidup kita, jadi gunakan masa dengan sebaiknya. MASA AMAT BERHARGA, JUSTERU ITU, HARGAI MASA.
Saturday, October 11, 2008
PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008 - MERIAH...
Walaubagaimanapun terdapat ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang supaya menarik minat lebih ramai mahasiswa NR dan masyarakat setempat menyertai program tersebut. Apa pun tahniah kepada semua AJK yang terlibat kerana berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya walaupun hujan turun agak lebat disebelah petang.
Friday, October 10, 2008
Kesesakan Lalulintas Terburuk Di Dalam Kawasan UiTM
Pada jam 6.00 petang hari ini saya bertolak dari Dataran Delima untuk mengambil anak saya di sekolah kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam yang akan balik dari sekolah pada jam 6.10 pm, secara kebetulan pada hari ini sekolah anak saya menganjurkan Majlis Hari Raya dimana semua murid sekolah perlu memakai baju melayu dan bersongkok.
Dari Dataran Delima, saya perhatikan kesesakan lalulintas berlaku pada kedua-dua arah daripada Kolej Delima ke Kolej Teratai dan daripada Kolej Delima ke Kolej Perindu, akibat kesesakan tersebut saya sampai ke sekolah anak saya pada jam 6.50 petang. Dalam keadaan biasa perjalanan dari Kolej Delima ke sekolah anak saya hanyalah 10-15 minit. Keadaan kesesakan mulai reda sekitar jam 7.10 petang.
Saya sebenarnya tidak pasti apakah punca utama penyumbang kepada masalah kesesakan hari ini, selalunya kesesakan tidak seteruk sebagaimana hari ini, tetapi, yang saya pasti terdapat kelemahan dalam kita menguruskan kecemasan di UiTM, proses kita bertindak untuk membantu kereta-kereta yang tersadai ditengah jalan akibat masalah overheated mengambil masa terlalu lama, kita perlu belajar daripada peristiwa ini untuk membuat penambahbaikan. UiTM perlu mempunyai formula untuk menangani krisis secara berkesan, terancang dan sistematik.
Majlis Hari Raya dan Perpisahan En. Burn, Penolong Pengurus Asrama, Unit Pengurusan Non-Resident
Hari ini pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Unit Pengurusan NR, Kompleks Teratai diadakan majlis Hari Raya dan majlis perpisahan dimana En. Abu Bakar Mahmud Penolong Asrama NR atau lebih dikenali En. Burn akan berpindah ke Kolej Jati berkuatkuasa 15 Oktober 2008, walaubagimanapun beliau masih menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar NR. Pihak Unit Pengurusan NR mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Burn di atas sumbangan dan komitmen beliau semasa berkhidmat di Unit Pengurusan NR.
PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008
Diantara aktiviti yang akan berlangsung ialah derma darah, senamrobik, Jog for heart, Futsal Challenge 2008, program berbasikal, sukaneka, pameran daripada agensi kerajaan, pertandingan mewarna, bazaar street, gerai penaja, pameran pemotoran dan pelbagai lagi.
ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM DI ATAS....!
Thursday, October 9, 2008
Maklumbalas Permasalahan Mahasiswa Non-Resident Semua Universiti (IPTA dan IPTS) Di Shah Alam
Ahmad Rais Johari
Pegawai Pembangunan Pelajar Non Resident UiTM Malaysia
Shah Alam, Selangor.
Tetamu Syawal - Mahasiswa UiTM Beraya di Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Delima 3
Wednesday, October 8, 2008
Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident - Penyelarasan Projek Gegar NR 2008
Objektif utama program ini ialah untuk merapatkan perhubungan mahasiswa NR UiTM dengan masyarakat setempat di seksyen 7. Program ini akan dilaksanakan pada 11 Okt. 2008. Semoga program ini mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan dan semua mahasiswa NR sekelian.
Krisis Ekonomi Melanda USA dan Eropah yang akan menyebabkan berlakunya KRISIS EKONOMI DUNIA terburuk abad ini - BUKTI KEGAGALAN SISTEM RIBA KAPITALIS
Subprime mortgage atau dalam bahasa
Mereka dikategorikan sebagai golongan yang mempunyai 'credit rating' yang rendah. Mereka ini biasanya terdiri daripada golongan yang mempunyai pendapatan rendah, mempunyai sejarah dan rekod kegagalan bayaran hutang yang tinggi, atau 'rekod merah', mereka yang beban hutangnya telah melebih kemampuan mendapatannya, para spekulator yang tidak mempunyai wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan mendapat keuntungan yang cepat.
Walaupun begitu, mereka telah diberikan peluang kedua untuk membuat pinjaman. Perlu diingat, ia bukannya dibuat atas dasar ingin membantu tetapi berpunca dari sifat tamak pihak kapitalis dalam perolehan untung, mereka juga tidak menghiraukan samada kumpulan miskin dan bermasalah serta terdesak tadi akan semakin tertindas atau tidak.
Apa yang penting buat mereka adalah untuk mengambil peluang meraih untung sebanyak mungkin, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan 'event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba 'interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.
Menurut faktanya, apabila lebih 100 buah syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfailkan bankruptcy akibat gagal memperolehi pulangan berserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan. Kegagalan ini membawa kerugian sebanyak USD 6.5 trillion dan memberikan kesan negatif kepada seluruh industri jual beli rumah, perbankan dan ekonomi USA.
Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai tahun 2007 dan berterusan kesannya sehinggalah apa yang berlaku kepada kebrankupan dan kerugian besar syarikat gergasi di Bursa Saham Wall Street seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch, AIG dll. Ia bakal membawa kesan domino atau kesan bertali kepada mana-mana syarikat yang mempunyai ikatan dengan mereka yang rugi ini.
Ia bermula apabila sektor perumahan di USA menjadi bubble. Erti bubble dalam konteks ini adalah apabila nilai valuasi rumah meningkat sehingga mencapai tahap unsustainable iaitu tidak mampu lagi ditanggung jika dilihat kepada purata pendapatan penduduk. Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal ia disebut 'defaulters' menjadi semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada bulan Ogos 2007 yang lalu.
APA KISAH CADANGAN KERAJAAN US UNTUK BAILOUT USD 700 BILION?
Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba menjadi jatuh merudum pula sehingga banyak pihak yang telah membeli dan memegang rumah dan hartanah tidak lagi mendapat untung dari aset yang mereka pegang. Kerugian pun menjelma dan memberikan kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia.
Pihak bank akan ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak yang tinggi, selain itu ia juga memberi kesan rugi kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi. Ia juga bakal membawa keruntuhan, hasilnya Presiden USA, George Bush telah memperuntukan 'bail-out plan' dengan harga antara USD 700 billion ke USD 1 trillion untuk membeli aset pinjaman tertunggak yang merosakkan tersebut.
Pihak US merancang, setelah membeli semua aset tadi, mereka akan menjualnya semula dan memperolehi keuntungan pula darinya. Namun terdapat pakar pelaburan seperti Warren Buffet dan ramai lagi yang menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka kepada sektor private dan bukannya dibeli oleh kerajaan.
Secara ringkasnya isunya adalah :-
a) Apa yang menjadi isu dengan kes bail out terbaru ini adalah, jumlah besar itu adalah wang hasil kutipan dari pembayaran cukai dari seluruh warga USA. Namun malangnya wang cukai yang bayar mereka akan digunakan untuk menyelamatkan beberapa buah syarikat gergasi di Wall Street, sedangkan ramai yang tidak terlibat dengan aktiviti saham dan tidak mendapat faedah secara langsung dari bail-out ini. Inilah yang menyebabkan kemarahan orang ramai. Duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya manakala syarikat kecil dan sederhana tiada sebarang bantuan.
b) Selain itu, untuk mejayakan tujuan ini, kerajaan US terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkat kadar inflasi iaitu nilai USD akan jatuh merudum.
c) Sebahagian pakar ekonomi menamakannya sebagai hyperinflation atau inflasi di luar kawalan. Selain itu purchasing power mereka turut jatuh. Contoh hyperinflation adalah apa yang berlaku kepada Germany pada tahun 1923 apabila kadar tukarannya adalah Marks (Matawang German) 4,200,000,000,000 (4.2 billion) adalah sama dengan USD 1 sahaja!. Yang terbaru adalah Zimbabwe di mana nilai duit Zimbabwe sebanyak 688 bilion adalah sama dengan USD 1. Ini juga bermakna semua peminjam-peminjam di bank US terpaksa mencari sumber wang lain untuk membayar balik hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil. Kalau dulu USD 1000 mereka boleh membayar pinjaman perumahan bulanan, namum akibat bail-out ini, nilai USD 1000 itu sudah jatuh kepada USD 900.
d) Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai bencana ekonomi seperti berlakunya penyorokan barang pengguna kerana menunggu harga meningkat.
e) Hutang
231 ahli akademik yang merupakan pakar ekonomi di univeristi seluruh
"Investors who took risks to earn profits must also bear the losses. [...] The government can ensure a well-functioning financial industry [...] without bailing out particular investors and institutions whose choices proved unwise."
Untuk analogi mudah lagi ringkas, ia adalah seperti berikut:-
Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David. Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendah namun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.
(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)
Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.
Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.
Encik David tetap perlu membayar seperti biasa. Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.
Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-
Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat
Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation
Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.
Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-la
Maka apabila encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku. Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.
Syarikat ini runtuh kerana Riba, tamak dan sistem jualan hutang riba 'debt trading'. Lehman brothers adalah dealer yang terbesar dalam fixed interest security (iaitu pelaburan pulangan tetap - riba) yang terbesar di pasaran Wall Street dan mereka telah melabur dengan begitu besar dalam sijil-sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market. Namun ia gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya.
Dalam suku kedua tahun 2008 sahaja menyaksikan Lehman kerugian USD 2.8 billion dan terpaksa menjual asetnya bernilai USD 6 billion. Seterusnya kerugiannya sebelum brankrup mencecah USD 7.8 billion, dan masih terdedah kepada kerugian USD 54 billion dari pegangan mortgage backed securities yang masih dimilikinya. Hasilnya, nilai sahamnya telah jatuh lebih dari 95%.
Akhirnya pada 15 September 2008, bank ini telah memfailkan bankruptcy chapter 11, ketika itu statistik mencatatkan Lehman mempunyai hutang sebanyak USD 613 billion, USD 155 billion lagi hutang dalam bentuk bond atau MBS tadi, dan asset keseluruhan mereka adalah bernilai USD 639 billion. Pada 22 September 2008 mereka telah 'ditelan' atau dibeli oleh sebuah lagi gergasi lain iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai asset sebanyak USD 2.7 trillion (lebih kurang RM 9.18 trillion). Namun, Barclays hanya membeli tunjang bisnes dan pentadbiran Lehman dengan harga USD 1.35 billion yang merangkumi ibu pejabat Lehman yang bernilai USD 960 juta dan beberapa yang lain.
Untuk memahami betapa besarnya mereka, bandingkan dengan Aset Maybank Group yang hanya sekitar RM 260 billion.
Selain itu, hasil dari masalah pinjaman riba tadi juga turut menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch, sebuah bank pelaburan terkenal yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga USD 50 Billion untuk menyelamatkan dirinya.
Seperti Lehman Brother, Bank Merrill Lynch juga mengalami kerugian teruk akibat sijil-sijil pinjaman yang dipegangnya mengalami kejatuhan nilai setiap hari, menyebabkan pelaburnya kebimbangan. Semuanya hasil ketamakan dan kini bala dari industri RIBA sudah tiba. Bertali arus dari isu ini juga, sebuah gergasi insuran iaitu AIG turut menderita sekarang dan memerlukan suntikan wang segera bernilai berbillion dolar.
Mereka telah memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan Amerika yang dilaporkan bernilai USD 40 Billion. Sebenarnya, setiap MBS yang dipegang oleh bank-bank pelaburan ini telah mendapat jaminan tidak akan berlaku default atau kegagalan pembayaran dari pihak peminjam, jaminan ini diberikan oleh dua syarikat tajaan kerajaan (Government Support Enterprises) yang besar iaitu Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) dan Federal Home Loan Mortgage Corporation (Freddie Mac), yang mana mereka menjamin US mortgage market dengan nilai USD 6 trillion dari keseluruhan USD 12 trillion industri pinjaman perumahan US.
Namun akhirnya, mereka turut 'gulung tikar' dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan US. Selain dari nama-nama yang disebut tadi, banyak lagi bank-bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs, dan Morgan Stanley terlibat dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru gergasi-gergasi ini juga sedang berpeluh kerisauan tentunya.
KESAN KEPADA KITA?
Benar, anda tiada buku bank dan cek di bank-bank yang disebut tadi kerana mereka adalah bank pelaburan dan hanya berurusan dengan transaksi kewangan atas angin yang bernilai billion dan ratus jutaan dollar. Kebanyakan financial instruments yang di gunakan oleh mereka untuk menghasilkan keuntungan juga jatuh merudum seperti derivatives.
Selaku individu biasa, anda memang tidak merasa kesannya secara langsung, namun ia akan datang secara tidak langsung. Paling tidak, kejatuhan Lehman yang begitu besar memberikan kesan automatik kepada kejatuhan pasaran saham, harga saham-saham lain juga turut terkesan disebabkan pelbagai faktor sampingan lain seperti kepanikan pelabur yang dengan segera menjual saham-saham mereka.
Selain itu, oleh kerana Lehman adalah sebuah bank yang cukup besar, banyak bank-bank yang lebih kecil berurusan dengannya samada sebagai pelabur dan penyimpan.
Tuesday, October 7, 2008
PROGRAM UNTUK MAHASISWA NON-RESIDENT UiTM MALAYSIA SEPANJANG OKTOBER 2008
| BIL | NAMA AKTIVITI | TARIKH | MASA | TEMPAT |
| 1. | KARNIVAL GEGAR NR DAN KARNIVAL PERMOTORAN | 11 OKT 2008 | 8.00 PAGI – 7.00 PTG | Tapak Pasar Malam Sek. 7 Dan Padang Bola Sepak (Belakang S.J.K Tamil Sek. 7) |
| 2. | PROGRAM NON-RESIDENT IMARAHKAN SURAU TAZKIRAH: IBADAT PASCA RAMADHAN- HALATUJU DAN PENGHAYATAN | 14 Okt 2008 | 7.30 mlm – 8.30 mlm (Selepas solat Maghrib) | Surau Al Mawaddah Jalan Platinum Sek 7 (Hadapan Apartment Danau Mas) |
| 3. | MUNAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN (Bacaan Yaasin dan Solat Hajat) | 23 Okt 2008 | 7.00 mlm – 9.00 mlm (Selepas solat Maghrib) | Surau Al Mustaqimah Jalan Plumbum Sek 7 (Bersebelahan tapak pasar malam Sek 7) |
Di keluarkan oleh Unit Pengurusan Non-Resident, Bhg. HEP UiTM
Monday, October 6, 2008
Selamat Kembali Bertugas Selepas Bercuti Aidil Fitri
Saya tidak mengemaskini blog saya sepanjang bercuti hari raya. Dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa berlaku, pada 29 September 2008 yang lalu, ayahanda kepada bapa mertua saya (datuk isteri saya) kembali kerahmatullah di Batu Pahat kerana sakit tua, kami sekeluarga berangkat ke Batu Pahat, Johor untuk menziarahi jenazah Allahyarham. Saya terus berada di Batu Pahat sehingga 1 Syawal, selepas menunaikan solat sunat aidil fitri, saya terus berangkat ke Taiping, Perak.
Dalam perjalanan ke Taiping, saya singgah sebentar di kolej Delima, UiTM, Shah Alam, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya masuk ke dalam UiTM pada Hari Raya pertama (1 syawal). Suasana di dalam UiTM senyap sepi dan lengang, hanya pengawal keselamatan dan Pegawai Penting yang bertugas sahaja yang ada ketika itu.
Thursday, September 25, 2008
The Poem of Hamzah Fansuri - by G.W.J Drewes and L.F. Brakel
Jangan lupa akan Shahi Alam
Pada bahr al-dhunub jangan terkaram
Supaya 'ashiq siang dan malam
Oh my fellow-Adamites
Do not forsake the Ruler of the universe
Do not get drowned in the ocean of sin
So that you may be lovers all day long
Ashiqmu itu jangan bercawang
Meninggalkan dunia jangan kepalang
Suluh Muhammad yogya kau pasang
Pada Rabb al-alamin supaya kau datang
Let your love be undivided
And your renunciation of the world not half-hearted
Light the torch of Muhammad
In order to come to the Lord of the world
Shariat Muhammad terlalu amiq
Cahayanya terang di bayt al-atiq
Tandanya ghalib lagi sempurna tariq
Banyaklah kafir menjadi rafiq
Muhammad's religion is very profound
It brightly irradiates the ancient shrine
Indicative of its superiority and the perfection of its way
Is that it turned countless unbelievers into follower
Bayt al-atiq bernama Ka'bah
Ibadat di dalamnya tiada berlelah
Tempatnya ma'lum di tanah Mekah
Akan qiblat Islam menyembah Allah
The ancient shrine is known as the Ka'ba
The site of unflagging worship
As is well known it is located on Meccan soil
To serve as the direction to which Islam turns in prayer
Aho kita segala yang membawa iman
Jangan berwaqtu mengaji Quran
Halal dan haram terlalu bayan
Jalan kepada Tuhan dalamnya 'iyan
Oh all ye who are believers
Do not recite the Quran at set times only
What is lawful and what is forbidden are most plainly revealed there
Clearly marking the road towards god
Quran itu ambil akan dalil
Pada mizan Allah supaya thaqil
Jika kau ambil syariat akan wakil
Pada kedua alam engkaulah jamil
Take the Quran for your guide
So that you may turn God's balance in your favour
With the Law for your advocate
You will fare well in both world
Kerjakan salat lagi dan saim
Inilah ma'na bernama qa'im
Pada segala malam kurangkan naim
Napikan alam kerjakan da'im
Perform the ritual prayer and practice fasting
The explanation of qaim is this
Reduce your sleep every night
Be constantly occupied with renouncing the world
Ukhrujkan dirimu daripada sayyi'at
Jangan taqsir mengerjakan hasanat
Tuntut oleh mu hakikat salat
Supaya wasil adamu dengan Dhat
Get rid of your sins
Do not be lacking in carrying out of good works
Strive after the essence of ritual prayer
So that your being may attain with the Divine Essence
Salat itu terlalu kamal
Di dalamnya liqa' lagi dan wisal
Apabila lenyaplah daripada waham dan khayal
Engkaulah sultan yang tiada bermithal
The ritual prayer is sublime
Encompassing both meeting and union
If you get rid of delusions and fancies
You will be a ruler without compare
Malak al-mawt terlalu garang
Tiada berwaqtu iya akan datang
suluh Muhammad yogya kau pasang
Supaya mudah pulang ke sarang
The angel of death acts most indiscriminately
His coming is unpredictable
Light the torch of Muhammad
So that you may readily return to the nest
Hikmat dan khayal jangan kau cari
Supaya jangan menjadi 'asi
Kerjanya itu sifat nafsani
Tiada dapat sampai kepada rabbani
Do not go in for worldly wisdom and fancies
Lest you lapse into sin
Being given to these is characteristic of self-assertion
And bars the road to knowledge from the Lord
Hikmat dan khayal tinggalkan bapai
Supaya engkau jangan terlalai
ma'rifat dan haqiqat yogya kau pakai
Itulah amal yang tiada berbagai
Leave alone worldly wisdom and fancies
Lest you become negligent
Rather turn to gnosis and Reality
For this ia a work of incomparable value
Hamzah nin asalnya Fansuri
mendapat Wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali
Daripada 'Abd al-Qadir Jilani
Hamzah, hailing from Fansur
Found the Being in the territory of Shahr-inau
His license to transmit the august science
Trace back to 'Abd al-Qadir the sayyid from Jilan
Tuesday, September 23, 2008
Selamat Menyambut Aidil Fitri, Mohon Kemaafan Dengan Suci Hati, Angkara Anggota dan Rasa Hati, Semoga Bersama Kita Diberkati
Hari kemenangan muslim semua
Tangan disusun sepuluh jari
Tanda kemaafan kita bersama
Selamat meraikan Aidil Fitri
Hari besar muslim semua
Salah silap mohon dimaafi
Angkara hati juga anggota
Sempena Kedatangan Aidil Fitri
Mari kita satukan minda
Bersama kita membersihkan hati
Supaya rohani sentiasa mulia
Selamat bergembira di Aidil Fitri
Zakat fitrah jangan dilupa
Supaya harta lebih diberkati
Baru bahagia ikatan keluarga
Selamat bercuti menyambut Aidil Fitri
Kerja ditangan jangan dilupa
Esok nanti selepas cuti
Kerja menunggu bertimpa-timpa
Balik kampung menyambut Aidil Fitri
Ingin bertemu ayahanda dan bonda
Pandu kereta berhati-hati
Supaya selamat ahli keluarga
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Daripada Ahmad Rais Johari dan Keluarga
Pembantu Teknik
Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB)
Unit Rangkaian, UiTM
Merangkap Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident UiTM
Monday, September 22, 2008
Saat-Saat Rasullullah Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir..
Pada pagi yang hening itu, walaupun langit telah mulai menguning kecerah-cerahan akibat pancaran mentari pagi yang bakal menjengukkan wajahnya, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap seakan memahami sesuatu yang besar akan berlaku. Rasulullah dengan suara terbatas menyampaikan khutbahnya "Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan matanya yang bersinar-sinar, Umar menahan naik turun nafas dan sedihnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya penuh khusyuk dalam-dalamnya. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat dikala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda keberangkatannya ke alam selepas kehidupan semakin nyata dan menyerlah.
Semasa Ali dan Fadhal dengan pantas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu dan menghentikan perjalanan masa. Matahari naik kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam sambil berkata "Bolehkah saya masuk ke dalam?" tanyanya. Fatimah membuka pintu dan berkata kepada orang itu "Maafkanlah, ayahku sedang demam,". Fatimah tidak mengizinkannya masuk, dan terus membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah orang itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya, aku tidak pernah melihatnya sebelum ini," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang yang penuh kasih sayang dan menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Sesungguhnya, ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut pun datang menghampiri Rasulullah, tapi Rasulullah bertanya kepada malaikat maut kenapa Jibril tidak ikut bersamanya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Wahai Jibril, jelaskan kepada ku apakah hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah kepada Jibril. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," balas Jibril. Tapi jawaban itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan kuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," sambung Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengeluh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat yang menyampaikan wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengeluh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, "dahsyat bahana maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku jangan pada umatku. ".
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya menghampiri mulut Rasullulah "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", maksudnya, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kepucatan "Ummatii, ummatii, ummatiii?"..."Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Disaat-saat terakhir itu, Rasululuah masih mengenangkan umatnya. Baginda masih memikirkan tentang umatnya. Baginda begitu mengasihi dan menyintai umatnya. Persoalannya, mampukah kita umat islam mengasihi dan mencintai Rasulululah sebagaimana baginda mengasihi dan mencintai kita umatnya.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Sahabat Lama Masa Belajar Di UiTM Dulu
Asmidar dan Azmi atau lebih dikenali dengan nickname Girrr adalah diantara orang kuat saya semasa kempen pilihanraya JPP, merekalah yang bertungkus lumus menampal poster saya sehingga lewat pagi hingga dikejar oleh Pak Guard. Asmidar telah mempunyai 4 orang anak manakala Girr mempunyai 3 orang anak tapi saya masih lagi seorang anak. Belum ada rezeki untuk menambah anak lagi.
Saturday, September 20, 2008
Konvensyen Mini Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Mahasiswa UiTM Malaysia - Suatu Usaha UiTM Membudayakan Kualiti Dalam Hidup Mahasiswa
Bermula daripada pagi tadi sehingga petang, saya berada di Bilik Seminar, Kolej Melati, UiTM Malaysia, bagi menghadiri Konvensyen Mini KIK Mahasiswa UiTM Malaysia. Sebanyak 10 kumpulan membentangkan projek KIK masing-masing, 6 daripada 10 kumpulan ini akan dipilih untuk menyertai KIK diperingkat Kebangsaan pada Januari 2009 nanti.
Saya menjadi fasilitator Kumpulan IDEAS dari Kolej Delima, kumpulan IDEAS yang dianggotai oleh mahasiswi Fakulti Perubatan, terpilih sebagai finalis diperingkat kebangsaan yang akan diadakan Januari 2009 nanti. Difahamkan Konvensyen KIK diperingkat kebangsaan nanti akan melibatkan semua UiTM di Kampus Cawangan daripada Perlis hinggalah ke Sabah.
Tahniah kepada pasukan Great Teenagers Innovative dari Kolej Anggerik kerana menjuarai mini konvensyen kali ini....tapi harus BARANG diingat, pasukan Seroja Viva Storm dari Kolej Seroja dan pasukan IDEAS dari Kolej Delima akan memberikan tentangan hebat kepada anda pada Konvensyen di peringkat kebangsaan pada Januari 2009 nanti.
Prof. Madya Dr. Rosmin Talib, Pengarah Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam kata-kata aluan beliau berpendapat Mini Konvensyen KIK ini wajar dijadikan platform oleh mahasiswa UiTM untuk mengetengahkan idea, inovasi, kreativiti serta penyelesaian masalah terbaik untuk dikongsi bersama oleh semua warga UiTM terutamanya mahasiswa yang menginap di kolej-kolej kediaman.
En. Ibrahim Othman, Pengetua Kolej Puncak Perdana merangkap Pengerusi Kumpulan Inovasi Kreatif Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar berpendapat KIK perlu dijadikan platform oleh mahasiswa UiTM untuk mencipta harapan dan mengilhamkan masa depan melalui percambahan fikiran yang dinamik dan penyelesaian masalah yang praktikal terhadap sebarang masalah yang terdapat didalam ruang lingkup persekitaran mahasiswa belajar dan menginap di UiTM.
Thursday, September 18, 2008
Nasihat Dr. Raja Nazrin kepada Mahasiswa
"Universiti dan negara tidak sewajarnya berbangga dengan kelahiran ramai graduan berijazah tinggi sekiranya pemikiran para graduan terkurung dalam sangkar ilmu yang sempit dan tidak berupaya menerokai kehidupan insan dan kehidupan alam yang lebih menyeluruh."
-- Pro Canselor Universiti Malaya, Raja Dr Nazrin Shah
(Sumber - BERNAMA)
Wednesday, September 17, 2008
Tanda -Tanda Hati Yang Mati dan Hati Yang Hidup....
"Sebahagian daripada tanda-tanda hati yang mati ialah tidak berasa sedih(dukacita) kerana meninggalnya suatu amal kebaikan(kewajiban), kebajikan, amal makruf atau pahala dan juga tidak berasa menyesal jika melakukan suatu pelanggaran, kemusnahan, kekejian, kemaksiatan atau dosa"Ketika hati dipenuhi dengan rasa cinta, kasih, sayang dan rindu terhadap keagungan dan mengagungkan Allah, maka dikala itu, hati itu menjadi hidup, tatkala perasaan sedemikian hilang daripada hati kita, maka pada ketika itu, hati itu menjadi mati. Sebagai manusia biasa, semua daripada kita akan melalui fenomena ini, iaitu iman kita tidak konsisten setiap masa, pada satu ketika, iman kita ditahap 85%, disatu ketika lain ia turun menjadi 50%, pada masa yang lain pula ia meningkat kepada 55% dan pada ketika lain pula menurun kepada 30%.
Ini adalah kelemahan manusia, itulah realiti yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T "Manusia itu bersifat lemah" (QS An-Nisa' ayat 28). Ini merupakan ketetapan Allah demi sebuah hikmah yang luar biasa dimana Allah telah berkehendak agar kemampuan manusia secara fizikal dan materi terbatas, diselumbungi oleh kecenderungan oleh hawa nafsu dan tidak sepi daripada was-was syaitan. Ini semua adalah fitrah iman dan realiti kehidupan dimukabumi ini. Rasululah bersabda "Semua anak cucu Adam melakukan kesalahan(kekeliruan). Sebaik-baik yang melakukan kesalahan(kekeliruan) adalah orang yang mahu bertaubat" Diriwayatkan oleh Iman Ahmad, Ar Tarmizi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadist Anas bin Malik(Sanadnya sahih)
Hikmah dijadikan keadaan sedemikian kepada manusia ialah supaya manusia insaf bahawa hanya pertolongan Allah yang dapat membebaskan manusia daripada maksiat, jatuh ke lembah perdayaan syaitan, tenggelam didalam arus kenikmatan hawa nafsu dan sebagainya. Tetapi setelah kita terjatuh ke lembah kesalahan atau maksiat, mata hati kita yang bernama kalbu yang duduk di dalam sanubari kita berbisik "sesungguhnya aku telah melakukan kesalahan dan maksiat, aku bersalah pada mu Ya Allah". Timbul penyesalan dalam hati terhadap kesalahan kita itu. Timbul keazaman untuk bertaubat kepada Allah. Itu adalah tanda-tanda hati yang HIDUP. Sebaliknya, jika hati kita tidak merasa bersalah terhadap segala dosa yang kita lakukan, malahan merasa megah dan bangga dengan dosa tersebut, maka sesungguhnya itulah tandanya hati yang MATI.
Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang mempunyai hati yang hidup, hati yang bersih dan hati yang terbuka untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T Kita mohon supaya bantuan dan pertolongan Allah sentiasa bersama kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini.
(Rujukan Utama : Syarah Al-Hikam Al-'Ataiyyah - Ibnu 'Ataillah)